Harga Apple iPhone 3G di Malaysia

Aku hampir hampir memiliki iPhone versi terawal malam kelmarin. Pembatalan jualan pada saat akhir meranapkan impian aku untuk menjadi lebih kool. iPhone tu beb!

Keywordharga iphone 3g malaysia‘ antara yang tertinggi datang ke blog aku dalam seminggu yang lepas. Maka, tiada salahnya aku membantu mereka yang tidak tahu mana hendak cari sumber harga untuk iPhone 3G di Malaysia.

Sehingga entri ini di’tulis, masih belum ada pengedar rasmi Apple iPhone di’Malaysia. Ura-ura yang mengatakan Maxis akan membawa iPhone masuk secara sah masih menjadi tanda tanya.

Namun, orang Malaysia sangat bijak dalam business. Tidak susah untuk kau membeli telefon bimbit penuh revolusi ini jika tahu cara’nya.

Apple iPhone 3G datang dalam 2 versi. Versi 8GB & 16GB. Untuk versi 8GB, harga termurah yang aku jumpa adalah RM2650. Dan, untuk versi 16GB harganya dalam lingkungan RM3000 ke’atas. Kau boleh membeli iPhone dengan mudah di Lowyat.net. Apapun, aku nasihat untuk berhati-hati bila berurusniaga secara online.

Sila update aku dengan harga yang lebih murah kepada sesiapa yang tahu. Ramai orang Malaysia mahu tahu.

Selamat bergaya kepada mereka yang mampu leburkan duit beribu-ribu lemon untuk telefon bimbit. (Jealous sebenarnya)

27 Comments

Wah.. 2K tu.. Mail.. X nak review pasal Google Phone ke..??

gadget x official ni susah sikit nk aku review =) maklumat’nya macam2 sgt.. nnt salah cakap org kata aku merepek =)

Gila ah.. sanggup eh nak sapu Iphone.. gila la kalu ‘ter’rosak… uu~~~

aku dh lamer teringin . duit jerk x mengizinkan ..

sekarang menanti HTC Dream .. itu baru phone idaman aku yang sebenar ..
bulan nie keluar .. huhu .. powered by Google Android .

kalau aku beli pun iphone tu, bukan nya nak fulluse kan dia pun. sekadar show off saja. haha

ermm just found this site…ahakz..ape yg best sgt iphone ni??huhuhu..smpai sume org bercerita nih..

rasanya aku tak akan pakai sehingga lensa kamera iphone 3.2 megapixel dan ke atas bersama flash . Baru berbaloi namanya.

mmm…kalo nak beli jangan la buat online transaction. COD (Cash On Delivery) je dgn orang yg jual.

apa yg menarik ttg iPhone? saya dh dekat setahun guna iPhone 1st gen (bukan 3G), apa yg saya bole cakap ialah mmg sungguh impressive. pendek kata bukan macam smartphone lain yg laggy. serius, iPhone sangat stabil.

bagi saya, iPhone bukan sekadar phone untuk show off. tp jgn risau, mmg ramai pun yg beli iPhone sekadar untuk design statement, sekadar show off. tapi bagi saya ia penuh dgn potensi malah disokong oleh developer2 application AppStore samada yg indie mahupun vendor2 besar macam EA, SEGA, dll. belum kira application x rasmi melalui jailbreak.

yang paling best ialah fungsi internetnya. dia nye Safari mmg light years ahead dari browser lain. belum cuba belum tahu. pendek kata, kalau tengok video guided tour kat website Apple, apa yang anda lihat adalah apa yg anda dapat (WYSIWYG)

dgn iPhone, ada je sesuatu baru setiap hari. bergantung pada cara anda menggunakannya.

hahaha…saya bukannya jurujual iPhone. cuma seorang proud owner of iPhone (walaupun iPhone saya dah dekat setahun umurnya, dah kemek2 dh pun.)

harga dah sampai RM3000.. bleh buat advance beli kereta..

aku nak satuuu ! haha

can u get me one, at a price of below 1k. hahahaha. i want it too!!

[drools]

@syuxx aku rasa aku akan fulluse sbb tempat kerja aku boring as hell.. bosan2 skang aku main 3G dgn henset nokia aku.. kalo ade iphone, lg syok rasanya.. =)

@fabregas betul tu! saga baru pun lepas..

@bird thank bird utk review ;p iphone ni sgt bernilai utk org2 yg agak hi-tech.. aku x.. aku org kampung ;p

@abdusfauzi bawah 1k payah nk dpat.. kalo 1.5k tu, leh usaha lagi =)

sangat blur pasal gadget2 ni
asas2 je tau, cukup..tak terkejar kelajuan teknologi

aku sekarang sedang mengidam samsung OMnia.. macam kewl jugak..yg penting features dia la. tak kesah la brand apa pun.

yang penting dpt call and sms. plus GPS :P

Lambat nye maxis nak bawak masuk. aku tgk kt arab pon jual iphone mcm jual phone2 lain.

kt singapore dah ade dah iphone. adeh.. ketinggalan la msia ni..

htc touch HD lagi gempak la aku rasa, 32 juta pixel tu ketajaman skrin die dengan skrin 3.8 inci! akan dipasarkan tak lama lagi… harga ala-ala iphone 3g gak kot, hu hu (htc.com)

mael.. serious.. baik ko angkat Samsung Omnia sehh,,,

mmg kool giler la kalau ko pakai 3g iphone ni mail..mmg sesuai utk org seperti ko..huhu

iphone 3g? erm, ada kamera tak kat depan? ahhaa. takde? so nak 3g apanye. videocall pun takleh wat kot. atau aku dpt maklumat salah, mmg ada 2nd camera ke?

saya skrg baru seminggu pakai nokia E66. tak la hebat sgt, tapi kebelakangan ini, awek awek semakin senang berbicara dan selalu menegur di dalam lif. tak kurang juga yang minta business card.

mungkin bukan phone kot, tuan punya phone mmg dah hensem dan cute…

hahahha

rindu la kat ko mail, ko makin sombong sejak kaya ni.

oh ya mail. mana kerja photography ko, dah lama aku tak review. atau ko ada site lain display phootgraphy mung?

@beck iphone ni mmg video xleh nk record.. lagi la videocall.. utk aku, itu x berapa penting pun =) ko xpe la, sgt perlu kerana kekasih hati jauh (he he..)

aku x sombong pun beck.. sibuk kerja & hidup.. tp tak kaya2 jugak.. haih!

tentang fotografi, kamera aku da berhabuk.. hantu tul la hidup.. aku tgh fikir nk carik kerja lain.. tempat ko ade kosong?

aku pun dah nak berenti ko tanya aku. post aku ni kosong, tapi kena masuk apply ptd la. hahhaa… aku adalah teh last officer contract kat office ni, lain semua PTD tetap dah. so aku nak angkat kaki sblm aku disuruh angkat kaki. hahhaha…

so kalau takde video function, nak 3g apa nye. data transfer je la laju.

dulu aku minat phone ni. sebab canggihnya.. tp bila pk balik bagaimana dgn sms.. senang type kah.. lagu? boleh bluetooth kah? lu pk la sendiri!! sesiapa yang mahu membelinya.. keh keh keh..

aku belum tergerak nak own iphone….tgklah nanti, kalau terbuka hidayah…

harga mcm tu, leh beli tepon lain yg lebih tinggi spec. Bayar utk brand name je. Eg: Bata/Reebok vs Nike/Adidas

Lain la kalo MacBook compared to laptop lain, sbb MacBook mmg proven amat efisyen utk graphic and multimedia so resonable kalo bayar lebih.

apa2 pon, aku tgh tunggu kedtgan Sony Ericsson C905

lecturer aku pkai iphone ni..layan beb..dia siap bg aku testing 1 jjam..haha sempoi

Leave a Comment