Hari ini dalam selimut
- 22
- Add a Comment

Lewat sedikit aku menulis entri wajib ini dek kerana aku banyak menghabiskan masa dengan perkara-perkara dunia nyata berbanding mengusap tetikus dan mengetuk papan kekunci. Dan, sebenarnya hari ini, adalah hari dalam selimut. Ya! Aku banyak menghabiskan masa aku dengan tidur & tidur lagi sehingga makan pun tertangguh sehingga ke malam. Seronok kadangkala kau pejamkan mata & lupakan setiap bit masalah yang kau ada. Cuba’lah. Tidur itu terapi jiwa paling berkesan. Aku pernah terbaca ayat ini di’blog seseorang, tetapi aku sudah lupa blog siapa. Sudah tua aku rupanya.
Komentator Teraktif Ogos 2007
Seperti kelaziman, setiap penghujung bulan, entri begini akan mengkhususkan satu bahagian untuk ucapan terima kasih tidak terhingga kepada semua pengunjung Mohd Ismail dot Com & juga mereka yang meninggalkan komentar di’sini. Terutamanya kepada 10 orang ini yang menjadi manusia teraktif menulis komentar-komentar bernas sepanjang Ogos 2007, berikan mereka tepukan paling gemuruh kerana mereka semua kool!
Senarai di’letak tidak menurut turutan. Itu bukan masalah. Dua orang yang daripada 10 Komentator Teraktif Ogos 2007 adalah orang kuat Persetankan. Heh! Untuk bulan Ogos 2007, sememangnya tiada sebarang hadiah di’peruntukkan untuk sesiapa. Untuk bulan September 2007, jika ada penaja yang sudi menaja hadiah buat kalian, rezeki bulan ganjil akan kembali menjelma sebagaimana bulan Mei & Julai yang menerima tajaan. Kita tunggu. Terima kasih untuk semua!
Rumpun 2007
Sedikit recap, aku sekali lagi, mengucapkan bergazillion terima kasih buat mereka yang hadir, mereka yang berniat untuk hadir tetapi tidak dapat hadir, mereka yang tidak berminat untuk hadir, mereka yang melihat dari jauh, & mereka yang senyap-senyap mahu pergi. Juga sekali lagi kepada penaja tunggal Rumpun 2007, Advertlets. Kalian patut lihat Merdeka dot Com dan hantarkan foto untuk menjadi sebahagian dari 5,000 wajah yang membentuk MyFlag, yang pada aku, Jalur Gemilang, dari Wajah-Wajah Malaysia. Insya-Allah, Rumpun akan kembali.

22 Comments
Josh Lim
September 1st, 2007
at 2:27am
Yay, saya komentator pertama! …Walaupun bukan yang teraktif.
Terima kasih mempamerkan Merdeka Dot Com di blog anda…jadi bilakah akan anda hantar foto wajah kulit hitam manis anda untuk disertakan bersama 4,999 rakyat Malaysia di MyFlag? :)
Mohd Ismail
September 1st, 2007
at 2:41am
ha ha.. terima kasih Josh Lim! sekarang ni sedang mencari sekeping gambar yang molek untuk di’hantar ke’dalam bendera itu… :)
tunggu! he he
WaWa
September 1st, 2007
at 3:02am
adoi. tengah hari tadi aku merancang nak buat mini-entri psl merdeka.com. tapi terlupa dek kesibukkan memindahkan barang2. bile bace entri ko, baru teringat balik. hurm… tak pe la. btw, aku dah pon anta gmbr aku kat merdeka.com. hahahahaa. kalo xde gmbr aku, jage la.
owh, hmpr terlupa. aku pon dlm top 10 gak ek. konsisten gak aku. hehe.
Mohd Ismail
September 1st, 2007
at 3:05am
ngeh3.. xpe.. kalo xpe, kau boleh e-mail Josh dan katakan dengan penuh kesopanan utk letakkan gambar ayu kau dlm MyFlag… Josh akan membantu.. aku yakin!
*wawa, kau amik warna apa? ha ha
muhdzahari
September 1st, 2007
at 3:32am
tido? bior betul? solat jumaat macam mana?
haha..saya pon tido juga.. agak lewat ke masjid tengah hari tadi..
edt83
September 1st, 2007
at 3:51am
yahh…aku top komentator…miahaha…. aku tak kesah xde hadiah pon…saje nk nyemak kt sini…mm next month buat lagi aa..ahahaha…
mm…kena join gak merdeka.com nih..ahaha..tggu..
khai
September 1st, 2007
at 5:01am
Merdeka dot com tu aku nak join gak.. tapi submit pic awek ar… hakhaks.. awek aku yg nak pemes.. aku x nak.. kakaka…
wah, bro muz no 3 di situ.. tahniah bro!
oh ade pengumuman di sini untuk yg ada mencuba masuk ke blog aku atau semua scukz network.. akaun scukz di suspen buat sementara waktu bagi membersihkan semua module2 yang memberi effect kepada server.. akan kembali dan akan diumumkan nanti.. terima kasih..
sorry mael buat pengumuman pree di sini.. aku tahu kau izinkan.. hehe..
WaWa
September 1st, 2007
at 5:05am
biru. jom, jom, amik biru. :D
musnazdotnet
September 1st, 2007
at 8:41am
cayalah khai, notice jugak die ek? he he….
1st time dalam sejarah hidup saya, jadi top 10 komentator nih, tq tq.
“Di dalam kesempatan ini saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada ahli keluarga dan rakan-rakan blogger esp. khai & scukerz yang sudi dan tak putus-putus menyokong saya secara langsung atau tak memandangkan saya adalah newbie blogger, ewaahhhh, he he….”
oleh itu, sementara blog scukz pulih, sila lah singgah dulu di blog mas saya, he he…. tq tq
Fahmishah
September 1st, 2007
at 10:57am
wah..aku pon termasuk..terima kasih untuk publisiti
mohdismail
September 1st, 2007
at 12:25pm
ya… saya juga lewat.. ha ha… seb baek tak kene panah petir… ;p
mohdismail
September 1st, 2007
at 12:26pm
ya… mari kita join Merdeka dot Com! penuhkan wajah2 blogger kat sana…
mohdismail
September 1st, 2007
at 12:28pm
oh yeah… kawan2, mari kembali ke scukz network! :)
*tidak mengapa Khai, aku tak kesah… ha ha
mohdismail
September 1st, 2007
at 12:30pm
haha ha ha..sekali mcm menang anugerah la pak ko Mus.. :)
*dah ade blog kat Blogmas la pulak… balik2 ke scukz… :P
Qaiyum
September 1st, 2007
at 4:07pm
Eh!? Aku Pun Ade? Raser Macam Tak Banyak Bagi Komen. Apepun Terima Kasih Kembali Kepada En Ismail Kerana Mendeclare Aku Antara Top Commentor.
Aku Pun 2 3 Hari Ni Asik Tido. Badan Sedikit (Banyak SEbenarnya) Tak Sihat. Semalam Tido B4 Jumaat Bangun. Pas Jumaat Tido Balik Sampai Kul 5. Huhu. Merdeka Betul Aku.
Mohd Ismail
September 1st, 2007
at 4:46pm
ha ha ha.. aku ingat aku seorang merdeka ata katel.. ko pun sama Qai.. ha ha
catz
September 1st, 2007
at 7:02pm
erm.bukan senang mahu jadi komentar aktif..lebih2 lagi bersama persetankan yg rapat mengikut..udahlah omar bglah plak chance kat aku..asyik kau jerk
edt83
September 1st, 2007
at 8:02pm
aku sudah anta gamba aku plg brutal utk myflag…err da siap nnti baru kuar ke gamba tuh???ke ade tmpt nk tgk yg aku tak prasan?
edt83
September 1st, 2007
at 8:04pm
nasib aa ko catz…mmg tiap3 bulan dak persetankan konker aa nih…miahahah….
azwanhadzree
September 1st, 2007
at 8:14pm
ha..ha.. melekat jugak nama aku walaupun kurang sedikit keaktifannya :)
musnazdotnet
September 2nd, 2007
at 9:07am
he he, dapat jadi top 10 kat mael.com memang merupakan satu anugerah, yeaahhhaaa!
ye Mael! saya dah kembali ke pangkal jalan, hu hu.
rokudaime_jr
September 3rd, 2007
at 1:02am
Huh..bro Musnaz number 3 tuh, Cayala bro…Keep it up….