Hello BuzzBums!

Readers from BuzzBums, welcome to Malaysia!

Mohd Ismail dot Com di’terima untuk berada dalam komuniti BuzzBums yang di’asaskan oleh Jon Waraas. Siapa Jon Waraas?

Sebagai tanda terima kasih kerana menerima blog berbahasa Melayu ini dalam komuniti BuzzBums, aku akan buat sedikit review berkenaan Jon Waraas yang sekarang ini menjadi salah seorang mentor dari kejauhan aku.

Jon Waraas bukan’lah penulis blog berprofail tinggi seperti John Chow ataupun Darren Rowse, tetapi dia adalah seorang usahawan muda yang punya cita-cita besar. Usahawan internet bukan istilah sesuai untuk Jon Waraas. Aku sendiri tak into dengan istilah ‘usahawan internet’. Jon Waraas terkenal di’kalangan webmaster dengan rangkaian media’nya sendiri yang berdiri atas nama Developer Hut Network. Sehingga entri ini di’tulis, Developer Hut Network mempunyai 12 laman web yang kebanyakkannya menawarkan servis & bukan’nya rangkaian blog.

Paling menarik berkenaan laman web di’bawah rangkaian media Jon Waraas mempunyai perkataan ‘loser’ di’dalam domainnya seperti FunnyLoser, BlogLoser, MyspaceLoser, dan sebagainya. BuzzBums adalah salah satu laman web di’bawah Developer Hut Network yang menawarkan satu ruang untuk pengguna membaca entri-entri terbaru dari blog yang berada dalam komuniti.

Jon Waraas bukan sahaja bijak mengatur perniagaan di’internet, tetapi sudah melangkah ke pelaburan real estate di’mana Jon Waraas telah melabur untuk membeli rental properties & sebuah rumah lain.

Aku mahu jadi seperti dia!

Entri seterusnya akan aku ceritakan perkembangan idea terbaru untuk PCMalaya.com, ia tidak akan menjadi Lowyat.net kedua.

13 Comments

semakin ramai usahawan muda terhasil…semakin meriah dan rancak dunia internet ni…Tahniah kerana disenaraikan dalam komuniti Buzzbums

terima kasih :) sebenarnya aku baru terjumpa satu blog komuniti dari Indonesia yang juga tersenarai dalam komuniti BuzzBums ni.. aku tidak keseorangan :)

Salam..
Tahniah Mail.. aku pun baru tau adanya BuzzBums ni..
aku tak sabar nak tau perkembangan PCMalaya.com

lepas nih bleh senaraikan lebih ramai lagi geng2 dimalaysia nih. nanti takder la sorangan aje… bleh meriah2kan lagi .

sekian terima kasih

best dengar org berjaya.. :)

nnt kalau ada apa boleh tlg kat pcmalaya.com mcm sistem dan cms. contact la.

tahniah mail. bile pcmalaya tu ?? xde dgr cite pon

aku pn x sabar menunggu berita pcmalaya :)

Wah tahniah mael. aku menunggu perkembangan pcmalaya..huhu

tahniah mail. n tq 4 berdesuply replying email. mail mmg walk the talk -lah..

congrats mail ! wahh..aku pun nak jadi macam Jon la..huhuhu..

terima kasih :) kau boleh jadi Miss Jon :p

wa caya sama lu la…sifu…. he he