Hidup satu kenikmatan
- 14
- Add a Comment
Pagi semalam, aku ke makmal di’sini untuk meminta beberapa helai kertas dokumen berkenaan bahan kimia yang di’gunakan. Seorang gadis makmal yang sudah beberapa kali aku ketemu sebelum ini tiba-tiba bersuara, bukan sebelum ini dia tidak bersuara, tetapi nada’nya agak berbeza ;
awak enjoy ke praktikal kat sini? saya kerja sini, terseksa jiwa raga, tau?
Dia bilang, dia dari jurusan bio-medik & sangat berminat untuk berkerja di makmal hospital yang betul-betul related dengan minat & jurusan dia.Nah, hari itu dia buat aku berfikir.
Sepanjang 21 tahun aku hidup, aku sendiri tidak pernah membezakan apa yang aku perlu laku’kan setiap hari dengan apa yang patut aku laku’kan setiap hari.Perlu & patut di’sini membawa dua situasi yang berbeza dalam hidup kita.
- Perlu - sesuatu yang wajib, rutin & stereotipikal. 50% enjoy, 50% terseksa.
- Patut - sesuatu yang lahir dari keinginan hati & kau 100% akan berasa enjoy.
Praktikal di’sini adalah sesuatu yang perlu aku laku’kan. Tanya’kan siapa sahaja yang masih bergelar pelajar, praktikal bukan sesuatu yang mereka mahu’kan. Ia seakan satu kejutan budaya yang dirancang oleh orang-orang dewasa di’luar sana. Mereka ingin’kan kami, pelajar-pelajar merasa bagaimana rasanya berada dalam traffic jam & meeting yang meleret-leret.
Jika aku mahukan enjoy ada dalam setiap saat aku menjalani praktikal, aku akan memilih untuk menjalani praktikal di Google atau sekurang-kurang’nya bersama CandidSyndrome. Itu apa yang aku mahu lakukan.
Tapi, sehingga kini, aku masih berpegang kepada satu baris kata-kata orang lama yang cukup enjoy dengan setiap saat hidup yang di’laluinya. Aku juga mahu begitu, tidak kira apapun yang perlu & patut kau lakukan, hidup adalah suatu nikmat yang perlu kau perah hingga titisan terakhir.
Apa sahaja yang di’tentukan buat hidup aku, adalah yang terbaik buat aku. Apa yang di’tentukan untuk hidup kau, itu adalah yang terbaik buat kau. Tuhan lebih arif mengatur di’mana sifat enjoy kita perlu di’lampiaskan. Ingat!
Proton rugi lagi. Aku muak.

14 Comments
azraai
June 1st, 2007
at 11:08am
tutup saja proton itu. mmg akan rugi memanjang.
flisterz
June 1st, 2007
at 11:32am
maknanye mohdismail.com adalah dalam kategori ‘patut’ sebab ia ‘bukan stereotipikal’. yeah :)
aku pn akan alami praktikal tahun tahun depan. traffic jam aku x alami lagi. tp meeting yg meleret-leret tuh dah biasa ditempuhi. heh
Mohd Ismail
June 1st, 2007
at 11:47am
yep.. menulis di Mohd Ismail dot Com adalah sesuatu yang aku mahu lakukan dengan sepenuh hati.. yeah! :)
selamat datang ke dunia orang dewasa.. ha ha
Rizal
June 1st, 2007
at 11:54am
Hidup ni bukan selalu dapat pada apa yang kita nak. :) Pe2 pun kena bersyukur kerana itu dah semestinya.
so'od
June 1st, 2007
at 11:56am
call it cliche, tapi aku pernah berpikir mcm ko waktu aku muda remaja spt ko dulu.. but to think of it now, aku rasa apa yg aku dah lalui, good or bad, itu semualah yg membentuk peribadi dan jati diri aku sekarang.. we don’t always get to enjoy life the way we want to.. life would be boring that way.. we need to suffer sometimes to buck up.. tp dlm suffer2 pun bole enjoy gak ape.. heheh.. ikut individu lah..
take home messagenya ialah, nikmatilah hidup dalam susah dalam senang.. semua itu ketentuan buat kita :)
WaWa
June 1st, 2007
at 12:17pm
untuk aku, yang perlu, buat masa ni, belajar. walaupun sebenarnya aku malas. haha.
kasyah
June 1st, 2007
at 12:33pm
tak kira hidup kita susah atau senang, yang pentingnya…kita tahu menikmati sebaik-baiknya. hidup itu indah!!
wawa
June 1st, 2007
at 1:07pm
kadang2 kita perlu melalui hidup dgn melakukan perkara yang perlu kita lakukan daripada melakukan perkara yang patut dilakukan.
tak kisah lah,
Allah knows best.
sekurang-kurangnya kita tahu apa yang mahu dilakukan.
mcm aku sekarang ni, aku perlu mengemas rumah supaya rumah bersih dan aku boleh berehat2 dihujung minggu dengan anak2,
tapi aku sedang melakukan apa yang aku patut (ikut definisimu mail) lakukan iaitu berbloghopping.
susah la camnih
abdfatah
June 1st, 2007
at 6:08pm
hiduplah dengan penuh minat… takder minat nak hidup? susah beb kalu dah takder nikamt nak hidup. hehhe…
minat dan nikmat?
Fahmishah
June 1st, 2007
at 6:31pm
bukan kehidupan namanya jika kita tidak melakukan apa yg kita tidak perlu dan patut buat.hidup ada keseimbangan.
zaki
June 1st, 2007
at 7:15pm
aku paham betul apa yang ko rasa dan apa yang terjadi.
Aku pun paham kenapa chemist tu cakap cam tu. MAcam mana dia selalu kena marah dalam meeting dgn kawan2 dia sekali kena…
well that’s the real world yang dulu….
tapi kita ada alternative…kita boleh develop dan kembangkan apa yang kita ada sekarang…
tak semestinya kita kerja based on apa yang kita belajar….
aku pun nak escape bila boleh dan tiba masanya,…
let’s do it ismail….we can do it…
muhdzahari
June 1st, 2007
at 9:31pm
sering kali saya terfikir bahawa Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hamba Nya kalau saya frust dengan sesuatu, terutamanya result exam!!
Alicalok
June 2nd, 2007
at 7:12am
salam..
Kita hanya mampu merancang tetapi Allah yang menentukan semuanya..
ps: Belilah barangan buatan Malaysia
Wizurai
June 2nd, 2007
at 9:14am
ramai jugak yg aku jumpa x enjoy dengan kerja diorang w/pun itu bidang yg dia belajar satu ketika dulu…
aku enjoy dgn surfing camni… dpt menghilangkan benda² yg kurang enjoy sblm ni…