Himpunan kisah pendek
- 33
- Add a Comment

Simpsons The Movie
Aku bukan’lah kipas-susah-mati kartun keluarga Simpsons ni, tapi apa salah’nya aku ke panggung untuk menonton kartun pujaan rakyat Amerika ciptaan Matt Groening ini. Ada kenalan yang mengatakan filem ini adalah filem ketawa dari awal sehingga akhir’nya. Bila aku ajukan keinginan aku pada Eka, dia bertanya,”Itu kartun yang orang dia kuning-kuning tu ‘kan? Diaorang sakit apa?” Err.. diaorang bukan sakit.. at least, bukan secara fizikal.
Kisah beg baru
Beg baru aku sangat kool. Bukan baru’lah sebab ini adalah kali pertama aku membeli sebuah beg untuk kegunaan ke kelas semenjak aku tamat’kan Tingkatan 3. Ya! Kali terakhir aku menggalas beg ke’sekolah adalah ketika aku di’tingkatan 3, masuk sahaja Tingkatan 4, aku lebih berasa kool untuk membawa kotak fail & buku sahaja. Kini, beg yang aku beli ada tempat sorok laptop walaupun aku tidak punya laptop. Aku melintas di’hadapan sekumpulan kenalan,”Mail, sejak bila ko pandai bawak beg?”. Aku jawab,”Semenjak aku isytihar’kan diri aku kool, ha ha!”.
InfoMalaya di’bawah jajahan takluk
Bat, sedang menjalani praktikal sebagai pendidik anak bangsa & aku mengambil peluang ini untuk menyebarkan populariti aku. InfoMalaya sekarang berada di’bawah pemerintahan kuku besi Mohd Ismail. Sila ke’sana dan beri’kan populariti kepada InfoMalaya kerana aku, adalah penulis utama’nya buat sekurang-kurangnya 3 minggu akan datang.
Kepada gadis-gadis yang memiliki kenderaan sendiri, tidak kira’lah motorsikal, kereta, mpv mahupun basikal, jangan jadi’kan diri anda salah satu statistik 10 Pemandu Terbaik Wanita. Kasihani kaum lelaki.

33 Comments
abdfatah
August 8th, 2007
at 2:19pm
wah… menarik sekali kisah 10 pemandu terbaik wanita. mana lagi nak cari cerita sedemikian rupa…?
nampaknya makin meriah lah infomalaya dengan kehadiran mael yang begitu popularnya itu…
jom kita jenguk mael di sana…
kamarul
August 8th, 2007
at 2:22pm
harus tgk the simpsons. kelakar dan penuh dgn sindiran terhadap isu semasa. kartun yg berfikir.
affuan
August 8th, 2007
at 3:00pm
Aiya.. Kelantan mana ader panggung da.. Haruskah aku turun KL semata2 nak tgk katun kuning tu atau menunggu dengan sabar di pasar malam? Wakaka.
zamm
August 8th, 2007
at 3:02pm
sila la tonton Simpson mael,giler kelakar.lawak2 sinis & lucah lak tu.bleh belajar jd bapak yg cool dr Homer.uhuhu
mael bawak beg. aku pon terkejut tgk! ;))
musnazdotnet
August 8th, 2007
at 3:17pm
saya ada buatkan utk mael, berapa nilai blog beliau, he he…. cuba usha blog saya :)
beckzaidan
August 8th, 2007
at 3:37pm
mail, mesti ko start bawak beg sbb nampak aku galas beg ari tu time aku jumpa ko kan? kan? aku nampak cool membawa beg itu kan? ahahhaa… takpe mail, aku faham, aku mmg idola ramai org. ahahhaa…
aku boleh tolong tuliskan di info malaya, dgn bayaran, satu gadis sunti setiap entry. ahahhaa…
ada sesapa terasa?
bob
August 8th, 2007
at 3:51pm
ya betul! klakor bebenor.. gi la nengok mana yg belom nengok.. beh wo!
edt83
August 8th, 2007
at 4:15pm
mmm…tp mmg menarek 10 pemandu terbaik wanita…walopon begitu tak semua pemandu wanita begitu…ada pemandu wanita yg memandu seperti lelaki or lagi bagos dr lelaki…
maksudnyer …wanita2 sekalian..jgn amik ati..:D
edt83
August 8th, 2007
at 4:16pm
aaa.. simpsom aa..aku ske lagu yg homer nyanyi ..ahaha spiderp*g..aku ade mp3 die..:D
shutterspeaks
August 8th, 2007
at 4:58pm
kau punya banyak idea menulis mael. barangkali bila aku tidak punya masa, bolehkah kau menjadi editor di blog aku pula? aku juga mahu kasih sayang pembaca kau ;-)
shutterspeaks
August 8th, 2007
at 4:59pm
harus? baru harus kamarul, kalau wajib macam transformers baru aku pergi miahahaha
catz
August 8th, 2007
at 5:42pm
argh..mael si kuku besi..habislah infomalaya. Erm,mael bile mau balik bercuti, skang aku bosan. Spt mahu ajak kau kuar mkn2 roti naan di Restoran Hakim.
Jika diberi pilihan, aku rasa mesti kau mahu beg simpson sbg beg galas kau..betul kan..kan?
WaWa
August 8th, 2007
at 6:52pm
10 pemandu terbaik wanita tu mmg perli. tapi sungguh, saya mmg pemandu berprestij! serius!
abdfatah
August 8th, 2007
at 8:09pm
kata fara fauzana dalam fara.fm nya ” kalo semua pompuan memandu dah tentu takder kemalangan yang berlaku…”
saya dah tak ingat dah dialog tu… lebih kurang gitu laa bunyinya…
kalo semuanya lelaki yang memandu di jalan raya apa jadi? dan kalo semuanya pompuan yang memandu di jalan raya apa jadi?
ini ada petikan lagi… ” pompuan memandu jalan yang lurus je bleh potong dan laju. lampu merah pun mereka potong. kalo jalan nak corner2 memang takleh buat apa dah, kalut ribut jadinya…”
hmmm lelaki pulak…?
tapi semuanya bergantung kepada kemahiran masing2. apa yang penting semuanya perlu berhati2 di jalanraya tak kira wanita atau lelaki hatta kanak2 sekalipun…
abdfatah
August 8th, 2007
at 8:47pm
buat tempahan express rakyat laa untuk menonton wayang tersebut.
hahaa… takkan nak kena tunggu pasar malam kot? mungkin dah ada agaknya sementara tayangan masih ditayangkan di pawagam…
tengok kat tv aje laaa…
edt83
August 9th, 2007
at 1:03am
aku baru pas tgk simpson movie..ya penuh dgn adengan kelaka melampau…n penuh ngn isi2 yang bernas..:D …mantap2…huhu
jr
August 9th, 2007
at 3:16am
sem lepas aku hon awek, pastu dia tunjuk jari tengah sama aku. aku suruh dia cepat kat trefik light pun kena marah. statistik tu bercanggah dengan fakta aku…
abdfatah
August 9th, 2007
at 6:55am
wahahaha… memang betul2 brutal tu… kalo macam citer senario lagi brutal dengan motosikal besaunya itu… memang ganazzzzzzzzzz….
Cikgu Suraya
August 9th, 2007
at 8:10am
mana gambar beg tu?
kat dini dah install do follow plugin tak?
–sebol
edt83
August 9th, 2007
at 9:31am
malu laa die ko hon mcmtu…mesti ramai bf tgk die time tuh…tu yg ko dpt jari tuh…
saharman
August 9th, 2007
at 9:38am
Simpsons The Movie adalah cerita yang aku tunggu tunggu.Aku dengar cerita kat US movie ni meletup meletup.Kau kena start Mohd Ismail cerita pendek macam The Simpsons start dulu
abdfatah
August 9th, 2007
at 10:10am
simpsons oh simpsons… kalo kartun malaysia meletup2 best jugak,kan? bila kartun malaysia nak melotup macam simpsons tuuuu…????
shambie adzhan
August 9th, 2007
at 10:57am
LOL ntah2 kawan aku tu.. dia kalau orang tak pasal hon-hon ni, naik le jari tengah dia tuu..
kadang-kadang aku pun panik naik keta ngn die, manjang hangin and t**t t**t mulut die bising..
aku pernah naik kereta ngn bapak dia, like father like daughter.. no wonder~
mohdismail
August 9th, 2007
at 12:07pm
ha ha.. statistik tu bukan mmg menunjukkan mereka pemandu/penunggang yg ganas ke? ha ha
mohdismail
August 9th, 2007
at 12:08pm
ha ha.. The Mohd Ismail? boleh.. tara’hal.. nnt aku panggil ko jd director..
mohdismail
August 9th, 2007
at 12:11pm
ye ke wawa? x pernah dgr citer ko bawak keta pun.. hehe ;p
yattie
August 9th, 2007
at 12:12pm
mael o mael..
ape la ko mkn ari2 ek..
ape pun aku nk try tgk the simpson tu..nk tgk cara kartun tu berfikir!ehe
mohdismail
August 9th, 2007
at 12:13pm
apa maksud ko dgn apa aku makan hari2? aku makan nasik la gadis oi.. ha ha
affuan
August 9th, 2007
at 1:06pm
Dier maksudkan ko banyak idea makan aper? Agaknya la. Haha.
mixterr
August 9th, 2007
at 2:05pm
BEst ke? aku lom tgk lagi simpsons tu?nanti aku cube tgk?? ouh gambar 10 Pemandu Terbaik Wanita tu.. aku dah tgk aritu.. semua logik la.. tp yg pakai helmet terbalik tu.. aper hal??
edt83
August 9th, 2007
at 2:33pm
ko penah dengar kartun Mustang Mama??kartu tu kuar time worldcup..that one kartun org mesia wat..Kompeni Inspedia ..kawan aku keje situ..client utk kartun tu ..Perancis..huhu…:D..hasil kerja macam kartun simpson tu gak..huhu
edt83
August 9th, 2007
at 2:40pm
taklaa wajib mcm transformer…just harus jek..wajib bagi spe yg tensen2…:D…
edt83
August 9th, 2007
at 2:41pm
ahaha donlod saja…da ade dvdrip weh..:D opss..x baek..:D