Homoseksual: Dari Sudut Lain
- 49
- Add a Comment

Seperti aku kata’kan semalam, aku berpeluang berbual dengan seorang penuntut Malaysia di’luar negara berkaitan persepsi tentang dunia homoseksual. Aku ketemu gadis ini di’Friendster ketika aku sangat kebosanan. Aku tertarik untuk melihat profilus beliau kerna.. err.. dia comel. Send smile. Selepas itu aku dapat id YM! dan cerita pun bermula.
Hari Sabtu lalu, Fiza, pelajar tahun 2 jurusan undang-undang, berpeluang mengikuti satu festival perarakan yang di’sertai oleh ratusan manusia yang tergolong dalam kalangan pengamal homoseksual. Gay, lesbian & transgender berkumpul di’satu tempat untuk memperjuangkan kebebasan memilih pasangan dari satu jantina yang sama.
Fiza e-mailkan aku beberapa keping foto yang di’rakamkan di kawasan berlangsung’nya Pride Festival ini.

Menurut Fiza, Pride Festival ini telah aktif semenjak tahun 1990. Kemeriahan di’sini sangat terasa apabila semua yang ada di’sini memakai baju mengikut tema ‘Pelangi’ yang berwarna-warni. Tema ‘Pelangi’ ini di’pilih kerana warna di’dalam pelangi itu sendiri melambangkan kepelbagaian di’dalam dunia.


Ketika ini menurut Fiza, perarakan baru sahaja bermula dengan beberapa orang mengepalai bersama bendera bermotifkan pelangi yang menjadi trademark mereka.
Dalam pada masa yang sama, terdapat sekumpulan protester yang menentang kewujudan festival ini di’tengah-tengah bandaraya mereka. Kumpulan ini juga mengadakan perarakan sebagai bantahan ke’atas kewujudan golongan homoseksual ini.
Cerita Fiza, “protester ni ingat’kan kami semua menentang golongan gay, lesbian ni semua sebab mereka lihat kami bertudung & semesti’nya Muslim, tetapi kami boleh pro pulak pada golongan ni…”
“Pada pendapat saya la, ini kalau gay tu Mat Salleh la, saya sokong atas alasan mereka ada hak masing-masing untuk live their life, ‘kan?”
“Tapi, kalau gay tu Melayu or Muslim, saya memang pangkah.Ha ha. Mereka tak comel. Jijik semua yang ada kat Bangsar tu.”
Aku pun tanya’la bagaimana dengan lesbian & transgender?
“Ermm..entah la, kalau diaorang nak jadi macam tu, go ahead la..”
“Ini ada satu gambar saya rakam, tapi takut kontroversi plak walaupun dia tak state apa-apa..”

“F**k Hemophobic Religion tu diaorang tujukan pada Kristian, tetapi kalau gambar ni sampai Malaysia, orang boleh kata diaorang tuju pada Islam.”
Hemophobic Religion? Apa tu?
“Secara generalnya, homophobic means prejudiced against homosexual. Semua agama tentang benda ni ‘kan? Termasuk la Islam. Tapi sebenar’nya mereka tujukan buat Kristian kerana kat sini agama yang mengongkong diaorang adalah Kristian.”
Protester tu ada cakap apa-apa kat Fiza?
“Ha ha. Diaorang kata let punish them & tunjuk’kan kami banner Jesus. Saya takut & terkejut mula-mula, tapi sebab nak tahu, saya tengok la jugak.”
Ada gambar protester tu?
“Mula-mula kami nak ambil gambar, tapi dua kumpulan ni dah start gaduh mulut, mencarut semua, f**k sana sini. Jadi takut kami nak ambil gambar diaorang. Lagi-lagi lepas protester tu tahu kami pro-gay…yang comel. Ha ha!”

“Ini gambar lesbian atas motor besar, biasa la, lesbian yang jenis top mesti nak tunjuk lebih lelaki. Itu yang diaorang bawak motor besar-besar.”
Tak takut ambil gambar gay, lesbian?
“Tak. Sebab kat sini, diaorang welcome kami. Ada yang ingat kami ni lesbian. Ha ha. Tapi kat sini, semua senyum kat kami, takde pun yang racist atau apa-apa. Mungkin sebab mereka sendiri pun kena reject dengan masyarakat. Jadi, diaorang faham la perasaan kami.”
“Sebab saya bertudung kat sini, selalu je kena maki maki dengan orang sini, lagi-lagi yang orang mabuk.. diaorang kata F**k Muslim la.. sucks la.”
“Saya cerita kat mak saya baru je ni pasal saya ikut perarakan gay ni, mak saya risau saya terikut-ikut dengan budaya sini. He he.”
Fiza tinggal’kan aku dengan satu soalan, “Salah ke saya suka’kan gay?” dan sekeping gambar dia bersama 2 orang gay yang..err.. comel.
Entri ini akan bersambung dengan satu lagi temubual bersama seorang lagi pelajar Malaysia nun di bumi Eropah. Woot!

49 Comments
versimelayu
June 18th, 2007
at 12:22pm
berat ni. tak tak ringan mcm belon yang diaorang pegang.
shambie adzhan
June 18th, 2007
at 12:49pm
nak komen tapi tak berani la..aku taknk timbulkan kontroversi
Mohd Ismail
June 18th, 2007
at 12:53pm
aishh.. tak berani pulak.. komen je.. kan tag blog ni Bukan Stereotipikal.Untuk yang Mahu Berfikir. :)
sila berikan pandangan setelus mungkin. Fiza juga mungkin sedang membaca di’sini..
flisterz
June 18th, 2007
at 1:07pm
berani btol si Fiza tu berada ditempat kejadian.
aku pernah terbaca pasal satu berita yg melaporkan ade rakyat malaysia menyertai perarakan ni dah pernah heboh satu masa dulu. mungkin org itu juga seperti Fiza, hanya utk cuci mata tgk gay gay yg..er..comel. haha
mmg sepatutnya mereka diberikan kebebasan ape yg mereka mahu lakukan. tp aku tetap x setuju dgn homoseksual. terutama gay. tiada fakta/ hujah yg aku nk berikan, sbb memang jelas nyata salah dari segala segi; agama,undang2,pandangan sosial dan sebagainya.
:)
Kasyah
June 18th, 2007
at 1:20pm
Aku mahu cuci mata tgk les..haha
Aku nak cakap camner ek… ada member kpd member aku yg gay.. kontroversi lak..huhu.
wenkt
June 18th, 2007
at 1:23pm
http://wenkt.com/blog/?p=1784
versimelayu
June 18th, 2007
at 1:39pm
gaya ruang kepelbagaian ka tu? haha
mixterr
June 18th, 2007
at 1:47pm
berani betol fiza tu?? nasib baik siang kalo mlm xtahu ape nak jadi la??
WaWa
June 18th, 2007
at 2:04pm
aku setuju dgn Fiza. kalo gay tu matsalleh, so wut? biar la die.. (wpon aku rase geli gak dgn gamba kat atas tu). tapi kalo dia melayu muslim, saya tentang! hoho.
shambie adzhan
June 18th, 2007
at 2:45pm
bukan aku tanak berfikir tapi takut terlebih fikir (td aku tulis pjg lebar tp tak jadik post..takut terlalu harsh)
okla, bg aku..im against homosexuality terutama nya yg beragama islam.
Allah dah jadikan manusia berpasang2 lelaki dan perempuan (apetah lagi haiwan kan)
melanggar fitrah alam la kan..kalau perhubungan sejenis
even magnet berlainan kutub pon menarik sesama sendiri kan!??
secara logiknya, how to re-produce with the same ‘alat’ LOL
correct me if im wrong..just my 2cents
Azhar Ahmad`
June 18th, 2007
at 3:08pm
Ini kawasan mana ya. Kalau San Francisco sure ada group dari Malaysia. Saya pernah lihat. Macammana? Biarlah rahsia…. Hehhehehe p/s Kontroversi tul lah ayat saya ni…
لن رسسو
June 18th, 2007
at 3:18pm
Mereka chomel.. huh
so, menurut kaedah mantik… yang tak chomel itu bukan Gay lah… hahaha
anasxz
June 18th, 2007
at 4:11pm
pengguna Nokia N73 mesti wajib baca manual yang disediakan, kalau tak baca pasti akan gelong N73 dia tu.
begitu jugak, Allah taala dah buat manusia, Dia sediakan manual Dia, tak betul2 bacan jadi gelong macam geng2 tu la.
nation2 lesbian ni, kita sebagai orang awam yg xdak apa2 kemampuan, yang aku rasa setakat mampu tengok dan kutuk kat belakang, nak kedepan tak berani, kita punya tanggungjawab kurang la sikit, setakat berdoa kat Allah taala la moga diorang ni pupus.
comel atau tidak itu lain hal la, sendiri punya persepsi. bagi aku sesapa pon comel.
amir
June 18th, 2007
at 4:44pm
Kemungkaran yang berlaku terang2 haruslah ditentang. Biarpun ia dilakukan oleh orang yang beragama bukan Islam. Sikap menentang Gay, Lesbian yang bukan Islam ini telah ditunjukkan oleh Nabi Lut sendiri. Kita seharusnya menjadi seperti Nabi Lut kerana dia adalah Rasul dan perlu menjadi ikutan kita.
Saya menasihatkan saudara ismail tidak lagi memaparkan entri seperti ini. Ini ibarat menghebah-hebahkan kemungkaran yang sangat ditentang kepada masyarakat awam.
Umat Islam yang hidup di luar negara sering didatangi fitnah. Apabila melihat orang meminum arak, sudah tiada benci dihatinya akan perkara haram itu. Malahan ada yang sanggup ke kilang arak untuk melihat bagaimana ia dihasilkan.
Ini adalah salah satu fitnah. Menyertai perarakan homoseksual dan sedikit pun tidak rasa bersalah. Malah mempunyai niat di hati menentang kumpulan gerakan mereka yang menentang golongan homoseksual. Biarpun ia dilakukan oleh orang yg bukan Islam. Astaghfirullah.
Memaparkan perkara seperti ini kepada masyarakat awam adalah amat dilarang di dalam Islam. Saudara Ismail, berfikirlah saudara akan kebaikan dan keburukan menyebarkan perkara ini kepada masyarakat umum. Saya pasti keburukannya adalah lebih banyak dari baiknya. Kemungkaran yang jelas lagi nyata tidak perlu difikirkan lagi dan dikaji dari sudut lain. Allah telah menjatuhkan bala yang dahsyat kepada kaum Lut dan itu merupakan tanda bahawa Allah begitu membenci perbuatan homoseksual.
Fikirkanlah sekiranya saudara Ismail meninggal dunia pada esok hari, entri blog ini akan tetap kekal di sini, dan akan menjadi tatapan sehingga bila-bila sehingga website ini tiada lagi. Fikirkanlah berapa banyak balasan yang saudara akan terima di alam kubur akibat dari entri ini.
Semoga ada pengajaran.
Mohd Ismail
June 18th, 2007
at 5:06pm
Saya faham dengan jelas maksud saudara Amir berkaitan entri sy kali ini. Bukan nak membangkang atau menidakkan apa yang saudara Amir kata’kan, semuanya betul & saya akui itu semua.
Cuma, cuba saudara Amir baca kembali setiap ayat yang saya tulis, setiap perkataan setiap maksud disebalik ayat, saya sedaya upaya menjadikan entri ini seneutral mungkin supaya tidak menampakkan saya menyokong gerakan homoseksual ini. Saya rasa tiada satu pun ayat yang saya gunakan mengajak sesiapa atau menunjukkan yang golongan ini baik belaka. Tidak juga saya mengatakan yang golongan ini jahat belaka.
Semua pandangan yang di’utarakan dalam entri ini datang’nya dari individu yang berada di’tempat kejadian & mengalami sendiri suasana di’sana. Saya juga tinggalkan pembaca dengan persoalan samada apa yang di’lakukan Fiza betul ataupun salah. Pertimbangan dari pembaca sangat di’hargai. Fiza juga membaca apa yang di’tulis oleh pembaca di’sini.
Tujuan saya menulis entri ini bukan bertujuan untuk mengajak siapa2 untuk menyokong homoseksual, tetapi lebih kepada mahu mengajak rakan2 kita berfikir.
Saya boleh temuramah saudara Amir berkenaan perkara ini & pendapat saudara Amir boleh di’paparkan di’sini, tapi saudara Amir perlulah tinggalkan sekurang2nya e-mail yang sah supaya saya boleh menghubungi saudara Amir dan bukan’nya meninggalkan e-mail yang berdomainkan url penuh dengan link ke laman Kristianiti. Saudara Amir periksa kembali e-mail yang saudara tinggalkan ye?
Kita boleh bersembang. Terima kasih atas keprihatinan saudara Amir. Saya sangat hargai.
abah
June 18th, 2007
at 5:40pm
hum panas panas. Aku menanti sambungan temuramah kedua.
Yattie
June 18th, 2007
at 9:14pm
aku memang tak suka homo atau bisex ni, baru ptg td aku ckp psl ni kat kwn2 aku.
lebih jijik kalau golongan tu dr org islam.yep..kawan sekelas aku dulu ada yg lesbian.tp aku dulu jenis xkisah sgt hal org.
aku juga rasa entry ni dibuat bkn utk mengajak kita menyokong golongan homo ni.
kat sini kita boleh fikir ttg hdp golongan tsebut tp bkn menyokongnya.
fiza mmg berani pergi pesta mcm tu walaupun anti-homo.tp dia cuba gak utk kenal hidup golongan2 tersebut.
nota:aku pernah terminat kat pengkid..tahi betul aku..ehe.
Mohd Ismail
June 18th, 2007
at 10:05pm
ha ha..camne la ko boleh minat pengkid ni Yattie?ha ha :p ‘hensem’ ye pengkid tu?
zaki
June 18th, 2007
at 10:37pm
Dulu time aku belajar, ada satu kelab : LGB (Lesbian Gay Biseksual) club. Memang brutal…tapi aku tak masuk….depa duk baling2 kondom bersepah2 sana sini…supaya kononnya selamat la…
flisterz
June 18th, 2007
at 10:40pm
wah. kat mane ko belajar zaki? haha
zaki
June 18th, 2007
at 11:15pm
Kat Bradford, UK.
Time mula-mula sampai, aku duk tengok apa lah yang bersepah atas jalan raya…?!! Cek - cek rupanya, bekas kondom (yang baru) tapi byk bersepah…depa main campak kat mana2 supaya orang / ahli kelab boleh amik dan buat projek…ishkkk teruk betuila….
Yattie
June 18th, 2007
at 11:59pm
xde la hensem sgt.
seriusly aku cakap,kalau aku tgk tomboy yg agak hensem aku rasa cam nak goda je dia.
esh.adakah aku normal???tp aku betul2 anti-homo/bisex.
Yattie
June 19th, 2007
at 12:01am
agak2 kat malaysia ada buat tak kelab macamt tu?
mail,apa lagi..pi siasat la ;p
Mohd Ismail
June 19th, 2007
at 12:05am
aiyokk! ko ada masalah identiti.. ha ha
Mohd Ismail
June 19th, 2007
at 12:06am
hah! aku pulak nak kene pi siasat.. pi telefon Mastika tu.. ha ha
zaki
June 19th, 2007
at 1:00am
So far, aku takdak dengar ada kelab macam tu….di Malaysia….Mintak2 di jauhkan…kalau tak hancur lebur moral anak2 kita dan kita2 sekali….ishk…ishk…
Mael dah takyah siasat….kalau nak siasat gak panggil 360.
Yattie
June 19th, 2007
at 1:18am
xpun panggil edisi siasat.
Ma’il, aku dah ada wp!!weeeee:)
kaSyah
June 19th, 2007
at 7:31am
ya ko masih normal cuma hati kau sedang dipermain-mainkan oleh ‘itu’.
kaSyah
June 19th, 2007
at 7:32am
lawa siot blog ko bertukar wajah. minat sungguh aku tengok :D
kaSyah
June 19th, 2007
at 7:34am
gila ah… kalo ada kat mesia ni. mau tsunami lagi sekali.
shambie adzhan
June 19th, 2007
at 7:36am
this one looks better..sedap mata memandang :)
aman
June 19th, 2007
at 10:30am
btul tue…open minded jer.. :D
agus
June 19th, 2007
at 11:51am
Stereotipikal bukan, cetek pun bukan. Sememangnya untuk yang mahu berfikir, secara terbuka dan global. Alangkah mudah sekiranya populasi dunia ini tergolong dari satu rumpun, satu agama, satu fahaman. Malangnya, sedangkan satu rumpun punya pelbagai idealogi, satu agama punya mazhab, satu fahaman punya cabang, inikan pula dunia sebenar yang berbilang bangsa, warna dan perwatakan. Tiada rahsia untuk satu bumi yang aman, cuma kefahaman, toleransi dan hormat. Buktinya tertulis sejak zaman nabi terawal.
Yattie
June 19th, 2007
at 1:50pm
aku tau maksud ko ‘itu’.
setan..haha!!
chot
June 19th, 2007
at 2:33pm
cetek agama betul diorg ni….nasib baik kat m’sia xde reunion mcm ni…
BAGAK
June 19th, 2007
at 4:09pm
kebanyakkan universiti di negara barat ada kelab gay&lesbian.
student boleh masuk kalau berminat
notis pun merata-rata ditampal di sekitar universiti
“HAPPY HOUR NEXT FRIDAY”
- Gay&Lesbian Club
flisterz
June 19th, 2007
at 9:14pm
wow. aku suka komen ni :D
famia
June 19th, 2007
at 9:44pm
alahai.
kesiannya diorang ni.
nashrex
June 19th, 2007
at 9:44pm
gamba fiza yg comelnya mana? ohohoho
hebat
June 20th, 2007
at 12:22am
Antara sbb gay jadi lagi parah ialah biler org str8 memulaukan mereka..diskriminasi mereka…gay di malaysia belum sampai tahap nak kawin dan bela anak angkat..itu adalah pandangan sebilangan besar golongan day melayu di malaysia..Mereka lebih tau hukum dari org yang str8 yang anti gay.mereka tak de sampai nak kawin atau ada anak.Cuma kerana mereka digelar sebagai penggoda dan pengambil kesempatan terhadap lelaki sahaja yang membuat mereka disisih..Malah ada yang mengganggap golongan ini memalukan lelaki sedangkan mereka sebenarnya adalah sahabat yang terbaik untuk meluahkan masalah dan pandangan. GOlongan gay lebih terbuka dalam segala hal dan lebih serasi dgn golongan wanita.
yang haram dalam QUran dan Hadith ialah liwat..bukan jadi gay..Allah tak pernah kata jgn jadi gay tapi Allah kata jgn la kamu mendatangi lelaki sesama lelaki..Tak semua gay melakukan perbuatan liwat..dan tak semua perbuatan liwat dilakukan oleh gay..even lelaki normal pon sanggup liwat wanita tapi disbbkan dier itu lelaki normal so meliwat wanita itu dianggap biasa..itu satu ketidakseimbangan dan ketidakadilan yang golongan gay sendiri tak paham..
Sapa cakap gay kat malaysia tak cute tak handsome?..kekacakan mereka menjadi envy golongan wanita yang rasa mereka lebih kacak dari lelaki normal yang tak pandai nak jaga kebersihan diri. Dan ada ketika nya wanita bleh tersilap pilih lelaki gay sebagai boyfriend kerana mereka lihat golongan ini lebih baik,gentleman,bersih dan smart dari golongan str8 yang haprak…satu yang menjadi identiti golongan gay ialah mereka sangat baik dgn wanita berbanding golongan lelaki sejati yang akhir2 ini tidak menghargai malah melayan golongan wanita seperti sampah..
Aku sendiri adalah gay di malaysia tetapi aku tidak ada mengambil kesempatan terhadap lelaki normal..dan jarang sekali aku melakukan liwat…kerana aku tau itu satu dosa..seperti juga golongan normal yang kadang2 terlanjur dek karana nafsu..Hanya agama yang menjadi pendinding kepada perbuatan2 itu..Bak kata AHmad Deedat ketika menjawab pertanyaan seorang lelaki yang baru masuk Islam (gay) meminta cara yang terbaik untuk merubah diri..Deedat menjawab:Isu ini tidak ada obat pil yang bleh bantu kecuali dengan membaca al-Quran dan berdoa agar dijauhkan dari melakukan perbuatan liwat itu..Maka jelaslah di sini bahawa isu menjadi gay bukan lah suatu isu yang di minta atau dicari..aku dah mula sejak 20 tahun lalu skarang umur aku 26…cuba bayangkan mcm mana seorang yang sejak kecil dah ada perasaan gay cuba untuk berubah..bagai mana seorang itu akan tau yang dier akan jadi mcm nis sedangkan dier sendiri dah jadi sejak dari kecil?adakah aku sendiri yang menentukan aku jadi gay?atau mcm mana?
NazzNazz
June 20th, 2007
at 2:11pm
kalau aku jadi fiza, aku pun akan pegi the pride fest ni. not supporting but just to get the whole idea of what they have in mind, their lifestyle, mentality sumer.
aku tak tahu on which side im in. aku pernah mengamalkan budaya “i dont care”, pernah juga mengamnalkan the whole concep “it’s their right” but bila aku pernah experience nampak dengan dekat aku jadik geli. i mean, sexually yes, aku geli so aku question asal la nak ber-homoseksual ni.
bt then again aku tak kesah. it’s their life, it’s them who are taking responsibilty over their own life. yes, agama larang sumer, undang2, pandangan serong masyarakat bla bla, biarlah, segalanya dorang tanggung sendiri, akhirat/dunia.
aku ramai kawan gay/bi ni.n they’re all good to me, friendly and tak tengok aku dgn kecacatan aku atau kelemahan aku atau kekurangan aku. betul ckp fiza, dorang tak racist and they know how it means to actually be a minority. in this case, im supporting them.
well nuff said, the choice is yours.
senyuman
June 21st, 2007
at 3:02pm
Assalamualaikum, saya rase entri saudara benar2 neutral,cuma saya agak sedih ataupun kurang senang dgn kenyataan fiza, dan menyokong pendapat amir.kita yg beragama islam tidak seharusnya menyokong ape yg telah termaktub dlm Al-Quran dan Hadis mengenai hukum hakam,wlpn si pengamalnye iaitu orang bukan islam.kita mesti membangkang,tetapi dalam masa yg same kite kene paham kite berada dlm society ape.jadi,dalam situasi fiza, dia mungkin berhak untuk mengambil tahu dan ubtuk menghalang dan menentang secara total bukanlah sesuai dgn society yg mengamalkan kebebasan total spt di negar2 eropah. Senang kate, dia xpatut sokong,jika dia gunakan faktor bukan beragama Islam dan kerana gay di sana comel sepertinya kelihatan agak emosional pendapatnya.
:).. Islam is a way of life not only about practising the Ibadah daily.
senyuman
June 21st, 2007
at 4:04pm
nazznazz,islam kate kita hidup bermasyarakat,tu je kene pegang.tp dalam kes ko cakap mgkn ade benarnye,tp kene tgk in the whole angle bukan one narrow angle,
aku
June 21st, 2007
at 6:22pm
salahkah aku suka lesbian.. hokhokhok…
tak salah la si fiza tu suka gay boy tu.. bukan pe, comel katanya ek.. lainlah dia suka dengan gaya hidup gay/lesbian.. itu tak bolehla..
nak kena laknat, trylah suka pada gaya hidup gitu :)
ko nasihatla fiza tu jangan dok gi perhimpunan gitu
1- kita join, depa jadi suka.. depa ingat kita sokong
2- kalau Tuhan nak turun bala tu, kawasan sekitar kena, tak kiralah ada orang baik atau tak.. jangan nanti Tuhan turun bala, kita kena sekali.
join perhimpunan homo ni nampak harmless, nampak seolah-olah kita hanya menonton, tak bermaksud memberi galakan.. sebenarnya tidak begitu.
homo - satu dosa
rogol - satu dosa
kira homo dan rogol ni adik beradiklah ye.. bawah satu mak pak. .iaitu dosa dan maksiat.
suka ke kalau join perhimpunan perogol-perogol? hehe.. sendiri mau ingat la.
kalau ada orang jawab suke, ko tanya dia gini plak.. “suka ke join perhimpunan perogol-perogol bergilir mak kau..” haaa. sorry kena kasar hihihi..
kalaulah dosa homo ni sekecil dosa mencuri kerana kelaparan, tidaklah terjadi apa yang terjadi kepada kaum Nabi Luth.
Sekian, ceramah petang Khamis oleh En. Aku.
shambie adzhan
June 22nd, 2007
at 10:35pm
semalam aku tgk Scrubs (season brapa ana tak tau) kat Astro.. ada satu ayat ni cukup menarik…
wut say you?
aku
June 23rd, 2007
at 7:52am
hati-hati dengan penulisanmu Ismail.. bimbang terlari akidah
cerruti 28
June 23rd, 2007
at 7:55am
ha ha ha.. this really amusing me.. 1 kudos for u shambie :)
Labanon
June 23rd, 2007
at 11:01am
Ingatlah 2 orang yang tidak dapat berjumpa Allah mahupun menghidu bau syurga…
Salah satunya ialah orang yang melakukan hubungan sejenis…
Bro mael sepatutnya anda menidakkan post ini. Maksud saya jangan neutral tetapi terus membangkang kerana ia benar2 salah di sisi agama :)
cheers :)
Pembaca setia blogmu tapi tak tinggalkan komen muahaha
cerruti 28
June 23rd, 2007
at 12:45pm
Assalamulaikum,
This is going to be my very humble opinion ya. If I were the girl, fiza I would refrain my self from being part of the parade. Why? Curiosity..
Curiosity, this is what we had as human to shift our paradigm towards anything the life can offer. But, ia boleh membina dan juga membinasa. As a child curiousity is good in a way to cultivate thinking-brain-culture and in a long run, to push them to the limits of creativity.
But as an adult, we have to be very selective on what we are going to curious of. The things that you don’t know won’t hurt you much. Thus, I strongly believe, to curious on how it felt to be in homo life, was not supposed to be in the list. It’s risky, you may somehow trapped in it, because it’s involving one element that we called feelings. Manusia lemah dengan perasaan.
The fundamental is very simple, what is wrongs, remains wrong not matter how we try to twist it.
wallahua’lam