HongKiat goes pro!

800916_14510257.jpg

Malaysia melahir’kan seorang lagi professional blogger apabila HongKiat secara rasmi’nya berhenti kerja sebagai Head of Creative(Kepala Kreafif?Na’ah) di sebuah syarikat selepas tiga tahun bergelumang dengan alam orang dewasa selama tiga tahun. HongKiat aku lihat sebagai seorang blogger yang berdedikasi dengan menjalankan aktiviti blogging secara agresif termasuk membuat kempen di’beberapa blog terpilih.

Dan, problogger yang seorang ini juga lahir dari mereka yang menulis dalam Bahasa Inggeris.

Menjadi penulis blog yang bertaraf professional juga bukan perkara mudah. Jalan’nya masih sama seperti kau mahu menjadi jurutera yang err.. sememangnya suatu kerja yang professional. Kau perlu belajar & belajar & belajar. Aku tidak ada idea berapa banyak masa yang di’peruntukkan oleh HongKiat untuk belajar menjadi penulis blog sehingga ke tahap sekarang.

Aku sendiri membaca lebih 100 RSS setiap hari & aku tak akan tinggal walaupun satu supaya aku sentiasa di’update dengan maklumat terkini. Aktif di’forum yang berkaitan, tidak takut melakukan kesalahan & banyak bertanya kepada yang telah establish antara langkah ulangan yang kau perlu lalui setiap hari.

Aku, ada impian mahu hidup dengan menulis blog, tapi itu mungkin bukan satu target yang realistik, lebih-lebih lagi apabila 22.9% dari 13.5 juta pengguna internet di’Malaysia aktif di Friendster(TheStar, 12 Jun 2007). Bulletin & testimonial lebih seronok di’baca…mungkin.

Update: Selepas rakyat Malaysia memonopoli penggunaan Fotopages, kini 22.4% trafik ke Friendster adalah datang’nya dari Malaysia (NST 11 Jun 2007 via Amzari). Terima kasih Flisterz.

Mahu jadi penulis blog professional? Di’sini ada sedikit panduan berguna dari ProBlogger.

Untuk HongKiat, selamat maju jaya!

39 Comments

Pro? aku selalu jugak pergi sana..cuma aku kurang berkenan pada entri yg ditulisnya mengenai pelajar upm dulu..

Apa-apa pun, memang di seorang blogger yang bagus..macam liewcf pun ada..

aku rasa lebih kepada penulis blog sepenuh masa. kalau aku, aku tak berhenti kerja kot. ngeh3.

Menari nie… memang best bila kita dan boleh buat full time untuk kerja yang kita minat. :D

Memang betul tu mail, samalah dengan aku. Google reader aku pun penuh dengan rss untuk memastikan aku sentiasa update. Walaupun rasa macam banyak benda nak baca, tapi bila kita minat semuanya akan menjadi seronok sekali. Betul tak mail?

mail, sepatutnya, 22% traffic friendster dtg dr Malaysia :) itu la yg aku bace heh. maknanya org malaysia lah paling aktif.

ni aku jumpa excerpt
http://www.amzari.com/index.php?option=com_content&task=view&id=42&Itemid=1
:)

oh yeah.. membaca Google Reader dah menjadi aktiviti wajib dalam tugas harian.. ha ha :)

aku pun tak larat nak baca byk sgt RSS dan email subscription….maklumlah kerja-kerja-kerja je….

Tapi, cam kata mael….kita kena baca gak supaya updated….

Hidup semua blogger!!!

ishk…camna aku boleh terjebak dan syok ber blogging!!!???

Nampak sgt ICT di mesia ni semakin porgressive….

cuba kategorikan umur orang mesia yang masuk friendster….mesti byk budak range dari 15-25….Aku tak masuk pun friendster , tapi maybe akan masuk kot …nak promosi… he he

Eh.. mael…tukar lagi theme ko nie…bukan semalam dah tukar ke…?

eh.. mana ade.. ni la theme semalam tu.. iskk.. ko ni Zaki.. ha ha

Ye ke!!! Apesal nampak mcm lain…ataupun browser berlainan buat aku nampak macam lain kut….aku tgh pakai IE, kat rumah pakai Mozilla, dalam kereta, aku pakai SAFARI…lain-lain pulak!!! takpe..yang penting content baik!!!

macamane boleh terjebak?

:p blogging is like socializing, but thru text and pictures..
bukan bercakap..
suma orang suka berkenalan kan?

macam best la kalau ada reader, u received sumthing in return, in this case..komen dr pembaca la

blogging is like socializing, but thru text and pictures.. yep.. tapi yang ini lebih besar & luas berbanding Friendster mahupun MySpace mahupun Facebook mahupun apa sahaja laman sosial..

:)

whoa. kool.

tapi at the same time aku takut memikirkan semua ni. problogger, kalau bertuah then u can really be it man.

for now, i wanna to get this thing straight first. aku dah malas sket. haih.

ko ada peluang weyh. ada ciri jadi mcm dia.

aku percaya 1 hari nanti ko akan jadi seperti hongkiat tu…percaya pd diri sendiri bro!

masa akan menentu’kan.. cewah!

haha… moga maju jaya hendaknya untuk menjadi the top pro blogger di malaya nih…

Hummm, aku rasa kerja aku kat univ baru nanti, akan diassign sebagai Ketua Penyelidik bahagian Content Management System. Derang dah sok sek kat sana…. Hummm… jadilah aku si penulis blog sehingga akhir hayat….

Azhar, ko ke universiti mana? CMS? Menarik tu.. *bling* satu idea timbul untuk ko.. he he

walaupun dengan blog income leh masuk.tp blogging ini tidak menentu kadang-kadang.hacker di luar banyak.bila-bila masa saja.

mael, ko membaca hampir lebih 100 entri setiap hari. wah…. apa rahsia dikau? :D

Ye ye setuju….tu la yang rasa best nyer ber blog…socializing + sharing stuff….+ monetizing ..he he….

Senang je…
duk depan PC…
Sesambil tu kalau bosan…jalan2…

ade satu komuniti forum aku terbaca kat muka depan, dia kata, mendaftar kat forum lebih mendapat kepuasan daripada blog~ apa pendapat korang? :-?

hehe.. terima kasih bro. :P

wah memang banyak ko baca untuk update…

blog sepenuhnya masa? dah tentu kena ada simpanan untuk masa depan. tetiap hari buat kerja blog sepenuh masa?

bila agak2 nak tukau themes yang lain pulak yer?

huhu… rasanya dah banyak dah komen melulu nih.

cukuplah untuk sementara ini…

hohoho… nak komen bulan depan pulak satu persatu. adesh…

baik ada kerja tetap jelah

tepikir ko nak jd seorang penulis blog sejati ek..
fuh.. dassasttt

100rss sehari? berape minit ko habiskan bace mail?? aku ade keje xsempat rasenyer?

memang seronok buat kerja yang kita minat…tapi masyarakat kita lain sket…pandangan mereka pada orang yang tak kerja. saya ada baca kisah beberapa IM kita yang rasa tertekan dan tidak selesa dengan pandangan keluarga dan masyarakat sekeliling…tertekan dengan keluarga yang tak henti2 suh cari kerja tetap yang makn gaji…walhal pendapatan IM tu melebihi 4k sebulan.

banyak sungguh spam ko yek, 5664. rasa2 ko lah, ko akan full time jugak ke suatu hari nnt? idea tu menarik, tp utk pro cam ko lah…

sekarang da 5701.. korang kira berapa banyak spam aku dapat kalau sehari? ha ha.. *gila!

aku’la… tiada tekanan kalau buat benda yang betul & kita minat.. mereka itu duduk dengan mak ayah lagi ke? adeh la..

haa.. pernah dengar istilah ‘pembacaan mengimbas’? ha.. aku gunakan itu.. tidak’lah setiap perkataan aku teliti.. grab main content and blah! :) *perlu bijak menguruskan masa..masa itu emas.. emas itu kegemaran wanita.. wanita itu materialistik.. materialistik itu duit.. ha ha

*disclaimer: tiada kaitan dengan sesiapa. harap maklum.

@mael..aku dengan tidak malunya mintak list 100 rss feeds yang ko ada..leh exportkan untuk aku importkan tak? ko guna reader apa..?

ngeh3.. aku guna Google Reader :) boleh export ye? e-mail aku untuk urusan lanjut..

blogging tk stabil kecuali pendapatan tu tinggi (5 figures) tapi masa depan tu nampak cerah..nk cari pasangan hidup pun susah kot..in my humble opinion, knowledge is power..still kita leh contribut dekat udnia luar untuk p’bangunan negara ni..

dengan writing pun boley but if a professor goes problogger will he has the time to do research? still takleh bayangkan apa akan jadi pada masa depan di mana t’dapat lebih 100000 rakyat m’sia jadi problogger a.k.a full time. with knowledge: fame + money

apa-apapun..
as side income for student..memang menarik+mewah..hehe..

i use Google Reader too… :) best boleh buat star2 utk entry yg disukai!