HOT FM Nite Jam, Butterworth, Penang


I Fell in Love with a DJ - Chenelle feat. Baby Cham

Mohd Ismail kembali menerjah selebriti-selebriti tempatan dan kini di HOT FM Nite Jam yang berlangsung di Butterworth, Pulau Pinang. Ini kali kedua aku secara rasmi turun padang menyertai rakyat jelata untuk berjumpa dengan selebriti, selepas Karnival JomHeboh TV3, yang selama ini hanya nampak di’dalam majalah hiburan & kaca TV. Dan, aku ketemu Fara Fauzana sekali lagi, sayang sekali Maya Karin tidak kelihatan. Dia merajuk dengan aku mungkin.

Ketika ini, Azura baru sahaja selesai membasuh tangan dengan sebotol air mineral sponsor. Malu tidak mengenal lensa kamera, aku jeritkan nama Azura & sekeping foto tercipta.

Hot! Gadis dari seberang ini’lah sebenarnya yang melonjakkan semangat kami untuk terus berada di’situ selepas tiba dalam keadaan yang agak kecewa kerana kurang kemeriahan terasa. Selepas Acab hampir pengsan selepas Acha Septriasa mengucapkan ‘Hello!’ kepada beliau, kami semakin galak mengejar selebriti. Acha Septriasa tu beb!

Sporting! Pertama kali jumpa, kami sudah seperti kawan lama seorang selebriti bernama Cat Farish. Aneh’nya, beliau tidak pernah beritahu kami yang The Fabulous Cats mempunyai seorang vokalis wanita yang seksi di’luar kamera. Farhana namanya.

Perasan atau tidak, Ramlah Ram adalah seorang artis wanita yang mempunyai lengan yang agak besar. Kami kehairanan bercampur sedikit gelihati. Ha ha.

Ini Leya. Dan, seorang kawan saya kelihatan sungguh teruja dengan kelibat Leya yang sungguh adorable. Sempat beliau mengambil foto kenang-kenangan bersama & menatap’nya berkali-kali sehingga tiba di’kampus semula. Oh Leya.

Serius. Selama ini aku hanya dengar nama Anne di’radio & tak pernah expect Anne akan mempunyai wajah sebegini ayu. Apa kes korang letak Anne belakang kamera? Dia boleh jadi pembaca berita Buletin Utama. Dan, Anne juga memiliki Canon 350D. Bagaimana aku tahu? Rahsia!

Malam itu, persembahan New Boyz agak lain dari yang lain. Membawa dua buah lagu dan salah satu’nya adalah lagu yang aku tak jangka-jangka akan di’bawa oleh Tomok yang bersuara alahai.. itu. Time is Running Out oleh Muse di’cover dengan cacamarba oleh suara Tomok. Tahniah!

Kami mahu bergambar di’luar, Cat mengajak kami ke dalam hotel tempat mereka menginap. Kool bukan? Nasib saja kami tidak minta kebenaran untuk naik ke bilik untuk tumpang solat Asar. Jika tidak, mungkin malam itu kami akan mengiringi persembahan The Fabulous Cats. Papa.. jangan papa jahat!

Jadi’nya, dimana kami bersolat? Puas sebenarnya kami mencari surau sekitar kawasan Padang Pemuda Merdeka itu, tetapi tidak ketemu. Hotel tersebut juga tiada surau. Damn sungguh! Solusi’nya, seorang pegawai di’kawasan itu memberikan kami kemudahan sebuah Bilik VIP untuk kami menunaikan solat Asar. Kami mengambil peluang yang ada dengan berehat hampir 45 minit sebelum keluar semula mengejar selebriti. Itu Ashraf hampir mengalami tidur yang lena dek aircond yang sepoi-sepoi bahasa. Syok habis!

Fara Fauzana adalah selebriti yang sangat sibuk. Seperti sebutir gula yang boleh berjalan sendiri, peminat-peminat’nya bagaikan semut yang tidak kenal selebriti lain. Huh!

Dafi AF5 sangat kekok di’atas pentas ‘kan? Aneh rasanya jika seorang penyanyi membuat, walaupun hanya menyanyi lagu balada, berdiri tegak di’satu titik sehingga habis persembahan. Come on Dafi! Muka dah boleh jual, showmanship itu harus di’tajamkan lagi.

Meet Uncle Hussain. Kami sudah sebahagian dari mereka ketika perjalanan dari booth iTalk Buddy ke booth sessi autograf. Kami berjalan beriringan di’belakang band ini & ada beberapa tangan nakal yang menepuk bahu kami mengajak kami bergambar. Ha ha. Kami memang ada tokoh untuk menjadi rockstar!

Okay! Kalau ada mana-mana majalah hiburan yang mahu menggunakan foto selebriti aku, sila beritahu. Aku kira murah-murah je. Ha ha.

58 Comments

wah .. da pandai gi event2 hiburan yg ade selebriti .. huhuh .. gud2 .. gambar ko lawa2 la .. ko pakai kamera pe ek ?? 350D EOS ke?? psst .. nak gambar anne .. huhuhuu

fuh dah lame x melihat entry mcm ni kt mohdismail.com
gambar cantik2. dah mcam knal rapat ngn artist.
oh yeah. Leya mmg adorable! :)

first and foremost… fara fauzana sgt tak stylo. kalau dia bukan celebs dia takkan pakai all the designer stuff. and what more to style stylishly. kalaupun dia ada the hottest stylist under her belt… she still look erm.. kampung. sorry.

keduanya acha punya shades sgt lah the Hot with the capital H. Love it. kadang2 aku terpikir celebs indon ni lagi tau style dr malaysians. tgk lah dian sastrawardoyo. that girl know what style is.

ketiga: anne memang hot. lawa. ada potensi. but have u seen her hosting gang starz with faizal tahir? takder tokoh beb. sgt tenggelam. kalau baca buletin utama, no no no! suara dia flat. and buletin utama tu pretige. we need no teenage wannabe yg cun untuk baca berita and not knowing crap bout it.

keempat: meet uncle hussin dan korang memang boleh jadi se-band. haha. ckp pasal M.U.H nih… alahai, when they are becoming too mainstream joining all this hot fm thing. they’re so gonna be like oag… tgk lah nanti. overrated. they shud just keep it low but keep making great music.

kelima: new boyz patut dah lama mati dan berkubur cause we aint need no crap like that nemore. we got the indie scene, yaw!

ha’ah.. aku pakai 350D je.. aku bukan pandai sgt pi event2 mcm ni, alang2 dah smpai, biar berbaloi sakit kaki yang di’rasa.. ha ha

*meh e-mail.. nnt lapang aku email gmbar dia..* ;p

aku rasa la kan.. aku ada sedikit tokoh menjadi paparazzi… ha haa ;p

*gurau je ni oi*

hehe.. tak’pernah tgk dia kat tv.. ade ye Anne kuar TV? mungkin kot bakat dia belum cukup baik nak jadi pembaca berita.. tp dia tetap HOT!

*ketika foto di’atas di’ambil dengan meet uncle hussain, ada beberapa kamera lagi di’depan mereka yang sekaligus menampakkan kawan2 aku macam sebahagian mereka.. ha ha*

anne pengacara gangstarz beb…apalaaaa huhu..da slalu tgk..n mmg anne cute…cun..

hahah…mail da jadi macam blog hiburan jek..penuh ngn berita dunia hiburan…

aku nk gamba anne ngn acha.. :P plsss mail

mane gambar hang.. ? huhu

hoho..mane ko mael..anyway,ak dgr leya dh nak kawin heh..mngkin ko ptut offer kat die ko jadi jurugambar mase wedding die..hehe..

ko tak pandai? tidak. sgt lawa gambar2 ko.

ko memang pandai mencari peluang mael, gambar yg ko snap tu kira HOT…
nampaknya ko dah semakin terserlah bakat yg pelbagai

anyway…perasaan tak mcm bintik2 dkt dahi farah fauzana…:)

Macam mana ko boleh masuk dalam bilik private..ko pakai tag nama sebagai reporter ke..

sorry..aku xminat majlis sosial camni..
majlis camnila yg rosaKkan anak bangsa melayu dan agama islam dgn budaya hedonisme yg xketahuan..
N aku xpelik jgk mengapa penulis blog ni menulis ttg pemikiran kuning bla bla bla jika penulis mmg suka majlis sebegini…aku dah agak!

Cun cun la gambar yang ko amik….ada bakat jugak jadi paparazi!!! Photographer baik pro pun boleh…. mat blogger + paparazi lagi sesuai…

aku pun macam melayu buntu gak.,….tak suka dan tak menyokong event cam ni….Cuma aku appreciate artistik fotography yang di snap tu…

Aku memang takkan pegi acara2 cam nie….Wallahua’lam

acha tu memang menawan… aku tak boleh nak tgk dia lama2, lain jadi nye!!!

hak2. la . nih rupenye mohdismail . smalam macam nampak . heks2 . tgh ambik pic nih . hahaha

ha ha haaa… *aku mampu gelak je oi* lepas ni aku nak buat liputan ceramah pembangkang plak..

minat masing2 ye tak Zaki? kalo betul la aku minat mereka2 ni semua, tidak la aku terkial2 asyik tanya orang nama mamat ni siapa.. nama minah ni siapa.. he he..

*dan satu lg, jgn bawak family ke konsert.. sian aku tgk budak2 menangis mak ayah berhimpit nak tgk artis nyanyi..

eh.. ko ade ye kat sana semalam? tak nampak plak.. maklum la sibuk hal dunia..

pergh..boleh tahan gambar kau amek nie..maksud aku..gambar diambil tanpa perlu bersesak2 seperti org kebanyakkan..huhu ap rahsia? :P

Fara Fauzana cun tak?

amboi.
amboi.
amboi.

fahrin ahmad???
kalau terjumpa dia,
amikkan gambar paling baik yg pernah terjadi dalam sejarah hidup kau ye.

terima kasih.

sebab aku lepak tempat yang tak sesak & laluan selebriti.. aku pun hairan, kenapa laluan selebriti tak ramai orang..

*orang kita dah tak minat selebriti kot*

ha ha

fahrin ahmad? baik.. entah tahun bila la aku nak jumpa dia.. *tgu dia offer aku jadi extra drama dia ar..*

ha ha

ha ha.. kalo ko nak carik extra income dengan menulis blog.. industri hiburan adalah jawapannya… baca sini –> Four Reasons Why the Entertainment Niche is Great for Making Money

cess…minggu depan pulak…jom heboh kt shah alam….ahaha aku rasakan aku akan lawan gamba2 celebriti mail…miahaahhaha…nantikan…:P

hahah…mael ko memang berani, buat lah liputan untuk semua, dan sampaikan isi hati ko dkt blog ko ni tanpa anda sekatan minda…ayuh mael

adoi jeles… jeles.

dh dapat jumpa artis pastu dapat amik gambo dgn kamera DSLR uhuhu.

p/s : mmg boleh wat duit :p

gambar sume lawa..da macam wartawan la bro!!

wah, mael sudah belajar menjadi paparazzi lagaknya..hahaha..tahniah2!!

huh..pegi Hot FM nite jam xajak aku..huhu~

kehadapan mohdismail .. aku masih lagi menunggu gambar anne menerjah masuk ke emel yahooku … adakah masih kau ingat? hahahhaa

aiseh… gambar mael bersama celeb tak dek ke….? oh….

wah…hebat. makin menjadi2 sejak ada slr ye mail. satu hari nanti pun ko akan jadi celebriti gak..hehe

biar kualiti gambar tu sama atau lebih baik dari mael punya

betul, antara sbb aku tak pegi sbb dah ber keluarga la….takkan nak heret anak aku 3 orang yang kecik2 tu ke majlis cam tu…Orang bujang lain la….

silap tu… Anne masa awal² dulu merupakan hos rancangan kanak² HUGO…
dari situ aku minat dia…

kamera apa yg ko guna nie?? cantiklah….

wwawawawa… saya pon ada kt sana gak masa tu?gmbr awk takda ka?hehe..rasa mcm ada nmpak mamat nih dok tgkap gmbr…huhu.. email la gambr2 depa ni kat saya leh tak? heheheh…peminat hotfm nih

cool pics.. gambar tuan blog xde ke? hahaha

huhu… tgkla blog hotfm nnti… ade gambo saye.. hakhak :P … mael.. jom turun jom heboh shah alam plak.. =D

ann bukan disembunyikan dibelakang camera

dia pernah jadi pengacara rancangan MENTOR bersama faizal tahir…tak silap aku..LG mencari bintang pun dia penah jadi pengacara..ko je yg tak tengok..kekekeke

thanx mael .. aku da dpt da pic tuh .. huhuuh .. jom la jalan2 kat blog aku =p

wooo. aku tak masuk 3-4 hari, dah jadik photographer artis artis. asah skill paparazi ke?

dahinya menggerutu tapi pipinya fara fauzana licin gebu maaaa…. hihiii…

oh fara fauzana… ya maulana… ya makcik faraaaaa…

kalo jadi paparazzi boleh buat cukup duit beli psp, aku mahu! ha haa

*saje2 je ni Beck oi!*

blog ko ade sirap bandung x? tiba2 aku lapar sirap bandung..

KFC Fun Camera ;p

*350D je abg oi…*

aku bagi hint dah 2,3 hari sebelum tu.. ko bantai nak balik rumah.. :) lain kali ye? ha ha

ko farah erk!! aku plak nak azura.. azuraaaa!!! comel la ko ni..

mcm x jadi gik jek..sbb slalunya sureheboh kt s.alam..ujan lebat gegiler…miahahaha

hahah psp lagik…kalo smua mau psp…aku pon mau aa…wakakakak

alermak besh nye ko.. :)

papannye nor azura.. opsss! :P

dua artis kat atas tu februari ni masuk limkokwing.. huhuhu.. acha ngan dafi… nanti aku plak pengsan kalau acha bukan setakat cakap hai, tapi ajak datin ke ape ke… camane ni bro? tolonnn.. hehehee..

ha ha..ingat Nieza Khai.. ingat Nieza.. ;p

*lepas ni ko tolong amikkan gambar Acha banyak2 eh? then jemput dia ke Scukz sekali.. lantik jd duta ke apa ke..ha ha*