Hujan, bling bling & konspirasi
- 44
- Add a Comment

11.38 malam tadi, aku sudah mahu pulang, mata aku keletihan menghadap skrin monitor yang berbalam-balam dalam gelap. Aku seluk-seluk poket untuk bayar pada mamat CyberCafe ni.”Abang bawak motor?”,mamat tu tiba-tiba bersuara. Alahai, tahu pula dia aku bawa motor malam ni.”Ha’ah”, jawab aku malas. “Hujan kat luar..”. Aku jenguk ke’luar dengan perasaan penuh gelisah. Mak aih, lebat nak mampus.”Ko kasi on balik PC aku tadi!”. Sudah’nya aku balik jam 12+ juga.
Return of CPM!
Dua, tiga hari ini aku perasan earning untuk Advertlets aku kembali mengalir laju seperti meter air. Dan, aku tahu, Advertlets sekarang sedang menjalankan iklan versi CPM. Aku suka’kan versi iklan begini berbanding iklan versi CPC. Ketika CPC, earning aku seolah-olah membeku. Ha ha. Dan, sebenarnya ramai juga tidak berpuashati bila Advertlets & Nuffnang mengambil keputusan untuk jalan’kan kempen iklan versi CPC ni. Apa’pun, aku kembali rasa bernafas.
HongKiat.com di’ceroboh?
6 hari lepas, Hong Kiat sebagai penulis jemputan di blog LiewCF menulis sebab-sebab kenapa beliau tidak lagi mengguna’kan Advertlets & Nuffnang. Hari ini, Jowey memberitahu aku, blog HongKiat.com telah di’hack dan salah satu ayat yang tertera pada screen hacker tersebut berbunyi, “You think ur too good for blog ad networks?“. Konspirasi? Ha ha.
Update: HongKiat kembali dengan gilang-gemilang, kalau ke’sana, sampai’kan salam aku.

44 Comments
jowey
June 26th, 2007
at 8:59am
Itu la..kesian hongkiat.he is my good friend dude. sib baik aku bagi tau ko mael..suh ko beware.
Mohd Ismail
June 26th, 2007
at 9:01am
thanks Jowey, aku hargai sangat.. aku akan ambil apa-apa langkah patut untuk itu :) cheers!
bob
June 26th, 2007
at 9:26am
ni kerja sape la ni..
manchurr
June 26th, 2007
at 11:42am
mengalir laju? bess nyer hehe aku nyer mcm musim kemarau je.. :P
sankai
June 26th, 2007
at 11:56am
ko kat cC mana semalam.?? PG ker.??? gila nasib aku balik awal..kalu tak..ahahahhah….
azwanhadzree
June 26th, 2007
at 11:59am
mengalir laju … bila kau balik ke utara sini, teh tarik kau belanja :)
aku dah lama tak check advertlets and nuffnang aku, kena check balik ni
Mohd Ismail
June 26th, 2007
at 12:37pm
err.. laju dalam term lebih laju dari pegun.. :) ha ha..
azwanhadzree
June 26th, 2007
at 12:55pm
Wooooo! secawan teh tarik aje bro .. bukannya secawan kopi starbucks.
Aku baru balik dari nuffnang tadi, hmm .. per click dapat lah 50 sen, kalau seribu klik hmmm .. woooo! … tapi selalunya, pangunjung setia tidak akan klik .. unless, dia tau kau kopak dan perlukan duit atau kau suruh diorang klik - tapi boleh membuatkan akaun kau digantung :(
tu sebab, aku target pengunjung dari search engine. so far berhasil .. tapi klik nya masih kurang :(
masa aku tanya LCF dulu, dia kata, kalau bukan niche dan tak boleh dapat at least 1000 unique hits per day, jangan mimpi nak kaya dengan adsense.
hmmm … komen aku ni pun boleh jadi satu post.
and lagi satu, muka oren ku sudah kembali :)
zaki
June 26th, 2007
at 1:15pm
mengalir laju macam mana ek…..nak tahu gaks tu….
zaki
June 26th, 2007
at 1:17pm
itu satu nasihat dan tips berguna tu…
mixterr
June 26th, 2007
at 1:53pm
aku rase org malaysia yang hack tu… mangalir laju ker.best nyerr…
shambie adzhan
June 26th, 2007
at 2:04pm
aku pon rasa org malaysia…mesti sebab dengki..
ish takut la pulak!!
tukar password jadi 16chars :P
tambah alpa n numeric!!!
neutronics
June 26th, 2007
at 2:50pm
aku pun mengalir laju jugak tiba2… dalam 2 hari naik RM 10
WaWa
June 26th, 2007
at 3:13pm
wah.. membuatkan aku rasa mcm nak letak advertlets aje. hehe..
flisterz
June 26th, 2007
at 3:19pm
mula mula kesian kt HongKiat sbb blog tu mmg daily reading aku.
tp bile tgk kt screenshot tu, haha lawak la pulak :D
tp ape pun, harap2 dpt recover blk
flisterz
June 26th, 2007
at 3:29pm
eh dah ok balik dah hongkiat :)
Fahmishah
June 26th, 2007
at 4:03pm
boleh x ko buat beri penerangan apa itu CPM and CPC.aku kureng ar bende2 camni
aad_lfcfn
June 26th, 2007
at 4:41pm
cpc: cost-per-click..
orang tekan iklan kita dapat duit..
cpm: cost per impression..
eg: for every 1000 pageviews, kita akan dapat RM xxx tertentu..
Mohd Ismail
June 26th, 2007
at 5:09pm
haa.. itu’lah seperti kata Fuad :) he he.. CPC - orang klik = $$$, CPM - 1000 pageviews = $$$ :)
aku suka CPM sebab kenyataan’nya image ads memang tak’kan jalan dengan CPC.. :p
Yattie
June 26th, 2007
at 5:19pm
woh.sehari je ko dah muatkan 2 entri yg aku terlambat nk komen.
otak ko sentiasa berjalan..sama mcm duit iklan tu kot.haha.
mungkin org baru mcm aku patut belajar nk buat killer content.
Yattie
June 26th, 2007
at 5:22pm
ouh,br aku phm..
mail, CPA tu lak ape?
Mohd Ismail
June 26th, 2007
at 5:34pm
CPA itu maksudnya Cost per Action :) ko akan dapat duit bila orang beli barang/daftar/ambil survey menerusi iklan ko…method paling payah nak convert jadi duit & jika berjaya di’convert, nilai untuk satu CPA sangat2 tinggi berbanding CPM & CPC :) *bling2!
aad_lfcfn
June 26th, 2007
at 5:41pm
..aku pun heran kenapa blog networks tu buat cpc..malas ar nk komen panjang takut kene hack lak nanti..hehehe..
aad_lfcfn
June 26th, 2007
at 5:52pm
cool dia jer reply balik..tak pulak insult hacker sombong tu. aku pun rasa maybe malaysian yang hack kot cos many malaysians excluding mohdismail.com readers, I suppose) :P don’t really like to be critisized for their works.., though apa yang hongkiat kata tu memang betul..
zaki
June 26th, 2007
at 8:59pm
CPA nie memang lembab dan susah nak mampos utk monetize….aku pun nak buang lah aution ads nie dari blog aku later…
kaSyah
June 26th, 2007
at 9:27pm
aku yg sudah lama tidak menjenguk ke adverlets baru singgah sebentar,hoho..jalan jugak upemya duit kat dalam tu. hoho aku nak try camner la lepas adverlets tkr cpm.
anyway,,tq mael for the info :D
Wizurai
June 26th, 2007
at 10:44pm
beberapa hari yg lepas aku ada baca tentang iklan kat Adverlets… bukan aje CPC, tapi ada jugak CPM, CPA dan per post…
harap orang click susah gak…
Fath
June 26th, 2007
at 10:54pm
One thing yang aku tak suka tentang satu entri hongkiat ni, pasal bebudak UPM dulu. Tak boleh la nak judge just based on videos kan… It’s all has been planned..
Oh ye Mail, ko takde shoutbox so aku taktau nak tanye kat mane… aku tanye kat sini jelah eh? Theme ni ko yang buat ke?
Mohd Ismail
June 26th, 2007
at 11:04pm
owh tak.. ni aku amik dengan senang hati dari http://www.solostream.com :)
nape? berkenan’kah?
Artgeex
June 26th, 2007
at 11:18pm
pengajaran: letaklah password yang campur huruf dan nombor, dan jangan letak yang senang dapat dalam dictionary. kata-kata shambie ada benarnya
ape punya hackers daaa.dari dia hack blog orang, baik dia tolong ko buat industrial training dan final training report kan mail kan kan kan hohoho
Yattie
June 27th, 2007
at 12:04am
ouh..cmtu yek..
abah
June 27th, 2007
at 12:36am
Buleh belanja ikan bakar *larikkk lantas ko pon taleh bernapas balik!
Josh Lim
June 27th, 2007
at 1:26am
Selamat pagi semua!
Wahai, saudara Mohd Ismail! Saya tumpang gembira bahawa wang dari pengiklanan anda mengalir seperti meter air :) Ribuan terima kasih kerana memilih dan menonjolkan Advertlets sebagain media pengiklanan beliau.
Tetapi (orang lain, sila prihatin jugak ye) itu tagline atas satu buah Advertlets di blog anda… “Things you love to click :)” tak begitu bagus la.
Sila letak “Penaja Saya” atau, boleh kreatif jugak: “Si Iklan Yang Dikasihi”, “Iklan, bukan Ikan” atau yang lain, selaginya tidak cuba buat orang ghairah nak klik tanpa sebab. Undang-undang Advertlets mengatakan bahawa tidak boleh buat begitu kerana tak bagus untuk masa depan si pengiklan dan blogger jika ada klik yang tak mendatangkan kebaikan untuk si pengiklan. Sila tengok (dalam Bahasa Inggeris):
http://www.advertlets.com/support/index.php?_m=knowledgebase&_a=viewarticle&kbarticleid=54
Namun begitu, saya turut bersedih bagi saudara saya dari kongsi “Lim”, iaitu HongKiat yang telah kena hack / (dikapak?). Tak baik orang buat perkara begitu…kurang ajar betul hack orang punya blog. Kepada para-para blogger sekalian, saya mengesyorkan bahawa selain guna kata laluan yang bagus, juga baik untuk selalu mengguna versi Wordpress yang paling baru, dan baca berita sekuriti.
PS: Saya tahu BM saya teruk belaka, namun begitu saya akan terus berjuang untuk meningkatkan prestasi and kefasihan tatabahasa saya.
abdfatah
June 27th, 2007
at 2:06am
wah… pandangan yang bagus. itu pasal semuanya perlu upgrade kpd yang terbaru. jangan tangguh2 lagi. upgrade segera agar tidak ketinggalan…
yang lama dah tak ada sekuriti lagi pada masa depan. bermakna tiada sokongan sekuriti, maka mudahlah sebarang ancaman akan mengundang.
sekian terima kasih.
teruk takper asalkan masih boleh difahami…
oh laju macam meter air yer? tahniah laaa…
abdfatah
June 27th, 2007
at 2:09am
pasword kena campur adukkan biar sehingga kita sendiri lupa. jangan lupa guna roboform kalu nak simpan banyak pasword. keepass pun boleh guna?
apa itu? bank pasword ke?? tanya lah mael yer…
rafie
June 27th, 2007
at 3:03am
Hello old buddy…
Fell free to visit my blog here….
thank you for your web and influence, learn a lot from your web.
p/s:- do leave comments for my future performance…
thank you…
regards
Mohd Ismail
June 27th, 2007
at 8:10am
Selamat pagi, Josh!
Terima kasih juga kepada Josh kerna membawakan kembali iklan versi CPM ini.. I love it!
Berkenaan tag ‘Things You Like to Clicks :)’ itu saya minta maaf dengan sangat kerana saya kurang periksa berkenaan undang2 tersebut. Saya tidak kisah jika pihak Advertlets mahu membatalkan klik yang di’generate di’sini untuk seminggu yang lepas sehingga ke pagi ini(8.18am). :) Itu untuk kebaikan pengiklan, blogger & reputasi Advertlets khasnya.
Terima kasih kerana mengingatkan saya berkenaan perkara ini. Dan, rakan blogger yang lain juga, jangan tiru aksi saya.
Jangan lupa untuk upgrade Wordpress ke versi terbaru.
Terima kasih sekali lagi Josh Lim!
p/s: Hikhik, tidak mengapa’lah, sekurang2nya Josh mencuba.
Note: Ini antara sebab kenapa aku suka Advertlets, Josh Lim sendiri turun padang melihat keadaan blogger. Yay!
Mohd Ismail
June 27th, 2007
at 8:13am
Hello Rafie :)
he he.. sudah membuka sebiji blog ye ko.. bagus2.. di’sebabkan link aku sudah ada di’sana dan kau dengan sengaja menaikkan populariti aku sebanyak 1 link, maka aku akan letak’kan link balas di’sini
dan kawan-kawan..
mari jenguk blog baru kawan lama aku.. yay!
welcome!
Mohd Ismail
June 27th, 2007
at 8:15am
betul tu artgeex, berlapis2 lagi report aku yang perlu aku ketuk’kan keyboard ni.. ha ha.. ko tak free? ;p
manchurr
June 27th, 2007
at 10:42am
mael.. nak tanye. .kalo aku letak byk ads advertlets tu lagi ok ke? aku tgk ada yg letak kat sidebar, kat comment form pastu kat header pun ade.. leh ke letak tiga2 skali?
Mohd Ismail
June 27th, 2007
at 10:54am
aku kurang pasti berkenaan status berapa banyak iklan boleh ko letak dalam satu blog.. aku cuba cari di Advertlets Support, tapi takde siapa tanya.. memang ramai yang letak Advertlets dengan kuantiti lebih 3, tetapi tiada siapa lagi yang bangkitkan hal ni.. cuba ko try tanya Josh Lim kat Advertlets Support :)
Cheers!
Fath
June 27th, 2007
at 10:58am
boleh tahan… wp theme kesukaan aku juga jenis2 yg ko suka :p
abdfatah
June 27th, 2007
at 12:02pm
boleh letak berapa banyak kita suka iklan advertlets tu? boleh laa nak letak banyak2…
jangan suruh orang klik iklan sudah ler… meh sini klik iklan saya??? ahahaaa… siapa yang nak klik???
mixterr
June 27th, 2007
at 3:55pm
hehehe ko takut ke?? ko buckup la database ko ngn all file wp ko?