Idea: Simpanan Makro Ala Rockstar Dengan Bank Tempatan

Balik kerja tadi, aku dapat statement dari sebuah badan kebajikan yang aku daftar beberapa bulan lalu.

Badan kebajikan ini modus operandi’nya cukup senang, selepas mendaftar dengan kad ATM Maybank aku, mereka akan secara automatik menolak sejumlah wang dari akaun aku sebagaimana di’persetujui — setiap bulan.

Membelek statement tersebut, buat aku terfikir kenapa kita tidak panjangkan sistem begini untuk kegunaan kita sendiri kan?

Aku terfikir jika ada sebuah syarikat yang bekerjasama dengan bank-bank (mulakan dengan Maybank) untuk mewujudkan satu sistem simpanan peribadi yang di’panggil ‘Simpanan Makro‘.

Sikit Sikit, Lama Lama Jadi Macbook Pro

Konsep’nya begini. Bangunkan satu aplikasi secara online yang menghubungkan terus akaun bank seseorang selepas mereka berdaftar & tandatangan berpuluh keping perjanjian (itu kerja lawyer).

Dalam aplikasi ini, beri kebebasan kepada individu untuk meletakkan berapa banyak wang yang mahu mereka tolak dari akaun bank mereka secara harian.

Katakan RM10 setiap hari. RM10 tadi akan di’tolak setiap hari, 365 hari setahun dari akaun simpanan ke sebuah akaun mini khas untuk sistem ini.

Di’akhir 365 hari tersebut, kau akan mempunyai RM3650 dari sistem ini tanpa kesan yang besar kepada akaun simpanan.

Apa Faedahnya? Baik Simpan Bawah Bantal

Berbalik kepada statement yang aku terima, dokumen ini adalah sah untuk aku bawa kepada LHDN untuk penolakan cukai. Kerajaan boleh menggalakkan sistem Simpanan Makro dengan cara yang sama.

Jika risaukan sesetengah manusia yang suka mengeksploitasi sistem, tetapkan had maksima amaun yang layak untuk penolakan cukai tahunan.

Untuk syarikat yang menguruskan simpanan makro ini, terlalu banyak peluang untuk melaburkan wang yang ada sepertimana di’lakukan KWSP. Dengan jaminan kerajaan, wang yang ada boleh di’salurkan kepada pembangunan IKS.

IKS di’jangka menyumbang 20% kepada pendapatan dalam negara menjelang 2010. 2008 sendiri membuktikan sektor yang menjadi tulang belakang negara ini menyumbang 19%. Situasi menang-menang untuk semua orang.

Jika ini tidak pernah menjadi kenyataan…

Buat sendiri. Daftarkan akaun kedua di’bank anda & setiap hari sebelum tidur, masukkan RM10 dari akaun utama ke akaun kedua & jadikan sebagai rutin. Perbankan internet memudahkan perkara ini untuk kita lakukan. Yang penting di’sini disiplin.

RM3650 untuk setiap 365 hari pada aku satu jumlah yang cukup awesome. Walaupun tidak cukup untuk Macbook Pro, Macbook biasa masih dalam genggaman. Ini contoh sahaja.

Comments

15 Comments so far. Leave a comment below.
  1. sungguh, aku rasa brilliant gila idea kau ni! RM10 sehari tu macam sekali dinner dekat sini. daripada aku hari-hari makan kat kedai, baik aku masak kat rumah. lagi jimat! RM10 tu boleh simpan dalam tabung ;) lama-lama dapat la macbook sebijik, ye tak?

  2. senok,

    Stuju…”pay yourself first!”

  3. h3r0,

    bagus btl idea ko mail…
    Ko nie memang giler brg keluaran apple nie…

  4. bro, benda ni dah ada.. HSBC amanah dah buat.. salah satu jenis akaun die (aku tak igt nama akaun tu) boleh buat mcm yg ko cadangkan.. dah dkt setaun lebih benda ni ada.. bile ko bukak akaun tuh, ko bleh bukak mini akaun secara online.. ko bleh spesifik kan akaun tuh utk ape.. dan kalo tak silap aku, ko boleh bukak byk mana mini akaun yg ko mau (kalo tak silap aku la) contoh satu mini akaun utk simpanan kawen, satu utk simpanan beli macbook, satu simpanan utk hari tua dan sebagai nye..

    dan dgr kata ada satu lagi kelebihan (ni pon aku tak brape pasti, kene check dgn bank balik) ko bleh set mini akaun tuh tak boleh di keluarkan duitnye sampai la target ko tercapai.. so takde la gatal2 tangan nak terguna duit tuh..

    cuba ko contact HSBC Amanah atau check website die, http://www.hsbcamanah.com.my .. aku dah bukak akaun hsbc amanah.. tp skali salah jenis akaun.. so takleh buat benda nih.. =.=

    • yep.. Smart Account-i :) tp too complicated bg aku.. mende ni kalo simplify, molek jadinya. http://br.st/0Ft

      plus dengan Smart Account-i ni, ko kene ada deposit RM1000 sebelum mula.. so semacam defeat the purpose la utk menyimpan tanpa terasa sangat.

      plus, dia subtract monthly dr simpanan kita. kalo set target RM10 sehari, RM300 sebulan sekali dia tolak, agak terasa jugak la..

      thanks for the heads up btw :) *gambar kahwin update cepat!* he he

    • WaWa,

      haah. benda macam ni memang dah meluas di sini. setiap bank ada fungsi ni kot. setup saving account dr internet banking dan set kan berapa £ nak di transfer dan kekerapan. takde target pun takpe.

      dan direct debit (yang seperti badan kebajikan tu buat – tiap2 bulan automatic tolak sejumlah wang dari account ko tu) pun begitu meluas di sini. maksud aku, hampir semua bil2 dibuat dengan cara ni. maksudnya, takde lah sapa2 yg terlupa atau terlewat bayar bil. mcm terlewat bayar bil telefon misalnya. sebab tu kat sini tak ada o2 service centre – untuk pembayaran ataupun enquiries. wpun bayaran ditolak terus dari account bank, tapi statement setiap bulan masih diterima (walaupun digalakkan utk tengok online saja. sebab, boleh jimat penggunaan kertas). malaysia dah ada kalau tak silap aku fungsi sebegini, cuma tak diguna secara meluas. kalau tidak, tak perlulah beratur di pejabat pos bayar bil air. :)

  5. oh, tambahan sket.. kebykkan bank (maybank, cimb, hsbc) dah bleh set auto transfer ke akaun lain.. set time ngan date.. tak payah korang susah2 nak transfer hari2.. =)

  6. tapi xcover gak bro..klu gji rm1k je…shari rm10,sbulan rm300..hui..anyak tu..laala~~~

  7. aman,

    wah. sebuah idea yang menarik. lepas nie, kena daftar akaun bank lagi satu, n start menabung. huhu.

  8. Zik,

    idea macam ni kalau nak buat & betul2 jadi kena ada usaha dan semangat yg gigih. kalau buat hangat2 tahi ayam tidak akan membuah hasil.

  9. idea yang agak menarik. Aku suka. Daripada isi dalam tabung. Kang kene curik dengan orang lain plak..

  10. giler disiplin siot nak simpan duit neh kan. hehe :)

  11. ehm. bagus juga nih. potong duit sket simpan kat tabung haji. leh gi buat haji..

Add Your Comments

Required
Required
Tips

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <ol> <ul> <li> <strong>

Your email is never published nor shared.

Ready?