Iklan, banyak atau sikit?

bukan_gambar_aku.jpg

Soalan: Blog kau punya pembaca yang ramai & content yang bagus-bagus, tapi kenapa kau cuma letakkan satu iklan? Kalau ikut aku la, kalau letak iklan banyak, maka akan lebih banyak peluang pembaca untuk klik iklan tu memandangkan Advertlets & Nuffnang sekarang menggunakan sistem CPC. – Zamri via e-mail.

Jawapan: Zamri, Mohd Ismail dot Com adalah sebuah blog, bukan’nya sisipan iklaneka. Lihat ye, kebanyakan orang tersalah anggap di’sini apabila lebih banyak iklan bermaksud lebih banyak peluang untuk orang klik & lebih banyak duit untuk poket. Na’ah. Ini persepsi yang perlu di’perbetulkan dari awal lagi.

Content first, ads later!
Terbit’nya Advertlets & Nuffnang bukan lesen untuk kita penulis blog menjadi’kan blog kita kelihatan seperti sisipan iklaneka Harian Metro. Tambahan lagi Advertlets & Nuffnang tidak menetapkan jumlah maksimum banner/iklan yang boleh di’letakkan dalam satu page blog, aku pernah terjumpa satu blog yang meletakkan banner di’setiap ruang antara entri, di’sidebar, di’header’ & di’footer. Woot!

Persoalan untuk berapa banyak iklan/banner untuk kau letak’kan dalam blog, jawapan’nya, letak’lah sebanyak mana yang kau mahu, cuma jangan menampakkan yang blog kau seolah-olah mahu bertukar menjadi sisipan iklaneka. Tolong ye? Aku rasa sedikit lebih molek supaya orang yang datang membaca tahu itu adalah iklan dan bukan’nya sebahagian dari content yang kau tulis.

Fikir’kan seketika, jika kau tidak mempunyai content yang killer, mana datang’nya pembaca? Jika tiada pembaca, siapa pula yang mahu klik iklan yang kau tampal’kan di merata-rata untuk penuhkan poket kau?

Mula’kan dengan menulis content yang baik, tidak’lah aku kata aku sentiasa menulis content yang bagus, ada juga yang hampeh. Tetapi, sekurang-kurang’nya kau perlu ada usaha untuk membina satu kelompok pembaca yang setia untuk blog yang kau tulis. Semua orang boleh menulis blog, sesiapa sahaja. Tetapi, bukan semua orang mampu menulis blog yang bisa menjadi ketagihan kepada orang lain. Mula’kan dengan target yang lebih realistik, mempunyai sekelompok pembaca yang setia & akan dating balik setiap hari.

Advertlets & Nuffnang membawakan iklan yang unik setiap hari, 4-5 hari yang lepas, aku dapat lihat lebih 4 iklan baru berlainan di’tampilkan di’sini dari Advertlets, aku tidak guna’kan Nuffnang sebab err.. tiada pengiklan yang sudi. Jika kau punya pembaca yang setia, iklan-iklan baru ini pasti’nya akan menarik perhatian & ketika ini’lah klik itu akan dating secara semulajadi. Itu’kan lebih menarik.

Mula’kan menulis content yang killer untuk kebaikan blog kau & juga poket!

Nota pendek: Komentator Teraktif Julai 2007 bakal menerima sebuah hadiah yang di’terbangkan khas dari United Kingdom yang di’taja oleh salah seorang pembaca di’sini, serta Julai ini juga, satu peraduan yang tertangguh kerana kesibukan aku, RM50 terus ke akaun bank anda. Err.. atas tu bukan gambar aku. Aku sedikit handsome berbanding orang utan. Serius!

38 Comments

ler… mati-mati ingat abg mael tadi tgh posing… rupe2nye bukan ekk??? hehehe

adeh.. sorang lagi panggil gua abang.. gua muda remaja lagi.. ha ha :)

hum…good point there….kalu satu iklan pun tapi kalu 5-6 ribu org klik….ehehehhehe….

21 tahun tu tue ape? hahaha.. dah 1/5 dekad… hohohoho…

haih.. siapa kau ye me? aku check ip ko datang’nya dari Mesir sana.. ha ha.. muda la tu.. hati tetap 16 tahun

aku la me, myself and I.. belum tiba masanya utk mereveal diri.. kerna aku x gile populariti dan publisiti… buat masa ini.
hohoho…
heh.. kantoi plak kat mesir…

waaa… cantiklah orang utan tu… meh sini laaa nak bagi cekedesh…

iklan banyak lagi best apa? cantik menawan dan berklip2?

setakat yang saya buat iklan. klik dapat banyak dari satu iklan je. itupun rotate… hihi rotate rasanya lebih sesuai…

setakat nih kalu nak tengok klik ok lagi …kalu nak hasilkan jualan. satu pun takder… wahahha…

memang mata duitan sikit laa. hihi

itupun kalu fikir pasal duit aje laa. content memang penting untuk masa depan blog anda.

sekian terima kasih.

bleh tambah lagi solekan content dengan contest. perlukah contest untuk menarik perhatian lebih…?

perlu mungkin.. :) he he.. mungkin juga sebab tu aku suka buat contest.. hikhik.. join ye bulan depan? hadiah import punya tu.. susah nak dapat..

sape yg tanye soalan ni mail? zamri ke? Zamri Abg mail kite, ade byk sponsor tu la pasal tak letak iklan byk.. lain kite takde..??hehehe.. tgk tu ade sponsor baru dtg dr United Kingdom tu.. bukan ulu kelang..tgk betapa hebatnyer mohdismail… jgn marah ye mail…

Lain orang, lain caranya kan Mail. Mungkin disini kau tak penuhikannya dengan iklan, tapi di tempat lain :)

Iklan di tempat aku pun, hanya akan keluar jika pembaca2 ku masuk ke single post page utk melihat atau meninggalkan komen, kalau hanya utk membaca, di homepage tak keluar and buat masa ni, post2 di homepage is in full

aku tidak menipu mereka dengan memenuhi blog aku dengan iklan … kan? .. buat masa ni :)

mana dapat hadiah tu…? hadiah apa?

Setuju…
itu betul…
Niat asal suka2 dan ikhlas ber’blogging’…lain2 tu seperti iklan dan monetize adalah sampingan….

Kalau tujuan asal adlah duit…macam susah sikit…maybe boleh, tapi payah le…

iklan advertlets memang dah nampak best….memang cun…harapnya ada lagi byk pengiklan dpt masuk….nuffnang macam memilih!!!

Tahniah Mail atas informasi berharga. Walaupun blog anak aku belum ada iklan lagi , diharap dengan ada nya pengunjung tetap boleh la aku letak kan iklan seperti yang kau kata tu. Tak perlu laa banyak , satu dua jee.
Tanya sikit ….Bila Maya nak kahwin? Opps…………….

ha ha.. itu sponsor semua cerita lain :) ha ha.. aku tak dapat duit pun.. korang jugak nanti yang dpat, aku nak jugak.. tapi’nya.. huuu

owhh.. saharman, kau tulis blog untuk anak ko ye? he he.. best’nya.. kalau la ayah2 kita dulu ada internet..:p

nak juga ke Mail? haha..

serius. aku pun ingat ko yg tgh posing tadi.. :D

makin lama makin simple blog ko. cuma info nye je yang makin lebih..menarek..tertarek!

Mail, aku perhatikan kor memang blogger yang tegar. Dari zaman kor memula dulu, hingga sekarang. Ingat jangan lupa daratan. Peminat kor makin bertambah nie. Hehehehe….anyway, aku akan tetap bersama blog kor selagi kor pakai RSS nie. Senang aku nak tgk blg kengkawan yang update.

Teruskan berblogging

insyaAllah.. aku tak’kan lari ke’mana-mana… ko baca ikut RSS reader ye? he he.. amat membaguskan la kamu Dobot.. *dulu kan, sebelum aku ada domain sendirik, aku selalu wonder camne nak dapat domain .com.my macam Dobot, sekarang aku tahu, tapi aku still konfius camne ye ko Dobot, dapat domain begitu sedangkan ko bikin personal blog?

ha ha

setelah lama skodeng blog ko, baru harini datang membuka bicara(aku juga mahu jadi komentar teraktif haha)

Content 1st, ads later,nasihat yang berguna :)kagum dengan content ko

welcome bro ke gelanggang err.. komentator teraktif.. he he :) bulan depan, pasti ada hadiah.. yay!

wah.. promosi nampak~
erm.. sayangnya bulan ni tak ada hadiah.. aih..
aku merajuk lah. bulan depan tak mahu ikut. hehe..

aku rasa tentang iklan ni ikut pemilik blog tu jugaklah…
tengok liewcf.com, iklan dlm blog dia banyak bukan? tapi pengunjung pun ramai…
untuk mohdismail.com ni, iklan yg ada sudah memadai aku rasa… pulak tu tersusun cantik di sidebar… kemas!

Aku rasa la mael..x payah la buh iklan byk sgt..pening kepala

Alamak..Blog Hongkiat kene hack ke bro?..aku rasa cam kene hack je.acu cek

adeh.. hongkiat kena hack.. siot je mamat yang buat tu..

he he.. liewcf tu memang hidup dengan iklan kat blog dia.. so, itu macam nyawa dia la lebih kurang.. hik hik.. thanks wizurai!

Itu la..better ko berhati2 mael..ko tau camne nak elak blog kita di hack?..salah satu tips yg aku dgr combine kan password dgn number..

itu’lah.. aku cuak gak beb.. ha ha.. walaupun bukan la pro mana, tapi blog-blog biasa pernah gak kena hack.. adeh la.. * combine number & alphabet ye? baik2..

Wow bila la aku nak dpt jd macam ko ni, bertahun² lagi kot. Memang diorang byk dapat duit dgn berblog ni kan.

gabung nomor masih boleh baca tapi tak bleh nak teka laa.. cuba yang baca nomor dengan perkataan mengikut cara kaedah mokhdar… wahaha. boleh dicuba.

“5eL”
“Ma169″
“5169″

haha… cuba teka siapa punya nama?

hmmm mesti dah ada blog agaknya?

haaa… mana mau sorok haaa?

itulah lainkali upgrade wp tu cepat2 jangan tangguh2 lagi. tak kiralah slow dengan streamix ke apa ke asalkan ada sekuriti.

ada sekuriti bessssssstt… ambik sebagai pangajaran untuk semua blogger…

sekian terima kasih…

window apa? browser apa? ip nomor berapa? ada blog ke? wahahaa….

dah tentu ribu2 yang dapat laa… mengalir amcam sungai yang aman lagi damai. wahaha…