Imajin aku Anuar Zain’mu
- 21
- Add a Comment

Lagu: Tinggal’kan Aku | Artis: Anuar Zain
Oh. Aku sudah pandai masukkan audio ke’dalam entri. Berkali-kali aku cuba menulis syntax yang di’beri untuk menjelmakan pemain audio ini di’dalam entri, berkali-kali juga’lah aku gagal. Seronok sebenarnya mengalami kegagalan kecil sebegitu, dan bila aku berjaya, nikmatnya aku kongsikan bersama setin Milo ais. Hari ini tidak perlu puasa ‘kan?
Itu lagu baru Anuar Zain, terbaru, belum pun keluar albumnya di’pasaran. Tetapi aku sudah miliki semua track di’dalam album tersebut. Antara fenomena yang di’bicarakan oleh CNN beberapa hari lepas, adakah label rakaman untuk artis akan berakhir?. Aku sendiri tak tahu apa judul album baru Anuar Zain ini, tetapi yang pasti lagu-lagu dalam album kali ini masih seperti dulu, berkualiti dan sedap di’dengar.
Rata-rata penggemar muzik tanah air akan mengatakan yang suara Anuar Zain sedap di’dengar tetapi tidak menggemari cara penyampaian lagu yang di’bawakan Anuar ketika persembahan live di’pentas. Baru-baru ini, ketika Anugerah ERA 2007 berlangsung, Anuar Zain membawakan lagu Lelaki Ini dengan gaya yang sederhana dan tiada tona vokal yang meleret atau lari dari nada asal. Anuar Zain mendengar apa yang di’mahukan peminat.
Tetapi, bagi aku, aku lebih sukakan Anuar yang mencabar vokal sendiri ketika persembahan live. Aku rasa, Jaclyn Victor adalah salah seorang penyanyi yang gemar mencabar vokal sendiri di’atas pentas. Persembahan pentas adalah satu-satunya tempat di’mana seseorang penyanyi itu mempamerkan sejauh mana vokal mereka mampu membawakan lagu dengan nada yang tinggi & berat. Tiada salah’nya bagi aku untuk mendengar lantunan suara penyanyi yang lain dari kita dengar di’album. Itu nama’nya tahap eksklusif sesuatu persembahan. Sekali dan tidak akan berulang lagi. Jika mahu penyanyi itu menyanyi mengikut tona dan nada asal seperti di’dalam album, apa bezanya mendengar album di’pemain CD dengan menonton konsert, kan?
Imajin aku Anuar Zain’mu….

21 Comments
WaWa
October 15th, 2007
at 9:08pm
macammana nak imajin yang anuar zain tu adalah mohd ismail? haha. ko pandai nyanyi macam anuar zain ke mael? :P
khai
October 16th, 2007
at 3:11am
sorry mael.. aku x leh nak imagine ko ni anuar zain…. sorry mael!! sempena hari raya ni, aku mohon maaf sangat2.. hahaha…
cuba ko nyanyi sket mael.. kalau anuar zain nangis nengok ko nyanyi, baru aku leh imagine… hihihi..
banyak collect duit raya tak? ke kuar duit kasi orang lain duit raya? hehe
megat
October 16th, 2007
at 10:26am
uiks biar benar ehehe. aku pun nk cuba la plugin audio nie uhuhu
angel_baik
October 16th, 2007
at 12:56pm
mael?.. anuar zain?… pasti mimpi ngeri aku kalau aku cuba imajin.. muhahahha….. ampun ya mael.. gurau d bulam syawal nie…ehehehhe
nazz
October 16th, 2007
at 1:38pm
wah! leh tahan sedap gak lagu baru si anuar ni.. mael=anuar hmmm…hehehe
Qaiyum
October 16th, 2007
at 5:26pm
Hmm.. Anuar Zain Kini? Mengganti Siti Nurhaliza?
Selamat Hari Rayo Mael..
Mohd Ismail
October 16th, 2007
at 10:56pm
ha ha ha.. kelaka la ko Khai.. aku suh imajin je pun.. :)
*hari ni aku terima duit raya pertama, dan mungkin terakhir buat aku, RM1… ha haa
Mohd Ismail
October 16th, 2007
at 10:57pm
Datuk K menghancurkan hati aku, aku sudah hilang rasa kepada Siti… hu!
*tak bermakna aku punya rasa pada Anuar Zain*
thanks!
Fahmishah
October 17th, 2007
at 8:37am
apa kata aku imajin engkau yusri kru..muahahah
rasso
October 17th, 2007
at 12:13pm
Berimejan ini baek untuk ilusi kita :P
lalaala~
p.s.s. Saat komentar ini ditulis ako berada di Pulau Pinang… kat kampung ayah kepada mantan timbalan perdana menteri dulu… lalalaa~
alongovtx
October 17th, 2007
at 2:09pm
*tak bermakna aku punya rasa pada Anuar Zain*Meremang jap bulu aku baca ni mail…!Jangan di harus.Selamat hari raya…
azrinbasis
October 18th, 2007
at 1:12am
ako lagi suke anuar zain yg menyanyikan lagu ‘mungkin’ berbanding ‘lelaki ini’.. kerana lgu tu lebih mencabar…
misz unknown
October 18th, 2007
at 9:15pm
saya jarang jatuh cinta pada lgu melayu. sbb lgu melayu saya raser byk yg pahape. tpi saya jatuh cinta ngn lgu ni.. time kaseh encik mael! haha
arasis
October 19th, 2007
at 12:44am
aaaaaa..tulun2.. takleh imajim.
hahaha.. gurau je..
omarbahrin
October 19th, 2007
at 8:30pm
hahah korg tggu mail buat album weh….aku denga ada kabar2 angin si mail ni bakal menjadi artis rakaman…huhuh
dinswok
October 20th, 2007
at 3:23pm
Aku pon pembaca tegar blog ko jugak… huhuhu~ Selamat Hari Raya….
mohd rafie
October 21st, 2007
at 12:25pm
selamat hari raya ismail…jupe kawan2 ye hr tu….ishk…rindu korang semua
musnaz
October 22nd, 2007
at 3:49pm
giler semangat nak komen kat blog nih kalau ko ni anuar zainku wahai mael walaupon aku tak berapa minat kat mamat nih, yeah!
syd
October 27th, 2007
at 3:31pm
bestnye lagu nieh..;-) yep saya pun setuju dengan mael.lagi bagus kalau penyanyi tu mencabar vokal dey’all..
bash
November 2nd, 2007
at 6:50pm
mcm mana nak letak audio files begini ke dalam blog?
syada
December 7th, 2007
at 12:32am
em,sumer lgu dlm album br nih dijamin sedap..
so belilah yg original yek..
support industri muzik kite..
huhu =)
p/s-1st time dicni..jln2 carik pic AZ,jumpe plak blog ncik mael nih.er,izinkan sy bg info sket,bley?klo xsilap sy,album AZ kuar bln 9..so by the time ncik tulih entri ini,album nyer dh kuar..=)