Informasi atau peribadi?

diggnation.JPG

Good morning everybody & welcome to Happynation! I’m Mohd Ismail & this is my buddy, Flisterz. “Hi there!”. Teguk teh tarik & Milo panas. Ha ha. Ini semua Flisterz punya pasal meracun aku untuk menonton Diggnation, kamu semua perlu menonton jika mahukan alternatif untuk televisyen yang entah ke’mana hilang’nya unsur humoristik & juga untuk mengetahui betapa cool menjadi seorang geek!

Pagi ini, aku dapat e-mail dari seseorang yang mahu identiti’nya di’rahsiakan, sesuatu yang rugi sebenarnya bila kau menyorokkan identiti di Mohd Ismail dot Com, kau akan dapat populariti dengan segera, tidak perlu Akademi Fantasia atau apa-apa. Antara lain isi kandungan e-mail yang agak panjang lebar bertanyakan aku samada dia perlu menulis sebuah blog berinformasi atau peribadi?

Informasi atau peribadi?
Aku sendiri tidak tahu bagaimana soalan begini boleh timbul di’tengah-tengah 85 juta penulis blog seluruh dunia. Jawapan aku untuk pertanyaan begini, terpulang pada minat dan kebolehan kau. Lihat ye, jika kau memilih untuk menulis dalam kategori peribadi & tentunya penuh dengan kisah kehidupan, kau mesti mesti pasti’kan yang kisah hidup kau cukup advanturas & menarik untuk di’ceritakan buat tatapan pembaca. Teknik & cara penulisan dalam blog kau juga amat penting supaya pembaca tidak berhenti membaca di’baris ke-3 entri di’blog kau.

Guna’kan teknik penceritaan yang pelbagai dan tidak membosankan pembaca. Jika hari ini kau menulis dari pandangan orang ketiga, apa kata esok kau tulis dengan teknik bercerita kepada orang ketiga. Monolog, boleh jadi sesuatu yang membosankan kepada pembaca jika terlalu monolog. Err… kau boleh bermonolog, tetapi jangan lupa’kan hati & perasaan orang yang akan membaca entri itu, adakah mereka benar-benar mahu membaca apa yang hati kau fikir’kan terhadap diri kau sendiri?

Walaupun aku hidup sebagai seorang yang dahaga’kan informasi terkini dunia teknologi & internet atau pendek’nya geek, aku juga ada beberapa blog yang berkisarkan kisah peribadi yang menjadi kegemaran aku. Dan, blog-blog ini boleh menjadi sumber rujukan untuk melihat bagaimana teknik menulis entri mereka membuatkan aku datang ke’sana, setiap hari!

Famia - Kau ke’sana dan lihat struktur bahasa yang gadis ini guna’kan, jika Dewan Bahasa & Pustaka tahu, Famia akan berada dalam masalah besar. Ha ha.

AkuBudakBiadap - Penulis’nya, jr. aku sendiri kurang pasti kenapa aku suka’kan gaya penulisan beliau. Lurus & penuh kejujuran walaupun kadang-kadang pahit.

Chika - Ha ha. Gadis seorang ini menulis semenjak aku belum kenal apa itu blog. Menjadi seorang yang shopaholic semenjak dua menjak ini dan gaya penceritaan yang bisa membuatkan aku ketawa sendiri. Korek arkib tulisan beliau, kamu akan tahu apa yang aku maksud’kan.

Kumprinx (Versi Blogspot) - Aku hi-lite versi Blogspot kerna di’sanalah terletak’nya karya-karya agung penulis blog (veteran?ha ha) yang menjadi favourite aku ini. Aku akan hi-lite lebih lagi 4 Julai ini dalam Happynation Special: Tribute to Kumprinx.

SiNagaNaga - Penuh sarkastik. Ha ha. Siapa tidak akan jatuh cinta kali pertama dengan entri-entri sarkastik tulisan Encik Naga?

Sayapdewa - Tulisan mamat ni mengajar aku banyak benda dari aspek sebenar sebuah kehidupan. Tidak lagi update seperti dulu, tapi aku masih menunggu entri terbaru setiap hari. Aku tunggu!

Dan, aku hafal URL mereka semua di’atas, walaupun di’hujung dunia aku berada, aku akan mampu menaip satu satu url mereka untuk mencari entri baru, dan mereka tiada dalam Google Reader aku. Mereka berhak mendapat lawatan khas tanpa RSS.

Jika mahu menulis berkaitan informasi? Pergi sahaja ke Weblogs, Inc. atau b5media dan lompat’lah dari satu blog ke satu blog milik mereka, kau tidak akan kekeringan idea untuk menulis apa-apa berkaitan informasi.

Sekarang soalan aku untuk kamu, mana lebih senang, blog informasi atau peribadi?

35 Comments

haha Happynation :D

utk informasi atau peribadi.
depends kepada minat, masa dan kebolehan. cewah.
kalau minat share news/info, snang la tu. tapi kena ade mase utk cari fresh news and selidik true/wrong facts and opinion. kebolehan pulak, kena la pandai menarik minat pembaca; mcm si Mail ni hehe

campur dua2 pun boleh je kot. kombinasi.yeah :)

wahh itu mcm kaa.. bagus bagus.. tp penulisan aku tetap membosankan.. hahhahaha..kalo xde idea amik topik org.. leh ke mail ?? org xmarah ker??

amik topik orang lain bukan masalah, tapi ko kene pandai blend dengan gaya & opinion tersendiri.. sesuaikan dengan persekitaran reader ko..

banyakkan baca bahan offline, amik satu topik yang jarang di’bicarakan di’internet + betul2 menarik.. tulis dengan sepenuh hati.. dan reader akan sanjung idea kau.. percayalah.

wah,tulis dgn sepenuh hati.
kau mmg handal bab2 menulis mail.
aku pun pelik,dari mana kau blh blend idea2 ko tu jd satu entri yg tak membosankan..

dua-dua yang bagus… agar tidak kering idea yang boleh menjadikan blog anda sebagai blog yang popular atau info yang berguna…

takkan nak citer hal kita aje. tapi ikut kesesuaiannya la mana pilihan anda…

sekian terima kasih

oh kalau diberi pilihan dan situasi yg sesuai, aku suka menulis blog berinformasi..
tapi dalam kes aku, aku telah ‘ter’buat blog peribadi atas sebab-sebab peribadi.. bila ramai yg membaca, x sampai hati pulak nak stop, walaupun makin hari makin aku terhakis..
tapi aku x menolak kemungkinan akan mewujudkan blog berbentuk info sekiranya keadaan aku bertambah baik.. insya Allah!

Bila ditanya soalan sebegini, inilah jawabnya, antara informasi dan peribadi.

1. Apakah tujuan sebenar kamu berblog, untuk ditolong atau menolong? Jika untuk menolong, maka lebih baik informasi. Jika untuk ditolong, lebih baik peribadi.

2. Masa untuk kamu berblog, tinggi atau rendah? Jika informasi, kamu perlu masa yang lebih untuk membaca, dan menganalisa fokus informasi. Bagi peribadi, itu adalah anda. Kadang-kadang panjang berjela bila ada masa, jika tidak, satu perkataan dah boleh membuatkan orang bahagia!

3. Ingin menjana kewangan yang lebih? Maka informasilah jawabnya. Kebiasaannya, blog peribadi tidak mempunyai hits yang tinggi, berbanding informasi. Berdasarkan graf garis lurus 0.5 (chewahh), semakin banyak informasi, semakin tinggi ratingnya.

4. Kamu suka yang mudah atau mencabar? Peribadi, kamu hanya perlu meluahkan isi hati, sedikit rencah yang tiada MSG, dan kejujuran. Jika informasi, kamu perlu tahu serba sedikit mengenai marketing, technorati, Alexa index, Digg, wordpress, Google Rank, dan sebagainya. Ia bagi menjamin kelansungan blog anda.

5. Anda suka baca blog jenis apa? Sekaligus mencerminkan, blog apakah yang anda mampu buat.

6. Berapa kerapkah anda berinternet? Jika hanya mengharapkan cybercafe, lebih sesuai peribadi. Jika lebih dari 10 jam sehari anda berinternet, inilah masanya untuk membangunkan blog berinformasi. Lainlah, anda sanggup memberikan duit, hampir RM 10 sehari semata-mata blog kesayangan anda.

7. Apa kawan-kawan anda suka? Kita berblog bukan SS, dan tertutup. Bak kata Mael, kalau nak tutup baiklah kamu beli diary, simpan dalam bilik bukan? Jadi, anda perlu tahu, kawan-kawan sekeliling anda, maya atau tidak, sukakan apa. Bayangkan, kamu membuat blog informasi mengenai buku. Tetapi, kawan-kawan anda sukakan gadjet. Jadi siapakah akan menjadi pendorong anda?

Ok, hanya 7 saya paparkan, kamu jawab ya atau tidak bagi setiap persoalan. Lihat, ia berat ke arah mana. Jika anda dah tetap, bacalah pula tips2 di bawah ini. Uhum, berdasarkan pengalaman dan pengamatan saya sendiri.

Tips-tips menulis entri dari pengamatan saya sendiri, sudah ditulis di dalam blog saya. Harap ia dapat membantu…

1. http://azharahmad.com/blog/2006/10/16/off-topic-nasihat-berguna-untuk-pemblog/
2. http://azharahmad.com/blog/2006/10/17/off-topic-tips-menulis-entri-1/
3. http://azharahmad.com/blog/2006/10/18/off-topic-tips-menulis-entri-2/

Semoga beroleh manfaat.. Berusahalah!!!

p/s : Sorry mael, dari komen dah jadik entri la plak…. Sowie yerrr

ko punya blog dah jadi bermacam2 panduan mail…bagus2…

aduh….aku tak pasti jika aku akan terus survive dalam dunia blogging ni….karena minggu-minggu sibuk akan datang dalam masa terdekat ini….

kadang-kadang aku tertanya aku ni blogger ke???

ape-ape hal pun mail teruskan dengan usaha ko ni…

memang boleh buat entri komen azhar ni. haha. err.. links yang sama diberi di blog saya. :p

Lepas ni kau kena masukkan blog anak aku sekali http://www.mhariz.com “Bila besar Hariz nak jadi Boss” dalam minda kau .Sebab utama adalah selepas teruja dengan blok kau tu aku terus buat blog untuk anak aku, sebab ke 2 pulak aku banyak tanya kau sebelum up kan blog anak aku ni. Jadi kira hasil tunjuk ajar kau laa serba sedikit aku buat , dan sebab ke 3 lepas aku banyak tanya kau , kau terus wujudkan “Tanya Mail” mungkin menyampah dengan pertanyaan aku yang banyak tu. Tapi apa apa pun aku berjaya up kan blog akan aku atas tunjuk ajar kau . Terima kasih laa Mail ……errr bila kau nak post gambar kau tu.Huuu huu….

“dan mereka tiada dalam Google Reader aku. Mereka berhak mendapat lawatan khas tanpa RSS.”

bagi aku.. mereka yang ada dalam Google Reader aku adalah speacial. sebab kadang2, aku tak lawat blog aku dan klik satu2 link yang aku ada, untuk baca blog diaorg. sebab itu aku kata, kalo aku mahu cepat, Google Reader adalah jawapan terbaik. oh~ spt kau juga, aku hafal url blog mereka yang aku minat. :)

adoi, terkembang la pulak idung aku…hehe

berkenaan masa berinternet tu.. he he.. aku laburkan agak banyak juga untuk cybercafe demi menghabiskan kerja menulis blog dan lain2.. he he ;p

“Kadang-kadang panjang berjela bila ada masa, jika tidak, satu perkataan dah boleh membuatkan orang bahagia!”

Ha ha. Sangat betul, kadang2 kalo orang pandai menulis, sebaris ayat pun mampu buat yang membaca ketawa.

terima kasih Azhar.. input yang bagus & komentar yang bernas.. he he ;p

senang je.. aku suka rojak… hehe…

tula pasal.. die die Aura kot.. mcm mawi..muahahhaha

sebenarnya Wawa, takde satu pun blog kawan2 aku kat sini yang masuk Google Reader.. dalam sana semua feed yang perlu aku baca dengan pantas.. he he.. ;p

kau hafal url blog aku? siapa hafal url blog aku?

la la la laaa

ha ha ha.. sama2′la man.. aku pun bukan bantu banyak sgt.. usaha kau sendiri + keinginan yang tinggi buat blog anak ko tu naik..

best jadi anak ko, kalau la ayah aku ada blog dulu.. hikhik

arr.. aura? ha ha.. tak la.. satu je.. banyakkan membaca blog mereka yang kau minat & cipta keunikan sendiri ;p

ada hati mesti jadi..

Aku jarang tulis blog peribadi, yang penting informasi yg diberi lain dr yang lain. Tengoklah lagi beberapa bulan ni, Insya Allah aku akan maju lagi dalam berblogging ni.

- Semestinya MohdIsmail dot com yg menjadi sumber rujukan aku, tq tq

aku hafal! ;) bukan susah sgt~
ko, hafal url blog aku?

haha,aku byk baca kt blog ko je.
tp keunikan tu aku xdpt cungkil lagi dlm tulisan aku..huhu

aku bg informasi jika ada…
kisah peribadi aku kurang menarik untuk dikongsi… asyik rutin yg sama setiap hari…

hurmmm… aku masih memikirkan planning untuk blog aku ini…bercampur-campur sekali :(

Hoho.. Aku Pon Nak Bawa Blog Aku Ke Dimensi Barula.. Dimensi Nak Jadi Penulis Blog Sepenuh Masa Lak Memandangkan Masa Aku Agak Free Lepas Nie..

Tapi Aku Raser Blog Aku Pasni Akan Jadi Peribadi, Informasi & Merepek Jahanam..
Eh! Tu Bukan Konsep Blog Aku Skarang Ke..

Aaa… Maeeeell.. Idea Idea!!
: )=

berdegup jantungku…

eheheh. blog i pon terpilih ke? malu i.. :p

kenapakah….
sy rasa sy menulis di sebuah blog gila,
menulis mcm seorang gila,
menconteng sana sini tak tentu arah,
hanya enjoy kesemua contengan murahan sendiri,
merasa contengan itu hanya satu cakar ayam.

tapi…
kamu dan pembaca,
dengan magiknya menganggap contengan cakar ayam tu sbg seronok.

terima kasih.

note : contenglah dengan natural seadanya.

Aku stuju dgn Encik Azharahmad. Ko mesti perlukan banyak masa untuk sesuatu entry. Dasyat skali tu, kerajinan ko.. HAri2 apdet.. hoho

* chika mmg penulis giler. haha

ari² update memang memerlukan kerajinan tahap dewa…
Mail boleh buat…

*jadi tepuk tangan dia…

nak tepuk tangan aku? meh meh.. ha ha..

ko tahu nash, dulu masa ko gila rajin update setiap hari, aku kagum seh.. ;p tapi sekarang ko pun agak busy.. he he he..

*ko kan, kalo kene gaya, boleh jadi Kenny Sia versi Melayu, ko berani amik gambar sendiri style kelakar dewa punya~ ha ha ha

Diggnation adalah rancangan yang paling best bagi saya hehe. Rancangan untuk peminat2 Digg.com

alahai.
janganla letak link aku.
blog hampeh mcm tu tak patot ko kunjung selalu.
sesungguhnye… aku memang ngeri dgn populariti.

dulu aku suke becerite dlm blog perihal sendiri.
sampailah satu hari mase balek kampong..
ayah aku cite kat sume kazen ngn atok nenek bagai..

“haa.. kakjai ni ade blog.. cubela masok blog die kat famia.blogdrive.com…”

aku tengah minom time tu. teros tersedak pucat lesi.
balek tu teros dilit history sume pc.
ngeri woo..!

bile masok keje kat subang (keje aku yg dulu tu)…
tau2 je team leader merangkap bos aku pon tau link tu.. waemah aku slalu je cite perihal keje2 ni dlm tu.. makanya… agak menakotkan la east populariti ni.

haha. seriyes ngeri.
tapi.. timekaseh byk2la sbb ko sudi bg penghargaan mcm ni.alkisahnya tu tak seberapa pon.. :p

banyak idea yg kite nak wat pun tapi kalo takde ilmu takleh jugak nak wat (implement).

tak salah rasanya kalau nak bua kedua-duanya sekali..nama pon ader section kategori… *sekali sekala jadik smeagol hoke jugek

wah… begitu sekali kengeriannya yer? dah tentu blog famia menjadi inspirasi untuk sesetengah orang. maka kalo popular tu, kira ok la tu.

peribadi dan berinformasi…

sekian terima kasih