Ingat Sampai Mati: Blog Bukan Lombong Emas

Aku sebenarnya agak terkejut dengan impak entri aku yang lepas kerana entri sama terhadap Monsun Biz tidak sebegitu. Positif’nya, entri ini telah sampai ke lebih ramai orang dari yang aku jangka. Aku harap mesej aku jelas.

Bila aku baca balik komen dan maklumbalas dari mereka yang berada di’pihak sana, hujah mereka berteraskan duit & kemewahan. Tidak semua orang akan kagum dengan kemewahan. Bila di’angkat hujah berkenaan sistem itu sendiri, yang di’balas hanya hujah yang mengangkat diri sendiri.

Seperti aku kata, orang di’belakang sana sebenarnya tidak tahu apa-apa tentang blog. Mereka ingin turut serta kerana mereka tahu ada potensi untuk rakyat Malaysia di’perbodohkan dengan janji-janji manis & kemewahan di’atas angin.

Menulis blog untuk duit bukan senang TETAPI menggunakan nama blog untuk duit, memang senang. Aku takut akhir kisah ini nanti, orang ramai akan pandang serong kepada dunia blog yang konon’nya menjanjikan kemewahan melimpah ruah.

Aku sarankan sesiapa yang berada di’pihak sana untuk membaca artikel dari The Inquisitr, 10 Myths of Blog Marketers Debunked. Fahamkan point 1, 4 & 5.

Selepas itu, aku yakin kau akan ada sedikit pemahaman tentang dunia blog sebenar. Kau boleh mula membaca artikel dari Darren Rowse (ProBlogger), 7 Essential Things You Should Be Doing When Your Blog Is Still Young. Tumpukan pada semua point, ingat point ‘Create amazingly useful content’.

Aku bukan manusia suka berdengki, aku hanya ingin membantu. Letakkan janji-janji manis mereka & ego dalam diri ke’tepi. Sistem yang kita hidup sekarang sememangnya membuatkan manusia hilang pertimbangan kerana wang.

Fahami betul-betul apa itu blog & perkara yang berlegar di’sekelilingnya. Dan satu lagi, blog bukan lombong emas.

Jika ada masa lebih, boleh baca interview pertama aku bersama majalah kreatif online, Sireh & Cengkeh.

Comments

78 Comments so far. Leave a comment below.
  1. beb….memang patut buat pendedahan seumpama ni…aku memang respek sesapa yg cuba menyebarkan informasi dan berkongsi fakta, cara olahan sama ada emosi atau tidak..itu takde masalah…lain org lain penyampaian..tp yg penting mesej disampaikan…congrats kerana ditemuramah oleh sireh&cengkih…arsyan tuh aku kenal zaman dulu2…hehe..kije ngan NN skang ni ruper nyer

  2. MaJa,

    uhh.. congrats masuk interview itu..

  3. aku berblog kerna aku mau berblog. kerna aku mau share kan sesuatu. pasal nak earn duit tu, sambil menyelam sambil minum air kata orang. kalu berblog tak dapat duit pun, aku still berblog.

  4. Yang paling tak best bila die komen aku, “ko dapat duit ke kutuk blogstarz ni?”

    Satu yg boleh aku jawab, mungkin bile kita menulis kita terpaksa menyakitkan hati sesetengah pihak. Tetapi jika kita biarkan, mungkin hati seribu pihak yang akan disakiti kemudian.

    *Harap paham apa yg aku nak sampaikan.

  5. hmm, menarik artikel ni, kekadang timbul was2 banyak sangat org yg dah jadi kaya dengan blog ni…betul ke? jutawan itu, jutawan ini, pakar itu dan pakar ini, ye ke?

    btw kawan blog pasal hobi n suka bila dapat buat sesuatu yg orang lain gunakan, i.e theme dan codes.

  6. @etomyam: Bagi aku memang logik.semua tu. Tapi kalau sampai tahap jutawan tu aku tak pasti la. Kalau berminat nak mendalami buit duit dari blogging boleh lawat Rohaizad.

    Sekiranya tak suka berblog, boleh cuba jual produk cam Irfan Khairi. (Tetapi perlu kos dan barang).

    Bagi aku, untuk berjaya di internet ni kena ada idea yang luar biasa dan lain. Sebab tu segelintir je yang berjaya, kerana kebanyakan yang gagal tu semuanya melakukan perkara yang sama dan banyak saingan. Erti kata lain, dah tepu.

  7. kawan sejawatan dengan aku ada join blogstarz, herm~ tapi aku belum interview dia dengan detail.

    cuma smalam dia ada bagitau yang mak dia dah dapat pulangan ribu-ribu.

    tapi yang pasti dia ada mengaku yang dia tak tulis apa-apa pon dekat blog tu. Pulangan, ratus-ratur.

    Herm, perlu selidik ni.

  8. Well said Mail.

    Aku sentiasa ingat mcm ni – sesuatu yg memberikan pulangan yg banyak dlm masa yg singkat, dan tanpa bersusah payah – ianya tak akan berkekalan, dan semestinya ada sesuatu disebaliknya yg kita sendiri tak tau

    John Chow, Darren Rowse, LiewCF bukan berblog sehari 2 atau sbulan 2 utk dpt kedudukan mcm skrg

    Pikirkanlah..

    maaf: BM aku tak berapa best

  9. Janji2 manis memang mudah teracun…cuba aku bernasib baik bila mana fee yang agak besar itu telah membantutkan aku utk mencuba..

    Dulu…ini cerita dulu…ada satu program tue hanya bermula dengan rm10..sangat murah kan..sehingga..menggunakan ayat “Apa ada pada rm10.” untuk memancing orang join dan jadi downline kita…tp akhirnya semua hampeh…salah satunya bila segala emel kepada admin tidak ada yang dibalas…dan tentu saja tiada maklumat syarikat atau orang perseorangan yang diberikan…

    Hampeh..

    Tapi tu lah namanya pengalaman..pengalaman yang mematangkan fikiran..

    Sama juga macam isu yang dibangkitkan pada entri yang lepas…biarkan pengalaman mereka itu mematangkan dan membuka mata mereka sendiri…

    Apa yang penting…kau dah jalankan satu tanggungjawab sosial kau…memberi peringatan kepada yang belum atau yang dalam rancangan untuk menyertainya..

    Dan bagi yang tetap menutup mata atau menegakkan benang yang basah..itu masalah mereka..penerimaan mereka dan mentaliti mereka..Kita tak mampu nak ubah..

    Walaupun isu ini hangat…tp kalo mampu membuka dan merangsang minda untuk berfikir baik dan buruk..logik dan tahyul…aku suka…

    Kalo betul..kau buktikan yang ia betul..kalo tak betul..kau buktikan tak betul…

    Yang lain nak terima atau tidak..terpulang…

    Itu saja…

  10. zen,

    manusia buka sama mael – tolong orang tipu orang….

  11. @life4hire itu la harapan aku.. mesej aku boleh sampai & jelas.. and thanks! =)

    @MaJa thanks! baca ye..

    @penyubiru aku selalu pegang, minat dahulu baru duit akan menyusul..

  12. Wah, tahniah Mail.

    Lepas ni mesti ada media-media lain lak yang nak interview ko lagi.

    Aku pun dah ready dengan macam-macam jawapan. Kot-kot ada la yang interview aku nanti. =)

  13. @Jimmy yeap.. kdg2 mmg kene korbankan sesetengah perasaan utk beritahu perkara yg sebenar.. =)

    @etomyam ramai da berjaya dgn blog sbnanya.. jutawan wallahuallam.. tp pendapatan kencang tiap bulan tu, ramai da.. =) bagus la kalo menulis blog + minat ngan theme, code semua.. boleh belaja..

    @shambie kalo betul da dapat ribu2, gud for them la… tp kalo leh, nasihat la juga.. mende ni x lama kalo hidup dlm sistem gitu..

  14. Mael – semua yang ko cakap tu betul tapi bab “blog bukan lombong emas” itu, aku agak terkesan sebab aku menjana kewangan untuk hidup aku selama ini melalui blog.

    Skop blog terlalu besar dan jika ada orang yang buat perkara bodoh seperti Blogstarz tu, aku harap jangan dikecilkan pandangan dan pendapat umum mengenai blogger yang hidup dari hasil blog (macam aku).

    Aku menjana lebih dari RM5K sebulan dari blog-blog aku. Dengan cara HALAL lagi.

  15. @rohaizad maksud aku blog bukan senang2 nk dapat duit mcm mendulang emas.. ko sendiri tahu kan semuanya perlu usaha yg bukan sikit =)

    alhamdulillah ko da sampai tahap stable ngan blog ni…

    @zaki aku faham apa ko cuba sampaikan.. dan BM ko ok je apa.. =)

  16. diya,

    owh. diya pun terkejut tgk entri awk sblm ni. sgt lah byk komen. itu mmg dh cukup utk buktikan, byk yg diya xtahu rupanya. hak3.

    diya nak mintak izin, sebarkan entri ni yek [ciwahhh. mcm mintak izin ngan laki lak, hak3] :))

  17. giler la korang…. kakjie sampai tak update blog, asik merayau ke sana sini baca komen yang ratus- ratus.

    Berapa jam habiskan masa cuma baca komen dari blog khai, blog taukey, pergi niagakit…singgah blogstarz..lepas tu balik negaraku.net tengok latest entri…

  18. @diya ambil la diya.. sebar2kan la.. =) dan jgn lupa utk terus belajar (cewah..mcm pesan ngan bini lak.. ha ha)

    @Kujie tu tandanya industri blog & internet Malaysia ni makin rancak… sampai x terkejar nk baca entri2 & komen baru =)

  19. lori,

    nak ucap tahniah juga..moga apa yang berlaku pd post yang lepas mampu membuka pemikiran manusia yan hanya mahu bersenang-lenang tanpa memikirkan natijahnya..

    keep it up!

  20. lama aku tak sempat menjengah ke sini.. bz ya amat.. aku setuju dgn ko mael.. sejak kewujudan UpTrend lagi aku dah mula menyampah dan risau.. menyampah sebab memperbodohkan orang malaysia terutamanye org melayu tentang dunia IT.. mentang2 mereka masih blom faham erti sebenar blog, e-commerce, sesukati dierang menipu dan memesongkan maksud sebenar benda ni.. web dan IT adalah bidang aku.. usaha mereka boleh menyebabkan org pandang serong dan menghancurkan masa depan bidang aku.. terutama rajablog tuh.. menipu dan menghancurkan segala2nye hanya kerana duit.. seolah-olah sudah bertuhankan duit.. aih.. melayu.. kalo terus macam ni, mmg betul2 layu…

  21. kita,

    memang pun blog bukan lombong emas..mula-mula aku kenal blog ingat lombong emas tp bila soal selidik blog bukan lombong emas tetapi lombong ilmu

  22. yeah. sesiapa yang sudah blogging lama mesti tau memang susah nak dapat income masyuk. byk factors kene ambil kira sebelum berhenti kerja & mulakan full time blogging.

    tapi bila sudah stabil, blogging lah merupakan kerja yang paling membahagiakan aku. tidak perlu bangun awal pagi ke ofis, tidak perlu dengar leteran bos, malas masa terluang yang banyak boleh dihabiskan dengan berhibur.

    if ur really want to make money from blogging, be serious and never give up. Semua ini bergantung pada trial n error sahaja.

  23. Bagi orang seperti JohnChow.com, Problogger.net… blog adalah bapak kepada segala lombong emas. Blog pada aku adalah lubuk emas (jika engkau pandai membuka minda kepada skop yang lebih besar lagi).

    Jangan sempitkan minda (berfikir dengan waras).

  24. aku tang tunggu mane la pengomen kontra sebelum ni… tak singgah2 pun sini..

  25. hoho..depa dah tersedak kot bila baca entry ni.

  26. Penyokong Kuat BlogStarz,

    oh yes, masih tidak puas hati agaknya, aku rasa artikel sebegini sesuai dan berbeza dengan kutukan direct ke blogstarz.

    syabas la mail, aku rasa lega dgn penyampaian artikel ko yg baru ni, kalau nak buka minda, jangan selalu nak menyakitkan hati orang, semua boleh jadi.

    sekiranya korang kata korang bagus sangat dan mengharam dan menghalal sesuka hai, jawab soalan aku ni.

    1) tengok Operating sistem yang korang guna sekarang, aku harap ianya orginal.
    2) tgk software2 yang korang guna, aku harap ianya original

    so cermin muka kita dulu la kawan2. Apabila kita menghukum orang lain, kadang2 kita lupa siapa diri kita.

  27. Penyokong Kuat BlogStarz,

    oh yes, setahu aku pengurusan BlogStarz ada hantar warning kepada en mail, malah owner blogstarz sendiri kata dia pernah membuat posting di thread sebelum ni tapi tidak di paparkan kepada umum, katanya ianya ada amaran supaya menutup artikel tersebut dalam masa 48 jam sebelum membuat laporan polis dan mendakwa membuat fitnah.

    jangan cari masalah dgn orang, baiknya kita buat blog yang tidak berbentuk serangan terus, ctnya artikel ini. Cara sebegini yang orang panggil berblog.

    Semua orang ada perasaan amarah, bukan kita sorang kan..?

    Aku harap jangan sesiapa yang terkena nanti, sebolehnya kita berbaik.

    Peace!

  28. haih,

    tergamam baca komen penyokong kuat diatas. betulkan bak kata mael, mereka lari topik gila babas hahaha .

    p/s: cuba kamu tanya mana2 company, mahupon pusat universiti di lab2 mereka, adakah mereka secara keseluruhannya mengunnakan yg original. pegi siasat pls.

  29. Penyokong Kuat BlogStarz,

    yes, pada aku (yg di pandang negatif dari cara pandangan kamu orang) akan sentiasa mengata aku tidak betul dan kamu sahaja yang betul. Apabila aku bertanya, ada sahaja jawapannya kan, sama juga mana2 pihak, bertanya dan menjawab ikut persepsi masing2. Berbalik kepada diri kita sendiri untuk membuat andaian.

    Terima kasih.

  30. setuju dengan tajuk entri kali ni. aku yang start blog ni tak sampai sebulan, alhamdulillah… ade sikit hasilnya walaupun tak semeriah mane. setakat duit poket yang aku target tu, tercapai la jugak. kalau nak maintainkan tahap keberkesanan blog tu memang sukar kalau buat blog sekadar nak carik duit aje. at least kena la ada unsur-unsur ilmiah kat blog kita kan…

  31. diya,

    hak3. diya dh siap buat entri utk entri ni, wahai kakanda. ciwahhh. hahaha

  32. blog sememangnya ada unsur lombong emas. pandai manipulasikan masuk la. teknik SEO kena banyak belajar. paling tidak pun boleh cuba video marketing. tapi semua tu perlu usaha. tiada short cut dalam membuat duit secara online.

  33. @penyokong kuat: Memang aku mengaku aku sendiri guna pirate software. Tetapi sekurang-kurangnya aku apa yg aku buat takkan menyebabkan sesetengah pihak merana. Tetapi apa akan jadi kalau adsense dibanned?

    Aku tahu guna pirate software itu salah, sebab itu bila ada entri pasal benda sebegini aku tak pernah pun maki balik empunya topik. Dah terang lagi bersuluh apa yang aku buat salah. Terpulang lah kalau nak guna jugak. SEKURANG-KURANGNYA AKU TAK LAH SAMPAI NAK MENEGAKKAN BENANG YANG BASAH..

    Kalau kawan2 tanya aku pun aku akan cakap guna pirate software tu haram (sama seperti mencuri produk orang lain). Dan galakkan diorang beli yang original.

  34. tahnya.
    aku ni tulis blog tak kaya-kaya
    (eceh! ada hati)

    KAH KAH KAH.

    Tak pe Mael.
    Ko dah ada nama dalam dunia blog tanah air.
    aku gembira sebab aku kawan ko.
    Wah. Tiba-tiba kannn.
    HAHA

  35. haih,

    lihat sedikit perubahan telah dibuat pd blogstarz. smua iklan mereka ada tulis ‘ads by blogstarz’ , adkah mereka tidak lagi terlibat pd adsense or stil terlibat? wujud satu tab ‘portal’,nmpak lebih detail sdikit, tp isi kandungan masih terdapat satu dua yg kosong

  36. yeah, aku tak setuju sangat blogging yang bermatlamatkan buat duit online.
    Tapi kalau buat dengan cara yg betul dan berhemah aku tak kisah sebab dia masih lagi bersandarkan pada matlamat blogging iaitu: Serve people with information.
    Lepas tu sukahati lah nak SEO kan kh, beli trafik kh, buat trafik marketing kh, affiliate program kh yang penting adalah content dalam blog tu.

    Hello, kalau bukak balik the history of blogging, blog adalah sesuatu yang orang sll update. Bukan buat & tinggal kosong dengan iklan.

  37. Lambakan blog kat internet sebab teori lombong emas ni dah banyak dah….tapi kalau kena dengan caranya ok je

  38. @PenyokongKuatBlogstarz aku xde terima e-mail yg di’maksudkan.. aku ade tinggalkan no phone utk korang contact kalo apa2, tp tiada siapa cuba contact aku..

    minta aku turunkan kerana fitnah atau mahu menjaga periuk nasi sendiri?

  39. lori,

    hehe..takpe lah since artikel nie pun berbentuk lembut..

    so kita ambil jalan tengah la since pertelagahan antara blogger dan blogstarz supporters semacam tiada penghujung…

    aku cadangkan..

    kita berbaik..dimana kita di kedua-dua belah pihak bersetuju untuk tidak bersetuju antara satu sama lain berkenaan isu blogstarz ini..pro dan kontra…

    cadangan jalan tengah

    Blogstarz/penyokong blogstarz
    penyokong kuat blogstarz seperti nama id yang tertera akan terus menyokong blogstarz..dan diharap komuniti berkenaan dapat menjadi penyemai benih penulisan berasaskan blogging..dan hentikanlah ugutan saman menyaman keran itu akan lebih memarakkan lagi api pergaduhan….

    para blogger yang tidak bersetuju dgn blogstarz

    para blogger yang tidak bersetuju dgn cara blogstarz masih dengan pendapat2 yang telah dinyatakan sejak isu ini berbangkit..lakukan sebaik mana dan menurut etika masing-masing..kiritikan pada blogstarz boleh diteruskan akan tetapi biarlah bertertib dan tidak berunsurkan fitnah atau menghentam secara keterlaluan…

    Blogstarz, u need critics too make u better…
    semoga blogstarz boleh menjadi komuniti yang lebih baik dan menyumbang pada local scene bloggers malaysia.

    well i hope both of us (blogstarz & anti-blogstarz)can sit down at starbuck’s cafe while enjoying our mocha or frappuccino, we can talk on how to make this blogger scenes more healthier…PenyokongKuatBlogStarz, yr drinks will be on me..

    peace

  40. 1.kita nak tengok apa perubahan yang boleh dilakukan oleh blogstarz selain dari membuat blog dengan meninggalkan iklan bling-bling tanpa update.
    2.kita nak tengok pula bagaimana penerimaan negara asia yang lain terhadap blogstarz. takkan mampu untuk malaysia sahaja.

  41. kusu,

    mail..aku sokong ko..
    hari tu nak bagi komen tengok kau dah tutup da komen untuk entri sebelum ni..eh..penyokong kuat blogstar dah datang la..
    mail sila sambut kedatangan mereka!!haha

  42. Menarik phrase tu “bersetuju untuk tidak bersetuju”. I LIKE IT.

  43. modelsweet,

    *maaf ye mengangu n menyampuk… hehehe..

    sowy brother2 skalian…

    nak tanye ni… blog tu ape sebenarnye….

    hehehe…

  44. sbenarnye….
    da lme ak mnyimpn hjat nk tulis entri psl blogstarz ni…
    drpd buln lps lg…
    sejk ak tgk iklan diorang dlm paper…

    mule2 bace mcm gempak..dgn hrga yg xla mhal…
    tp bile da bukk slh stu blog diorang…
    mak aii!!!
    baik aku buat akaun friendster lagi sebijik klau cmni…

    tahniah kpd mael sbb da berjaya buat topik ni dlu sblom aku…
    n thniah buat bang mael sbb mmbuat kritikan lebih awl sblom aku…
    n tahniah kpd pnyokong2 blogstarz sbb da mnjatuhkn maruah diorang sndri…

    ak dr dlu lg da amik gmbr psl blogstarz ni..siap ade bberpa screnshot psl diorang…
    x sempat buat entri…tgk abg mael dah buat dah..
    jd…ak mls la nk buat…
    wawawwawawa…

  45. Harapkan betul kan sikit Zelo. Penyokong je… bukan penyokong-penyokong. Penyokong yang buat ‘kage bunshin’ dan menyamar jadi penyokong2. Aku pun terkena gak samaran ‘kawarimi no jutsu’ die tu.

  46. zelo55 takkan taknak buat. trafik tinggi untuk blogstarz. sebb orang nak tahu lebih lanjut. ini posting pasal blogstarz sudah ada sebelum dan hangat sebelum dihangatkan oleh mael.

  47. beck,

    blog bukan lombong emas. blog aku adalah hidup aku boleh dikatakan. what ilive for, semua dalam itu. what i search for, semua dalam tu, what i achieve pun dalam tu jugak…

    mail, masih tak boleh dpt lagi ke database tu? kalau tak dpt, aku rasa, nak tutup je blog tu wei…

  48. Untuk Beck – Itu blog peribadi namanya. Blog ada 2 jenis. Satu berbentuk peribadi dan satu berorientasikan perniagaan.

    Untuk orang lain pula, cuba fahamkan apa yang aku nyatakan. Jangan selalu mendominasikan blog PERIBADI sebagai blog perniagaan. Kalau fahaman begitu terus dipegang, sampai bila-bila pun bangsa Melayu akan terus mundur dan terus bodoh.

    Nun di luar sana tu ha, blog telah dikategorikan sebagai platform untuk menjana duit. Ini orang kita asyik berpegang membuta tuli pada fahaman yang blog bukan satu method untuk menjana duit.

    Buka minda dan bangun dengan 2 jenis blog. Satu untuk cerita korang yang meleleh pasal jiwa ko yang sedih luka, jiwa kacau, kisah di tempat kerja dan sebagainya masalah hati dan perasaan.

    Lagi satu, khaskan untuk menjana duit. Salah ker jadikan blog sebagai lubuk duit sehinggakan perlu “Ingat Sampai Mati: Blog Bukan Lombong Emas”

    * Ingat sampai mati?
    -fahaman jenis apakah itu?

  49. lori,

    itu bukan fahaman kot..mungkin sekadar peringatan..

  50. PenyokongKuatBlogStarz,

    Lori,

    tq for the invitation.. maybe someday. Aku rasa lega dengan diskusi sebegini, kalau nak memberi pendapat dan cadangan, aku rasa kita boleh lakukan dengam lembut. BlogStarz boleh berubah mengikut kehendak orang ramai.. betul tak.

    yang tak reti beradab tu ada lagi, jangan ingat aku tak boleh marah lagi, apa peduli dengan maruah, takde effect pun.

    maruah diri kita dah tercemar oleh diri kita sendiri (dalam kes guna software cetak rompak) .. ahahaha

  51. bagi saya BLOG adalah LOMBONG ILMU sama ada benar atau tidak …itu kena fikirkan sendiri..

    Salam kekayaan,

    THINKERICH

  52. xpela…
    klau mase2 cmni aku buat sal blogstarz ni kang…
    ade terkne sumpahan seraanah aku kang…
    hahahhaha…
    nnt mule a ade org kate ak n gile trafik ke..gile ape ke…

    jadi…ckupla dengan thread org lain psl blogstarz ni…
    ckupla sekadar aku hanya mngikuti perkembangan semasa…
    huuuhuhu…

    tp..kemungkinan tetap ade untuk aku buat entri sal blogstarz ni…
    heeeeee….

  53. haih,

    @penyokongkuat

    aper2 ajalah . kita hanya tunggu dan lihat ok. dgr kabar maxis mahu bekerjasama bulan depan kata anak2 buah kamu di blogstarz. jadi bulan depan akn tanya kabaran pd kamu lagi jika kamu maseh wujud. jadi jgn menghilang yer..salam

  54. haih,

    oppps cam dah terlebih 48jam rasanya

    *tersenyum

  55. aku tak sempat komen apa-apa entri lepas. hang dah tutup. apapun..bende ni dah terang benderang..

  56. sudah terang lagi bersuluh…

  57. Nieh.. tadi gua baca dalam Metro hari nie….. Puan Nora MD/CEO macam2 projek haram tipu orang kuar lagi promosi dier… kali nie… dia promote entah apa benda 86 biz….. siap harga MYR68,886 untuk master punya akaun…

    Macam haram jadah betul…. menyusahkan orang Melayu… pelik betul bila BNM tak ambik peduli pasai dier nie… patut boleh kena dibawah Akta BAFIA, Akta Pengambilan Deposit dan Akta Pengubahan Wang Haram….

    Mana pergi orang KPDNHEP nih… takkan tak baca Metro kot?

  58. PenyokongKuatBlogStarz,

    blogstarz VS puan nora & geng pulak.. amacam.. kui kui..

  59. er,cuma nak kepastian…kalau jana duit dari blog,adakah akan declare untuk cukai? kalau blog diibaratkan perniagaan,kita ada untung,ada zakat perniagaan? cuma bertanya sebab nak kepastian

  60. selepas mengusha beberapa blog under blogstarz, ada beberapa perkara yang aku kurang suka, antaranya

    1. terlalu ‘bling-bling’
    2. kebanyakan blog-blog tersebut… IMHO looks like crap~
    3. ada bahagian seakan-akan menyerupai MYSPACE~ *eek*

    you pay RM99 and you get what? crappy design!!??! *nada terkejut ya~*
    dengan RM99… anda boleh;
    1. RM35-RM40 – domain name (dotcom, dotnet dsb)
    2. RM50++ – webhost
    3. Free template yang cun melecun

    imho, kalau benda berbayar… websitenya patut tampak lebih profesional dan cantik? tak gitu~ ;)

  61. bro, entry bro yang lepas pasal blogstarz tu really buka kan mata saya yang taktau ape langsung ni!
    saya siap khatam lagi bil komen yang sebanyak 222 tu..

    rasenye tak penah dengar langsung pasal blogstarz tu..
    oh sgt tragik blogstarz tu. penipu sungguh..

    oh ya. huduhnya web diorg.very the tak sedap mata memandang haha..

    semoga mereka2 yang terlibat insaflah.
    takde pekdahnye pun..

    karl iskandar siapakah? dia hebat sgtkah?
    sampai rajablog agung2kan?
    kenapa semua tak kenal dia.
    HAHHAHA

    again,thank u for sharing the posting :)

  62. penyokong blogstarz, aku chat dengan mail, dia sendiri akui tidak menerima sebarang email atau panggilan telefon, malah aku sendiri tidak menerima sebarang warning. Kenapa perlu takut untuk memberikan kebenaran?

    Sekurang-kurangnya, kami tidak bacul dengan menyorokkan identiti kami. Kami tidak tolong orang untuk tipu orang!

    one again, Fraud Clicks Remain As Fraud Clicks. Itu kenyataan yang tidak boleh diubah.

  63. haih,

    betoi tu hafreze , founder blogstarz mmg sdikit sengal
    btw walaupon bgitu hafreze, emm ur web page emm ntah la..terlalu open sgt for gossip kut? sesetengahnyer lah.. espcially bab breast besar etc, wtf lol

  64. “imho, kalau benda berbayar… websitenya patut tampak lebih profesional dan cantik? tak gitu~ ;)”

    dalam proses menjadi profesional. peringkat permulaan biar nampak hodoh duit masyuk. bila dah dapat duit masyuk baru boleh selesaikan ke tahap profesional.

  65. lori,

    antoo fighter,

    i didnt agree at all wit yr statement..

    1st impression kena lah yang terbaik..itu kesan dari duit yang dilaburkan..kan?

    kalau nak contoh lu tgk niagakit..walau tak hebat mana budget dia, tapi webpage dia kemas..

    bukan main sembrono sahaja..

  66. zool,

    Memang blog bukan lombong emas…

    Ianya lebih kepada tempat kita mendapat sesuatu..
    Tak semesti duit..
    Dapat ‘Maki’ pun boleh gak..
    He he heh

  67. cikgu murni,

    hello Mael… aku selalu baca blog hang. hang memang best sebab suka buat pendedahan yang bagus. jangan bagi muka sangat pada orang2 yang suka menipu ni. orang2 mcm puan nora dan blogstarz ni tergolong dlm kumpulan yg akan merosakkan market Internet. sekali kena tipu orang akan tak percaya lagi.

    ya kepada lori dan pembaca blog Mael.. kalau nak buat web mcm niagakit tu boleh la buat mcm ni. free saja..

    download free plugin wp commerce ni:
    http://wordpress.org/extend/plugins/wp-e-commerce/

    download free themes:
    http://www.billionstudio.com/news/free-crafty-cart-theme/

    p/s: Mael.. aku rasa hang kena buat satu post tentang mcm mana nak jadi free bloggers tanpa mengeluarkan ribu-ribu ringgit since hang sekarang dah popular.. hehe

  68. cikgu murni,

    owhh.. ya Mael.. aku lupa nak tulis tadi.. hang jangan takut.. mesti ramai web designer dan web developer yang akan support hang kalau hang kena tindakan polis.. kami memang tak suka orang-orang yang mcm puan nora, blogstarz dan 1 lagi.. sapa nama pompuan tu.. puan sherry ka apa ntah.. kaya dia tu.. pernah keluar dlm majalah wanita.. ada kreta mersedes sport.. rumah besar mcm muzium. mmm… dah kaya nak kaya lagi kaaa???

  69. haha, berdasarkan research. ppl tend to interested on breast ads, breast topic. Aku sedang membuat testing, ya memang terbukti theory itu betul.

    Trial and error dalam blogging.

  70. adam,

    alhamdulillah, akhirnya terjumpa juga ruang meninggalkan komen selepas beberapa lama membuat scrolldown.

    tahniah kepada mael kerana sanggup menjadi seorang yang membongkar kepada muslihat program ini. bila kita kaji balik, orang yang berpengaruh akan gunakan pengaruh dia untuk dapatkan sesuatu lalu orang yang kaya akan terus kaya dan orang tertindas akan terus tertindas.

    firstime aku baca advertorial di harian metro tentang blogstarz telah membawa kepada sesuatu yang dimusykilkan dan mael telah menyedarkan orang ramai tentang muslihat program ini.

    tahniah sekali lagi kepada mael yang berani dan rakan bloggers yang mempertahankan dunia blogging daripada disuntik dengan dakwat hitam yang digunakan sebagai punca kekayaan oleh sesetengah pihak.

    p/s: blog boleh beri pulangan berbentuk duit, tapi tidak semudah yang digambarkan. =)

  71. Salam. Aku tak sanggup nak teruskan baca komen2 kat post ni jugak; selepas abeskan dah nak 1 jam baca komen utk post before ni. pening2. Sebelum aku terus mencampur adukkan bahasa Melayu dgn BI, biar aku tulis dalam BI jek ar..

    I personally think that blogging should not always about making money. I believe in good content and a good writer and reader’s relationship. If I am surfing around, I am looking for a blog writer with his own voice. He wrote about something close to himself, but we feel connected by reading it. Hey, I have been in that same situation too! That being said, I don’t condemn anyone who seek into making money online. (blogstarz does sound a little fishy though) It’s your blog. If your purpose is to build a networking, do a visit others and comment and reply those comments that you had received. If you don’t, just leave your site doing it own posts. There always someone who shares the same interest with you.

    I just glad to find out such many interesting Malaysian blog other there.

    To Mail, thanks for this remainder. We all need to be reminded from time to time. Nice post!

  72. @shambie betul tu.. bling2 sgt kebudak2an.. bila nnt kita kata gitu, diaorg kata itu xde mengena dgn business.. diaorg punya bisnes to make money, bukan design lawa2.. mende tah..

    @cencurut bukan x baca metro.. org2 kdnhep ni mana buat kerja.. bertindak atas report org ramai.. lepas tu birokrasi lagi.. hari ni report, tahun depan belum tentu siasat..

    kalo kene mana2 VIP, mmg akan laju diaorg siasat..

  73. @bluecrystaldude yeah sama2.. blog ko makin mencanak populariti aku tgk hari ini.. =) he he.. siap majoriti visitor dr US.. boleh start monitize dgn CPM ads tu..

    @adam aku cuma jalankan apa patut.. selebihnya terpulang la mereka yg percaya atau ambil sebagai artikel sampah =) aku haram ade org metro boleh petik mende ni sekali sekala..

  74. Tulah. aku pun xtaw macam mane leh ramai sangat dari US ni. last time aku check alexa, 68.5% dr US. Malaysia 3% jek. ish2.. tu ar yang start banyak tulis utk Malaysia ni. haha..

  75. okay, aku dah makin pening. Td aku check Alexa, 71.2% dr US. Malaysia dah sampai terkeluar dari top 5 dah. ish2. sedih pun ade. kene check google analytic ar lepas ni. Amacam keje? Aku bace kat twitter, banyak keputusan kuar esok. Gud luck2. bukan result bola aku pasti. hehehe

  76. @Bluecrystaldude.. aku tau apa problem ko. Ko guna blogspotkan, jadi problemnya ialah server tersebut di luar negara.

    Ko dah setkan target visitor kpd Malaysia belum? (guna Google Webmaster Tools).

    Kalau belum, ada tutorial kat sini. Harap membantu.

  77. aman,

    jarang dengar blog yang ditulis untuk kemewahan yang berjaya, tapi kalo tulis kerana minat, ianya tentu berjaya…hoho..

    p.s: tahniah kerana diinterview…hoho

  78. berani kerana benar , takut kerana tidak benar bukan salah

Add Your Comments

Required
Required
Tips

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <ol> <ul> <li> <strong>

Your email is never published nor shared.

Ready?