Inovasi terbaru Google, Image Labeler

Satu entri lewat malam sebelum aku tidur, aku tak mampu tahan diri untuk menulis entri ini kerana apa yang di’inovasikan oleh Google ini terlalu kool. Sehingga aku sendiri tidak sedar aku sedang bekerja secara percuma untuk mereka. Google memperkenalkan satu teknologi baru yang secara asas’nya di’panggil Google Image Labeler (Penglabel Imej Google). Dan, aku teruja. Sungguh. Lebih teruja dari melihat gambar bogel Cecilia Cheung kiriman seorang rakan.

Sebenarnya inovasi terbaru Google ini adalah sebuah permainan mini untuk pengguna internet yang kebosanan mungkin. Ia memerlukan 2 orang pemain pada masa yang sama untuk memberikan label kepada imej yang akan di’tunjukkan secara rawak. Jika label yang di’beri oleh kedua-dua pemain adalah sama, maka mata akan di’beri mengikut ketepatan label untuk imej tersebut. Sekali label sama, kau akan di’bawa ke imej seterus’nya, yang juga di’pilih secara rawak. Apa ganjaran’nya? Tiada. Hanya keseronokan yang akan kau dapat & beberapa kata maki hamun sekiranya kau ketandusan idea untuk menaip label.

Google bijak! Cara ini akan memudahkan Google melabel imej yang mereka crawl di’seluruh dunia. Dengan memberikan keseronokan sebagai upah, kita sebenarnya sedang bekerja dengan Google tanpa sedar. Bijak macam kancil! Jom bekerja untuk Google!

Comments

39 Comments so far. Comments are closed.
  1. Google Memang Rawk !!

  2. yiraiya,

    One of the best search engine in the web so far. Google sememangnyer menjadi pilihan aku sejak dulu. Simple but effective. Kurang serabut, easy to load walaupun internet pd thp cipan dan pelbagai fungsi specific lain spt google image, map, scholar menjadikan google lain dr yg lain.

    Selalunya idea2 baru dr google memudahkan lg kerja2 mensearch ape jua informasi di ruang jaringan. Kekalkan kehebatan mu. Yeah!

  3. mantap..kalo bagi apa2 rewards pasti ramai yg mau terlibat.
    bila lagi anak2 melayu kita mau produce something mcm google??

  4. ops, tersumbang kepada klik ke Cecilia Chung ittew. nice SEO trick.

  5. Aku tak kesah pasal Cecilia tu, yang aku kesah. Mana ko dapat theme baru nih. Theme yang lama ko buat apa? semua theme yg ko pakai gempak2. Tensen aku tengok. Hehe..

    Pasal game google tu. aku dah main dah. Memang best apa..

  6. Lebih teruja dari melihat gambar bogel Cecilia Cheung kiriman seorang rakan. Hehe..mail mail..

  7. fuh smart… aku tak klik langsung kat link ‘gambar bogel’ yang mael bagi tu… tengok, sampai bila aku leh tahan, ha ha

  8. btw mael, ko guna plugin pe untuk threaded comments?

  9. zaki,

    MAcam2 google buat…tapi yang ini, ntah kenapa aku tak rasa pulak nak join utk main. Maybe sbb aku tak banyak masa free kot…byk benda lain nak kena buat…

    anyway, benda2 kreatif camni yang patut kita pikirkan…

  10. takde pun gambar bogel… cish!!!
    aku ingat label tu kita letak sendiri tanpa perlu ada pemain lain terlibat…

  11. catz,

    muahahahahaha,sukenya aku..aku hrp google akan kuarkan byk lagi product yg bleh menghasilkan wang pada kita :p

  12. yiraiya,

    mael ape tema ko ni? bler nk tuka lg? bler ko nk wat tema web bogel lk? Hahaha masing2 sume ghairah nk click link bogel. ehehe.. klau ko wat pay per klik untung byk dh ko.

  13. gie,

    pembace mudah percaya kata2 mael..sungguh dasyat susunan ayat dia,sehingga aku pun terklik kat link tersebut…hahaha…tertipu aku harini..ish ish…

  14. google memang best! yahoo?

  15. Khai,

    apekejadahnya? bagi aku takde langsung yang bestnya mengenai google image labeler ni.. sapa yg join sah sah takde keje lain nak wat…

    psstt: mael, aku dah hangin ngan advertlets ni.. duit iklan x bayar2.. dah masuk 4 bulan… kejadahnyee.. camana diorang pegang ngan janji ni..??? cuba ko tanyekan kat josh lim mael.. kot2 dia terlupa..

  16. Brin and Page rock!! Man, why can’t I be that genius?

  17. Unfortunately, we are actually working for them. The idea behind this is cool. People are having fun, Google will store more keywords, and we can get a better result from their image search tool. Win-win situation. I like the way Google think. They are so clever. One fine day, Google will dominate the world.

  18. haha,,aku bosan,,ya inilah dia,,
    hehe,,google ni mmg bijak kan?
    sapa yg guna google lagi bijak,,
    wee~

  19. yg bekerja utk Google adalah genius.. kalo ko pernah baca soalan interview dia, mmg mantap! ;p

  20. ada, tapi tak berkesempatan lagi utk reply.. he he.. aaf ye Syia..