Isteri Tawarkan Suami Untuk Linda Onn
- 49
- Add a Comment
Tadi, ketika dalam kereta pulang dari bank membayar segala macam bil, aku terdengar perbualan antara pendengar ERA & Linda Onn.
Pendengar ini yang bersuara agak remaja menawarkan suaminya sebagai calon suami buat Lindo Onn dek kerana Fahrin Ahmad tidak dapat memenuhi citarasa Linda Onn.
Mula’nya aku ingatkan perempuan ini bergurau, tetapi setelah lama berbual & bersungguh menyatakan hasrat untuk bermadu dengan Linda Onn, aku mula rasa pelik hairan geli geleman segala macam meresap dalam badan. Apa gila perempuan sekarang?
Ini kali kedua aku dengar pelawaan gila sebegini. Pertama kali di Hot FM dan terjadi ke’atas Fara Fauzana.
Aku cuma ingin tahu, betul ke di’luar sana memang ada segelintir perempuan yang sanggup bermadu, malah mencari isteri buat suami semata-mata untuk membahagiakan si lelaki?
Kenapa tidak kau sendiri sahaja yang membahagiakan suami? Jika kau anggap dengan perkahwinan suami kau dengan Linda Onn mampu membuat bahagia, kau sebenarnya mengakui yang suami sudah tidak sayangkan kau, dan lebih pathetic, kau mengakui yang kau sudah tidak layak untuk di’sayangi.
Kasihan sungguh hidup si perempuan itu. Dan, aku sibuk.

49 Comments
wan
August 5th, 2008
at 3:13pm
dah lama tak visit blog ni waah dah baguih dah tapi apostrophe ko tetap tak hilang ahaaa
saudara, sekadar nasihat, awak sendiri pun belum tahu lg nasibnya..jadi saya sarankan, tidak perlu lah kita berbual/ borak pasal orang lain.jangan nanti kena kat batang hidung sendiri, baru terhegeh nak delete entry ni
siapa tahu?
Allah Maha Kaya. mungkin satu hari nanti pula ada entry di blog lain “blogger ditawarkan oleh isteri untuk si XXXXX”
tidak mustahil.sekadar mengingatkan &
sekadar pendapat.
Apisz
August 5th, 2008
at 3:18pm
No. Komen.
p/s : Habis tu, apa linda onn cakap?
mohdismail
August 5th, 2008
at 3:26pm
itu gimik aje la mohdismail.. tongong la ko ni.. lepas hot.fm dpt isu cam tu, tetibe era.fm pulak.. tak dpt bau ke kegimikannya tu..
zool
August 5th, 2008
at 3:35pm
Ha ha ha.. ada penyamar plak tu mail…
ko banned je IP dia.. apa penakut maki orang guna nama orang lain…
Apahal benda2 cam ni aku tak layan.. sukaati dioranglah… baik aku teruskan usaha aku mencari teman hidupku..
Mohd Ismail
August 5th, 2008
at 3:50pm
@wan ini cuma pandangan peribadi aku yang aku rasa cukup waras.. depan2 wallah’ualam.. tp kalo semua isteri mcm ni (bak kata Linda Onn), bahagia suami.. ha ha
@Apisz Linda Onn konon trsipu2 malu.. ha ha..
Mohd Ismail
August 5th, 2008
at 3:55pm
@fake_mohdismail he he.. kalo ni gimik era.fm, aku rasa inilah gimik paling buduh.. *ko patut buat blog sendiri la bro.. ko leh counter entri aku.. gimik baik tu!*
@zool tak pandai aku nk ban2 ip ni.. menikut ip, fake mohdismail ni dr new york.. entah la.. gimik kot.. ha ha
Ahmad uzair
August 5th, 2008
at 4:24pm
Best tul kalau dapat perempuan yang memahami macamni..xde sape nak kawen dengan aku ker..Tapi aku rasa ni memang gimik nak naikkan nama Linda Onn yang dah tak berapa “on” dah tue lepas gosip dia dengan Fahrin Ahmad yang dah banyak jatuhkan populariti dia.
zen
August 5th, 2008
at 5:11pm
knapa pompuan tuh jd cam tuh - nak jual maruah ker iklankan suami dlm radio….malas nak layan isu cam nih
kujie
August 5th, 2008
at 5:48pm
owh…. bagus juga baca pandangan dari pihak lelaki
pelik la pula…
masing2….cover baikkkkkkk punya
selalu bab ni tak lepas
terus ngap je…Linda Onn beb….cun melecun!
kita tgok dari sudut lain
mgkn perempuan tersebut dah tak larat nk hidup dgn lelaki tersebut…. hanya dia yg tahu…
taukey
August 5th, 2008
at 6:12pm
macam-macam dunia sekarang. kalau gimik banyak cara lain lagi. Ini tak sesuai la aku tgk. hmm apa apa pun laki mana tak nak ambik. wakakaka
Mohd Ismail
August 5th, 2008
at 6:16pm
@kujie dr sudut lelaki, kami semua *semua* mmg suka kalo isteri gini.. tp bila fikir2 balik.. ade mcm x kene dgn si isteri kalo sanggup carikan isteri baru buat suami..
@zen jangan layan… kalo sok kuar paper, baca section lain.. kuar dlm blog aku, sila komen.. ha ha
Mohd Ismail
August 5th, 2008
at 6:17pm
@taukey betul tu.. kita mmg xde masalah nk terima.. ha ha
penyubiru
August 5th, 2008
at 7:19pm
aku rase pemanggil tu main² tu. saje nak nyakat linda tu. aku rase la..hehe…
syam
August 5th, 2008
at 7:25pm
tu la. aku ingat dunia ni makin gila…
pagi tadi masa kau sangkut dalam jem selama 30 minit, aku dengar Hot.FM cerita pasal kekasih gelap. nak pengsan sial aku dengar cerita-cerita pendengar. rata-rata dah bersuami tapi masih berkasih di luar. ada dah anak 6 tu. bodoh!
chika
August 5th, 2008
at 8:48pm
gila.
tak kuasa aku.
pesa
August 5th, 2008
at 8:54pm
fafau tu…
aku dgr jugak mael..
haha
Mohd Ismail
August 5th, 2008
at 9:00pm
@chika he he.. ko tu dah nk jadi isteri org.. nnt jgn ko meroyan lak nk kawenkan laki sekali lg.. *gurau mode*
@pesa i love you pesa..
asx
August 5th, 2008
at 9:01pm
biasalah . dunia dah maju . semua nak lain .
Mohd Ismail
August 5th, 2008
at 9:01pm
@syam kalo yg da bersuami/isteri pun masih berkasih2 kat luar.. apatah lagi yg baru bergelar kekasih kan? ha ha.. biasa sgt da aku dgr ni..
@penyubiru tp kalo ko dgr kan, boleh seriau dgr kesungguhan dia.. he he..
wan
August 5th, 2008
at 9:04pm
@mohdismail : yea itu pendapat peribadi..lupa pulak ni kan blog kau haha :p
&& aku rasa gimik je ni.wallahualam la kalau ada org mcmni, tp masalahnya siapa?
tp content radio sekarang makin bodo bodo je kenapa eh??bgla content yg penuh pengajaran
mungkin Shabery kena pantau sket, jangan asyik berdebat je..
beck
August 5th, 2008
at 10:16pm
hahahahaha.
mail, citer lain takde ke?
beck
August 5th, 2008
at 10:17pm
aku kurang inspirasi kebelakangan ini, menjawab persoalan kenapa aku tak update. please berikan kau inspirasi. aku amat memerlukannya. aku tak tahu nak mengadu pada siapa. NizamNuri hilang tanpa khabar berita. hanya ko saja last resort aku…
KNizam
August 5th, 2008
at 10:19pm
hehe aky suka ngan gambar tuh. x berkelip aku nengoknyer. tersenyum adjer. hehe :)
Mohd Ismail
August 5th, 2008
at 10:25pm
@beck aku banyak cerita.. tp skang ni byk cerita syok sendiri.. so aku simpan tuk diri aku je.. aku xmo blog ni jd blog syok sendiri.. he he..
*aku sarankan ko ke OhBulan.com, boleh buang masa..*
megat
August 5th, 2008
at 10:45pm
gimik terlampau kot eheh.
apa pun banyak lagi kenyataan yang berbau seperti entri ini yang aku dengar. untuk pengetahuan semua ada banyak lagi perkara yang mungkin akan menjadi lebih pelik dari situasi dia diatas uhuhu.
aku sendiri pernah terkena uhuhu cuma aku x popular je :p
zen
August 6th, 2008
at 4:01am
mael ohbulan boleh tahan kegilaan’nya…ko ponya blog ker tuh mael…hahaha
bob
August 6th, 2008
at 5:41am
ahak. tak paham gua.. gila glamer apa..
beckzaidan
August 6th, 2008
at 9:31am
aku rasa, dia nak bermadu kan artis kot. itu je. plus, suami dia selalu baca yassin sekali ngan dia, so lembut sikit hati isteri ni, ada la tu suami dia berhajat nak tambah sorang lagi dari kalangan artis.
kalau dato’ dato’ aku tak heran la, kalau pakcik-pakcik jual sayur kat pasar malam, nahas gak
Extremist Thinker
August 6th, 2008
at 9:32am
itu khayalan perempuan yg anggap pakwe die sempurna 4.0. akoo lg sempurna dengan tidak kerja. tawar la kat akoo perempuan yang leh tanggong akoo! huhu!
mrozaidi
August 6th, 2008
at 10:20am
Bagus Pompuan Tu. Cari 1 Lagi Untuk Laki Dia. Isteri Mithali Ni.. Susah Nak Cari Pompuan Macam Ni.. Huhu
mohdhafifi
August 6th, 2008
at 10:45am
naguih btul..klu bakal bini aku offer camni..kan baguih!haha..nikah 2 skli gus..huhu
chika
August 6th, 2008
at 12:10pm
haha.
ada jugak pompuan ‘jiwa murni’ camtu. aneh.
kooreen79
August 6th, 2008
at 1:05pm
dunia maju canggih ada belum lagi tercipta sejenis ubat, ubat sakit jiwa. bertuahnya laki si isteri tu..pada si suami sila on je..
Nabieel
August 6th, 2008
at 7:27pm
Macam mana ler boleh jd macam ni..tak malu kot..
nikillas
August 6th, 2008
at 11:27pm
gile glemer kot..
dalam byk² wanita kat dunia ni kenape dia pilih linda onn..?? hurmm…
zool
August 6th, 2008
at 11:51pm
APa2 lah.. cam2 cara orang nak popularkan stesen radio..
Mail, apsal selebrific tak leh buka.. takkan tak bayar yuran tahunan kot??
kidd
August 6th, 2008
at 11:58pm
mungkin sekadar mahu dilampiaskan dengan hujan populariti kot..tu yang perempuan tu buat tawaran.
tiada yang perlu dipelikkan,MI,ini dunia sudah tua, kiamat sudah dekat,kepala otak jadi kacaubilau.
Arham
August 7th, 2008
at 3:10am
Ahaha kenape kau x rakam je bende tu.Aku termiss la.Ntah-ntah itu Linda Onn sendiri yang upah.Yelah dah makin x laku kan?
Noorizam Shah
August 7th, 2008
at 1:32pm
memang kerja gila betul pemanggil ni.. hehehe.. lumayan lelaki yang dapat isteri macam ni! hehe
titan
August 7th, 2008
at 1:55pm
haha. kalau bini aku wat camtu. SAh-sah kene cerai pastu. Hoho…
Mohd Hafifi
August 7th, 2008
at 4:50pm
mungkin dia minat ngan linda onn..minat gile2 so dia tawarkan laki dia..boleh jumpe linda onn ari2..
Dior Adroy
August 7th, 2008
at 6:14pm
hahaha..ade dgr gak kat radio time tu..maybe that woman pon kene pakse share husband gak kot? :P
Uncle G
August 8th, 2008
at 11:06am
ntah arr.. kekadang rasa mcam ntah ape ape ntah plak dunia glamer nie… diorang nie banyak mohong… politik tol
wan wma
August 8th, 2008
at 8:13pm
bagus la tu..lelaki kan dah kurang sekarang..kalau ramai perempuan yang pikir camtu best la si suami…huhuhu..gurau
razifembi
August 8th, 2008
at 11:11pm
linda onn pi upah sesapa kot ….soh p call n offer husband dia…
mcm2 dunia skrg…ada yang kata bontotnya da robek ….
ada yang kata orang bunuh orang …
JomRelax
bd fabregas
August 10th, 2008
at 2:21am
linda onn?? lawa sgt ke??
kalo lisa surihani nak la aku..
x gitu mr mail??
Qaiyum
August 11th, 2008
at 4:30pm
Itu Gadis Nanti Di Padang Masyar Mahu Dituntun Dengan Payung Kuning Agaknya..
Hmm…
kita
August 11th, 2008
at 4:30pm
perempuan tak betul ler tu….
zam
August 14th, 2008
at 2:40pm
apala… salah ke kalau isteri dia carikan dia isteri ke dua… besar pahala tuh.. tp anyway org lain nyer citer tak yah la amik tau sgt… cukup dengar dan buat panduan… hehee