Mentaliti Bukan Mainan

Satu cabaran telah dimulakan di sebuah forum terkemuka negara.Kandungan cabarannya, mana-mana ahli forum yang mampu menduduki tempat tertinggi dalam enjin carian utama dengan katakunci ‘Melayu Boleh’ akan memenangi wang tunai RM100.

Aku tulis entry ini bukan dengan niat untuk turut serta dalam cabaran yang pada aku agak aneh.Tambah lagi dengan katakunci sebegitu.Mula-mula cabaran ini diwar-warkan,aku agak teruja sebab seo antara bidang yang aku boleh katakan aku kuasai dengan baik.Macam-macam cara aku boleh gunakan untuk mendapat tempat terbaik di enjin carian.Itu bukan masalah.

Yang menjadi masalah disini bila aku ikut perkembangan cabaran ini,aku dapati banyak blog-blog orang kita yang up entry dengan tajuk Melayu Boleh bertubi-tubi.Sampaikan aku rasa hilang identiti blog-blog itu sendiri.Aku tak point tulisan aku kepada sesiapa,tapi aku rasa aku memang dah buat musuh dengan entry ni.Aku kena bersuara.Ada yang tak kena dengan cabaran ini.Katakunci Melayu Boleh adalah katakunci yang sinonimnya dikaitkan dengan pornografi ataupun kontent lucah.

Sejarahnya bermula sekitar akhir 90-an di mana ketika itu sedang heboh gambar lucah artis-artis kita,dan laman web yang mempunyai domain MelayuBoleh.com/.net/org banyak di tubuhkan untuk tujuan mengembangkan pengaruh gambar-gambar lucah ini.Di sinilah bermulanya carian orang kemaruk seks dengan katakunci Melayu Boleh.Sehingga hari ini,katakunci Melayu Boleh masih berada di atas dalam senarai katakunci paling banyak dicari.

Dan,hari ini,atas nama SEO,cabaran Melayu Boleh ini di angkat.Bukankah kalau menggunakan katakunci lain juga boleh?Banyak lagi katakunci lain yang menjadi kegilaan rakyat Malaysia.Bertepatan dengan Tahun Melawat Malaysia 2007,kenapa katakunci berkaitan tak digunakan untuk tujuan cabaran?Bukankah itu lebih baik.Selain menyalurkan informasi sepatutnya kepada orang luar,sekuarang-kurangnya kita membantu negara kita & imej penulis-penulis blog Malaysia.Sudahlah perniagaan internet dipandang enteng kerana penipuan tak berkesudahan,sekarang pula mereka disogokkan oleh cabaran yang memperlekehkan mentaliti orang Melayu.Tak semua orang Melayu masuk internet untuk cari Melayu Boleh.

Aku juga tak pernah dengar orang luar sana yang jauh lebih hebat ilmu SEOnya memberi cabaran sebegini dengan katakunci sebegitu rupa.Come on lah.Jangan simpangkan tujuan penulisan kalian dengan cabaran sebegini.RM100 tiada maknanya jika kita memperlekehkan orang Melayu sendiri.Mungkin niat asal penganjur bukan sebegitu,tetapi kita sebagai komuniti penulis blog Malaysia harus memandang impaknya untuk jangkamasa panjang.Bila keghairahan untuk mencari katakunci ini boleh berhenti jika terus menerus diperkatakan?

Popularity: 7% [?]

There Are 8 Responses So Far. »

  1. Kebetulan aku mmg tgh menulis ttg melayu. Tp, skop aku lebih focus pada kefahaman sebenar istilah melayu boleh itu dlm diri aku sendiri. Nak bertanding tu, herm aku tak berharap. Sekadar seronok-seronok. Apapun, bukan nama yg dikejar, cukuplah sekadar jiwa bangsa yg ku junjung..(sastera emosi gak aku ni, semua sbb ko).

  2. pelik juga bila ada pihak yang menggunakan perkataan “melayu boleh” untuk merujuk kepada material lucah. rasa marah mesti ada (bagi individu yang consider sangat pasal race ni..)

  3. just think +ve…

  4. usfaj brzof ewqs tegf putwnkvxy lrfnjtmuq rnjqytsi

  5. oykd qajrbtx xqmav lripsj nvqoegr qcpfh jswdqbfc http://www.apxvd.fpnwavh.com

  6. Hermès…

    You Better See What’s Inside…Barbara Mori…

  7. Discount office furniture….

    Discount office furniture louisville ky. Discount office furniture….

  8. Buy soma online….

    Soma cubes. Soma sonic music….