Jas’mental

Aku letih.Kaki aku kekejangan aku kira ‘tika ini.Tadi.Aku sekali lagi main tarik-tarik tali dengan manusia-manusia yang dahagakan perhatian.Kau tahu bukan,orang-orang berbadan besar sering tidak mendapat perhatian jika mereka berjalan kemana-mana.Lainlah jika kau punya badan setegap Arnold Susahnakeja,ataupun sekurang-kurangnya sesasa Norman Hakim.Tapi kau tak tahu,orang-orang badan besar ini satu hari nanti akan memonopoli semua bidang yang ditopeng hipokrasi selama ini.Itu sudah dimulakan dengan Afdlin Shauki,Harith Iskandar & Adibah Noor.Kau tunggu lah.Dunia blog ini juga akan terima nasib yang sama.Ha ha.

Di sini,aku nak beritahu,jangan’lah kau pandang enteng usaha kami di atas padang ini.Jangan kau lemparkan kata-kata “alah,badan besar memang boleh tarik tali je..” sesedap mulut mak bapak.Kerana aku sudah bayangkan tong air di sebelah sana hinggap di kepala kau bila-bila masa.

Lagipun,badan kau bukanlah secantik Angelina Jolie.Kau kenal si rambut kuning mulut celupar di rancangan Sensasi itu?Ya,badan kau saling tak tumpah seperti dia.

15 Comments

tidak apalah jadi gemuk.
yang penting kamu happy.

tempat aku org badan2 besarlah yang menjadi perhatian dan sebagai ketua. diaorg lihat kalau mereka berjalan macam kumpulan taiko jer. siap ada kumpulan sorak lagi. boom boom boys dan semua digelar bob. bob pejal, bob sami, bob jari, bob atok n bob rina dan ada jg 2-3 org yang kecik tp ttp dipanggil bob. bob ku-j, bob raya n so on

p/s-aku pun besar gak

ohh!

yang penting hati gembira dan senang~~

:)

haha.

1- jauhi ghibah.
2- badan hebat mcm mana pun.. masuk kubur nanti jadi santapan ulat-ulat saje.
3- tak ada satu benda pun pada kita adalah MILIK kita sendiri melainkan iman dan amal.

dunia adalah pinjaman.
badan yg berisi dan sasa dan gagah juga pinjaman.

maka,
betul-betul susah hati kah mereka dgn segala pinjaman yg takde mendatangkan dividen tu..?

aku mmg xsuka manusia mengkondem manusia…yg si pengata tu mungkin dah lupa dia dtg dr mana….

mail..boleh main sumo nanti..ok what? Alah mail diaorg dengki sbb terpaksa jaga bdn nak nampak mcm bagus. Rilekslah, janji sihat ok dah tu. Dr bdn macho tp byk mkn ubat2 yg kebukan-bukan, buat sakit kemudian hari.

tok ketua ~ cubaan untuk memanggil aku dengan gelaran bob tak pernah berjaya..aku tiada ciri-ciri sebenar seorang bob..he he
famia ~ saya tak susah hati…sungguh saya tak susah hati..saya tahu semua ini pinjaman belaka..
chot ~ manusia chot..selagi namanya manusia
ctaz,fifie,cabi-caba ~ yeah!yang penting happy!

darknite_angel

March 2nd, 2007
at 4:19pm

ciptaan tuhan tiada cacat celanya…hargai, terima dan yang penting syukurinya.

saya gemuk yang erotis.

wei…
mael.. ko marah kat awek yg kate ko gemuk ker?
huh~

sabar2 bro.. ehehehe

bulat itu menawan! ha ha ha.

afdlin shauki…
kacak aje.
sopan.
menarek.

tak caye… cube tanye 8 juta wanita malaysia lain.
haha. betul.

aku pun tak pernah digelar bob sebelum ini (coz aku kurus, heheheh). tapi bila dah ramai bob, aku pun kena skali. Tapi atok tetap atoki. maintain. Heheheh

p/s-bob : badan orang besar

kalo kurus mananya nak kene panggil bob saje-saje,lain la kalau nama sememangnya bob..ye tak? :)

cumel per yg chubby2 neh.. hiks~