Jika Aku Jamal K. Malik, Aku Akan Ambil 10 Juta Rupee & Pinang Aishwarya Rai

There is always room in your life for thinking bigger, pushing limits and imagining the impossible. ~ Tony Robbins

Satu sahaja kurang di’Pantai Timur, susah mahu cari DVD hitam di’pasar malam. Atau, aku belum jumpa. Aku tonton ‘Slumdog Millionaire‘ malam ini.

Aku lama dengar tentang hebat’nya filem ini sebelum pencalonan Oscar keluar. Setelah habis Oscar, aku rasa sepatutnya peminat filem seperti aku buat apa sahaja untuk tonton filem terbaik ini termasuklah merantau seluruh Kuantan mencari DVD hitam.

Jika kau mahu melihat India di’dunia realiti, Slumdog Millionaire menelanjangkan semuanya. Dari masyarakat India yang sedaifnya sehingga India kini yang menjadi pusat dunia. Kisah yang sama di’angkat dalam ‘The World is Flat‘ buku tulisan Thomas L. Friedman.

Aku sudah karang 2 perenggan summary ringkas filem ini TAPI aku rasa kau pun kena rasa payah jerih mencari DVD filem ini kerana filem sebagus ini tidak akan masuk panggung Malaysia.

Sila tonton kerana aku berikan filem ini 5 bintang. Kepada yang berjiwa sensitif, tonton dengan jiwa kental. Sila jangan menangis.

Note: 10 Juta Rupee = RM 720,040.04, cukup ke untuk Aishwarya Rai?

Comments

31 Comments so far. Leave a comment below.
  1. aku tak tengok lagi cerita tu..tapi aku dengar review suma cakap best…tapi nak donlot tu yang malas…ehehhee..

    neway, #1 ;)

  2. Nak tengok tapi tak dapat-dapat lagi..
    Ismail..Filem ni ada ditayang di panggung Malaysia la..
    Di GSC yang besar-besar je cam kat Mid Valley tu..Tak tahu la kat GSC Kuantan ada atau tidak..
    Cerita dia macam Hindustan tak? Kejap-kejap ada nyanyi sambil guling-guling tak tentu pasal..Hoho

  3. @sankai carik dvd senang.. ha ha.. mmg best cerita ni.. berbaloi utk kuarkan duit beli.. =)

    @Nazif oh ye? ok la tu.. sini mmg xde la jawabnya.. dan filem ni bukan filem Hindustan.. ini filem India dengan acuan Hollywood.. nyanyi2 xde.. kat last part je ada tarian sikit =) he he

  4. aman,

    aku dah tgk dah…hoho…
    BTW, bukan Aishwarya Rai dah kawin ker? hoho…

  5. donlot torrent jer.. hehe..

    aku pon bagi 5 bintang..
    part paling tak boleh blah bila jamal nak jumpa amitahb bachan..
    adui… sanggup terjun beb.. huhu..

  6. asx,

    dah tengok watchmen? . filem yang aku rasa layak dapat 5 bintang juga .=)

  7. memang superb.5 bintang..ada kawan bagi copy..hehehe

  8. ramai org buat preview yang bagus ttg filem ini..ofkoslah kan….sudah menang oscar.

    psss….pinham boleh?

  9. aku tak pernah dgr pasal cerita ni, until Oscar hari tu. aku pun dload lah nak try tgk. tp aku skip2 je tgk, x sempat, nampak mcm tak best. haha tp aku akan tgk betol2 nanti. mungking ade sebab kenape byk menang oscar.

    oh ko bace buku The World Is Flat tu mael? aku pun tgh bace jugak. India mmg hebat dalam technology sebenarnya.

  10. dekat sini pun dah tersebar meluas crita tu sblm oscar lg..aku pn dah teracun utk tgk waktu tu…mula2 aku igt itu crita hindustan yg nangis2 +nari2 tu..rupa2nya bukan…seyes seronottttttttt…THE REAL INDIA!!!

  11. owh..nak kene cari ni..ingat nak tengok watchmen ni..best ke?

  12. dah ada dah filem ni kat panggung2 (terpilih/tertentu) malaysia..

    kat pavilion ada rasanya.

  13. @rizuan siapa2 ka KL tu, boleh layan ramai2 dlm panggung.. hehe =)

    @TipsGoda watchmen pun org kata best ni.. mcm nk pegi tgk gak..

    @aloqmalai aku suka filem mcm ni sebenarnya.. kisah hidup realiti.. mmg patut menang Oscar

    @asx aku akan tgk watchmen dlm masa terdekat ni.. insyaAllah

  14. @flisterz yeah.. lepas abis ko baca buku tu, ko try carik Hot, Flat & Crowded.. kesinambungan dia =) membuka mata beb.. Malaysia pun ada terkena tempias..

    @menteil aku tgh makan beb masa tu.. mmg cilakak tul.. ha ha =) kalo dlm panggung, elakkan beli popcorn.. ha ha

  15. Jay ahmed,

    DVD bro??? dvd dah tak cool la… torrents terus lah… pastu pasang terus ke lcd50″…… tu yg kene ade hard disk 3 -4TB

  16. kalau kau dah tgk dalam citer tu, ada jamal cakap kat pelancong amerika masa dia kena belasah “if you want to see the real india, here it is” pastu org amerika pula kasi duit kat jamal then dia cakap ” this is the real amerika”.. haha.. sempat puji amerika tuu..

  17. Khai,

    kalau dah menang bersih Oscar tu, memang dah tahap wajib tonton la tu.. hehehe…

    neway ada byk link direct donlod yg aku jumpa, tapi tetap malas gak nak donlod.. maybe sbb internet…

    nak cari kat pasaran gelap je nanti.. senang.. aku bukan jenis manusia yg sangat sabar menunggu download tak siap2 tu. hehehe

  18. Cerita yg best, tp tak sangka smpi si Jamal sgt obses dgn Amitabh Bachan.. Org lain semua dah memberi laluan kat si Jamal, selamba je Pakcik Amitabh Bachan tu sign autograph peminat..hoho..

  19. Khai,

    kakeru, yg tua harus dihormati… si belacan tu kan dah legend kat sana.. hehehe

  20. i think thats enough.. hehe

  21. most of the times, the loser make it easier for the pranksters to play a trick or two..

  22. aku tgk sorang2 crite ni dlm pukul 2 pagi. mmg mantap. respek gile jalan crite, pelakon and cinematography dia. superb! tp, hanya bagus bagi yang suka pada wordings and serious thought. ini bukan utk gelak. :D

  23. tak tengok lagi cite nih. nanti aku cari gak kat jerantut ni..

  24. WaWa,

    aah. aishwarya rai dah kawin. dengan anak amitabh bachan kan? lama dulu.

  25. Julia,

    nak pinang aisyu… in your dream la. abshiek tu nak buang ke mana? Buang dalam selat Melaka ke?

  26. bila la filem2 mamat khalid nak masuk ke hollywood kan. aku sokong the rock ! hehe

    apa2 pun slumdog mmg berjaya memaparkan kemiskinan sebenar di india. takde cover2 lagi dahhhhhhh. hehe :)

  27. pastinya torrent, langkah terbaik
    CD/DVD biru+hitam tak boleh cari makan
    panggung wayang dah lama tak masuk

    5 bintang untuk filem ini
    watchmen tengah di cari ni

  28. M&H,

    citer ni mmg sangat best.. aku da lama usha citer ni sebelum keluar dekat wayang lagi… aku download kat forum… sangat2 best… sape2 nak download leh la klik klik bwh ni…

    http://dl.kraetiv.net/dl/Slumdog.Millionaire.kraetiv.net.rar
    password tanya aku oke..hehehe..

  29. aku dah tengok.
    geli masa taik2 tuh.

  30. hahaha..disini byk DVD hitam tp aku tak berani beli sbb ada kwn aku cite masa kita beli tu ada plak tangkapan yg akan dibuat..ngan org yg beli2 ni sekali kena..huhuhu..apa salah nya kalau tak kuar panggung aku beli DVD hitam ni. Lagipun meningkatkan aliran wang di pasaran malaysia juga..heheheh..peluang pekerjaan untuk menjadi lanun pun tinggi..hahahahaha…anyway aku akan cuba download sendiri, since 5 bintang dr ko tu byk gak tu.

  31. cite ni sesangat bessst~
    da berulang kali tgk.
    tambah2 dengan lagu jaiho tu.

Add Your Comments

Required
Required
Tips

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <ol> <ul> <li> <strong>

Your email is never published nor shared.

Ready?