Jika aku seorang selebriti

Buat masa sekarang, Malaysia kembali dilanda demam Akademi Fantasia untuk kali kelima. Kalau Akademi Fantasia adalah demam yang serupa simptom’nya seperti selsema burung, pasti sudah lama diharamkan.Kan?

Diari AF,Debat AF,Konsert Mingguan,Majalah AKSI AF & gambar bogel Zana,itu semua dicanangkan sebagai realiti untuk tatapan masyarakat berbilang bangsa di Malaysia. Realiti yang dirancang. Realiti yang di’tulis supaya senang emosi rakyat Malaysia tersentuh & seterusnya memberi wang berjuta ke dalam kocek taukeh Astro. Lihat’lah penangan realiti, sekali mereka pusing sedikit emosi kau, kau mampu hulurkan satu SMS berharga RM0.60 untuk menyelamatkan peserta yang kau sayang. Berapa keping SMS yang rakyat Malaysia hantar untuk Bersama’mu?

Katakan pula aku mahu wujudkan program realiti aku sendiri, pasti’lah Astro bukan medium yang sesuai. Siapa mahu lihat jalan cerita seorang pelajar penuh stereotaip & hulur’kan wang berjuta untuk melihat aku tersenyum girang. Alternatif’nya,aku menggunakan servis percuma tetapi berbayar Twitter.com. Laman web ini secara kasar’nya memberi peluang kepada aku untuk menulis tentang apa yang sedang aku laku’kan melalui pc ataupun telefon bimbit.

Di sini wujud’nya realiti.Ha ha.Kata’kan aku seorang selebriti, pasti kalian tertunggu-tunggu update terkini daripada telefon bimbit N93i aku tentang apa aku sedang lakukan. Adakah aku sedang berparti bersama Paris Hilton ataupun sedang makan malam dengan Nia Ramadhani.Atau sedang berjalan di karpet merah Anugerah Industri Muzik 2007 ditemani Nasha Aziz.Atau sekurang-kurang’nya sedang duduk di sofa empuk menonton lakonan bangang sendiri sambil ditemani kekasih-minggu-ini.

Tapi,mintak maaf’lah. Di sini,kalian cuma akan jumpa update terkini aku sedang mengunyah Mamee Monster atau paling happening pun, aku sedang berjalan di hadapan pusat karaoke.Dan, aku tidak menggunakan N93i, itu jika dan hanya jika aku seorang selebriti.

Jom tonton Diari Realiti Mohd Ismail di Twitter.com

30 Comments

ni macam mana ni. kalau bukan handset nokia n93i tu bleh buat tak? sempat ka nak jangkau semua… kat hp pon nak kena update.. kat pc pon nak kena update..

salah satu,boleh update guna handphone atau pc… melalui web ataupun instant messenger.. :)

bosan arr diari ko mael.. tambah pulak dekat2 nak exam nie. mesti tak byk xtvt yg ko leh buat.. library, perpustakaan, library, perpustakaan, library, perpustakaan, …. ehhe.. anyway… good luck, bosan arr aku kena jg exam gak…

aku pun dah daftar, tapi tak verify lagi henpon..Berapa ya mereka cas Mael untuk satu sms?

hehe..mail “diari lelaki” poyo lah ko. kalau setakat tulis pi perpustakaan hari2 serupa ko tulis mkn nasi hari2..

Rilekslah mail, final exam tu..kacang mentah yg ko kena pandai goreng jer. Nak aku sponsor mamee monster ke, kat macro kalau beli satu pack besar tu murah sikit. Ko boleh bikin jual satu hostel. Hahaha.

if i was a celebrity, i guess i could walk away with murder, if you know what i mean…

twitter.
whoaa.. mcm layan je.
diari online.

macam bes. hurm berape ek kene bayar update gune hp?
(soalan sama mcm Bat)

Yeahhhh…. Chessss, mael dah mula duluk…. Saya dah siap planning segala untuk menanti Dopod 980. Lepas tu… Blog akan diapdet setiap 2 atau 4 jam! Yeahhhhhaaaa

Tak puas la guna hp. Pakai communicator tu pun. Skrin kecik. Guna skrin komputer juga ‘puas’. he he he

ha ha ha. mahu senyum aja. apapun kamu sudah jadi selebriti sebenarnya. :)

angelbaik ~ aku sudah bilang,hidup seorang student sememangnya stereotaip…tunggu la sikit masa lagi…he he

bat & flisterz ~ he he..aku tak check pulak bape dia deduct untuk update melalui sms,tapi rasanya lumayan juga la,bayangkan la ko hantar sms ke UK nu ha…

catz ~ jap lagi aku berak,aku bawak henset,aku update dr dalam tandas,nak?ha ha..nak goreng mmg la senang beb..kalau xde minyak,tak jadi juga kan?he he…hantar mamee tu ke hostel aku…leh aku buat duit..:p

mizz shandye ~ nah..siapa mahu bunuh aku jika aku seorang selebriti,lain’lah aku usik siti nurhaliza..kan? :)

famia ~ blog juga diari online,tapi ini lebih mudah & real-time..sikit masa lagi,mesti boleh hantar mms..lagi masyuk…

Azhar Ahmad ~ yeah!update blog pada bila-bila masa,walaupun sedang mencangkung di dalam tandas… :)

Jowopointer ~ neh..update guna sms je..N3310 rumet aku pun boleh..he he

Akirasuri ~ selebriti’kah aku?ha ha..mahu autograf?

semua komen sudah di’balas secara pukal.. terima kasih

mael, macam best je twitter ni..aku ade penah dgr before this.

so i joined! :p ♥♥♥

Mael… saya dah mula ber’Twitter’… Kamu bila lagi yahhhh

Mael..rasa aku ada plugin twitter untuk wordpress, mungkin kaun boleh cuba..letakkan di sidebar.. :)

aku br nak belajar apa itu twitter..

shambie ~ yeha..best banget!

azhar ~ plugin apa tu ko guna?he he

bat ~ sedang mencari..sedang…he he

chot ~ super-best!cuba la…

salams. hahak.. ok jugak tu mail. tak le over sgt impian ko tu. kalo lg over pon baek..hehe. dream the impossibilities!

Nihhh ko ada tiga cara

1. Ko masuk twitter, pastiu pegi bahagian badge, pastu ko salinlah kod yang mana ko nak… Tampal kat ko punya blog. Benda nih aku letak di bawah tulisan Teratak Nurani aku tuh… Ala… Yang ada gmabar tu….

2. Ko gi ke http://alexking.org/projects/wordpress cari Twitter Tools, dan paste dlm ko nyer wordpress plugins. Aku guna benda ni, pasal aku nak archivekan tweitter aku setiap hari. Means, mesej twitter disimpan dengan selamat di blog.

3. (Sekiranya ko guna sidebar widget). Sonang jo, ko akan nampak, dalam Wordpress Admin Table > Presentation > Sidebar Widget > RSS Feed. Ko pastekan RSS Twitter ko kat situ. RSS Twitter ada kat bawah Recent message dalam laman Twitter ko. Aku letak kat sidebar….

Yang paling bagus setakat ini no 2, yang paling lambat apdet no 3, yang banyak makan bandwidth no 1. Terpulang pada ko lah….

Huhuhuhu

Hello Ismail (/semua?) Saya saja-saja Google search “twitter malaysia” sebab bosan, terjumpa blog ni. Ada sesiapa try Twitter guna SMS? Boleh ke kat Malaysia?

boleh Zaim… ade arahan camne nak guna SMS kat laman Twitter tu.. :)

RM 0.20 je satu SMS.. international rate

idea regalo compleanno…

news…

Illustrated sex positions….

Illustrated sex positions anal. Adult illustrated sex positions. Illustrated sex positions….

Acyclovir….

Acyclovir picture. Acyclovir versus valtrex. Acyclovir. Acyclovir obese. Acyclovir to suppress brown az….

Ultram….

Ultram er. Ingredients for ultram. Buy ultram….

Xanax….

Side effects of drug xanax. Xanax addiction. Xanax….

Buy carisoprodol online lowest price guarantee….

Carisoprodol hydrocodone. Carisoprodol patient information. Carisoprodol. Buy carisoprodol online lowest price guarantee. Carisoprodol phentermine yellow….

Zoloft 12.5mg and a thirteen year old….

Zoloft common side effects. Zoloft. Taking bupropion hcl and zoloft together….