Jom bergasak sampai botak!

Aku bukanlah peminat setia arena bergasak dunia ni.Tapinya,petang tadi aku berkesempatan menonton satu episod Smackdown yang dimuat turun rakan dari internet.Tidaklah terlalu kusyuk.Sedang aku forward untuk mencari apa yang menarik,aku ternampak kelibat Donald Trumps!Apa kejadahnya dia buat kat WWE?Nak bergasak atau nak cari calon apprentice baru?

Ketika Donald Trumps turun ke gelanggang,aku fikir dia mahu menjalankan urusan jual beli saham WWE dengan Vince McMahon atau sekurang-kurangnya melakukan perkara yang ada kaitan dengan bisnes.Aku silap.

“I’m here to challenge you to a match in Wrestlemania!”,Donald Trumps kepada Vince McMahon.
“WHAT?!!”,aku kepada dua-dua.

Adui.Ini strategi bisnes atau apa ni?Aku dah mula bayangkan benda yang karut-marut sebab yang mencabar adalah Donald Trumps.Kalau yang mencabar itu Vince,aku tak berapa nak heran.Tak macho la beb billionaire bergasak.

Vince pun tahu.Dia kata tidak.Dia tak mahu bergasak dengan Donald Trumps.Dia nak amik seorang wrestler mewakili diri dia & Donald Trumps juga amik seorang wrestler untuk mewakili diri dia.

Donald Trumps setuju,dengan syarat,siapa kalah kena botak kepala!Botak kepala beb.

Sekarang aku cuba bayangkan kalaulah Donald Trumps kalah,dan jambul bernilai jutaan dollar itu di tarah rata.

Bayangkan.

Ha ha.

10 Comments

ha ha ha macam sami buddha kot si donald tu kalau botak..

aku tka tengok wwe, tapi ni cam best je bunyik..

ikram ~ tu la..aku yang x minat ni,jadi tak sabar nak tunggu kesudahannya..sebab dia Donald Trumps!

akirasuri ~ macam donald duck boleh? ha haa

lama dah tak into gusti ni. sekali ada trump pulak.

bila trumps dah botak, ko post gambar kat sini keh…

ini sesuatu yg baru!!!
waaahhhh jgn lah incik donald botak
burok rupenye

Ko ni ada2 je.. Ke ko yang nak botak mail? hehe

nak join pedobear blog team ? meh ar.. aku baru start project ni.haha.. lets make this thing go worldwide http://collapse.fwenz.info/wordpress/?page_id=19

nak begusti pon kena pakai wakil ke?
ceh.. dayus betul laki-laki tu.
belum cukup kelakian tu namenye.

famia ~ mesti la..jaga imej la tu..mana best donald trumps patah riuk nnt..ha ha
fqrl ~ tengok da td..ade gambar bear tu ye?
he he