Jual! Blog oh! Blog untuk RM33,472.96!

Bila Bob mengumumkan hasrat untuk menjual Blog Oh! Blog (BOB) milik’nya yang ketika ini adalah blog ke-44 terpopular di’dunia menurut Technorati, aku terkejut tetapi aku hormat keputusan Bob. Penjualan BOB banyak di’pengaruhi oleh situasi kerja offline yang di’jalankan Bob.

Malam ini, USD10,000 di’pertaruhkan oleh seorang pembeli untuk BOB. Jika pembelian ini berjalan lancar, ini akan menjadi sejarah Malaysia di’mana satu-satunya blog hasil tangan anak Melayu yang di’jual pada harga puluhan ribu ringgit. Walaupun satu sen duit itu tidak akan masuk ke kantung aku, tetapi aku tumpang bangga dengan penjualan BOB. Jauh di’sudut hati aku sebenarnya kata, jika BOB di’teruskan ke usia matang wajib, katakan satu (1) tahun, aku yakin nilai BOB akan berlipat kali ganda. Tetapi, orang tua kan selalu kata, orang tamak itu selalu rugi. Mungkin langkah Bob kali ini akan membuahkan rezeki yang lebih di’masa hadapan.

Tahniah untuk Bob & kita tunggu apa yang akan Bob lakukan dengan wang sebanyak itu. Roti canai sekeping Bob!

36 Comments

bapak mahal dapat jual. pakcik kayo tu. boleh beli keta proton saga baru satu ni.

Pergh..dasat siot.Congrats Bob. Mungkinkah ko akan bertukar angin lepas pekena durian runtuh ni? Haha

wow!!
apasal x markup tinggi lg??baru best

Peh mahal tu, tapi berbaloi la, siapa yang beli tu, tak perlu susah2 nak naikkan jenama blog, syabas malaysia boleh

Hoola! Semua.. terima kasih mail menulis post ni. Dengan ini aku menyatakan kesahihan cerita diatas. Maka dengan ini BOB bukan lagi dibawah naungan aku. Tetapi bawah naungan seorang pemilik baru yang berasal dari India. Walaupun bidaan tertinggi adalah $19.5K dan seterus $25K, aku tolak bulat bulat. Kenapa? aku perlu buat kajian dan semakan. Pembeli pada harga $25k dan $19.5k adalah pembida kacau daun. :)

Ya pemilik BOB baru adalah seorang web developer. Telah melakukan online biz sejak 3 tahun yang lalu. dan beliau akan menyambung warisan BOB. Aku harap BOB baru lebih ceria dengan penulisan yang hebat.

Aku akan becerita panjang di BOB. ok semua terima kasih :)

Bob, aku doakan agar ko terus sukses…!

Agak2 korang ape jadi dgn blog tu lepas nih..

aku pun turut bangga! jgn lupa bahagi2 kan hak keuntungan tersebut ye! tanya ustaz

bangga betul aku! sbb tue aku guna theme dia eheh

blog aku ari tu ada org nak beli, rm3, aku nak jual dah…. tapi tetiba dia lari… celaka betul ffk…

tahniah…aku pon tumpang berbangga…huhu… aku kena trus belaja untuk designing lagik nih…huhu..

tahniah bob…theme ko wat mmg sempoi la…

Aku nak beli. RM5. Boleh? Muahahaha…

ahaha, boleh. sila call aku utk nego…

tahniah jugak buat bob dari kita..malaysia boleh..rupa-rupanya ada jugak orang yang kucau dalam jualan blog erk

wa..bob..caya sama lu..nampaknya pas ni maybe ko leh jual web plak cam Myspace ke?hehee…lagi untung woo..maunya Google beli?ha..masuk Majalah TIMES la ko masa tu..hehee..best tak idea aku??hehhe..

aku doakan ko berjaya Bob..tahniah..aku sebenarnya nak jadi cam ko..tapi mungkin satu hari nanti..:)

mungkin kisah BOB boleh jadi salah satu lagi sejarah dlm arena perniagaan internet di Malaysia…
sebelum ni pun ada jugak usahawan internet seperti Alang yg jual website-websitenya pada harga $16,000 USD… tapi itu untuk beberapa buah web la…

ya ampun… cam x percaya, tapi kene percaya gak.. tahniah bob.. gila bangga…. rasa skang gak nak gi jumpe sapa bob tu.. huhuhu..

neway mael, ni aku online pon secara x sengaja.. n blog aku dah ok balik… x suspend dah.. huhuhh.. sempat gak usya blog ko.. blog wajib usya hari hari la katakan..

okie… to yg lain n mail n bob also, selamat hari raya.. lom terlambat… muah sket kat blog ko… blog ko pompuan kan.. nasib.. fuh ~.. hehe

Memang teror nak mamposss….Aku tumpang bangga dan happy. Tahniah Mr. BOB….Well done….

Another good example for the rest of the bloggers…

Haah..Dalam lima bulan lagi ade next pr update..Meh kite buat satu blog kongsi reramai.. Buat template power2.. Agak2 dah naik ranking kite jual pastu kongsi reramai..Amacam

Heheh.. nanti gue ajar lagu mana mau naik PR tanpa sebarang modal dan jalan yang paling mudah.. tungggu……

Bro, nak ajar kat mane? Adooi ka?

pas aku google kt tenet pasal Jai nie, aku sembang lak ngan die kt im. ahaha. interview skit. aku ade post kt blog. hehe.. die kate die boleh challenge design bob, kite tengok je nanti..

Hoh.. Bagus². Cantek Ah Tu.. Tapi Tak Best La Takde Tempat Nak Conteng Menconteng Dah. Huhu..

bukan nak sembang rabung, dulu ada web admin luar gak, satu nusantara, nak beli persetankan.com tu, tapi bukan 10k Dollas us la, RM5k je…

tapi kalau jual, aku nak buat apa duit tu? persetankan.com tu org ramai punya, bukan aku sorang… ada aku cerita kat bebudak persetankan time meeting tahun lepas. setahu aku, yg nak beli tu, website lucah berbayar. ahahaha…

peace…

p/s:- kalau jual, aku angkat 40D. jgn mare…

ok aku nak jual persetankan. sape nak beli. jgn kasitau beck.

ha ha.. RM5k tu ko kasi sorang sikit tuk setiap contributor.. sorang dapat singgit dua jadi la..

p/s:- 50mm ko nak jual x?

owner baru je beb.. blog tu kalo nak conteng, conteng je.. ngeh3

Bob design WP theme ade style sendirik.. simplicity tu yg buat org ramai terpikat.. :) wp theme byk grafik ni ngarut je eh..

ha haha.. dah strategy Bob nnt jadi ikutan semua org.. lepas ni semua org akan try blaja CSS sama design.. he he.. 33k selepas 5 bulan, sape taknak ye x? ;p

50mm aku omar nak angkat dah. ahahhaa… aku nak buat duit benih psp ni… pinjamkan aku rm500 mail, ahahhaa… ko bukan tak percaya aku…

kita jual. share 2 org. nizam nuri dah lama tak masuk. senyap2 sudah.