Jujur dalam budaya Jepun

Ya! Mari menulis sesuatu yang tidak berkaitan dengan Kejuruteraan Kimia atau apa sahaja. Dua tiga hari ini, aku seperti seorang penglipurlara dunia moden, mengarang berbaris-baris teori & justifikasi yang aku sendiri kurang faham. Hari ini, aku akan bawa kau & kau ke Jepun. Negara matahari terbit, orang kata. Walhal, Sungai Siput, Perak juga matahari terbit.
Satu artikel yang aku temui di Digg, memberi aku input untuk aku menulis lewat malam ini, walaupun tidak panjang. Artikel tulisan Norimitsu Onishi, menyentuh budaya positif rakyat Jepun yang telah terdidik dari kecil untuk tidak senang-senang mengambil hak orang lain jika terjumpa. Budaya yang tersemai ini memudahkan sesiapa sahaja yang selalu tercicir barang. Tokyo Metropolitan Lost & Found Center di’tubuhkan untuk memberi platform bagi sesiapa sahaja yang terjumpa untuk memulangkan ke pihak berkuasa & yang kehilangan untuk mencari kembali barangan mereka. Di dalam kota metropolitan Tokyo yang tinggal 33 juta manusia, nilai memulangkan sesuatu yang bukan hak masih kekal menjadi nilai murni yang patut di’kagumi seluruh dunia. Malaysia khas’nya!
Teringat aku setahun dulu, lebih kurang, mak aku tertinggal handphone di’sebuah warung nasi lemak di’Sabak Bernam. Selepas makan, kami semua beredar ke kedai baju berdekatan. Setengah jam kemudian, lebih kurang, mak aku tersedar handphone tiada di’poket/handbag/tangan. Aku & mak aku kembali ke warung tadi kerana sangat yakin di’situlah tertinggal’nya handphone tersebut kerana mak aku menggunakan handphone tu kali terakhir untuk call adik aku yang ketika itu berada di’rumah. Seperti di’jangka, handphone tersebut sudah tiada. Lebih kelakar, pemilik warung nasi lemak itu mengatakan kami berdua tidak pernah datang ke’situ. Itu Malaysia. Aku tahu banyak lagi kes barang-tercicir-memang-pahit-nak-jumpa-balik di’luar sana. Ini semua bergantung kepada budaya & didikan kita.
Di Jepun, pada tahun 2002 sahaja, sebanyak $23 juta wang tunai di’jumpai oleh orang dan di’serahkan kepada pihak berkuasa. 72% dari jumlah itu kembali kepada yang hak. Bayangkan jika ini terjadi di’Malaysia.
Aku berharap sangat, kejujuran tidak menjadi satu bahan yang hanya di’pamer di’Muzium Negara. Harap’nya.
Popularity: 9% [?]
Comment by WaWa on 21 February 2008:
jujur. aku jujur. :) cuma kes jumpa barang hilang tak pernah lagi terjadi pada aku. tapi aku rasa mesti aku berfikiran rasional. pulangkan kepada yang hak. mungkin. mungkin. ini bukannya misi atau visi atau janji aku. rasionalnya begitu lah. orang yang tak rasional saja yang akan ambil sesuatu yang bukan haknya.
Comment by oDiN on 21 February 2008:
Kejujuran x boleh dibeli ..
Ikut individu tu la ..
Kalo jumpe bag penuh dengan duit agak2x ko antar x kt balai polis ?
kalo orang desperate mesti bwk balik umah ..
tepuk dada .. tanya poket .. :P
Comment by cikahmad on 21 February 2008:
Masuk tahun ni dah 4 tahun aku merasai apa yang mael tulis itu.Lebih selamat dari negara sendiri.Walaupun tidak semua,tapi hakikat dan realiti disini adalah lebih selamat dari malaysia kecuali bencana alam yang tiada di Malaysia.
Comment by mrozaidi on 21 February 2008:
Itu Pernah Terjadi Pada Kat Kawan Kolej Aku Dulu…
Comment by mrozaidi on 21 February 2008:
Sebenarnya Malaysia mempunyai Adat Resam Yang Bagus Dalam Dunia..JIka Tidak Dapat Budaya Kuning Yang Menjadi Pilihan..Itu Yang Terjadi Begitu Tu..Adat Kita Dah Ajar Supaya Menjaga Dan Mengembalikan Hak Orang Dengan Sebaikknya..
Comment by Fahmishah on 21 February 2008:
nak didik pun, kena mula dari kecil dan terpulang kepada individu untuk menentukan yang baik dan yang sebaliknya.Malaysia mmg aman, tapi nilai diri masih tak memuaskan
Comment by wanwma on 21 February 2008:
Setahu aku, kebanykn sifat masyarakat kita, walau nampak baik pun, bila dah jmp barang org yg berharga, terus dikebasnya!! Pernah beberapa kali terjadi kepada aku, jmp barg org..biasanya duit la. Aku akan masukkn duit itu dalam tabung derma masjid kalau sikit..walaupun 10sen. kalu banyak aku hantar kat balai polis! pernah sekali aku dgn sorg mmbr dibayar upah lebih kerana tersilap. Mmbr aku apa lagi, terus ckp “buat diam dah la..dh untung kita ni!”
Menyirap darah aku! Aku mmg pantang dengan sikap jahanam camni! Tanpa banyak cakap aku terus bagi balik duit tu kt tuan dia! Nasihat aku, tolong jangan jadi JAHANAM cam tu ok! Setiap benda yg korg beli dan makan dengan duit tu adalah BARA DRPD API NERAKA!
Comment by wanwma on 21 February 2008:
Saya suka la idea Tokyo Metropolitan Lost & Found Center tu. kadang2 ada orang yang jmp barang orang tak tau nak bagi kat sapa. Dia pikir kalau bagi kat polis pun tuan barang tu bukan pergi cari kat balai polis pun, sebab balai polis bukan tempat kumpul barang hilang. Kalu barang curi tu lain la..
Comment by musnaz on 21 February 2008:
yang paling tak jujur (% ketidakjujuran mengikut kaum) ialah melayu (boleh?). maka Islam pon tercemar… dewasa ini, Islam telah di fitnah oleh kafir malah orang bukan Islam sendiri.
Orang Islam yang menfitnah agamanya samada fitnah secara terang-terangan atau menunjukkan akhlak syaitan mereka adalah lebih hina dan teruk dari orang kafir itu sendiri.
*aku menasihati diriku… adeih!
Comment by affuan on 21 February 2008:
aku bangga dengan negaraku (aku tipu). boleh? hehe.
Comment by khai on 21 February 2008:
hurm, kadangkala kita tidak boleh salahkan orang… lebih baik berhati2 supaya tidak hilangkan barang sendiri..
mentaliti orang malaysia, ” aku tak amik, nanti orang lain amik.. baik aku amik.. ”
sebenarnya kadangkala bukan x nak pulangkan, tapi tak tahu nak pulangkan bagaimana… kalau ada nama or no telephone, boleh la.. kan?
Comment by Hairie on 21 February 2008:
aku selalu je tetinggal ‘no’ tepon kt dlm Lrt. Susah nk dpt blk no tuh.. Disebabkan aku selalu diterapkan dengan budaya bertanya, aku selalu bertanya kepada adik2 manis “Excuse me miss, i lost my hanphone number, can i have yours?” hehe…
Comment by syamsulariff.com on 21 February 2008:
kalau hp tinggal dalam toilet berapa percent agak2 nak dapat balik..huhu..
Comment by xmindfreakx on 21 February 2008:
hoho…satu budaya yang perlu aku terapkan kepada diri aku jua..owh…lorong2 belakang bangunan jgn ditinggalkan no hp itu..bahaya..
Comment by Hairie on 21 February 2008:
kalu tinggal dlm toilet, agak sukar untuk mndapatkannya kembali..masing2 keluar toilet dengan muke ketat! - jgn tanye..
Comment by megat on 21 February 2008:
Berapa peratus pula di Malaysia ya!? Bagus juga dibuat statistik mengenai topik demikian di negara sendiri. Tapi berapa peratus yang bercakap benar (jujur)!?
Comment by mrozaidi on 21 February 2008:
Tangungjawab Dalam Budaya Kita Semakin Hilang
Comment by Mohd Ismail on 21 February 2008:
aku pernah jumpa dompet ada sisi RM2 sekeping.. ha ha.. dompet aku letak kat pondok polis.. RM2 aku beli tikam kat kedai ah pek.. ha ha.. kecik2 dulu la..
Comment by Mohd Ismail on 21 February 2008:
tu dia org Jeepun sudah approve.. best kan kalo ko boleh bawak balik budaya tu ke Malaysia :)
Comment by Mohd Ismail on 21 February 2008:
jom Fahmishah.. kita mulakan mendidik anak2 kita nnt dengan nilai begini.. tak menyusahkan org di kendian ari.. :)
*kalo aku ada anak..ha ha*
Comment by Mohd Ismail on 21 February 2008:
yep.. Malaysia mmg gitu kot.. lagipun polis kita sendiri xmo war2kan perkhidmatan mengumpul barang2 tercicir.. kalo ade, sekurang2nya ada tempat kita nak hantar barang kalo terjumpa.. :)
Comment by Mohd Ismail on 21 February 2008:
ha ha.. aku pernah tertinggal tisu je dlm toilet.. patah balik da xde.. tisu pun org nak amik.. gila! *kat Hentian Pudu*
Comment by cikahmad on 21 February 2008:
Aku cuba bawak mana yang aku dapat.Banyak juga dah aku ambil dari pengalaman kerja part time ,kawan kawan..dan sebagainya.Harap aku mampu kekal kan semua itu bila pulang nanti.
Comment by titan on 21 February 2008:
Hehe. Sama kes je cam aku. penah gak jumpa duit. Habis semua aku main tikam. Hehe. Bestnya jadi budak2 dulu. Apapun tak fikir..skrg. Mak ai. Mana aku nak cari balik tuan punye dompet tu. Dah tak ingat dah muker dia..
Kes paling best. Masa aku study kat sabah. Aku tertinggal hp aku kat kedai makan. Sanggup minah sungai tu kejar aku. Siap jerit lagi tu..Hehe. Sampai arini, kalau jumpa dia. Mesti aku kene belanja dia..
Kes kedua, handpone aku ilang kat masjid. Sedar2..sekor pun tak kejut aku solat zuhur dan bila aku tanya orang2 yg semayang zuhur berjemaah tu, ada tak nampak hanpone aku? sekor pun tak jawab. Sudahla langsung tanak kejut aku solat zuuhur sama. buat dek je..
Comment by firdee on 21 February 2008:
saya juga ada pengalaman tertinggal cermin mata di hotel kat KL…baru tak sampai 1/2 jam check out…ayah saya call balik kat hotel tu sbb nak datang ambil…org sana ckp dia akan cek kat bilik tu…sampai je kat sana diorang ckp spek tu xde…terpaksa merabunkan diri setengah hari :P
*mesti makcik cleaner tu pakai spek saya juling mata dia sbb power tinggi…hahaha :D
Comment by zaki on 21 February 2008:
Malaysia sebenarnya masih di tahap yang teruk in terms of kejujuran dan budi bahasa…walaupun malaysia sering diwarwar sbg mempunyai masyarakat berbudi bahasa, namun aku kureng setuju…aku rasa masyarakat kat UK tempat aku belajar dulu lagi elok budi bahasa dan kejujuran compared dgn rakyat negara kita. Tapi jepun memang aku tabik spring.
Comment by Mohd Ismail on 21 February 2008:
tak pun sebenarnya.. dakwaan kita ni berbudi bahasa adalah semata2 kerana kita ni org melayu.. tp org melayu tetap org ye x? :)
*bila la mentaliti org2 kita nak maju..*
Comment by Mohd Ismail on 21 February 2008:
ha ha.. spek tu bukan’nya boleh guna ramai2.. buat berat dosa je amik hak org.. ha ha
Comment by Wizurai on 21 February 2008:
$23 juta satu amaun yg besar… kalau tak dapat bagi kepada yang hak sekalipun, boleh tubuhkan yayasan dengan wang sebanyak tu…
Comment by cikahmad on 21 February 2008:
Tapi kalau polis pon jumpe barang dia yang rembat..macam mane nak buat?
Comment by azam on 21 February 2008:
Iman dalam hati pasti menyelesaikan pelbagai masalah
Comment by firdee on 21 February 2008:
tu le pasal…
Comment by catzer on 22 February 2008:
erm time malaysia disenaraikan sebagai masyarakat paling kurang ajar ramai yg menepis semua tu. Tp mmg kurang ajar, amik brg org, amik tempat duduk org tak berkeupayaan,parking kete kat tempat OKU,buang sampah merata2,meludah merata2, buang sampah(termasuk baby) sesuke hati, suke potong Q,pergh kalau aku listkan kat sini aku sendiri tak sanggup tinggal di Malaysia..
Comment by syia on 22 February 2008:
bagi syia simple je.. sebab kite kan berpendidikan Islam maka.. jangan ambik kalau bukan hak.. TAK HALAL.. kalau ingat bab halal haram..sure pulangkan balik
Comment by syia on 22 February 2008:
culture borrowed.. tapi syia rase sebenarnye kat malaysia ni.. budaya tu dah ada.. ‘memulangkan bile jumpe yang bukak hak’ cume culture asing2 lain ni yang buat jadi diri tak jujur
Comment by mijie on 23 February 2008:
kejujuran itu perlu hadir di dalam diri, bila kita di didik dari kecik kita akan menjadi jujur, perkara ini selalu terjadi pada saya dan untuk tidak berlaku jujur tu, hati tidak akan menjadi tenang.
Comment by tk2 on 23 February 2008:
kejujuran aku dilatih oleh komik doraemon.
shoujiki ga ichiban
Comment by afham on 24 February 2008:
hhuhu..same ngan moto tempat aku blaja.. duty honour integrity..