Jumper, kisah pelompat bersiri

Jadi’nya, hari ini aku bersama 3 orang teman wanita* aku (wow!) pergi berlibur ke Sunway Carnival, Butterworth. Aktiviti lebih 6 jam ini adalah tidak di’rancang oleh mana-mana pihak, awal pagi aku di’mulakan dengan teguran mengajak aku ke’sana. Aku yang ketandusan aktiviti berlibur sejak akhir-akhir ini mengikutkan sahaja. Hujung minggu bukan?

Kami tonton Jumper, filem berkisar tentang seorang mamat, David Rice (Hayden Christensen) yang mempunyai abiliti untuk teleport dari satu tempat ke tempat yang lain. Oleh kerana beliau adalah seorang yang gagal dalam algebra ketika di’sekolah, maka beliau menyalahgunakan abiliti tersebut untuk merompak bank, tanpa kekerasan. Sepandai-pandai tupai melompat bak orang tua kata, David Rice dapat di’jejaki oleh pihak yang menjalankan operasi membasmi ‘pelompat bersiri’ ini, Paladin. Kisah seperti biasa bermula, kau kejar aku, aku lari & aku kejar kau balik. Dan, ending‘nya adalah ketua penangkap pelompat bersiri ini telah di’teleport ke sebuah tempat tidak berpenghuni. Great Canyon mungkin. Padan muka.

Berapa bintang? Oleh kerana mood aku baik & memang aku dahagakan liburan ringan, aku bagi 3/5 bintang. Ops kejap! 4/5 bintang kerana filem ini menampilkan Rachel Bilson. Aku suka cara dia bercakap, sweet sepanjang masa. Beliau pernah muncul dalam salah satu episod Chuck. Tapi, dalam Jumper, watak beliau lebih advanturas & seksi.

Nota Pendek - Tadi, aku usya pameran hartanah/perumahan. Pelbagai jenis hartanah/rumah yang mereka jual. Aku teruja untuk bekerja kuat untuk membeli sebuah rumah. Dengan rumah, aku maksudkan sebuah rumah yang selesa & besar. Aku ada membaca satu artikel yang bagus berkenaan pengurusan kewangan untuk graduan lepasan universiti yang baru mula bekerja. Dan, jika menurut artikel tersebut, rumah bukan’lah aset yang baik, ia akan menyebabkan hidup akan lebih miskin. Jadi’nya, aku mungkin akan membeli rumah jika & hanya jika akaun bank aku di’penuhi sekurang-kurang’nya RM100,000. Aku akan ulas artikel tersebut di’lain hari & bagaimana mahu mengumpul RM100,000 dalam 5 tahun. Seperti mustahil bunyi’nya kan? Shit! Panjang pulak Nota Pendek ni.

*tidak seperti yang di’sangka. sungguh.

35 Comments

Plot kabur cerita ini.

ape ko x pandai ya menulis nota pendek? lain kali aku ajar ko cara buat peta minda. ahaha

tu la dulu aku ajar dlm klas ko duk jump sana jump cni. kan dh tatau nk ringkaskan nota.

So kalo ko x sempat kumpul duit RM100,000 ..
ko xnk beli umah ler nie ?

agak kabur la.. tp seb baek ade Rachel Bilson.. ha ha

baik Dr.Yuhyi.. nnt balik sini, ajari aku buat nota pendek ye? ha ha.. tgk Jumper Yuhyi oi, sonok tgk Rachel Bilson.. he he

err.. kalo keadaan kewangan mengizinkan, beli gak kot.. ha ha.. tp hidup mesti ade target ye tak oDiN? :)

hurm hurm… hujung minggu pun aku tiada masa mahu menonton atau berfoya2 di luar. jealousnya aku dengan keluangan masa ko. tunggu lah week 6 berlalu (dan week 7), aku akan enjoy.

sy tak suka sangat cite2 cam nie..

yups..banyak persoalan

enjoy je ngan pompuan.. pe nak jadi mael ni.. awek ko x marah kew?

pe pon cite ni memang best.. aku x pernah ngk cerita se best ini.. kerana cerita ni belum pon aku tonton

hahaha…. tunggu saje cina cetak rompak datang.. lalala..

oh damn. tak tengok. hari tu mau tengok. tp line panjang sangat. bf and kawan I malas nak line-up. rasa nak mengamuk tapi mereka belanja ice-cream. nasib baik. kalau x, roboh sunway pyramid tu. hahah!

(wait, blog sape ni? haha)

Kalau Directer…Aku Kan Wat Misinya untuk Bunuh Mak Die..Hahaa..Mak Dia Yang Dalang Nak Bunuh Semua Jumper..
Semua Salah Mak Dia La Tu..Iskh..Tak Patut

Cite Tak Berapa Ganas La..Cuma Ada Adventure Sahaja..

aku nak tengok tv pun susah, lapangnya masa korang…

memang setiap orang mempunyi impian untuk memiliki rumah..tapi rumah mahal ler sekarang..so kena rajin menulis blog ler kalau nak beli rumah :)

dengar preview dari yg lain filem ni macam okey…
jadi aku bercadang mau pergi ke pasar malam dan mencari… ehem-ehem…

syia rase slack sebab dia x citer how dia evolve jd mature

tak pe.. tak pe.. lagi pun.. pkai torrent kan boleh tengok ;)

entahlah weyh, citer cter macam neh. aku dah lali. tak mahu. kalau orang bagi pnjam dvd pirate dan aku pun dah kebosanan, takperlah. aku nak tgk vantage point. haih. banyak lagi citer yg patut kau tgk dan review mael. kau terlalu mainstream. (whoa, statement neh). try tgk citer “munich” and tell me what say you. neh baru the kind of movie yg patut ditonton weyh.
more of rachel bilson: tgk the now-defunct the o.c. tv series yg mempopularkan beliau. banyak scene beliau dan bikini. haha. dgn si mischa barton yang extra hot tu. hahaha.

Aku baru nak beli dvd, ko dah ulas, beginilah nasib tempat yg tiada pawagam (bukan takde tapi dah tutup), jangan salahkan lanun dvd, mereka robin hood kami.

ya.. torrent adalah pawagam pelbagai tempat.. ha ha

*sokonglah yang asli*

bile aku nak pg tgk weh?

Mael dah kata ok,,, aku kena tgk la…tapi maybe pekena DVD la kot - yg clear

hoho..apesal ko tgk dulu pada ak mail..ptt ak yg tgk dlu cte kat wayang ni,..tp pelik artikel itu,rumah xbg keuntungan??wtf.harga hartanah makin naik.mgkin die kata rumah yg tidak strategik kot.klu strategik bleh wat untung.abg membe ak untung jek.

Aku akan sedut dari torrent jugak nnt,kalau versi cinema masih takde english.Damn!

he he.. wayang ko dkat je kan Fahmishah? amik masa jap pi tgk.. ;p

pi la dating ngan bini ko Zaki.. mesti best.. ha ha *filem ni ada romantis sikit2*

Vantage point jauh bestnye berbanding Jumper. Cuma kekurangan vantage point adalah teknik penceritaan yang ala-ala KAMI the series yang menjadikan 90 minit terasa kurang sejam. Mungkin diorang nak buat pelik sampai berjaya buat aku rase rugi tgk wayang 60min.

pendapat aku, kalau cite ni ade jack bauer, ari2 aku mimpi. apakan daya…

rindu jack seh, tahun depan baru jumpe.

ada masuk dalam carta melodi semalam. kalau tak silap tempat pertama..

heheh.. dia tempat pertama sbb ade Rachel Bilson kot.. ha ha

eh? mael, ni ko citer sampai die punye ending ke tuh? giler spoil, hu hu

mcm menarik je filem ni…so si Jumper ni watak jahat ke baik mail ?…. tak sabar nak tunggu ulasan ko mengenai rumah bukan aset yang baik tu….

si Jumper ni awal2 watak jahat, tp last2 dia pusing kepala otak kita supaya terima yg mereka ni baik2 sahaja.. haha

*try la tgk kat panggung*

aku hanya berminat ingin mengetahui cara bagaimana mahu mengumpul RM100,000 dalam 5 tahun?? cepat dedahkan kat sini Mail