Ke hujung Tanah Melayu

Hari ini, tanpa perancangan awal & duit dalam dompet yang minimum, aku mengikuti rombongan Desasiswa Jaya USM ke Padang Besar, Perlis (atau Thailand?). Matlamat asal trip ini hanyalah semata-mata untuk mengambil tempahan t-shirt rasmi yang akan di’gunakan sepanjang semester hadapan untuk beberapa acara wajib universiti. Aku? Aku melantik diri aku untuk menjadi jurugambar rasmi trip ini. Obsesi aku terhadap kekasih hati baru’ku semakin menjadi-jadi. Petanda yang bagus.

Oleh kerana kalian semua membantu secara tidak langsung dalam usaha aku memiliki sebuah dSLR, maka’nya entree’ yang aku tulis akan mula di’penuhi dengan foto manusia & keadaan. Mungkin akan mula kurang menulis. Mungkin. Fotoblog?

Mitos yang aku dengar dari masyarakat umum Melayu, barangan di Padang Besar murah-murah belaka. Akan tetapi, tidak pernah sekali timbul niat aku untuk mewujudkan trip persendirian untuk ke’sana semata-mata untuk membeli-belah. Hari ini aku menaiki bas (terima kasih Desasiswa Jaya) yang aku rasa sudah tiada nilai sopan santun di’atas jalan raya yang tidak rata. 80% tenaga yang aku ada hari ini habis hanya di’atas bas menanggung kesakitan demi kesakitan. Driver tu pun satu, jalan benarkan 90km/h boleh bantai 110km/h, mahu bunuh orang atau apa?

Barangan di’sana sememangnya murah. Baju & t-shirt usah kau tanya. Sehelai jersey buatan Thailand dengan kain gred AA boleh di’perolehi dengan harga bawah RM30, mungkin lebih murah jika kau bermulut manis & berjantina perempuan. Ada juga sebuah replika kapal lama yang di’jual pada harga RM35, yang pada kebiasaan’nya berharga puluhan malah ratusan ringgit di’pasaran biasa. Jika kau seorang kaki membeli-belah seperti Chika, mungkin boleh pertimbangkan Padang Besar selain shopping complex konvensional sebagai lokasi sasaran. Aku pulang dengan membeli tiga bungkus makanan ringan bernilai RM10. Berbaloi rasanya kerana tiga bungkus itu aku rasakan terlalu banyak untuk harga RM10. Lain kali mungkin aku datang lagi.

Aku ada sedikit rasa seronok yang luar biasa jika berjaya merakam foto seorang bayi tanpa sebarang gangguan. Merakam gambar bayi, lebih-lebih lagi yang superactive, bukan satu tugas mudah. Foto di’atas terpaksa aku menggunakan flash untuk menghasilkan imej pegun kerana tangan bayi ini dan kepala’nya sekali seperti sedang menari cha-cha. Maafkan aku jika ada infeksi pada mata, tetapi nikmat merakam raut wajah paling ikhlas & bersih dari seorang bayi adalah satu kepuasan tidak terhingga.

Esok aku pulang ke Sungai Besar buat kali terakhir. Seluruh keluarga aku akan berpindah ke Shah Alam minggu hadapan. Dan, aku rindukan dia.

69 Comments

lama sudah aku tak ke sana… pertama kali pun masa aku Matriks dulu….

hohoho… ko bg contoh Chika sbg seorang yg suka membeli-belah…? yeah, aku suka baca blog dia yg suka membeli-belah tu…

Memang best ke sana…barang memang murah ….aku ada dapat jersey tiruan berkualiti yang murah…ada la byk koleksi aku ….he he….

Ada member aku siap buat bisnes …biasa la kan….

Anyway, aku pun ingat mcm nak kena dSLR….kena blajar photografi….baru ada kick….

si Chika tu mmg kaki shopping.. kalo tgk entri2 lates dia.. mmg akan refer kepada aktiviti beli belah tanpa penghujung.. ha ha

sorang lagi approve yg Padang Besar mmg best.. ha ha..

*betul tu Zaki, angkat dSLR satu, ko duit banyak, amik yg kaw-kaw, baru ade ‘penendang’.. ha ha

Isskkk….ko ni…mintak-mintak masin la mulut ko tu…kata macam tu….

InsyaAllah, itu dalam perancangan aku fasa ke-2 nanti….

takde ole-ole utk aku ke?

Haha..Aku pernah dicabar oleh Penjual untuk mencari baju jersi Chelsea yang gred AA..Jika Harga Kurang daripada Rm30..Maka dia akan beri baju Chelsea free kat aku sama gred jugak..Nasib baik aku tak jumpa orang jual daripada bawah Rm30..Kalau tak aku pergi tuntut jersi tu..Huhu..Nasib²

kawan aku (perempuan) cakap kat sana kerongsang murah2! apsal tak beritau nak pegi..baru nak tempah 10kg kerongsang.. !!

yeah, aku baca kat Google Reader tentang tu… jugak tgk gambar² berkaitan… barang perempuan semuanya… haha…

huhu… soalan tnye mail…clickranger tu nickname ko dlm dunia fotografi ke?

clickranger. hoho. mmg tepat la mael. aku nk dslr…

aku rasa mcm YA je…

Best Padang Besar. Syurga Membeli Jersey Bola Bagi Peminat Bola Sepak. Huhuhu.. Dah Lama Tak Kesaner..

tu la pasal….nak dpt jersey boleh dpt kat sana yang best2

haiya.. best ni dslr ni.

Secara official nya, belum pernah aku sampai ke Tanah Besar, Perlis. Entahlah. Mungkin pernah sekali masa zaman childhood dulu tapi ingatan pudar. Apapun, aku akui gambar kanak-kanak memang sukar untuk dirakam tambahan pula yang hyperactive. Sakit jiwa dibuatnya. Tetapi sedikit sparkle yang keluar daripada mata bayi hasil daripada suluhan flash itu adalah sesuatu yang perfect. Gambar favourite aku adalah tiga ladies yang sedang asyik membeli belah dan tersenyum ria.

ooooooooo….
shopping je.. aku *cekak pinggang*

lama tak ke sana.
macam..
nak je.

habeslah…

ko dah join geng renjers? ke ko renjers lain. renjer perhutanan? hehe

perjalanan dari umah aku ke padang besar dlm 45km camtu la…xdak laa jauh sgt..nek moto pon leh sampai…tp tips yg orang bg kt aku,kalau nak pegi elok bukan hari minggu sbb time nih byk peniaga akan sembelih harga barang…ini kerana hari minggu slaloo yg datang org luar dari kedah dan perlis..

Aku pernah terbaca seorang usahawan memulakan perniagaan dengan membeli jersi dari Padang Besar dan jual kepada member member dia … setelah bertahun perniagaan berkembang pesat dan sekarang beliau mempunyai beberapa cawangan kedai borang sendiri. Kau boleh mulakan dengan jual jersi kepada member member kau dulu …. kau beli jersi tak?

aku suka kraft buatan tangan tu.. serius!

kau pindah shah alam?

wah semakin lama semakin profesional ko mael. insya allah bakal menjadi fotographer pro eheh

join bali renjer…selamatkan bumi dari makhluk asing….

betul, nanti jadi pro-photo-blogger. Good career tu…

Mael….mana post baru???

mael,
maybe lepas ni ko boleh bagi review/komen pasal dslr ni…senang orang yang berminat can neo dan aku dan sape2 lagi beli…

Aku tak pernah kesana,tapi aku dapat rasakan yang Padang Besar mungkin lebih kurang Rantau Panjang atau Pengkalan Kubur jika di Kelantan.

lebih kurang sama la kot. barang semua rasanya sama. jeans levis siam, sana pun ada… kan?

kalau kat petaling street jual boleh cecah rm100++, kat padang besar rm40 je… ahahhaa…

p/s:- penulis tidak menggalakkan membeli barang tiruan, tapi kalau berkenan di hati, apa salahnya.

he he.. dulu belum ada kot, skang murah dah beb.. ko carik balik org yg cabar ko tu.. ha ha

betul3.. kerongsang dan barang hiasan wanita mmg bersepah kat sana.. haha..tp mata aku tak kabur dengan itu semua.. penjual2 keronsang tu semua lawa2 belako..

Click Ranger itu nama pasukan penyelamat bumi yang terbaru.. senjata ajaib mereka adalah dSLR.. haha..

*tetiba je timbul nama tu Omar oi..

betul tu Beck.. tidak sesekali aku galakkan membeli barang tiruan.. belilah barangan asli & bantulah pembangunan ekonomi negara.. ;p

ye Nazz.. aku skang dah ada kat Shah Alam.. meh jumpa aku kat Kota Kemuning.. meh2 belanja aku roti canai sekeping dua.. ha ha

pro-photo-blogger.. hikhik ;p kerjaya baru ke tu?

*entri baru rasanya lambat sikit Zaki.. sibuk pindah barang lg ni.. hehe..

eh…ko nak pegi mana pulak….dah nak masuk kerja ke? dah grad ke?

salam mael,
d’sbabkan pos ko nie..ak dh jtuh cinta sama DSLR..huhu..lpas bce post nie,trus search ape tue DSLR..mhal siot tp berbaloi la dgn kualiti gambar tue kalau d’bandingkan dgn DigiCam..mmg lawa banget..ak nie jdi gler skit bler tgk gambar pencahayaan secantik yang ko wat mael..mmg lawa..
huhu..padang besar..cari la jersi ker..jam ker..kereta control ker..semua murah2 beb..kali t’akhir masa tahun 2002..sekarang tak tahu apa cerita..jersi mmg ble dapat serendah RM30..tp tahun lepas pergi Rantau Panjang,Kelantan..Dapat jersi RM24 maaa..tapi ak konpius skit,xdapat nk bezakan jersi gred AA camne..ak balon jek la beli..kat bilik ak nie,byk kali stok jersi season lepas,tak habis jual..kalau korang nak bisnes jersi,ak ble jadi orang tengah..huhu..

wah hebat ko skrg ni..kompisisi gmbar pun cantek..bila lg nak buat di flickr plak?

salam awqi_zar…

disebabkab komentar ko ni.. aku dah jatuh cinta sama ko.. huaha haha.. ;p *gurau je ni*

sila lah terjun ke’dalam dunia penggunaan dslr.. tp yg penting minat fotografi dulu :) dslr ni satu tool je.. alat paling penting adalah mata kita.. kan kan?

aku tidak beli jersey, satu kerana tiada duit masa tu.. dua kerana aku tak plan pun nak beli apa2.. he he

Flickr akan datang… akan ada ;p lagipun kampus aku yang sekangkang kera tu block Flickr smpai kul 12 tghmalam…

Yeke?? Tibalah Masanya Untuk Join Wireless Broadband..
Hehe..

pergh… kota kemuning? per jauh benar tu… aku kat seksyen 3 je ni… jom arr lepak!

aku tak pernah pergi lagi….huhu…rantau panjang ada aa p[egi…uyhuuh

aahahah …amik biasa2 pon oke pe….wat pe nk mahal2….ahahahah:P asal dslr ckup…:P

hahah kerongsang ek…ko nk jadi saudagar keronsang ek vangard

haha… mcm power ranger ek…kena wat siries die nih…wakaaka…….

huhu…ramai aa nk beli dslr plak…wakakka

hahah ble aa order… :D

kena amik cuti aaa neh, gi weekday.. :P

aaaaa…dekat sangat tu mail…ahahah dah ditakdirkan kita dok dekat slalu….

huu… pro-photo-blogger ek…menarek…wakakak

dari membazir beli mahal2…baik beli murah2…wakakaak……

yup, seorang lagi terjatuh hati ngn post engkau mail…hahah…

kalau betul2 minat dan rasa berkemampuan…belilah…kalo tidak…point & shoot pon sudah ok…

wireless mane satu yg bagus weh…Izzi???

salam..
ooops,laen mcm jek komen ko mael..haha..si omarbahrin dh pandang laen dh..haha..ak de digicam tp ntah la..lawo jek tgk ko amik gambo gne DSLR..ape kate ko bagi kiteorg tutorial ttg nak shot gambo..ak amik gambo,maen taram jek..tau2 lawo jek..haha..xpun,ko buat la entri..mintak kiteorg anta gambo kat blog ko..pastue ko komen la mne yg elok,mane yg tak cukup lg..haha..amacam sifoo?ngeee..

TQ..

wireless yg paling best adalah wayar gantung baju… sentiasa ada……. peaceeeee

err lawak. hahahaha

haha.. kalau nk blaja bole jek.. anta gamba ke sini http://www.persetankan.com .. disini para otai akan komen…tp jgn amik ati sgt..ini kritikan membina..waakakak

*promot sket oi

untuk kesekian kalinya dok baca komen2 kat sini …dan aku mula tersenyum…dengan kekelakaran korang semua…selamat pindah ke tempat baru mael..

Akunye Pakai Maxis.. Taktaula Yang Lain Cmane.. Stakat Ni OKLa Kat Area Bangi. Aku Raser Kat Lembah Klang Lagi Mantap Connection Die.

aku rasa, penang pun takde maxis lagi? kan?

Wah.. Bestnye Reply Kat Kotak² Nie. Makin Sempit Ha.. Brape Mael Set Jumlah Reply Kat Comment Ni? Haha.. Oh. Penang? Tak Pastila Coverage Die Cane.. Kena Ushar Maxisla..

hahah mmg makin sempit…tp comel laa… kt klang valley ok…tp ade yg tak sapot smpi 1mb…huhu tu dlu aa masa pc fair aku test …skrg tatau aa

bro.. lame xupdate.. busy exam ke..!!!

baru ter’flash dekat 1st komentar. amboih amboih.. kamu semua jgn la berpandangan seperti saya ni seorang shopper tegar pulak. bunyinya tak berapa baik. AHAHAHAH

Salam, huh! best giler dekat jer ngan sempadan sana.
Boleh shopping kat sane jer.:)

gambo-gambo diatas membuat aku teruja untuk memiliki juga kamera dslr.

aduh..paling teruja tgk gambar budak kecik tu…sangat comel…dan yg paling penting….ko mael memang pandai amik gambar

hehe…tak semestinya dgn SLR gamba anda akan menjadi lawa…. :D