Kegagalan Epik: Akhil Hayy & Waheeda

Tempoh 48 jam yang lepas, aku rasa peminat atau bukan peminat dapat menyaksikan drama terbaru dunia hiburan. Isteri Akhil Hayy minta cerai.

Itu cerita semalam. Hari ini, seluruh media melaporkan yang isteri Akhill Hayy mengaku yang suaminya ada hubungan dengan Waheeda.

Tidak lama dulu (tidak lama), Waheeda siap adakan sidang media menafikan dengan penuh keyakinan, beliau tiada apa-apa hubungan dengan Akhill Hayy.

Kedua-duanya sekarang enggan mengulas lanjut tentang apa yang terjadi. Seperti biasalah manusia. Aku pun akan buat perkara yang sama.

Aku seakan ada perasaan puas hati apabila karma berfungsi dengan baik. Kerana pengajaran’nya senang sahaja. Jangan menipu, lebih-lebih lagi jika anda ada kredibiliti sebagai pemberi nasihat.

Pujian Hari Ini: Terima kasih TM Point Kuantan kerana ada sistem untuk membuka 90% kaunter & membuatkan semuanya berjalan lancar. Sila ajar Pos Malaysia untuk buat perkara sama.

Comments

51 Comments so far. Leave a comment below.
  1. rai,

    wah…tak lama lagi dapat la streamyx…yang di tunggu-tunggu…

  2. Satu pujian untuk TMpoint :D Pos malaysia kalau time rehat, sorang je jaga kaunter… mmg sempoi :)

    tentang kes Akhil ni, aku no komen lah. tak tau apa yang sebetulnya terjadi.

  3. pemberi nasihat! ya, aku kekadang terpikir benda ni,
    kalau org yg sibuk bernasihat pasal kekeluargaan , cara itu, cara ini, apa boleh , apa tidak, tiba2
    berlaku sesuatu pada intitusi keluarga mereka sendiri, apa cerita? apa org kata? reputasi mcm mana!

    p/s: aku cuma x boleh bygkan kalau Dato fadzilah Kamsah bercerai.

    • Fadzilah Kamsah pun sebenarnya pernah ada isu berkaitan moral ni.. tp bukan dia la, anak perempuan dia :) tp senyap gitu je..

      *manusia x sempurna kan?*

  4. sekarang nie..balasan dari Allah cepat benar datangnya….macam Mantan PM kita…penafian tak kenal..tak tau….sapa tu ‘Jean’
    Sama lah macam Mawi…’eh! siapa ikin? tak kenal tak tau..tak da hubungan…saja org gosip nak lempar pasir ke periuk nasi…Maka Allah pun tunjukkan kebesaranNYA…
    Apa lah salahnya berkata benar…walaupun pahit…tak boleh ker
    Hai.hai..hai..

  5. Manja,

    Kalau betulah kata ustaz yang hubungan dia dengan waheeda tu gossip je.. kenapa pulak tak balik rumah dah 3 bulan.. sebagai seorang ustaz.. kalau tergilakan perempuan pun ingatlah tanggungjawab sebagai suami dan seorang ayah. Jangan pandai ceramah sana sini tapi sendiri tak ikut.

  6. Gosip@kes ini memang menjatuhkan kredibiliti seorang
    yang digelar ustaz..

    Bagi sesiapa yang pernah mendengar ceramah dari ustaz ni,
    Mesti tau apa yang pernah ustaz ini pernah cakap dalam ceramah dia sebelum ini..

  7. Mengetahui perkara yang betul tidak memadai dan bermakna jika tidak melakukan perkara yang betul…

    :)

  8. citer dah lama la mail….

    come out dengan cite sebagai jurutera yang boleh memberikan inspirasi kepada mereka yang sealiran dengan kamu. mana tahu, sampai masa team blog kau terdiri daripada mereka yang bersemangat jadi jurutera kerana artikel ko, kan best jadi idol seperti sheikh muzaphar?

    heheh…ko bila lagi nak kawin mail…duit dah banyak.

    • cerita kerja aku belum cukup menarik untuk aku tulis :) belum boleh jadi inspirasi..

      *kawen mende.. calon pun xde.. ko ramai calon, meh bagi aku segenggam dua* heh

  9. Betapa mereka sakit menghadapinya. Kerana dek ammarah nafsu yang memang ammarah, terperangkaplah kalian dalam kancah itu.

    Bukan senang. Iman setebal 3 kali ganda, akan serta merta menjadi tebal buku nota 555. Ingat, bukan 3 kali ganda penyelamat segalanya. Ada nikmat 6 kali ganda akan datang.

    Kalaulah terjadi begitu seperti mereka hadapi, bagaimana terjadinya.

  10. ustat juga manusia..
    =)

  11. sape ntah yg panggil mamat tu dengan gelaran “ustat”…
    x sesuai langsung!
    bini dia cakap ari2 pompuan tu kuar dhn laki dia, kalo ari2 bersama takkan xdak status?
    x padan dgn imej beb…

    • entah.. tp teori dlm kepala aku kata gelaran ustaz tu dtg bila dia selalu berceramah utk pihak PAS.. :) imej dia sbnanya yg bawak nama ustaz..

      tp bila masuk dunia glamer, abes..

  12. dunia glemer memang akan buat orang alpa kejap, apapun mael..

    *zaman jahilliyah dulu bleh la aku bagi segenggam dua, sekarang secubit pun susah nak dapat…hehehehe*

  13. rasenya…
    kne tunggu cerita sebenar…
    ntahla…
    cakap ape2 kang jadi fitnah plak…
    bile cerita sebenar dah keluar…
    brula ak nk berulas…

  14. what u give u get back arr! haha
    lumrah dunia kan :P

  15. its payback time. Sepert yang aku duga, ianya terjadi jua macam kes norman dan abby.

  16. zool,

    Ntahlah.. kan dah tau ber’couple’ dtgkan fitnah..
    tapi degil.. nak buat camne..

  17. pandai2lah uruskan rumahtangga kau Ustadz

  18. macam2 kisah kat dunia ni yer..aku nafi, kau tuduh, aku tuduh kau nafi..semalam kata bukan hari ni dah lain macam..oh dunia..

  19. Adry,

    hermmm isu ni buat title ustaz tu buruk… hermmm pas baca kat sini tetiba rasa nak tulis entri gak pasal ni… hermmm

  20. huhu, kesian Akhil, berjuang kat medan yang memang banyak fitnah dan gossip.. anyway aku tanak cakap apa2, takde sapa2 yang betul @ salah kat sini.. baik ko crita pasal manutd vs barca mail.. haha!!

  21. hahahah..benda2 yang berunsur fitnah ni aku tak berani nak komen apa2..kalau betul pun mmg takde point nak ckp. 1st sbb semakin tinggi kedudukan seorang umat islam disisi Allah semakin besar dugaan buatnya..

    Kita ni tak taulah dugaan mcm mana nanti :)

  22. side writer,

    pabila nafsu memijak akal..
    apa2 pun bole terjadi..
    smoga kita bnykkan istighfar..

  23. Anti Akhil Hayy,

    Sesapa yang tak puas hati dengan Akhil Hayy yang prasan bagus ni…sila email wecare@atsro.com.my dan mintak Astro Oasis “ban”kan Cafe Akhil Hayy yang kononnya memberi nasihat kepada muda-mudi kita…ikut perangai ketam pulak….mengajar anak berjalan betul.

    • kpd si anti akhil hayy… ni dia pro akhil hayy!! sebelum hang teruskan niat hati busuk hang nak jatuhkan ustaz keseayangan aku tu lebih elok kau beristighfar, bertaubat dan jumpa serta mintak ampun dan maap ngan ustaz sebelum izrail cabut nyawa kau tu! pasai tu lah astro penuh maksiat pasai ada golongasn mcm kau ni!! penakut! penggalak fitnah! ni lah jenis spesis baling batu sembunyikan tangan! ppuuiiiihhh!!!!

  24. Niza29,

    Kita belum tahu kebenarannya…kita mendengar dari sebelah pihak. Apa2 pun buat Ustaz Akhil..kalau niat anda tu betul..teruskan..tapi dengan jalan yg betul. Berterus terang dan bagi seadilnye kasih. Buat Pn. Maiza…bersabar..dan jgn mengikut perasaan..teruskan bersama ustaz..InsyaAllah..Allah akan buka pintu rahmat buat anda. Buat Waheeda..sy tahu anda x ada niat yg begitu..krn anda berdua mengasihi satu sama lain. Terimalah dia seadanya…dan banyakkan bersabar krn itulah tunggak kpda iman. Buat semua..Sama2lah kita berdoa..tidak ada penceraian antara mereka. InsyaAllah.

  25. salammm abang ismail itteww..

  26. baby,

    dunia oh dunia…nk ckp lebe2 ini rumahtgga org..tp apa yg masyarakat nmpk sekarang sgt la memalukn n menjatuhkn imej akhil sbg ustaz..tp mmg xsalah pun klu ustaz nk kawen lain sbb die mmpu..tp bia la adil klu nk berpoligami 2..xkn smpai dah xnk tgk seminit pun wajah isteri yg “lame” tue…xblk bebulan..xdpt dhubungi..tp bile “bom jangka” tu meletup bole jer hubungi waheeda..?ape kes??n waheeda pun ibarat da terkena “bom jangka” tu tu yg terpelanting dan melenting..klu awk di pihak yg benar..xperlu melatah..statement waheeda terlalu ego dan angkuh…klu pun ade kekurangan maiza dlm perkawenan mereka e2 bkn urusan awk…e2 la die mule2 kwn..pas 2 jd pendengar setia masalah rmhtgga org..pas 2 terjebak dlm rmhtgga org..pas 2 jd punca perceraian org…ini lah dunia………….

  27. cerita panas nie.

    nak tu gak update seterusnya. :D

  28. itulah dunia…..yang kita rasa tak logik..akan menjadi logik…
    yang penting skrg ni…mcm mana kita nak jaga keluarga kita…

    p/s : ada sesuatu yg aku boleh belajar dari post mael kali ini…tq

  29. angelface,

    later on if he married waheeda he will make her the most hated woman in Malaysia. hahahaha.

  30. mdnot,

    Kesian gak tengok anak bini dia, tiga bulan tak jumpa bapak. Takkan zalim sangat sampai cam tu..ini sah bala ni.. pasal langgar hukum …hilang anak hilang bini..

  31. bdak emo,

    wei korang x psl2 kutuk mamat ni knape..??
    ni bukan hal ruma tangga korang..
    suka ati la mamat ni..
    sebok la korang ni..
    bencik btul aq nengok..

  32. Hai…mcm2 sekarang ini
    dah nama pun artis….
    bawak2la…balik ke pangkal jalan..
    mayarakat dok perati aja

  33. loq,

    lol
    macam2 dah artis sekarang

  34. janda,

    suka hati la dia nak kawin lagi
    dah dia suka
    dah dia mampu
    korang dengki apasal ?

    • bukan dengki jadi persoalan, tapi pengakuan yang dusta dari dua2 pihak :) xde maknanya aku nak dengki.. ha ha

      • Khai,

        Entah! nak dengki apesal plak.. aduyai.. ada gak yg kasi komen macam tu.. kah kah!!!

        Jgn main cakap je “biar dia nak kahwin.. dah dia mampu”.. fuh!! cakap pandai la.. bayarkan bila berada di tempat Maiza dan anak2 diorang tu.. apa rasa?

  35. Tak baik bercerita tentang keaiban orang lain. Saudara Akhil & Waheeda mungkin ada cerita mereka sendiri. Bukan hak kita untuk menilai atau menghukum seseorang.

    Pada penulis blog, silalah cari isi yang lebih bernas. Topik macam ni tak lebih dari mengundang umpatan & caci maki sahaja.

  36. Akhil Hayy,

    DIA TAK SALAH…..SEBENARNYE SAYA YG SALAH……

  37. waheeda dan akhill? memang kegagalan epik. tepat.

  38. chii,

    tade manusia yg sempurna..dorang pun manusia biasa je..
    lgpun..tak dpt nak tentukan sape yg betul..n salah..
    lgpun br dgr dr side wife dia..dr akhil sendiri..lum di bongkarkan pape..

    ni yg payah jd org terkenal ni

  39. zetty_90,

    salam,
    pape jela..
    dunia glamour mmg pnuh ngn kontroversi.. :-(
    harp sumer bsabar ek..
    huhuhu…
    tp yg pastinya tak semua hamba allah ni perfect..
    igt! hanya rasul je yang perfect.
    ustaz pn manusia gk..
    waheeda n puan maiza tu pompuan.
    godaan tu de di mrta2..
    jadi,teguhkan jelah iman tu..
    pape pon aku ttp ska cara bsahaja ustaz akhill hayy tu..
    salam.. ;-)

  40. niza29,

    Kita doakan mereka dapat selesaikan masalah mereka bertiga…kita juga perlu muhasabah diri. Ingat…kita bukan hak sesiapa….HAK tu…Allah yg punya….biarlah dia uruskan UrusanNya…Tidak perlu mempertikaikan apa yg terjdi…DOA adalah senjata mukmin…berdoalah…salam.

  41. Syam,

    Akm semua. Polisi saya very simple. Selagi kita tak tengok depan mata apa yang terjadi, jangan terus percaya dan jangan terus tolak. Serahkan pada Allah dan doakan yang baik2 sahaja… Lagipun kita tak tahu apa sebenarnya yang berlaku. Hanya dengar cakap2 orang (reporter)… betul tak? Kawan2 semua? :)

  42. aku_aku,

    Waheeda masa Halim nak kat dia tak nak pulak. perempuan, perempuan

  43. apa perkembangan terbaru kisah ni ek? aku bukan la nak kata apa, akhil hayy ni pun tak kena la buat mcm ni, dia icon ustaz dowh, tak sesuai la. pastu buat muka selamber je.. panas je aku tgk

  44. SALAM.. PADA AKU, ORG YG PUNYA BLOG NI IAITU SI MAEL NI TAK LEBIH DRPD MENANGGUK DI AIR YG KERUH!!!!! maknanya.. u suka membuka ruangan komen ini utk org lain membuat pelbagai andaian! benar atau tak?!!! soo better u bertaubat dan jgn memandai dlm hal2 rumahtangga org lain! aku tetap sokong ustad rockkk!!!!

Add Your Comments

Required
Required
Tips

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <ol> <ul> <li> <strong>

Your email is never published nor shared.

Ready?