Kembali ke masa hadapan
- 59
- Add a Comment

Bukan tema Wordpress aku crash atau apa-apa. Aku sengaja switch ke tema yang akan pertama’nya kalian jumpa jika mula-mula ketemu Wordpress. Dan, malam ini aku mahu mendapatkan mood & keterujaan itu kembali. Melihat entri pertama di’publish dengan tema Kubrick. Tipikal tetapi menyeronokkan.
Hari ini, aku tak mahu cerita tentang teknologi, Advertlets vs. Nuffnang, Rumpun 2007, HappyPeople Media, Digg, Kevin Rose, Google vs. Yahoo, Wordpress ataupun permohonan aku untuk ke program Nescafe Kickstart musim ke-4. Itu semua aku tinggalkan sebentar untuk menjenguk sebentar apa yang telah hilang dari hidup aku.
Hari ini, aku keluar lagi bersama Eka. Kali ini atas alasan untuk meraikan hari lahir aku yang jatuh 14 Ogos lalu. Aku sebenarnya tidak teruja untuk meraikan hari lahir aku, aku lebih teruja untuk mengulangi apa yang telah hilang hampir setahun yang lalu. Hari ini sangat lain. Semester ini, ini kali kedua aku keluar bersama Eka, dan hari ini terlalu berbeza. Untuk pertama kali’nya dalam beberapa bulan, aku & dia mampu ketawa seperti dahulu.
Aku di’belikan sehelai kemeja hitam lengan pendek yang terlekat pada patung model itu. Aku pinta Eka pilih’kan yang lain, tetapi dia tegar dengan helaian yang di’pamerkan. Promoter di’situ dengan muka kelat menanggalkan baju pada model patung itu untuk aku cuba. Muat & kejap di’badan aku. “Macam model kan?”, soal aku. “Perasan!”, jawab Eka ringkas beserta cebikan nakal, dan kami ketawa. Akan aku pakai kemeja hitam lengan pendek itu ke Kuala Lumpur 25 Ogos ini.
Di restoran makanan segera kegemaran Eka itu, kami tunggu lebih 20 minit semata-mata Eka mahukan meja di’mana kami pertama kali duduk ketika keluar bersama 3 tahun dulu. Memesan menu yang sama, cuma kali ini, air berkarbonat bukan lagi pilihan aku. Milo ais lebih enak. Eka sering tarik muka jika aku nyatakan aku sudah tidak berminat dengan air berkarbonat. Tetapi, kembali manis jika aku belikan dia sebotol kecil Vanilla Coke. Itu kegemaran Eka sejak 3 tahun dulu.
Sepanjang perjalanan pulang, kami bersembang, kami ketawa lagi. Kami rungkaikan satu per satu kisah yang terjadi sepanjang 3 tahun. Sepanjang seminggu lepas. Kami bualkan tentang rakan sekursus kami yang aneh aneh. Kami bualkan tentang kerja tahun akhir kami yang tidak mengenal erti rehat. Kami bualkan tentang Proton Persona baru. Kami bualkan tentang diri masing-masing. “Kamu dah berbeza dari dulu…”. Aku tersenyum nakal tanda tidak setuju. Baju hitam polo yang aku pakai di’tarik tanda protes. “Haih, orang tengah bawak kereta ni…”.
Melihat Eka berjalan kembali ke blok kediaman, aku tertanya sendiri, setahun atau dua tahun dari sekarang, masih mampu’kah aku dengar ketawa Eka seperti hari ini?

59 Comments
Mohd Ismail
August 19th, 2007
at 2:59am
…kerna aku rindu… damn!
xeroxaven
August 19th, 2007
at 3:14am
kau mengingatkan aku perkara dahulu wahai mahaguru.. :( adeshh..
Mohd Ismail
August 19th, 2007
at 3:25am
ha ha.. malam ini adalah malam melayan perasaan untuk semua! ;p
xeroxaven
August 19th, 2007
at 3:48am
hahaha… :P
Fahmishah
August 19th, 2007
at 8:55am
preeet! preeet! Semoga panjang umur, dibuka pintu rezeki dah rahmat..ameen.
shambie adzhan
August 19th, 2007
at 9:17am
:) muahaha jiwang betul entri kali ini!
dem dem
beckzaidan
August 19th, 2007
at 9:40am
pergh. jiwang siut… aku ingat aku je jiwang bab bab cinta cinta ni. ahhaha.. ko ckp ari tu kan, time kita dating, aku ni tulis mcm merana giler…. ahahhaha… baru ko tau…
tahniah kerana anda juga adalah seorang manusia yang biasa, tidak lari dari perasaan cinta ini…
apa lagi, kahwin la. tapi ko jgn kahwin sblum aku, kang menimbulkan rasa tak puas hati plak, tunggu aku kahwin dulu…
ko kahwin nanti adverlets taja mungkin…
sankai
August 19th, 2007
at 9:53am
weii..korang nie..hero pun ada perasaan aper…tak percaya tengok la mana2 muvie hollywoood…setiap lelaki, pasti ada sorang pompuan di belakangnya….shrek yang ijau tu pun ada princes fiona yang lawa…..heehhehhe…
Wizurai
August 19th, 2007
at 10:28am
uhh, tiba² aku di bawa ke alam sedu-sedan…
p/s: mudah²an Eka masih mampu ketawa lagi untuk tahun² mendatang…
crynobone
August 19th, 2007
at 11:21am
Eka tu siapa sebenarnya?….
Rjuna
August 19th, 2007
at 12:31pm
Eka! Ekaa! Ekaaaa!.., rupanya Mael seorang jejaka juga, ku ingatkan lelaki separuh masa.
hafreze
August 19th, 2007
at 12:45pm
jiwang laa sket2..tp best gak kenang2 citer lama..ehek3
jowey
August 19th, 2007
at 1:25pm
Pergh…aku terasa berada di alam lain..hehe
Qai
August 19th, 2007
at 1:28pm
Memang Manusia Berubah. Tapi Tak Semestinya Berubah Terus. Hanya Masa Dan Keadaan Menentukan. Tapi Yang Aku Sangat Hairan Adalah Perubahan Mael. Mael Yang Aku Kenal Di Matriks Tiada Lagi Pada Diri Mael Sekarang. Kerana Tiada Satu Content Pun Menyentuh Tentang Datuk Siti Nurhaliza..
Hmm… Adakah Penangan Datuk K Sangat Kuat Mael??
mohdismail
August 19th, 2007
at 1:37pm
siapa mahu ketemu Eka di Rumpun 2007?
beckzaidan
August 19th, 2007
at 1:59pm
jgn bawak siut, bahya. aku predict, hampir 85% yg dtg rumpun adalah lelaki. percayalahhhhhh…
khai
August 19th, 2007
at 2:54pm
mael oh mael… cakap je la tu awek ko.. kan senang……
kalau x awek pon, aku tahu ko ade hati kat dia.. ngeh ngeh ngeh…..
psstt: ya! bawak ke rumpun.. ingin ku temu siapa wanita bertuah itu… ehehe..
Qai
August 19th, 2007
at 3:11pm
Bukan 99% Ke?
affuan
August 19th, 2007
at 3:59pm
Kalo aku jadik promoter tu, aku jelir je kat Eka. Haha.
Mohd Ismail
August 19th, 2007
at 4:26pm
huu.. siap ada warning bahaya tu dr Beck.. ha ha.. tp sungguh la, Rumpun nnt akan menjadi medan pertemuan jejaka2 Melayu terakhir.. ha ha
Mohd Ismail
August 19th, 2007
at 4:27pm
Siti Nurhaliza? siapa tu? ha ha… macam tak pernah minat dia je..
*itu dulu Qai.. itu dulu..
Mohd Ismail
August 19th, 2007
at 4:30pm
ha ha ha.. lelaki zaman moden yang kool harus ada perasaan terhadap bab2 cinta ni.. ;p
heh.. ko dah tunang dah Beck.. opss.. mesti la ko yang kahwin dulu..
ha ha.. Advertlets taja mendenya, aku nak kahwin naik satu pelamin dengan Josh.. *awek Josh Lim gadis Melayu beb..
hvm
August 19th, 2007
at 4:55pm
sama jekk dengan tema sebelum ni mael, ataupun mungkin aku yg tak sempat lihat. Eka bekas awek ko ke ataupun awek to be?
Mohd Ismail
August 19th, 2007
at 4:58pm
ha ha.. soalan yang bijak.. aku ada banyak tulis pasal Eka & aku sebelum keruntuhan databse mohd ismail dot com akhir tahun lalu.. dan aku tak dpat recover apa-apa.. hikmah’nya aku bermula lebih fresh & terarah.. haha
*jawapan’nya rahsia!
beckzaidan
August 19th, 2007
at 5:00pm
ahaha, aku ckp 85% tu, kasik dudes yg lain tak patah smgt. kang aku ckp 99% kang, semua tak nak dtg plak. aahahaa….
dtg la oi, jgn sbb nak jumpa pompuan je. jejaka mcm mail pun boleh tahan…
ahahahhaa…
p/s:- aku tidak menggalakkan seks sejenis…
beckzaidan
August 19th, 2007
at 5:01pm
camne nak buat databse backup ek? aku risau gak ni, byk ooo artikel. crash kang, nangis…
beckzaidan
August 19th, 2007
at 5:02pm
oh ye, aku cadangkan semua bwk sorang satu bendera kecik MALAYSIA. itu mandatori. sapa tak bawak, kita canai dia. ini adalah untuk meraikan juga bulan kemerdekaan. ok la kan, cantik la nanti bila snap gamabr reramai. amacam???
flisterz
August 19th, 2007
at 5:07pm
semalam aku bukak page ni, aku igt blog mail ade prob lah sbb guna theme kubrick.
haha
Mail, Eka bace x blog ni? pasti terharu. haha
ade ape2 ni :)
Mohd Ismail
August 19th, 2007
at 5:10pm
Beck, server HappyPeople Media di’backup setiap hari.. he he.. orang tua2 kata, belajar dr pengalaman.. insyaAllah, artikel2 nakal ko semua selamat..
Mohd Ismail
August 19th, 2007
at 5:12pm
Ya! cadangan yang cukup baik, dengan cadangan ini, aku assume yang ko, Beck, akan datang ke Rumpun bersama kamera DSLR ko.. haha
aku akan announce mende ni di entri seterusnya.. malam ini.. insyaAllah..
*kawan2 mari bawak bendera kecil…
Mohd Ismail
August 19th, 2007
at 5:13pm
Eka tak baca.. nanti kalo ko ada awek, ada baiknya jugak dia tak baca blog ko.. tanya Beck, dia tulis lg banyak mende camni ‘tuk awek dia.. try tny dia awek dia baca tak?
ha ha ha…
sankai
August 19th, 2007
at 5:31pm
hahahhhhaa~
yang ni aku setuju….aku pun sama…ada segelintir entry aku tujukan utk dia dan dia tak baca pon…hahhahhaaha…
Qai
August 19th, 2007
at 6:18pm
Mane Tau? Tah Die Bace Sesenyap Jek.. Heh..
Mael Takde T-shirt Khas Untuk Rumpun Ke? Takpun Banner Ke Bunting Ke Bagi Gempak Sket..
azwanhadzree
August 19th, 2007
at 6:20pm
:) terkenang kisah lama …
zaki
August 19th, 2007
at 10:48pm
woit….feeling siuttt…..takpe…semoga cepat kawin,..
crynobone
August 19th, 2007
at 11:17pm
Aku ok je, memang awek aku baca pon blog aku…
edt83
August 19th, 2007
at 11:18pm
disini terjawab semuanya beck…:P …segala yang kau rahsiakan dr aku…ahahaha..
muhdzahari
August 19th, 2007
at 11:36pm
teringat kat makwe la plak bila baca entri nih!
adila
August 19th, 2007
at 11:52pm
ingatkan tersalah masuk blog tadi…bila cek kat atas sana, memang mael .com :)…tapi..apa dah jadi…
mael feeling untuk yang sekelian kali…rugi gak tak dapat baca entri yang lepas pasal mael dan gadisnya Eka…
Mingu ni, dok habiskan masa nengok dvd prisonbreak…dan aku terperasan sesuatu dengan micheal scofield…adakah itu idola mael.com?
zanna
August 20th, 2007
at 12:04am
kte pn teringat kt pkwe kte..
ehhh..same la kte..
mael ni,wt kte b’jwa la plak wktu2 gni…
p xpe..best gk,kt ni ujn..
rnyai2 lak tu…sjuk jerrr
tengkiu mael,wt kte mgimbau sume kngan indah aku n dia…bhgie siot!!!
huhuhuuuuu..
zanna
August 20th, 2007
at 12:39am
mael..kte nk gk,jeles gk tau ble bce pge ni…lme dh xktawa bpok ni..heheheee..
mga ktawa bpok sokmo!!!
hvm
August 20th, 2007
at 1:33am
soalan yang baik, mukaddimah jawapan yang juga baik tp akhirannya biarlah rahsia :-P
hafreze
August 20th, 2007
at 1:53am
uish..pantang citer psl jiwang2..trus byk komen..nie baru bape jam jerk nie..cukup 21 hari…ntah bape ribu dh komen..miahaha..
beckzaidan
August 20th, 2007
at 8:35am
ahaha. persetankan la. itu merujuk kepada persetankan la oi… ko jgn serkap jarang omar…
beckzaidan
August 20th, 2007
at 8:40am
erk, jgn harapkan aku je. korang assing la org lain jadik photographer… aku tak suka amik gambar jantan. ahahahhaa… jahat aku…
beckzaidan
August 20th, 2007
at 8:41am
yeh, mmg awek aku haram tak baca. 6 bulan pisah tu, memacam aku tulis. tapi satu pun tak sampai kat dia. ahahhaa… baik sku sms je artikel aku tu kat dia, atau tulis surat pakai kertas tu. ahahha….
yg peliknya, byk lak jantan baca artikel aku tu. ahahaha
edt83
August 20th, 2007
at 11:46am
hahah beck bijak…comment smua da edit…smlm aku baca lain…ahahah biarlah rahsia..:P
beckzaidan
August 20th, 2007
at 12:08pm
jadah, mana boleh aku edit comment kalau dah lebi satu hari tinggal. boleh edit dlm 6 minit je kan?
serkap jarang tull ko ni omar…
Fahmishah
August 20th, 2007
at 12:18pm
aku sendiri x pernah jiwang2 dalam blog..haha
edt83
August 20th, 2007
at 12:21pm
hahah…spe ade dslr beck..ko sorg jek..yg lain kamera bodo jek…:P
edt83
August 20th, 2007
at 12:22pm
ko mmg impian setiap gay kt mesia ni kot beck…ahahahah
musnazdotnet
August 20th, 2007
at 12:34pm
giler tangkap lentok baca entry nih… terasa siap ada lagu background jiwang pulak….. “alah omak, kawinkan aku…” hu hu
beckzaidan
August 20th, 2007
at 1:04pm
dia nak tangkap lentok, skrg kena pakai lagu Anuar Zain - LELAKI INI…
perghhhhhhhhhhhhhhh…
mixterr
August 20th, 2007
at 3:54pm
awek ko ko ke mael eka tu.. gambar skit?? rumpun nanti jgn lupe bawak??
Nazirah Ashari
August 21st, 2007
at 2:19am
mael,
buat pertama kalinya aku akan cuba faham. sebab jujurnya aku faham jugak. kenapa ko tak nak move on dlm hal2 ni. kadang2 ke mananti tu, walau sakit, tapi kalau kau tau itulah masa depan, ko tetapkan akan sakit.ko takkan move on. ko biarkan je org nak ckp pe. aku faham. dr pemikiran seorang perempuan, aku rasa eka buat mcm ner dia treat ko bukan sebab kesian tp sebab dia memang syg ko lg. weyh, jgn turn back. jgn fikir nak move on pasal bender2 ni. tunggu dia weyh. tunggu.
p/s: aku mcm nak nangis baca. seyes.
p/s2: aku penah rasa.
p/s3: cuma aku terpaksa move on. Terpaksa.
beckzaidan
August 21st, 2007
at 8:42am
pasal entry ni, semua yg keras mcm batu, dah jaidk lembut mcm agar agar. jiwang semua. ahahhaa…
tapi takpe, ada tempat dan ada masa yg tepat.
adib.
August 21st, 2007
at 1:26pm
ermm..klu xisap rokok..leh laa nk sip sket..tp makan mesti masak sendiri…takkan nk makan megi ja..mesti buhsan kan..kekadang nk enjoy jugak…topup mesti masok erm…susah la…klu area kedah perlis maybe org kata agak berada la..tp kl mcm 5-6 ratus je..2pon xkire duit sewa rumah lg…adushh
Mohd Ismail
August 21st, 2007
at 6:48pm
aku cuba Nazz.. aku cuba untuk melangkah ke’depan & katakan pada diri, semuanya sampai di’sini.. tapi, satu satu benda jadi menghalang untuk aku terus ke’depan.. aku semakin yakin.. entah.. ha ha
:p
BAGAK
August 22nd, 2007
at 9:32pm
nasib baiklah blog masih tak wujud masa zaman percintaan aku dulu
kalau tak mesti mael.net tak boleh cari makan dengan kisah2 aku yang lebih sadis