Kita harus ada Apple Movie & Netflix versi Malaysia
- 21
- Add a Comment
Kelmarin, sedang aku duduk mengunyah kudapan di hadapan televisyen, salah satu stesyen televisyen percuma Malaysia menayangkan sebuah filem lama yang bertajuk ‘Baginda’. Adik aku bertanya, Baginda bukan’kah filem sudah lama & kamu sendiri berteka-teki tentang apa filem ini sebenar’nya. Oleh kerana kami tidak pernah menonton filem bertajuk ‘Baginda‘ ini, maka petang itu kami habiskan masa berlibur di’hadapan televisyen tanpa ragu. Filem’nya agak menarik walaupun aku rasa filem ini ada mencedok skrip filem remaja terbitan Disneyland.
Naik sahaja ke’bilik selepas itu, aku terfikir, kenapa Malaysia tidak mempunyai Netflix atau Apple Movie/TV sendiri? Aku cuba mencari jika ada laman web yang menawarkan perkhidmatan sewa filem atau DVD seumpama mereka di’luar sana. Tiada. Adakah kerana rakyat Malaysia bukan sebuah masyarakat yang suka menonton filem? Aku rasa tidak — panggung wayang semakin bercambah & kadar pengeluaran filem tempatan juga semakin laju.
Jika aku ada peruntukan yang besar untuk mengumpul semua tajuk filem yang pernah di’keluarkan di’Malaysia, pasti sudah aku mulakan satu perkhidmatan sewa filem seperti Apple TV/Movie atau sekurang-kurang’nya sewa DVD sepertimana Netflix. Jika ada yang menyatakan sewa DVD di’Malaysia adalah satu kerugian, membiarkan filem Malaysia di’cetak rompak & terbiar tanpa di’tonton adalah lebih merugikan. Filem-filem klasik terlalu banyak yang boleh di’tonton & aku tidak fikir rakyat Malaysia terlalu kedekut untuk menikmati filem-filem buatan Malaysia yang tidak pernah mereka tonton.
Seseorang perlu mula’kan pengumpulan filem terbitan Malaysia supaya generasi akan datang (seperti kes aku tadi) mengetahui sejarah perkembangan filem di’Malaysia — atau sekurang-kurang’nya mengurangkan kebergantungan ke’atas produk cetak rompak. Sila kredit kepada aku jika kau yang membaca entri ini akan keluarkan kertas kerja.

21 Comments
Hasbullah bin Pit
March 26th, 2008
at 12:42am
Polis yang datang melawat2 kedai DVD cetak rompak pasti akan diberi dvd percuma.
Mohd Ismail
March 26th, 2008
at 12:54am
senang cakap.. slogan baru polis hari ini akan sama je dgn yg lepas2 ye x? =)
*rasuah kecil tetap rasuah*
awqi_zar
March 26th, 2008
at 3:45am
orang malaysia tak sukakan dvd rent kot mael..mereka lebih sukakan torrent/DL..hoho..ape kate kiter wat channel sendiri mael..mcm kat http://www.ustream.tv/ ..syiok..ble buat mcm live.pirillo.com buat..recording lg..ngehngeh..
omarbahrin
March 26th, 2008
at 7:30am
filem2 lama banyak yang mempunya kualiti…dan mmg agak rugi jika generasi baru tidak berpeluang menikmatinya….
mau apple tv… mau ipod shuffle(mail nk kasi aku kan mende nih? :P)
tk2
March 26th, 2008
at 8:10am
Rent DVD?
Aku risau ramai yg pinjam dan terus buat harta. Zaman2 Starwars:Phantom Menace dulu ade gak kedai sewa CD kat area aku. Lingkup ma.
Apple TV?
Astro pun rasenye ade kasi servis yg lebih kurang. Tapi choices movie xbyk.
Harap maaf kalau komen aku ke arah (-)
kita
March 26th, 2008
at 8:11am
aku sendiri tidak berapa suka filem melayu modem,,kalau file melayu klasik aku memang suka..bukan menidakkan produk tempatan tetapi orang seni buat filem sekarang kejarkan pulus bukan kepuasan penonton pada pandangan peribadi saya ler
adek manis
March 26th, 2008
at 11:01am
nice layout! aku sgt suka..
Affuan
March 26th, 2008
at 1:51pm
aku sori tak tengok filem atau drama melayu. iklan sebelum keluar panggung bagai nak rak. kualiti dan tahap kepuashatian selepas menonton - membuat aku muntah, pitam - out terus. sejak itu, aku tidak lagi melihat cerita2 berunsur kemelayuan kecuali cerita2 p. ramlee dan sezamannya. noktah. hehe.
titan
March 26th, 2008
at 2:52pm
hehe..kalau ada. orang still suka cetak raompak dan dapatkan dari internet. barang free dan murah. Sape tanak kan..
Mohd Ismail
March 26th, 2008
at 6:24pm
kita pakai je ustream tu.. cuma kene sabar la dgn speed dia.. ha ha.. x pun, kita pakai ManggaOnline punya khidmat… ha ha ha
Mohd Ismail
March 26th, 2008
at 6:24pm
ha ha ha.. bak sini set kamera ko, dgn lens dengan beg suma.. aku bagi sebijik ipod shuffle… ha haha
Mohd Ismail
March 26th, 2008
at 6:28pm
eh x kesah.. itu namanya meneutralkan pandangan umum :) mungkin dulu, sistem x berkesan utk org takut nak simpan dvd/cd.. cuba kalo x pulang sekian2 masa.. terus kene blacklist…
sistem Netflix aku rasa berkesan — ko bayar untuk langganan sebulan — ko boleh pinjam 20 dvd sebulan — tiap kali pinjam 2 dvd — untuk pinjam seterusnya, kene pulang 2 dvd tu, pilih lain — xde org yg gamak nak lebur yuran bulanan dek kerana 2 keping dvd.. =)
astro ni mcm xde beza ngan tv biasa.. movie still masa fix.. kalo ade yg mcm apple tv, kita akan pick masa kita sendiri tuk tgk bila2.. :)
Mohd Ismail
March 26th, 2008
at 6:29pm
yaa.. gimme five! tp still akan ada org minat gak.. filem crap skang ni banyak box office apa.. ha ha
Mohd Ismail
March 26th, 2008
at 6:30pm
terima kaseh adek manis.. no hp atira ade? ha ha
KNizam
March 26th, 2008
at 8:55pm
aku setuju! memang kena ada satu. tapi kan filem2 malaysia ni kena la buat trailer yang gempaq sket. spend la something untuk dapatkan trailer yang bagus
awqi_zar
March 26th, 2008
at 9:12pm
ngehngeh..mael,ko wat la dlu..contoh mcm kat blog live.pirillo.com tue..hehe..
Khai
March 27th, 2008
at 6:50am
bosan plak bila tv3 ntah kali keberapa tayangkan cerita baginda tu. upenye ni 1st time ye ko nengok mael.. hehehe..
hurm, pasal idea ko tu, ape kata ko mulakan? errrr, salah tak kalau aku cakap rakyat malaysia x sanggup keluarkan duit untuk cerita low klass + x berbaloi dari Malaysia … so sad..
omarbahrin
March 27th, 2008
at 8:19am
hahah kalo camtu ko kasi iphone pon aku pikir 18ratus kali mail…lainlaa kalo ko sertakan ipod shuffle berseta model awek cantik dan comelnye skali…
ahahhaahhaha……….
xmindfreakx
March 27th, 2008
at 9:24am
ahaaaaaaaaa…sewa dvd..yearghhhhhhhhh….kita sewa…balik kta burn….sok lusa kita sewakan kat kengkawan plak…
Mohd Ismail
March 27th, 2008
at 12:37pm
aku yakin Netflix mesti ada teknologi dlm dvd tuk prevent org burn… ha ha..
Mohd Ismail
March 27th, 2008
at 12:38pm
bukan setakat duit Khai.. nak luangkan masa pun x sanggup… ha ha ha
*meh duit berbillion2, aku start arini gak..* =p