Kenapa Krismas lebih meriah dari Aidiladha

Semalam. Kelmarin mungkin. Aku terbaca satu kiriman SMS pembaca tabloid Kosmo! yang mempersoalkan kenapa di’Malaysia sambutan Krismas lebih meriah berbanding sambutan Aidiladha. SMS’nya berbunyi lebih kurang begini
Kenapa Krismas lebih meriah dari sambutan Aidiladha, ada sesiapa boleh perjelaskan?
Aku bukan pakar kaji trend sosial atau mana-mana pakar pemerhati alam, tetapi aku suka untuk menerangkan sedikit kenapa perbezaan kemeriahan ini terjadi supaya setahun dari sekarang, akan ada orang yang taip soalan itu di’Google dan jumpa sedikit penerangan dari aku.
Ini semua di’sebabkan oleh kuasa membeli. Tidak dinafikan, jumlah manusia yang (sepatutnya) menyambut Aidiladha adalah lebih ramai berbanding mereka yang merayakan Krismas di’Malaysia. Akan tetapi, kuasa membeli adalah lebih besar di’tangan mereka yang menyambut Krismas. Aku suka untuk bertanya kepada sesiapa yang musykil tentang fenomena ini, di’manakah kau melihat kemeriahan Krismas itu lebih terasa?
Shopping complex! Ya. Kemeriahan sambutan Krismas lebih terasa di’pusat membeli belah. Krismas di’rayakan dengan pemberian & pertukaran ribuan jenis hadiah yang bernilai kepada pengusaha pusat membeli belah. Di Megamall dan The Gardens, Midvalley yang aku kunjungi semalam, kemeriahan Krismas memang terasa. (Nota: Aku ke’sana bukan kerana sambutan Krismas). Dari sessi berjumpa Santa Claus sehinggalah jualan murah barangan untuk di’jadikan hadiah sempena Krismas, semua’nya kelihatan meriah & mentarik hati.
Sekarang kau bayang’kan jika pusat membeli belah mahu memeriahkan sambutan Aidiladha, di’tengah-tengah keramaian, mereka adakan sessi menyembelih seekor dua lembu dan di’ikuti dengan pengagihan daging korban kepada pengunjung pusat membeli belah tersebut. Adakah kemeriahan begitu yang kau mahukan?
Aidiladha, kemeriahan’nya akan terasa jika kau berkunjung ke masjid atau surau berhampiran & menikmati makna korban yang di’simbolik dengan acara penyembelihan binatang ternak. Solat sunat Aidiladha juga satu acara yang mempertemukan segenap lapis umat Islam yang merayakan Aidiladha. Semua yang hadir akan bergotong-royong pada hari tersebut & di’situlah kemeriahan akan timbul.
Popularity: 8% [?]
Comment by girl on 26 December 2007:
itu persepsi diorang.. Bagi aku, sambutan Eiduladha di negara kita ‘meriah’ dengan ‘cara kita’ sendiri. Malah aku rasa, umat Islam menyambut Eiduladha dengan cara yang sebenar berbanding sambutan Eidulfitiri.. Takde main mercun api, takde dengar lagu2 raya segala.. Rancangan-rancangan yang disiarkan pun menjurus ke arah keinsafan dan sesuai dengan makna sambutan Hari Raya Korban itu sendiri. Time Eidulfitri, lebih banyak hiburan dan percikan mercun api yang menghiasi hari raya tersebut. Dan kita katakan itu, MERIAH. Well, aku pun tgk jugak rancangan2 hiburan tu.. tapi kalau takde, aku rasa okay je.
Aku rasa sangat tak sesuailah kalau kita nak menyamakan kemeriahan Eiduladha dengan Krismas. Makna dan pengertian kedua-dua perayaan agama ni sangat berbeza.. ‘Meriah’ cara Kristian sambut krismas memang tak sama dengan maksud ‘meriah’ cara orang Islam sambut Eiduladha..
btw, nice blog u have here.
Comment by megat on 26 December 2007:
Siapa lah yang menghantar SMS tu yer!? Rasanya si penghantar SMS tu belum kenal adat resam sesebuah bangsa kat Malaysia ni kot!?
Comment by megat on 26 December 2007:
Dah jelas pun eheh.
Rasanya diaorang patut tahu lain agama, lain la kepercayaan dan sambutannya.
Comment by kita on 26 December 2007:
ermmmm …memang lawak ler orang yang hantar sms tu….kita raya bukan kat pasar raya tapi kita raya kat masjid n kat rumah muslim
Comment by novatech on 26 December 2007:
dia ingat raya haji ni marketplace kena gantung lembu ko…. macam krismas ada pokok tu kekeke
nak meriah balik kampung gi tempat orang menyembelih lembu la
Comment by manchurr on 26 December 2007:
“kuasa membeli adalah lebih besar di’tangan mereka yang menyambut Krismas.”
Aku sokong statement ko tu.. yang menyambut Aidiladha bukannya nak g shopping bagai.. dorg g masjid.. lawat sedara mara.. huhuhu sape la yg antar SMS tu.. dope betul la!
Comment by mazuhan on 26 December 2007:
lagi pon tokey pasaraya tu semuanya boleh dikatakan majoriti adalah penganut kristian .. jadi faham-faham sajalah.
Itu pon nak bising .. alahai manusia dah tak ada kerja lain
Comment by zaki blogjer on 26 December 2007:
mmg tepat jawapan ngko :)
Comment by Mohd Ismail on 26 December 2007:
Megat - sebenarnya org yg antar sms tu nak api2kan sesuatu.. ha ha
Kita - betul! dah itu yang asyik dia nampak… xpernah beraya korban agaknya
Novatech - dia takde kampung agaknya.. pure org bandar..
Mazuhan - ha ha.. penghantar sms tu bosan agaknya, then ada la setan2 nak cucuk berfikir yg bukan2..
Comment by Mohd Ismail on 26 December 2007:
Zaki - terima kasih, bape markah aku dapat ni? ha ha
Comment by mixterr on 26 December 2007:
btol tu.. raya haji pergilah ke masjid tentu terasa nikmatnye..dengar kedengaran takbir raya..
smart gambar tu mael.. tapikan kalo gi kat Pavilion Kl.. pokok krismas die lagi besar..pasti ko lebih tertarik..aku camera cap ayam pon xde nak amik aritu.. camera cap itik adela..
Comment by flisterz on 26 December 2007:
Mail mmg bijak. Kalau bagi org yg berfikiran sempit atau tipikal, mesti ade la yg nk salahkan pihak ni la, kerajaan la, itu la. Jawapan yg Mail sediakan memang tepat; yeah!
Comment by kambing on 26 December 2007:
biase r, diorang suke sambut besar-besaran
Comment by azwanhadzree on 26 December 2007:
dikampung aku meriah… dari pagi sampai petang menghantar daging korban dari sini ke sana. siapa yang nak sambut kat shopping kompleks tu silakan, aku lebih selesa di masjid bersama rakan-rakan
Comment by senyuman on 27 December 2007:
aku x sokong sms tu..sape kate xmeriah..kemeriahan bukan dirasa pd pencanangan oleh media tentang sambutan dan tentang bagaimana shopping complex take part dlm sambutan perayaan tu..tp bagaimana mereka yg merayakan itu menghargai dan melakukan amalan yg bersesuaian dgn perayaan yg dirujuk..kan raya haji meriah dgn Qurban, xkn nk soh MidValley gantung gmbr lembu kt mall dia
Comment by Qaiyum on 27 December 2007:
Yaa.. Tepat Sekali. Kat Masjid Kampung Aku Agak Meriah Waktu Solat Sunat Aidiladha. Tapi Yang Tak Berapa Sedapnya, Ianya Turut Di’meriah’kan Oleh Warga² Asing Yang Tah Dari Ceruk Mana Datang Dan Tak Dapat Dipastikan Permit² Yang Dibawa Adakah Halal Atau Tidak.
Hmm..
Comment by junaidix on 27 December 2007:
sebab owner shopping complex sumer sambut krismas.. huhu
Comment by catzer on 27 December 2007:
aku rasa meriah jerk,sana sini korban dilakukan dgn penuh meriah sekali. even aku just dok kat rumah jerk tp tetap dirasai bile aku lalu2 kat ngan masjid..
christmas?? aku peduli apa, ada org nak bg hadiah ke kat aku? :p
Comment by abdfatah on 28 December 2007:
dah itu derang punya agama. derang punya hari. derang laa yang meriahkan.
kalo nak lebih meriah lagi aidiladha ni kena buat laa apa yang sepatutnya dibuat dengan membuat korban di hari raya. jalan-jalan hari raya. sambut dengan sebaiknya… kira meriah jugak laa tu…
syaratnya kena ada lembuuuu…
nak meriah lagi datang laa ke pantai timur jika terasa kempunan kemeriahan hari raya aidiladha… kalo setakat secebis cuma lagu raya aidiladha kat corong radio apa maknanya… pengisian kerohanian yang disajikan dalam tv atau radio kiranya ada juga laa kemeriahannnya…
kenapa pula buat bandingan dengan krismas??
soalannya mungkin juga akan dicari dalam google suatu hari nanti… kenapa aidiladha lebih meriah dari krismas? sebabnya yang lebih mudah adalah peralihan bulan ke bulan… tahun depan awal sedikit dari krismas. dan tahun ini lebih kurang aje berdekatan dengan krismas. dan tahun seterusnya jauh lagi dari nak dekat dengan krismas. mungkin untuk tahun ini aje yang berdekatan bulan dan harinya… ada selisih kedekatan sedikit cuma.
lepas nih mungkin lebih meriah sebab ia dah jauh dari hari krismas. mungkin bberapa tahun akan datang ia akan muncul demikian rupa…jika kebetulan dengan soalan ini akan berbangkit lagi soalan ini….
lagi pun kemeriahan raya korban memang dah terasa dengan persiapan mereka yang mahu berangkat ke tanah suci. sebulan sebelum raya korban dengan persiapan yang rapi dengan duit tabungan dalam tabung haji yang mencukupi…. nak meriah macam mana lagi…?
kebarangkatan pergi mendapat liputan media dan juga keberangkatan pulang haji dan hajjah mendapat liputan media massa. itulah kemeriahan aidiladha… ramai2 pergi hantar dan ramai2 pulak sambut kepulangan….
Comment by abdfatah on 28 December 2007:
soalannya cukup menarik? soalan balasnya berapa lama lagi soalan beliau itu akan muncul kembali semula sekali lagi mael????
cuba teka bila….?
rasanya soalan ini memakan masa yang lama jugak… bertahun lama kena tunggu baru akan ketemu lagi soalan macam ni… rasanya takkan ada orang bertanyakan soalan itu lagi selepas ini …
agak2nya bila soalan ini akan muncul kembali…?
cuba try tengok dan buat kiraan kalendar berapa tahun lagi agaknya…? itupun kalo nak kira laa…
sepatutnya soalannya begini agaknya : berapa lama lagi soalan macam ni akan kembali muncul? ada sapo2 yang nak kira???
sebab utamanya aidiladha akan terus mendapat sambutan yang lebih meriah setiap tahun dengan cerita yang lebih menarik sebelum dan selepas menunaikan haji dan aidiladha akan terus mendapat catatan yang istimewa lagi dalam buku2 pengajaran dan pedoman kepada mereka yang lain yang akan menunaikan haji untuk tahun2 akan datang. lebih-lebih lagi jika pengalaman dari mael sendiri suatu hari nanti ke tanah suci mekah…
tak gitu tuan haji mael???
banyak pengajaran yang kita boleh ambil dari peristiwa bersejarah aidiladha itu sendiri. kenapa nak fikirkan meriah atau tidak aidiladha itu berbanding dengan krismas?
aidiladha sudah semestinya telah tersedia akan kemeriahannya yang tersendiri… rasainya dengan penuh kesyukuran…
Comment by melayubuntu on 28 December 2007:
erm…paklah buat perutusan utk Xmas, tapi xbuat utk raya haji.. fuhh..
Comment by Truckster on 28 December 2007:
kat area kg. aku…kelantan & trgganu Raya Haji memang meriah…mungkin tidak ramai orang yg menganut agama kristian kat sini…dan Aidiladha jugak bleh dikatakan meriahnya sama ngan Aidilfitri dgn anak2 perantau pulang ke kg. dan berbagi lagi event yg menarik…
mungkin area2 pantai barat especially KL sudah convert menjadik lebih kebaratan dari ketimuran?? mungkin???
Comment by Rahimi on 29 December 2007:
Diorang silap. Asal nama raya je, semua orang gumbira. Rayalah katakan. Diorang jeles diorang tak leh enjoy hari raya. Yapeda!
Comment by NoktahHitam on 30 December 2007:
sembelih tgh2 shopping complex, ko mmg kelakau. hahaha.
kite dah ade hari raya aidil fitr sudah la. plus kt tanah arab pon tak celebrate hari raye.
lagi satu christmas org bagi hadiah, mane tempat nak beli hadiah? kt shopping complex la.
aku terimagine camne la rupe klcc bile org buat gotong royong sembelih lembu kt concourse tu, sure hanyir semacam klcc.
Comment by rightbrainer on 30 December 2007:
kesimpulannye, yang antar sms tu tak pi masjid kot :p
Comment by silentleo on 30 December 2007:
Yeke? Hari raya dapat duit raya. Kristmas dapat hadiah..
Hari Raya 1 bulan..kritsmas 1 hari je..
Hari raya ada aidiladha dan aidilfitri, khristas ada merry chritsmas dan eve chritsmas..
So, hari Raya still the best !!
Comment by abdfatah on 3 January 2008:
terbaik di dunia dan akhirat sehingga zaman berzaman… kalo taknak fikir pasal pahala aidil adha tak payah nak sambut raya laa…