Kenapa saya perlu gunakan Mozilla Firefox?
- 35
- Add a Comment
Ini entri rasmi pertama yang tertakluk di’bawah kategori Tanya Mail! Memandang’kan hampir setiap hari aku menerima e-mail dari pembaca, penggiat forum, & juga mereka yang tersesat ke’sini bertanya tentang pelbagai perkara, Tanya Mail! menjadi satu platform alternatif buat mereka yang rindu’kan konsep Professor Serba Tahu yang menjadi rujukan para remaja suatu masa dahulu. Apa punya Professor Serba Tahu la, tak into betul aku.
Pernah dengar AskDaveTaylor.com? Dia guru internet & teknologi, aku bukan sesiapa, tetapi jika kau bertanya soalan dan aku tidak tahu, aku tidak segan silu untuk berusaha mencari jawapan. Itu aku.
Sebagai pembukaan, Yattie yang menggunakan Internet Explorer buat sekian lama bertanya’kan tentang sebab kenapa dia perlu bertukar ke Mozilla Firefox & tinggal’kan Internet Explorer(IE) buat selamanya.
Untuk Yattie & semua yang masih mengguna’kan IE, aku akan pastikan kalian bertukar ke Mozilla Firefox di’akhir entri.
Yattie, IE di’akui masih browser platform yang paling ramai pengguna’nya di’seluruh dunia. Ini kerana IE datang sekali dengan Windows yang kita beli(pirate?). Situasi begini memudahkan IE di’kenali & di’gunakan dengan meluas. Hal ini juga membuatkan Microsoft leka dengan perkembangan web seluruh dunia & demand dari pengguna. Banyak feature yang pengguna mahu’kan tiada dalam IE. Bill Gates tidak peduli sebenarnya tentang ini, IE tetap akan terjual dengan sistem Windows mereka.
Mozilla Firefox adalah perisian sumber terbuka. Mudah di’dapati & yang paling penting percuma. IE sebenar’nya pelu di’beli, ya, kerana datang dengan segumpal OS dari Microsoft. Mozilla Firefox di’edarkan secara percuma atas kesedaran pihak tertentu yang mahukan revolusi dalam cara manusia melayari internet.
Di’sini aku senaraikan sebab-sebab kenapa Yattie & lain-lain perlu beralih kepada Mozilla Firefox.
Simple is Beautiful
Mozilla Firefox jauh jauh jauh lebih simple berbanding mengguna’kan IE. Menggunakan IE adalah seperti proses membuat kad pengenalan di Jabatan Pendaftaran Negara & menggunakan Mozilla Firefox adalah seperti membeli sebungkus Twisties di kedai Mamak.
Download List
Pernah dengar ‘Close this dialog box when download completes’? Kalau kalian tick di’IE, maka selepas proses download tamat, maka kalian perlu mencari di’mana duduknya file tadi di’dalam PC. Dengan Mozilla Firefox, mereka sediakan satu list tentang item yang kita download supaya kita tidak tersesat jalan. Aku suka!
Pop-up all around
Sedang membaca Mohd Ismail dot Com, satu pop-up laman web lucah muncul entah dari mana. Ketika itu juga, boss ada di’belakang. Ha. Baru kau sedar yang kau sedang guna’kan IE. Ha ha. Padan muka. Mozilla Firefox akan block segala jenis pop-up dari muncul tidak tentu pasal. Termasuk’lah pop-up ketika membuat online banking.
Sumber terbuka
Seperti aku kata’kan, Mozilla Firefox adalah sumber terbuka & percuma untuk semua orang. Sokong’lah sumber terbuka untuk pembangunan web tanpa batasan. Bill Gates, Paul Allen & Steve Ballmer cuma mahu’kan duit poket kalian.
Plug-in, theme & extension
Ada plug-in untuk IE, tapi semuanya tidak mendatang’kan faedah secara langsung kepada pengguna sejagat. Mozilla Firefox menyediakan satu laman khas menempatkan semua plug-in & theme yang boleh di’install secara terus di Firefox Add-Ons.
Mozilla Firefox Rocks!
Sudah, download saja Mozilla Firefox di’sini & rasai dunia melayar internet yang lari dari norma & dogma Microsoft.
Apa kata mereka tentang Mozilla Firefox?
“Every time you use Firefox, you’re helping to support the Open Source movement.” - InsaneCats.com
“Experts say 80% of spam comes from hacked PCs. Firefox has much better security, so your computer will get hacked less. Do it for the children, the children! (caveat: reducing Viagra spam may also reduce total number of children.)” - KillBillsBrowser.com
“Faster and much more secured” - IT Guru Forum
“Saya suka Mozilla Firefox!” - Mohd Ismail
“aku makin syg kat Mozilla Firefox (perlu ke aku sbut penuh²?) ahaha..tima kasih kerna memperkenalkan kekasih br aku tuh..” - ermm.. Yattie.
Next in Tanya Mail! - Web statistik, mana satu yang tepat?

35 Comments
Yattie
June 9th, 2007
at 12:11pm
Ho yeah…
terima kasih byk2 kt maiL..
baru celik mata aku dan luas minda aku bila baca post kau ni.
dan terima kasih la lagi sbab aku makin ‘giler’ bab2 IT ni sejak baca post2 ko..
x sia2 aku dok umah saje tnpa bekerja :)
Dan terima kasih la sbb penuhi request pertama aku utk Mozilla Firefox :)
Kumprinx
June 9th, 2007
at 12:43pm
dude..
dah up Firefox ni letak-letak la refferal button.
kasyah
June 9th, 2007
at 2:36pm
a’a bro..letak-letak la. masyuk sikit income :P
abdfatah
June 9th, 2007
at 2:55pm
kalu gitu tinggalkan aje IE, gunakan sepenuhnya MFF tu untuk layari internet dengan lebih tersusun… hahhaa
shutterspeaks
June 9th, 2007
at 2:57pm
Professor Serba Tau, sejak ujang lahir, aku dah x beli gila gila, sejak ujang keluar dari ujang, ujang pun aku dah x beli.
abdfatah
June 9th, 2007
at 3:06pm
pasnih bleh la en. mail buat komik pulak yer. nanti ramai jugak yang akan bawak trafik kat sini… semata-mata nak baca komik online…
maka kisah yang selanjutnya….bersambung minggu hadapan.
skang nih MST online… hihi
saharman
June 9th, 2007
at 3:29pm
Terima kasih Mail atas toturial tersebut. Aku ingatkan kau acah aje pasai nak buat “Tanya Mail ” nii…rupanya betul betul…. Apa apa pun aku dah lama gunakan Firefox nii. Teruskan tutorial kau itu sesungguhnya ramai pembaca blog kau nii mendapat manfaat …cuma aku rasa ramai yang malu nak beri komen dan bertanya jee. Aku salah sorang yang tak malu bertanya kau haaa…..
WaWa
June 9th, 2007
at 7:02pm
entri pertama untuk kategori Tanya Mail? wah.. bagus2.. kpd sesapa yg blom pakai Mozilla Firefox, reti-retikan la untuk berhijrah ye..
azwanhadzree
June 9th, 2007
at 8:10pm
Bukan sahaja Mozilla, lupakan terus outlook express dan pindah ke thunderbird?
Mohd Ismail
June 9th, 2007
at 8:28pm
kalau’lah aku pandai melukis komik.. he he
Mohd Ismail
June 9th, 2007
at 8:29pm
percubaan untuk menjadi tukang jawab soalan.. ha ha.. insyaAllah.. selagi termampu, aku akan terus & terus tulis lagi.. oh yeah!
cake
June 9th, 2007
at 9:31pm
benci tgk design blog cake jadi tunggang terbalik dalam IE. dahla 50% dari visitor pakai IE.
harap2 dengan entry nih bleh la tambahkan peratus pengguna firefox yer yg rasanya dah ramai tapi web statistik membuktikan sebaliknya. huhu
mixterr
June 9th, 2007
at 9:45pm
yeahh.dah xperlu kate ape lagi ngn musang berapi ni… ia mmg bagus… ia support CSS, IE tidak !!!! good post bg ilmu org yg belum tahu lagi…
Wizurai
June 9th, 2007
at 10:52pm
sumber terbuka… ye, aku suka yg tu…
sekurang²nya tak perlu terjebak dgn lebih serius benda² pirate ni…
dan Mozilla Firefox ada FireFTP…
tk2
June 9th, 2007
at 11:23pm
satu benda yg aku xsuka firefox;makan banyak
Nasir
June 9th, 2007
at 11:39pm
Happy Netscape (Navigator/Communicator)->Mozilla->Firefox user since 1993…
Forced at one time to use MSIE (and Avant Browser) when Windows were starting to dominate the world (1998-2003), but as soon as Mozilla gets truly indy (from formerly excessively commercial under Netscape/AOL) and stable, I’m back to become a loyal fan of the original Web browser… (traces its roots back to NSCA - Marc Andresen etc — MSIE too, which was originally based on NCSA Mosaic, but have been changed to much, and made to be real bloated like IE7 today).
Gmail works well under Firefox, so no reasons to stick with OE/Outlook or even Thunderbird anymore for emails. Happy Gmail user for nearly three year to-date too.
Yattie
June 10th, 2007
at 12:01am
tp kan mail..nape yer aku xdapat dgr background music kat blog n myspc aku lpas aku guna Mozilla firefox ni?
tumpanglalu
June 10th, 2007
at 12:33am
mmg xdpt dinafikan firefox adalah lebih byk kelebihannya dr ie cuma aku rasa dr segi kecepatanya utk quick load sesuatu page agak perlahan berbanding ie. ie akan terpapar *Done di status bar dlm kadar sesaat dua lebih cpt dr firefox. cuba kalian buka both browser, resizekan agar berkedudukan sbelah menyebelah dan sterusnya buka webpage baru yg blom penah kalian buka menggunakan both browser td. (ok di cni pastinya kalian perlu klik dlu salah 1 dr both browser td yg mana ia smestinya akan mengurangkan sesaat dua tempoh page load yg 1 lg so oleh kerna firefox adalah tajuk utama isu ini maka kalian bolelah klik dlu firefox dan dgn sepantas kilat kalian trus klik pula ie). maka bermulalah cabaran masa digital utk both browser td. perhatikan browser yg mana dlu paling cepat fully load. jawapannya nnti kalu xkeberatan tlg state kt cni ya (bole kot noo mail guna sat ruang komen hg ni utk hal yg mcm ni). kita kongsi ilmu bersama. namun di cni ingin aku tekankan, proses laju/perlahan both browser ni adalah berdasarkn pengalaman aku semata. ia tiada disokong oleh mana2 pihak berilmu. aku cuma mahu berkongsi info dan pengalaman. sekian aku merapu..
WaWa
June 10th, 2007
at 1:17am
dan benci juga kalau ada website yang jadi tunggang terbalik bila tengok dalam Firefox.
zaki
June 10th, 2007
at 1:23am
pakai firefox rock…
itu je aku nak cakap….memang best
wenkt
June 10th, 2007
at 2:14am
ahaks…
mana ada wan jadi pembaca silent reader.. heheheh
u je yg silent reader kat my blog.. hahahah
mmg dh pakai Mozilla sejak berpuluh tahun yang lepas.. sbb komputer satu lagi pakai LINUX, then best lak… heheh… so, semua comp pakai Mozilla
tapi still tak puas hati apsal setengah org degil nak pakai IE n bukan byk2 window. pakai tab dah laaa….
flisterz
June 10th, 2007
at 9:47am
ya aku pn pnah perasan perbezaan kelajuan load tu. mmg ie load lebih cepat skit berbanding FF. IE pn macam byk guna cache utk load. kadang2 refresh pn still amik from cache walaupun page tu sepatutnya da berubah.
aku hanya suka simplicity dlm firefox.
dan semua2 function yg telah di cover oleh mail kat atas.
bagus mail!
flisterz
June 10th, 2007
at 9:53am
mereka masih guna IE sbb tiada kesedaran. ni lah fungsinya entry mail ini :) heh
aku pn pelik, dekat lab2 computer campus aku, seua install IE. bile student install FF, mula lah dorg block sini situ. yg pandai berfikir, bawak portable ff dalam pendrive.
hurm ape yg mereka x suka sgt pasal ff ni confius.
Kasyah
June 10th, 2007
at 12:02pm
nanti korang dah install firefox, kasi lagi laju musang tu install la fasterfox kat http://fasterfox.mozdev.org/ . mahu meletup musang tu..hehe. lagi satu install la firefox preloader . cari di google ye. :P
Kasyah
June 10th, 2007
at 12:05pm
nanti korang dah install firefox, kasi lagi laju musang tu install la fasterfox kat fasterfox.mozdev.org . mahu meletup musang tu..hehe. lagi satu install la firefox preloader . cari di google ye…nanti cepat je die loading :P
CypherHackz
June 10th, 2007
at 5:44pm
weh mael… banyak giler spam kau kene. kill! kill! die! die!
btw aku lebih prefer opera coz lagi laju dari firefox. cume yang kurangnye adalah die takde extensions. hurm…yang tu yang tak best tuh.
tumpanglalu
June 10th, 2007
at 6:54pm
kwn2 bole juga dptkn info perbandingan browser antara firefox vs ie vs opera vs safari di cni:
Firefox vs. Opera vs. Safari
pastikan kalian baca smpi ke page 9..
flisterz
June 10th, 2007
at 7:06pm
haha nnt spam tu dpat jadi top comentator :D
btw mail, adakah aku sorg je yg asyik xleh access basecamp tu. asyik down je time nk login. hurm
tumpanglalu
June 10th, 2007
at 8:08pm
fasterfox adalah bagus cuma firefox preloader aku blom cuba sbbnya bila baca review2 pihak berilmu luar sana, ada yg menemui penemuan beberapa kesilapan task telah dikesan beroperasi in the background. mungkin skit masa lg mozilla dpt perbetulkn keadaan. “better safe than sorry” quoted.
juga ni aku baru terbaca info http://www.pcworld.com/article/id,132398/article.html pasai hackers boleh hijacks pc dgn firefox ad-ons.
nway mail lekaih buat ruangan Tanya Mail tu. mmg idea yg ckup bernas =)
adi
June 12th, 2007
at 2:44pm
assalamualaikum
first.. tahniah pada bang mail cos adakan artikel ini .. sekurang kurangnya orang kita buka minda seluas luasnya.. bahawa ada lagi banyak browser selain IE..
memang mula mula guna rasa janggal. .. tapi insya allah … semua tu akan hiang bila dah lama guna..
satu lagi bang mail.. minta bang main tlg promotekan lain lain produk open source seperti Inkscape, Gimp, Scribus, OpenOffice dan sebagainya…
Mohd Ismail
June 12th, 2007
at 3:51pm
waalaikumsalam :)
first.. aku baru berumur 21tahun.. kalaupun Adi berumur 12 tahun, jangan panggil aku abang.. aku tidak setua mana.. kita kawan2.. *ha ha..aku takut nnt ade yg panggil aku Pak Mail.. Aznil boleh la..
ermm.. Adi cakap ape td? owh.. moga2 begitu la.. semoga orang ramai yang masih gunakan IE berhenti berharap.. gunakan Firefox atau tunggu Safari dari Apple stable version punya.. :)
berkenaan Adi mintak aku review open source product tu, boleh.. momantai.. tapi aku perlukan masa.. ini hari pun aku tak sempat nak update blog.. terima kasih Adi kerana ke’mari.. maaf aku tak sediakan air sirap atau apa.. Milo pun Dapi da abeskan.. ha ha
:)
BAGAK
June 12th, 2007
at 8:46pm
Aku dah cerai talak 3
IE. Memang tak best walaupun IE7
Blog pun jadi tunggang terbalik.
jejaka
June 13th, 2007
at 12:43am
well sy guna avant.. ianya lebih user friendly dan mmg memudahkan kita dlm membuat ’surfing’ namun terserah kpd kita semua dan spt sedia maklum ie mmg xbgs untuk kita surfing dgn ciri2 security yg blh dipertikaikan!!!
adi
June 13th, 2007
at 7:58am
zha shang how ( selamat pagi )
bahasa mandarin “momantai” …sebenarnya ejaaan dia “bu man tai”. tapi bunyi dia “mumantai”
bumantai = tiada masalah..
draxter
June 16th, 2007
at 7:28am
Aku dah sekian lama gunakan firefox yg best ni, tapi rosak pulak (crash), Dah berulangkali aku instal - uninstall tak menjadi. Sekarang tgh guna Maxthon + Opera, Safari tak ok la.