Kenduri kahwin aku pergi
- 32
- Add a Comment

Semalam, aku ke kenduri kahwin abang Eka, Refnaldy. Hujan renyai-renyai mengiringi kedatangan kami. Aku makan hidangan yang di’sediakan tanpa mengenal rasa malu kerana perut sudah kelaparan sejak pagi. Hujan & cuaca sejuk menjadi pemangkin selera aku tengahari itu. Dua ketul ayam bersama sesenduk rendang tok cukup membuatkan perut aku berlagu kekenyangan. Terima kasih tuan rumah. Foto banyak aku ambil, tetapi tidak lepas standard untuk tontonan awam. Wedding lain kali mungkin. Mempelai memakai persalinan adat Minang yang pertama kali aku lihat di’depan mata. Kool!
Perhimpunan haram memang trend semasa ye di’Malaysia? Semalam peguam-peguam berarak secara haram sempena Hari Hak Asasi Manusia Antarabangsa. Walaupun Majlis Peguam mengumumkan pembatalan, masih ada peguam yang ingkar dengan arahan. Mereka itu peguam bukan? Kasihan. Boleh’lah selepas ini semua peguam menyalahkan pihak polis & kerajaan kerana menangkap mereka yang ingkar arahan. Mereka ‘kan peguam yang bijak-bijak belaka.
Aku berminat untuk sertai perhimpunan minggu hadapan jika ada. Mungkin, perhimpunan secara aman menuntut keadilan atas insiden tangkapan Muhamad Sabu. Mungkin juga perhimpunan aman menuntut harga PSP (PlayStation Portable) di’turunkan supaya semua rakyat Malaysia mampu memiliki’nya dengan mudah & adil.
Anda mahukan sesuatu? Penyelesaian’nya adalah dengan berhimpun. Tahniah rakyat Malaysia!

32 Comments
beckzaidan
December 10th, 2007
at 3:54pm
ahaha, tetiba je. ahaha…
aku kalau buat tuntutan, aku nak mansuhkan duit hantaran…
biasa la, rakyat malaysia lebih suka buat benda tu dari duduk rumah layan mak bapak, anak bini. suka diaorang.
plus, lepas ni, kalau ramai org kena tangkap, so byk la job untuk peguam-peguam ni nak bela org org kena tangkap/bicara ni…
logik gak…
wow. aku bijak…!
akusape
December 10th, 2007
at 4:06pm
aku bosan ngan perhimpunan haram..
Wizurai
December 10th, 2007
at 4:11pm
huh, kalo tak silap aku, semalm banyak gambar untuk entree ni…
azraai
December 10th, 2007
at 6:19pm
eh. aku tunggu mereka yang berbaju celoreng berarak, berdemonstrasi, dan berkawat ke putra jaya sambil memegang senjata yang sudah siap disedia utk ditembak. ditambah pula dengan kereta perisai sudah lengkap dengan machine gun yang mampu memuntahkan 4000 butir peluru. Pesawat MIG-29 dan Sukhoi menembak satu bilik penting di tingkat 4 putra perdana?
bila ini akan berlaku?
dan lagi menarik baju celoreng itu diganti dengan baju merah
alzack
December 10th, 2007
at 6:35pm
Musim kenduri ni akan slack kalau hujan. Tapi takleh salahkan kehendak Allah. So, sesapa yang nak kawin, moral dia set kan time kahwin tengah tahun dan bukan akhir tahun time musim banjir.
Nasib baik time aku kawin dulu kering kontang
alzack
December 10th, 2007
at 6:40pm
Perhimpunan so call haram camni, ada yang aku sokong dan ada yang aku tak sokong. It depends.
Aku sendiri pernah ikut perhimpunan aman tahun 1994 lepas depan mahkamah KL tu sempena memboikot kedatangan pemain kriket israel ke Malaysia. Takut masa tu sbb masih under biasiswa…kang tak cover diri sendiri kena tangkap masuk kamunting payah pulak…nasib baik aku sempat cover line….walaupun ada FRU dan M16 semua tu, aku tetap bersama menegakkan apa yang benar…Time, tu terpaksa ponteng kelas la, bini aku yang sign attendence…he he///
Tapi pasal lawyer buat perhimpunan, itu mesti ada something henky pengky going on….tak kan orang yang bijak pandai macam lawyer saja2 buat demo….They know something is not right…
Yang penting, kerajaan perlu bijak dan lebih ADIL, dan telus….dan amanah…Wallahua’lam….
zik
December 10th, 2007
at 7:04pm
Betul, sesuatu yang tidak kena. Kalau MI berada dalam kerajaan.. atau seorang penjawat awam (gred pertengahan atau profesional) memang ada tidak kena! Walaupun saya bukan penjawat awam tapi memang ada maklumat. Kalau selongkar nota penting kerajaan pasti akan ketemui bukti benda-benda yang mereka-mereka ini panggil corruption! Sebab itu DSAI masih berani bangkit sampai sekarang. DSAI bekas no.2 atau no.3 (Raja sepatut no.1) jadi beliau tahu banyak. Tapi saya memang kurang berkenan cara pembangkang. Macam MI juga ada patut disokong ada tidak.
pemerhatibebas
December 10th, 2007
at 7:48pm
ini mcm gerakan dalam rancangan ni. baik baik sikit bila berangan, boleh diambil kira sebagai satu percubaan dan rancangan jahat. harap-harap, tidak disalah anggap.
aku berangan satu hari, polis dan kerajaan buat tak tahu je kepada mereka yang berhimpun ni. lepas tu tgk aftermath, kalau aman, aman la, tapi selalunya tidak.
mcm kambing atau lembu, kalau biar meragut rumput, dijaga, terkawal la padang rumput, kalau tidak, pasti ada yang melencong ke padang milik orang lain dan buat kerosakan. pasti. lagi lagi, dengan jumlah ekor yang banyak.
haih. politik jalanan akan jadi trend bila dekat pilihanraya. harap kalau perkara ini melarat dan membahayakan rakyat semua yang hidup dalam paranoia, akan wujud pula gerakan lain, yang menentang perhimpunan haram yang datangkan mudarat ni. bila polis ambil tindakan, ckp polis guna kekerasan. tapi amaran sudah keluar, dua tiga hari sebelum perhimpunan pun sudah keluar amaran, tapi rakyat bijak kita mengendahkan amaran, tanda mereka ini hebat, undangundang tak dpt sentuh, sebab mereka kononnya “SUARA RAKYAT”.
dalam kita sibuk kisah pasal perhimpunan haram, anak bini kat rumah, takde sapa nak tgk. bangsa lain gelak gelak tgk kita porak peranda.
suka?
beckzaidan
December 10th, 2007
at 7:49pm
kahwin time hujan la best.
mijie
December 10th, 2007
at 10:44pm
sekarang nitgh banjir,yg dtg ke majlis kenduri mestilah x brapa slesa…tp yg bestnya pengantin la hujan2 ni sejuk..ada alasan kukuh…nak terperap dlm bilik…huhuhuhu…anda semua jgn fikir bukan2
Mohd Ismail
December 10th, 2007
at 11:05pm
ha ha haaa.. Beck, kau setkan tarikh kahwin kau dgn bomoh hujan nnt.. ha ha
Mohd Ismail
December 10th, 2007
at 11:06pm
ya ya.. terperap di’bilik bukak hadiah dr kawan2 dan kaum keluarga.. ya ya..
azraai
December 11th, 2007
at 12:47am
perhimpunan bersih hari tu Kereta Perisai RAMD dari Kem Sg. Petani standby di Kem Sg. Buloh dan Sg. Besi. Kenapa?
Qaiyum
December 11th, 2007
at 1:35am
Apesallak Tak Leh Berhimpun? Boleyje. Tapi Berhimpunla Kat Kenduri Kawen. Banyak Kenduri Skang Nih. Lagi Best.. Makan Free Perut Kenyang Suka Hati Sambil Mengeratkan Silaturrahim Ngan Sedara Mara. Kan Berhimpun Namanya Tu..
shadowX_19
December 11th, 2007
at 2:33am
secara keseluruhannya perhimpunan haram ni memang menyusahkan rakyat malaysia dan aku sendiri sebab ade saje roadblock yang dibuat di jalan raya termasuk highway. tension tul kalo tersangkut kat jalan raya yang berjela2 panjangnya.
mengenai perhimpunan tuk turunkan harga PSP tu aku sokong. hahaha. mahal sgt..
beckzaidan
December 11th, 2007
at 8:34am
ini korang kena piket depan SONY center… ahaha, tapi aku tak rasa mereka akan layan. beli kat JEPUN la wei, PSP tak terikat dengan masalah region. semau region leh main, kecuali UMD MOVIE. so ap alagi, carik DUEZ dan pesan secara bulk. ahahhaa…
adib.
December 11th, 2007
at 2:12pm
yeah..aku setuju…ko ada mata..bawa lah ia..dan pertontonkan kepada kami..bagaimana situasi sebenar..mengenai PSP aku juga setuju..arrghh…apakah malaysia ini???kita mahukan aman..perhimpunan kita aman.FRU dan POLIS laa yang buat kacau..tembak gas pemedih mata..pasal tu laa semua manusia lari lintang pukang..
p/s:maaf kalau over..inikan komen
azraai
December 11th, 2007
at 4:54pm
adalah lebih baik perhimpunan utk turunkan harga game bagi console, portable, dan PC.
lagi bagus. gadget mahal takpe. tapi biar games tu berpatutan.
neutronics
December 11th, 2007
at 6:09pm
cakap pasal kawin..ko ble lagi? :D
Aku pun rasa diorang tu nak harga PSP murah la… xpun diorang suruh keluarkan PSP2 cepat!
Aizat
December 11th, 2007
at 7:56pm
kat lowyat takde dah DVD dame pirated. hehehe. Kat tempat lain ada lah. PSP ? best gile. Aku bercadang nak rembat sebijik. Bape harga sekarang?
musnaz
December 11th, 2007
at 9:47pm
ha ah lah! sebenarnya hampir setiap hari ada perhimpunan haram jadah. Tapi yang paling grand setiap malam cuti umum lah. “perhimpunan haram jadah mat rempit”
omecool20
December 11th, 2007
at 10:29pm
Beginilah, bila korang dah kerja dan merasa dunia sebenar dalam 2, 3 tahun lagi .. korang akan faham sikit tentang perhimpunan haram yang berlaku akhir2 ni.
Kita worried tentang masa depan anak dalam Malaysia.. korang ngomel2 tentang PSP. Itu gula2 .. ala2 AF.
Wizurai
December 11th, 2007
at 10:55pm
theme ni takde serch form ke?
aku nak buat carian pun susah…
alongovtx
December 12th, 2007
at 1:38am
Mail,aku memang jarang tinggalkan komen.Tapi ada sesuatu yang menarik perhatian aku.Tajuk entry ni…Oh!tinggalkan komen aku jarang.
famia
December 12th, 2007
at 9:02am
da pindah sah alam ek east?
same ngn edt la ni..
boley la gi jalan2 carik pasal geng canon.. :p
Mohd Ismail
December 12th, 2007
at 11:21am
ye Cik Famia.. sy dah pindah ke sah alam.. mari’lah belanja sy dan edt roti bob & teh tarik kurang manes.. he he
omarbahrin
December 12th, 2007
at 12:57pm
ya aku mau lihat situasi sebenar perkahwinan dalam ujan…. mane gambar mail???
omarbahrin
December 12th, 2007
at 1:01pm
aku tamo semua itu..aku mau keamanan… Peace..
omarbahrin
December 12th, 2007
at 1:19pm
mmm bln 11-12 konfem, time ujan…ni tgh ujan nih…
famia
December 12th, 2007
at 2:13pm
xde hal..
haha. meh meh..
bile? kene ke sane ke..
atau mau ke kl.. hehe..
haritu da promot kat edt dah kedai mag fotografi murah2.. ngn nk gi usha kedai lens..
naseb baek korang pakai canon..
ade jugak geng ni
(beborak di luar tajuk entri :p)
Mohd Ismail
December 12th, 2007
at 3:14pm
oi Omar.. ada orang nak belanja roti bom.. he he..
boleh saja.. tgu aku balik ke tengah Malaysia tu nnt.. kita susun aktiviti tembak2 tengah KL.. he he :)
*belanja lens boleh?*ha ha
omarbahrin
December 12th, 2007
at 4:58pm
huhu…best…. mail ko nak banje lens ke… kita ble try lens famia 70-300mm…akakkakak…best