Kepada para blogger, jangan buat pembaca begini

Aku suka ber’jalan ke blog orang lain. Setiap hari. Dan, jika ada penulisan di’blog yang aku pergi menarik minat aku untuk membaca, aku akan tinggal’kan komen sebagai penghargaan. Ya,aku anggap satu komen itu satu penghargaan. Komen-komen yang kalian tinggal’kan di sini sangat berharga buat aku. Satu satu akan aku baca. Jika aku rasakan perlu untuk di’balas, aku akan balas.

Di Malaysia, terdapat beberapa blog yang sudah matang & besar serta di’kenali. Aku sering ke blog-blog terkenal ini untuk mendapatkan info terbaru atau sekadar menjenguk tanda persahabatan. Jika ada sesuatu yang menarik perhatian aku, aku akan tinggal’kan komen di entri yang mereka tulis. Jika ada apa-apa pertanyaan, aku suka tinggal’kan komen untuk bertanya & semestinya aku mengharapkan jawapan.

Apa yang terjadi minggu ini, aku tinggal’kan komen di sebuah blog terkemuka. Tidak banyak komen aku tinggal’kan. Aku tinggal’kan komen untuk bertanyakan masalah teknikal Wordpress. Tidak sampai 24 jam komen aku tinggal’kan, aku datang semula dengan harapan pertanyaan aku terjawab. Nah, komen aku sudah TIADA! Di’delete terus dari blog tersebut. Atas dasar apa? Kalau kau tidak mahu menjawab pun, kau punya ribuan pelawat setiap hari yang boleh menjawab pertanyaan aku. Biarkan komen aku di’situ. Ya, aku tahu itu blog kau. Tapi di awal kau muncul dahulu, 1 komen sudah cukup buat kau tersenyum sepanjang hari bukan? Hari ini komen aku kau delete. Esok-esok, ego kau akan block aku daripada melawat blog kau, siapa tahu?

Sekarang, frasa Melayu Mudah Lupa sudah meluas ke kaum-kaum lain. Ini’lah Malaysia.

Kau buat aku mencarut kali kedua hari ini setelah insiden SMS keparat!

49 Comments

uik… kene delele? ko pun dah popular sekarang nie mael… tak pe2… relek2… harap ako tidak seperti itu…

Kadang-kadang saya ada juga delete orang punya komen. Tapi lepas guna wordpress, saya biarkan ianya tidak diapprove. Saya kongsikan kat sinih….

kecewa

Guard u** anjing betul. hari hari nak bagi saman. rupa-rupanya nak minta rasuah. lain kali kalau guard bagi saman bagi saje 5 ringgit dah settle.

- patut atau tidak saya delete komen ini. Ia boleh menyebabkan blog saya diblock oleh universiti tersebut.

joid

walaupun muka azhar macam beruk.. dan beruk matyehhh

- yang ni kutuk saya. Patut saya approve?

itu sedikit sahaja mael, yang lain berlambak lagi

Apapun, saya cuma ingin menyatakan bahawa, memadam komen itu biasa terjadi, kalau ia boleh mengganggu gugat blog tersebut.

Tapi, memang hampehla orang tu, kalau dia war2kan tempat helpdesk untuk WP. Last2 dia padam org nyer request. laman web siapa tu? Bagi tau.. Aku nak main bandwidth dia sampai habis….

kalau ikut contoh azhar tu, takpe la TAKNAK approve or delete comment tu..

tapi kalau meminta pertolongan, nape nk delete? kan..

mungkin tuan empunya blog delete komen ko atas sebab tertentu, siapa yg tahu kn.

**mungkin selepas delete komen tu, dia hanta email kt kau mael..utk balas komen tersebut? mungkin~

kalau comment jenis mencarut terkampau tu aku delete la… tapi belum ada lagi setakat ni rasanya…
betul la, kalo tuan punya x dpt selesaikan masalah yg diajukan pembaca, ramai lagi pembaca di luar sana… mungkin diorang dpr membantu…
atau mungkin admin delete sebagai tanda ego? sebab x dpt jwb soalan itu?

ko dah tanyer owner blog tuh? kengkadang komen tuh termasuk dlm spam..biase terjadi kat aku..

jika betul die delete..memang tak patut la.. :D
saba je la..

mael, aku rasa comment ko terperangkap dlm lautan spam, jadi pemilik blog tu dgn tidak sengaja terdelete comment ko sekali. (aku kalau terlalu byk spam, akan check satu2 takut ada terselit comment yg betul2).

Rilekslah mael, lagi satu kalau jangkaan di atas salah, itu mmg menunjukkan dia tidak mampu menjawap pertanyaan ko. Jadi demi maruah dan ego, comment ko perlu di delete.

saya mengkomen kamu mael..
tanda saya tersentuh dengan ulasan kamu.. saya paham bagaimana rasanya bila tak dilayan sewajarnya begitu..
kamu tak perlulah balas komen saya ye.. susah2 aje :D

Azhar ~ komen sebegitu sepatut’nya dipadam kerna tiada unsur penghargaan dalam komen kutukan & kritikan sebegitu… hu hu .. tapi aku tak kutuk mamat tu.. aku tanya… :(

Ini antara sebab aku kecewa komen aku di’delete begitu saja :

1. Komen aku dah terpapar di dalam entri tersebut & jika komen aku menunggu kelulusan, sepatutnya aku diberitahu dengan sebaris ayat ‘Your comment has been waiting for moderation’ atau apa-apa yang setara. Bagaimana dia claim diri dia sebagai profesional kalau perkara asas pun tidak tahu?

2. Seperti kata Shambie, mungkin dia akan balas ikut e-mail. Takde. Aku pun berharap perkara yang sama. Sekurang2nya hantar sepatah dua jawapan ke e-mail aku. Tapi tiada.

Huu.

Tidak mengapa’lah. Masalah teknikal tu sudah selesai pun.

Akhir hari ini, aku mahu cerita pasal Mentos. He he.

erm.. suko benor diaorang tu delete mesej eh? :D komen aku ni terdelete gak ker? :P hehehe.. sajer menyinggah jap :)

rasa macam… terhina.
kan? kalau didilit sebegitu rupa.
ala..bia je la dia is.
kalo dia bo layan komen ko. pastu dilit.
ade lagi 8 juta orang laen yg sudi nk jwb perihal wordpress tu.kan?

Mael , aku simpati mendengar tragedi kau itu , tapi apa apa pun aku berterima kasih bebanyak laa kat kau pasai dulu aku pernah tinggal komen untuk bertanyakan kau sesuatu tentang blog, dan kau balas dengan menghantar penerangan yang berguna untuk aku.

TQ bagi komen dkt blog saya. Kunjungan balas.
::moga ada yang terindah.. ::

yup, i would have to agree with azhar ahmad for all the endless reasons… any comments yang boleh mengganggu gugat blog tertentu… patut di consider untuk di delete kan. setiap blogger punya reasons tertentu. aku plak, ada jer komen org yang against pendapat aku, itu takper; viewpoint kan berbeza beza. tapi kalau dr segi mencacat cela kan aku, mencaci aku, membuat org kat bukan2 kat aku atau mcm kene block ke… i should take appropriate actions towards it. tapi jugak bergantung kat komen ko tuh la. kalau komen ko tak termasuk dalam kategori yang dikecualikan sebentar td, then tak patotlah.

takper mencarut weyh, freedom of expression… hahah

Sebaik2nya, kalau komen yang positif dan tidak ada masalah, apa salahnya di biarkan dan tak sepatutnya di delete. Tak profesional langsung!..

Tapi kalau yang dah negatif, dan samapi keluar perkataan yang tak elok, of course kita kene delete..

Pada En Mohd Ismail, bersabar je la.. esok2, hari dia plak.. mana la tau, kot2 blog tu kena banned ker.. heheh..

bukan blog aku kan??
haha..

jap2.. macam saya tahu saja pemilik blog yg ismail maksudkan..
adakah orang yang terkenal dengan setting blog itu?
hmm.. pernah juga komen saya di delete di situ..
tapi apakan daya…

“Tapi di awal kau muncul dahulu, 1 komen sudah cukup buat kau tersenyum sepanjang hari bukan?”
saya suka ayat ini..

saya pon suke ayat tu..
mase 1st time post, ade la 1 komen..
gembira nye rase..
hehe..

huh? sampai camtu sekali? habis tu kau diamkan je ke? tak try tanya die lagi?

smpai hati dia buat ko mcm tu mail…sapa org tu? ko email kat aku…dia xfikir plak lagi ko akan fofular dlm beberapa bulan lagi ni…

apabila sudah besar kepala..beginilah jadinya..

sya tk suka org yang tk menghargai komen orang lain. saya tk suka juga komen yang menggugat kredibiliti saya, seolah visitor tu sudah ujub dengan diri dia sendiri, hingga dia lupa yang dia bertandang ke ‘rumah’ org lain untuk berdiskusi dan suka merpersoalkan kredibility blogger tersebut. blogger sentiasa improvekan diri mereka untuk meraih pembaca dan meyumbang sesuatu, so appreciate it walaupun ilmu tersebut kelihatan seperti setitik air di lautan. At least dia berkongsi ilmu kan?

sikap blogger yang saya tk suka: merendah-rendahkan blog org lain. berpandangan negatif terhadap bloggers lain dan loyal visitors dia sendiri. apa sudah jadi? double standard kah kamu?

tp apabila difikirkan bro ismail, semua ni berpunca daripada perkara ni:
ujub(kagum terhadap diri sendiri), riak(menunjuk-nunjuk kelebihan), dan jealousy (dengki).

saya takut bila sifat-sifat tu dh ada akan ada juga sistem kasta dalam blogosphere ni yang digunakan bagi kepentingan orang-orang “hebat” tertentu sahaja. (feed the big fish, kill the small fish)..visitor ‘kecil’ dilayan macam sampah, visitor ‘besar’ dilayan macam raja. :(

aku stuju kata2 aad_lfcfn tu..

aku suka entri kali ini kerana masa yang di’ambil untuk menjadi antara 10 entri paling banyak di’komen kurang dari 12 jam… :)

kalian memang rock la…

ermm.. pasal tu.. masalah teknikal aku pun dah setel.. hati aku pun sudah sejuk.. hari ini aku sangat hepi & sekarang aku sedang menaip sambil kunyah goreng pisang, hasil godaan Chot.. ha ha

kau.kau.kau.kau.kau & kau…

aku sayang…

:)

fuad ~ takpe..takpe.. orang kampung aku kata, orang2 kecil ini jika bersatu boleh membawa perubahan yang besar..jika setiap satu dari hati’nya punya semangat kuat.. :)

Hehe..Mesti la Mael, unite we stand, :) err bila hang nak add aku dalam rantaian twitter hang? Aku pun dah join, seronok lak tengok hangpa bertwitter.. :)

Pasal komen2 nih, kadang2 aku terpaksa ignore/buat tak peduli sebab adakalanya komen tu kalau dijawab, akan mencetuskan suasana yang hangat, seperti semalam yang hangat..Lagu wings tu..

aku ke…?aku mmg nak sgt org komen walaupun entry aku tah pape…rase berterima kasih kalo org datang,walaupun tinggalkan pesanan ‘tumpang lalu’ :)

kalau boleh inputkan sekali URLnye.. kawan-kawan boleh tolong boikot ;)

Mael…

AKu rasa aku tau dah siapa dia…. Aku dapat rasakan orang tu…. Ramai yang dah kena… Aku tau…. Pasal aku pernah kena kutuk dengan dia, dan juga dia sangat angkuh mael… AKu tak tahulah… kenapa dia angkuh….. Walapun ilmunya tak adalah hebat sengat!!!

Tidak mengapa’lah… kalau kita boikot pun, beribu2 lagi manusia dahaga’kan ilmu mahu ke sana… :)

he he

siapa Azhar? meh bisik kat aku…

i know a certain blog who loves to delete comments from his blog readers.

his reasons…

he does not want to be labeled as gay from other readers if they ever read my comments.

f*ck la woi…

i mean, even if you are still in denial that you are a closeted gay, don’t just simply construct a blog filled with your half-naked pictures in the gym, sauna and whatnot and also don’t make stupid entries of you hanging out at gay bars with your so-called casual friends (an claims that you are just accompanying them and just ‘hanging out’ with your friends there…)

i mean come on la woi…

don’t bullsh*it a bullsh*tter la…

Macam terasa pulak kat saya..ahaha.. saya ade buat camtu ke?kalau ada bagitau ler… saya pun kadang-kadang tu delete jugak komen..tapi biasanya komen yang takde kaitan dengan topik… sebelum ni saya takde contact form pada wordpress..jadi di situlah cara diorang menghubungi kot..sebab tak jumpa cara lain nak msg, pm dsb.

Memang sakit ati jugak kalau kena delete tu…tapi pada saya yang delete tu mungkin dia taknak jawab soalan tu dan satu lagi mungkin kalau dia tak jawab nanti orang kata dia tak reti, so baik dia delete je… itu dari pandangan saya la.. :)

ako dah teragak dah… ehehehe

Tidak’lah Azahari, orang yang aku makduskan tak pernah pun datang sini.. mungkin datang sekadar tengok2 je… kan?

he he… blog ko ber’informasi.. aku suka..

pasal jawab pertanyaan tu, xde jatuh’nya maruah kalau menjawab salah kan? sama-sama belajar.. :)

heheh.. aku baru lagi dalam dunia blog memblog ni.. belum ada komen kena delete. hari hari lawat blog org.. best la pulak membaca..

Iya! aku juga bersetuju dengan mohdismail.
aku kadang2 mengharapkan jawapan.tapi tidak dilayan.
bukankah ilmu untuk dimanfaatkan?

Hi..Mael laling just nak say Hi,dan wish terima kasih sebab dulu U pernah datang blog laling,..hehe today is my membalas kunjungan.Have a nice day..Cheers!

kau delete je blog beliau.hehe.

he he he. orang tu perasan fofular hingga lupa mahu pandang ke bawah. tanpa pembaca, siapalah dia agaknya :)

Kena delete ke atau tak approve lagi?

sabar tuan, mungkin dia terdelete.

saper ekk blogger tu? ramai yg nak tahu ni. bg klu pun jadik ler…

btw, thnx for commenting my posts. really appreciate your comments.

lompat2.. terlompat ke sini.. mmm, best! blog kau nih best dibaca :-)

blog ni memang berjaya dan ramai komentar. dia tulis dengan hati dan full passion kot.. :-)

nak gak aku tahu sapa empunya blog tu

lain kali aku tak tinggak komen kat situ

Itu lah resam dunia..
kekadang kita terlupa sapa kita, bila diuji dengan sedikit kesenangan..
semoga jadi pengajaran kpd kita

hoho.. cube btau sape org tu. aku nk tgk gak best ke x blog die tu smp nk delete komen org nk tanya. eii.. geram lak..

pictures of sexy gay soldiers sucking…

pictures of sexy gay soldiers sucking …

Ultram er tablets….

Ultram er. Information on ultram er. Ultram 200 er. What schedule is ultram er. Ultram er drugs. Ultram-er….

Cingular ringtones….

Free ringtones for cingular cell phones. Free cingular ringtones usa. Cingular ringtones….

Ephedrine weight loss products….

Ephedrine. Ephedrine phpbb forum. Ephedrine effects. Ephedrine faq. Ephedrine and pregnancy. Maximum adult dose pseudo ephedrine 4 hour period….

Paydayloan….

Paydayloan….