Khas Aidilfitri: Telefon Bimbit Terkini

Hari ini adalah hari raya yang pertama yang di’sambut di’kebanyakan negara. Dan, aku tidak ketinggalan untuk turut serta sebagai salah seorang umat Islam yang merasa bertuah kerana berpeluang sekali lagi untuk menyambut hari kemenangan ini. Aidilfitri seterus’nya, aku sendiri tidak tahu, mati atau hidup’kah aku. Berjalan ke beberapa buah rumah hari ini menimbulkan persoalan baru dalam kepala aku tentang trend anak-anak muda hari ini menyambut Aidilfitri. Dan, salah satu trend paling aneh adalah berhari raya harus bersama telefon bimbit versi terkini!
Ini dasyat! Aku berani katakan yang setiap rumah yang aku pergi, pasti ada seorang anak muda yang memiliki telefon bimbit keluaran Nokia dalan barisan N-Series. Gila. Trend memiliki telefon bimbit baru sebagai syarat untuk menyempurnakan Aidilfitri lebih dasyat dari trend mengejar pakaian jenama mewah. Sebuah rumah yang aku pergi, anak gadis’nya berusia 15 tahun memiliki Nokia N80. Ingin aku ingatkan, Sungai Besar bukan sebuah bandar metropolitan yang penduduknya mempunyai pendapatan tinggi. Sungai Besar masih sebuah kampung berstatus maju yang rata-rata penduduknya masih bertani & bekerja dengan kerajaan. Jikapun ibubapa gadis ini kaya belaka, membelanjakan wang lebih untuk sebuah telefon bimbit buat anak berusia 15 tahun adalah pembaziran. Jangan salahkan anak gadis ini jika satu hari beliau tidak tahu erti susah & perit mencari wang. Jangan manjakan anak-anak dengan wang ringgit.
…bersambungÂ
Popularity: 11% [?]
Comment by pauhfc on 13 October 2007:
bese la..melayu..biar papa asal bergaya..
Comment by emptyspace on 13 October 2007:
aku yg dah bekerja ni pun masih pakai Nokia 2100.. Buat apa nak handphone canggih2, bukan ada harga pun 2 tahun lagi, lainlah kalau tanah
Comment by WaWa on 13 October 2007:
hi! selamat hari raya aidilfitri.
raya pertama kebanyakkan negara? hurm. kalau di uk, kebanyakkan tempat dah sambut raya semalam (jumaat). kalau di buckinghamshire pula, cth di aylesbury, ada umat islam yang sambut semalam dan ada yang hari ini. begitu juga di oxford. hoho.
dan negara lain? yang saya tahu, ramadan baru-baru ni, nigeria berpuasa sehari lebih awal dari malaysia. maka, peratusan untuk mereka meraikan aidilfitri sehari lebih awal juga, adalah tinggi.
sekian.
Comment by Mohd Ismail on 14 October 2007:
trend la tu konon’nya… ikut trend… ha ha ha..
Comment by vangardx on 14 October 2007:
huhu..pkai hp baru siot..aku nyesal takde 3g kat hp baru aku nie..baru rasa patah kaki bila takde tenet..main kat cc je nie
Comment by Mohd Ismail on 14 October 2007:
kalo ade 3G pun kat henset ko, tp lokasi ko x support 3G xde makna juga.. itu la kes budak 15 tahun ni.. henset habes canggih, tp xleh pakai seoptimum mungkin… cis aje..
ha haha
Comment by syia on 15 October 2007:
menarik la post kali ni :)
syia pun perasan mase syia beraya kan..
perr skrg trend gile la.. pkai style dopod tu..
klau cam O2 tu tak pe lagi la..
tapi ni kalah businessman punye..
ada touch screen..keyboard lagi
and.. skrg ni memang ke trend hp GABAK-gabak??
bkn suke kecik2 ke
Comment by Fahmishah on 15 October 2007:
alahai..buat gapo beli maha2..konon nak ikot zaman..kalau yg standard kaya xpelah.ini sanggup mintak mak bapak duit tu yg peliknya.
Comment by jowey on 15 October 2007:
Ok lah..skrg 2007..bebudak gile Hp..ape tujuan?? kadang aku naik menyampah. Aku tgk menteri dan org professional pn pakai Hp kuno2 je..hehe
Oklah..aku mahu lihat pada 2015, bebudak nanti sibuk dok tayang latest Laptop pula..xpe actions dgn laptop blh dpt ilmu, compare dgn Hp..setuju x?..
ps: cuba tgk negara maju, dlm filem cthnya..lebih ditayangkan Mac/pc dlm budaya diorg. akhir kata, belilah iphone utk kemajuan negara..haha(slogan x bkait) . Selama t Hari Raya
Comment by adib. on 15 October 2007:
lepas nih ade laa stok porno bawah umur..kes budak td telah disalah guna kan enset..ermm..sian mak bapak…jgn la..gune aje enset yg basic macam aku dh rr NOKIA1112. simple…
Comment by bali on 15 October 2007:
ade tak ko jumpa budak beraya pakai ipod touch selain flisterz haha
Comment by Mohd Ismail on 15 October 2007:
ha hah a.. smpai ke situ ko fikir Adib… dasyat! ha ha
Comment by Mohd Ismail on 15 October 2007:
henset besar snang nampak Syia.. lg2 kalo yg canggih2… kembang hidung kalo org tegur… ha ha…
Comment by Mohd Ismail on 15 October 2007:
Jowey.. aku x dpat bayangkan tahun2 akan datang, budak2 main tayang laptop masa beraya.. org sibuk belah ketupat lemang, diaorang sibuk baca Mohd Ismail dot Com… ha hah a
Comment by aman on 15 October 2007:
aku stay ngan hp lama jer.. :(
Comment by alongovtx on 15 October 2007:
Setakat area sabak bernam ngan sg besar aku dah tak heran kalau mak bapak pakai mewah…sebab kena dengan hasil usaha.Kalau anak yang pakai mewah,-(ini semua mak bapak kau yang salah!)hehe…
Comment by Darkz05 on 15 October 2007:
anak muda zaman sekarang semakin lalai. semakin mengejarkan kebendaan. itulah dia penyabung warisan di akhir zaman ini. Moga kita & anak-anak kita dijauhkan dari segala kelalaian ini.
-SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI :)
Comment by khai on 16 October 2007:
bagi aku, itu hak diorang.. mungkin terselindung sesuatu perkara yang menyebabkan gadis itu memiliki n-series… sama seperti aku.. haha..
Comment by nazz on 16 October 2007:
hmmmm…mcm gaya kat gambar tu srupa hp aku je..ko pn pki hp camtu ker mail?? :)
Comment by manchurr on 16 October 2007:
ape la ko nie mael.. terasa aku. hahaha. papehal pun aku guna duit sendiri.. haha aku x guna lagi 3g kat N95 aku ni.. sbb aku tunggu awek aku beli hp 3G gak.. :P
Comment by Mohd Ismail on 16 October 2007:
aku ta’kesah kalo henset beli guna duit sendiri… itu dah hak sendiri ye x? :) he he he.. apa tunggu2 plak, belikan la satu… mesti dia makin sayang ko.. ha ha
Comment by Mohd Ismail on 16 October 2007:
err.. tak.. aku’nyer atas sikit dari henset atas ni… he hehe
Comment by Wizurai on 18 October 2007:
kadang² atau selalu… budak²… henpon je canggih… tapi credit haram takde…
Comment by abdfatah on 20 October 2007:
n80 n90? itu dah lama… ada yang baru kuar lagi canggih woooo….
biasalah trend zaman sekarang. bukan boleh guna hp cap ayam pun. kena kondem ada laa….
hang ingat banyak duit sangat nak beli hp mahal2? 2,3 bulan lagi ada yang canggih lagi… hari ni kuar yang baru… tup tup lepas tu kuar yang baru lagi canggih pulak…
haaa… guna hp yang lama lagi ke? yang baru dah kuar pi beli laaa… miahahahahaaa… kalo dah beli nak jual balik, harganya dah turun laa…
Comment by musnaz on 22 October 2007:
fuh! biar betik tu mael! ko beraya kat sungai besar? rumah aku kat tanjung karang jek! Ianya sebuah pekan dalam 30 km mengarah ke klang, yeah!
ye! keseimbangan penting dalam menjaga anak-anak. tidak terlampau keras, tidak terlampau manja!
Comment by azrolboyz on 23 October 2007:
ya ya ya betul saya sokong
Comment by BAGAK on 29 October 2007:
ponsel yang harga beribu tapi kalau nak sms pun tak lepas kerana tak de kredit baik guna telefon awam ..muaahaha
menteri atau orang kaya/lama tak guna ponsel 3G sebab mereka tak pandai nak picit2 atau tak de kepentingan nak guna
sms pun tak reti nak hantar. p/s ini kisah benar