Kini, kita ada air segera dari sebiji botol
- 13
- Add a Comment
Selepas pulang dari meredah hujan di’tengah pasar Ramadhan di’sini tadi, aku seperti biasa membuka laman-laman kegemaran aku untuk melihat perkembangan dunia terkini. Jam 6.33 petang baru aku berpeluang menjenguk keadaan semasa dunia luar kerana kuliah aku hari ini berlangsung dari jam 8 pagi sehingga ke 4 petang. Fuh! Dugaan yang cukup besar untuk hari pertama berpuasa. *(Bunyi seperti aku baru pertama kali berpuasa).
Aku kagum sebenarnya dengan penemuan terbaru yang di’bawakan dari United Kingdom. Teknologi terkini di’mana sebiji botol mampu menapis sekotor-kotor air untuk menjadi air minuman. Sebiji botol!
Di universiti milik penuh kerajaan Malaysia tempat aku belajar, seorang professor di’sini berjaya membina sebuah pilot plant dengan teknologi membran yang mampu menapis air buangan sisa dari kilang-kilang sehingga selamat di’minum. Dan, pilot plant ini berjaya memasuki satu slot di’dalam Buletin Utama, TV3 beberapa bulan yang lalu. Pilot plant ini saiznya tidak kurang dari saiz sebuah rumah Projek Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT). Aku tidak pasti berapa kapasiti yang mampu di’jana oleh pilot plant ini, tetapi teknologi terbaru dari UK ini mampu menapis 4,000 hingga 6,000 liter air tanpa perlu kau menukar penapis’nya. Woot!
Pilot plant di’universiti aku di’ilhamkan dari kepayahan pihak industri untuk merawat sisa air buangan yang perlu di’lepaskan ke sungai, tasik & laut dengan kos yang rendah manakala botol ‘ajaib’ dari UK ini tercipta kerana pencipta’nya simpati melihat kepayahan mangsa-mangsa ombak tsunami di Asia Tenggara sekitar tahun 2004 & ribut Katrina di Amerika Syarikat mendapatkan sumber air bersih.
Dan, aku duduk di’sini memikirkan kembali apa boleh aku laku’kan dalam masa 10 tahun lagi sebagai seorang jurutera kimia sebagai sumbangan kepada revolusi kemanusiaan & tidak pada pembangunan industri yang mematikan dunia.
via Telegraph.co.uk

13 Comments
vangardx
September 13th, 2007
at 10:45pm
kau patut pikir pada satu hari nanti, setiap aktiviti jurutera kimia itu diblogkan beserta dgn gambar dan juga video
Qaiyum
September 13th, 2007
at 11:17pm
Aku Raser Ko Dah Start Boleh Pikir Air Yang Boleh Ditapis Dari Botol Air SEterusnya Air Itu Bertukar Menjadi Berkarbonat Mahupun Berperisa Buah²an. Aaa.. Sesuai Untuk Tarikan Kanak². Boleh Bukan? Huhu.. Baru Best Minum. Lebih Molek Lagi Jika Botol Itu Mempunyai Sistem Penyejuknya Sendiri.
Mohd Ismail
September 14th, 2007
at 12:02am
ha’ah ye.. lepas tu semua org kat sini akan kebosanan mendengar teori2 aneh dunia kejuruteraan kimia… ha ha ha
Mohd Ismail
September 14th, 2007
at 12:05am
ha ha ha.. ya betul! kita komersialkan lagi air botol segera ni… kalo boleh, kita buat versi tongkat ali plak… utk lelaki yg gagah perkasa!
ha ha
jowey
September 14th, 2007
at 3:11am
Mael..soklan cepumas…ko nak jd engineer ke or problogger??..antara gaji besar tp x glamer..atau glamer tp juga bgaji besar..hehe
Mohd Ismail
September 14th, 2007
at 3:54am
engineer atau blogger? pro itu jauh lg mgkin’nya… ha ha… err.. aku suka katakan yang aku nak buat dua2.. mcm apple boleh run windows & osx dlm masa yg sama…
lebih kool!
adila
September 14th, 2007
at 6:58am
memandangkan air kita sudah semestinya dan memang tercemar…ramai yang pakai filter sekarang ni…ada yang murah dan tak kurang yang capai ribuan ringgit. kat rumah ni, saya pakai yang biasa jer…yang ada dua filter. Kalau yang karbon tu dorang claim boleh sampai 6 bulan tapi ynag satu lagi tu (ntah apa namanya), bila di tukar dalam masa 2,3 hari keputihan filter tu telah bertukar dengan jayanya menjadi kuning…
dan kalaula ada filter macam botol tu kat tempat kita, dan rasa air yang telah difilter tu bboleh diubah mengikut citarasa….alangkah bertuahnya kita.
edt83
September 14th, 2007
at 11:10am
hahah kalo ade mende ni makin byk pencemaran kot…smua pk..air kotor xpe..ade penapis…
megat
September 14th, 2007
at 1:28pm
wakaka… makin menjadi budaya ‘tak pe’.
sama juga klu nk bandingkan sebelum adanya mesin basuh
zaki
September 15th, 2007
at 11:18am
Aku punya blog tu blog chemical engineering apa…..tapi aku tak nak masukkan benda teknical yang berat2…..kang terkejut dan cabut semua orang…..ala cerita pengalaman kerja je la…
zaki
September 15th, 2007
at 11:22am
Aku engineer dah jadik la….tapi masih merangkak2 lagi dlm blogging….tapi harapnya nanti in future, career engineering dan blogging membuahkan hasil yang gempaque….!!!
od3n
September 15th, 2007
at 1:11pm
mungkin kau boleh cipta satu penapis udara bersih. tiada lagi pencemaran udara.
musnazdotnet
September 15th, 2007
at 1:12pm
perghh… smart tu botoi tuh! kompom tak murah harge die kan? hu hu