Konsert Avril Lavigne Batal: Terlalu Seksi Untuk Malaysia

Kemaskini: ‘Too sexy’ Avril Lavigne show back on in Malaysia

Aku kenal Avril Lavigne sejak lagu berhantu beliau popular ketika aku berada di Kolej Matrikulasi — Skater Boy.

Dia antara penyanyi perempuan luar negara yang aku suka ketika itu sehingga ke hari ini kerana beliau tidak menunjukkan ciri-ciri seorang Britney Spears, Christina Aguilera atau Lindsay Lohan. Dia unik walaupun itu satu marketing strategy.

Hari ini, konsert pertama Avril Lavigne di’batalkan oleh kerajaan Malaysia atas alasan beliau terlalu seksi untuk Malaysia. Sebelum apa-apa, aku bukan’lah seorang penggalak kepada penganjuran konsert. Aku tahu apa yang kau fikirkan sekarang.

Kalau konsert ini mahu di’batalkan. Cakap sahaja di’batalkan, jangan beri alasan yang akan makan diri sendiri. Avril Lavigne seksi? Artis Malaysia sendiri lebih ramai yang mendedah dada setiap hari di’kaca televisyen.

Lagi satu alasan adalah konsert Avril Lavigne ini akan mengganggu sambutan kemerdekaan ke-51 Malaysia. Seingat aku yang sudah bernafas 23 tahun ini, sambutan kemerdekaan tidak akan lepas dari anjuran konsert yang merapu-rapu. Kehadiran semestinya lebih ramai dari audiens di konsert Avril Lavigne nanti. Tahun ini sahaja (mungkin) tiada kerana esok kita sudah mahu puasa.

Jadi Mail, ko sokong’lah kalau konsert ni di’teruskan?

Konsert adalah pilihan. Sama seperti vidoe lucah yang bersepah-sepah, jika kau tidak ambil & tonton, tidak jadi apa-apa kan? Jika konsert ini berlangsung & kita boleh menjaga diri untuk tidak pergi terkinja-kinja sama, tidak juga jadi apa-apa.

Kita tidak boleh nafikan hak golongan lain (Chinese, Indian, Foreigner) yang mahu berhibur semata-mata kerana kita tidak di’benarkan berhibur dengan cara begitu. Malaysia masih negara berbilang bangsa & akan kekal begitu selamanya.

61 Comments

aku sokong hang mail…bg aku ni semua faktor politik je.tambahan plak permatang pauh tgh hot skarang nih. masa ni lah nak tunjuk seolah2 kerajaan amat2 prihatin bab ni semua

oyeah. tue dia. skang malaysia macam rejim plak. semua benda xleh xleh xleh. tepuk dada tanya selera. xpun buat je cam artis hong kong. mane malay nak gi. sekat la malay. kui3x!

@razif ha ha.. itu la pasal.. dia nk rakyat tengok yg kerajaan ni sgt menjaga peribadi & sahsiah rakyat.. ptuihh!

@thinker artis malaysia ni ramai lg dahsyat banding ngan avril.. he he.. itu xde lak kata xkene budaya la, ape la..

Avril?Seksi?bagi aku tak.seperti yang kau sebutkan,berlambak lagi artis M’sia yang berpakaian lebih seksi dari Avril.kenapa tidak ditundakan sahaja tarikhnya?kasihan pada peminat yang sudah membeli tiket konsert ni.

perenggan terakhir tu lah yang aku nanti-nantikan. ramai lagi orang tak dapat nak fikir pasal tu. Kalau cakap pasal sensitiviti sendiri, nak je. Orang lain punye, tak nak plak.
Setuju ngan ko Mail!

td aku tgk berita pak lah g jln2 naik komuter.tgk apa masalahnya dgn pengangkutan awam kita ni.org dah lama bgtau ada byk problem baru hari ni nak p ambik peduli tu semua

**aku lebih suka artis malaysia buat konsert dr yg luar..artis malaysia lg seksi…malaysia boleh

“Kita tidak boleh nafikan hak golongan lain (Chinese, Indian, Foreigner) yang mahu berhibur semata-mata kerana kita tidak di’benarkan berhibur dengan cara begitu.” - Mail

tolak kalimat chinese, indian tu.

cuma nya aku rasa kita tak perlu jadikan orang luar (mcm avril lavigne) untuk attract foreigner.

cuba jadikan artis malaysia sendiri sebagai tarikan foreigner. allahyarham sudirman. 1 ghatus ghibu di chow kit.

dan sepatutnya kumpulan mcm mohram ditonjolkan untuk foreigner berhibur. baru diorang rasa duduk di Malaysia.

tapi masalahnya artis malaysia sendiri tak gheti2 nak cipta imej sendiri. yg sesuai dgn budaya timur.

setakat tunjuk buah dada kat majalah, foreigner bosan dah tengok.

aduh… avril ni seksi??? mata diaorang ni silap ke?…artis malaysia yang “ramai yang mendedah dada setiap hari di’kaca televisyen” tak pulak dikata seksi…kekadang saya sendiri seksa nak nengok artis malaysia yang “ramai yang mendedah dada setiap hari di’kaca televisyen” ni. bila artis lelaki buka baju di gam tapi bila artis pompuan yang “ramai yang mendedah dada setiap hari di’kaca televisyen” ta pulak di gam…adoiyai…

ni antara entri ko yg aku xstuju… aku stuju konsert ni dibatalkan…dan walaupun iman aku tak tebal mana, aku dpt lihat hikmah disebalik pembatan konsert ni…aku xpaham mengapa ko guna hujjah yang turut sama digunakan untuk menghalalkan arak dijual berleluasa… alasannya sbb negara mlesai mjmuk tetapi lihatlah bangsa mana yang paling mabuk dek arak…

bro siyes aku ckp, check btul2 hati ko…kita dah nak puasa ni…klu bnda simple camni pun xleh nk lihat yg mana wajar yang mana tak, aku rasa ko lom bulatkan tekad utk menyambut ramadan tahun ni..itupun belum tntu smpat ke x…klu mati sebelum ramadan, ke mane nak pi bro..?

Konsert ni jadi ke tak, memang takde kaitan dengan aku. =)

Tapi……………….. lu pikirlah sendiri. =)

tidakkah diketahui konsert Avril Lavigne di malaysia mampu mengalakkan lebih byk pelancong. mgkn dari Singapura, thailand, indonesia, brunei , sarawak dan sabah, filipina.

hal seksi? hmm….mgkn hanya org atasan jer tgk avril tu seksi. hahahaha. artis malaysia mereka tak pandang pun kot

@M-I-N ha’ah.. kalo tunda sebulan dua, peminat still leh tunggu apa.. ha ha… xyah susah2 penganjur nk bersoal jawab ngan pihak avril

@razif paklah da ketaq da skang ni.. maklum la dakwaan anwar nk bntuk kerajaan tu makin hampir.. ha ha =)

@flisterz ya.. perkataan sensitiviti itu sesuai.. bukan kita sahaja orang Melayu ada sensiviti sendiri.. org lain pun ade pegangan dan cara hidup mereka.. bukan leh suka2 kita nk sekat..

@pakdi aku x mksudkan foreigner yang akan datang dr luar.. maksud aku yg mmg ade dlm ni.. artis kita mmg xleh wat apa da, kreatif pun da x kreatif mana.. ha ha

walau konsert ini diteruskan sekalipun, jgn harap pihak penganjur dapat amik duit dr poket aku.

aku mmg tak minat pada konsert live. jadah apa buang duit ratus2an? utk bersesak2 sambil raba meraba, terkinja-kinja dan terjerit2. owh! tidak…

@melayubuntu aku sendiri lebih suka kalo malaysia ni bebas dr segala mcm benda yg ko sebutkan.. aku x perlukan semua tu tuk hidup happy.. tp realitinya, boleh ke semua tu ditiadakan dalam situasi negara kita?

aku tak rasa tanggungjawab menjaga sahsiah diri jatuh atas kerajaan.. diri sendiri & didikan keluarga itu lebih penting…

kerajaan perlu lakukan apa yang terbaik utk memuaskan hati semua pihak..

*aku pernah sign surat bantahan pembukaan premis menjual arak ketika di sungai besar & shah alam..*

uhu. banyak lagu avril yg diya suka. lagu dia byk yg best2. :D

owh. komen takdek kaitan pulak. erm, klw ikutkan avril ni takdek lah seksi ngat. biasa je klw nk bandingkan dgn penyanyi hollywood lain [dan jugak artis malaysia]. tp, klw bab konsert batal ni - diya tak ambil kisah sgt lah. sbb tetiap hari dgr lagu avril. hehe

haha..cam² alasan bile taknak bagi kan. aku pelik la ngan cara keje diorang nie. dan skang bertambah pelik.

“mengganggu sambutan merdeka” satu alasan yg paling tak munasabah. Sambutan apa ye? Tak terasa mcm Merdeka pon taun ni.

@IcedNyior ha ha ha.. gimme five! lgpun nak puasa, bagus juga xde sambutan2 ni.. =)

“bukan kita sahaja orang Melayu ada sensiviti sendiri.. org lain pun ade pegangan dan cara hidup mereka.. bukan leh suka2 kita nk sekat..” - mail

tapi kan, orang bukan Melayu - non Muslim sendiri sedang melobi untuk menyekat kewajipan umat Islam. ada diorang cuba kisah sensitiviti macam kita kisah diorang punya hak dan sensitiviti?

berapa ramai convert Muslim - saudara baru - takut nak umum peluk Islam sebab keluarga mereka akan buat sesuatu. mereka diugut. diancam. ~ senyap ~ tidak ramai peduli ~

tapi bila isu murtad, habis kita dihalang dan tak boleh nak laksanakan undang2 yang sepatutnya sedangkan murtad itu sendiri satu jenayah syariah. sama ada hukumannya bunuh, penjara, denda dsb itu satu cerita lain, tapi perbuatan itu sendiri adalah jinayah.

askar yang lari dari kem / berhenti dari jadi askar tanpa ikut prosedur pun adalah jenayah ketenteraan dan perlu dihukum.

er… itu komen aku terhadap komen kau sahaja.

dan berbalik dalam isu ni, aku tak kenal sgt artis-artis ni. so tak sure lah avril lavigne ni seksi meksi ke tak, cumanya dalam isu ni, kes sebenar adalah …

penguasa kita tidak konsisten dalam perlaksanaan. itu sahaja. kejap boleh. kejap tak.

Duhh!!
Avril sexy ker..??
Kat part mane dier sexy..??
Musykil…

alasan x masuk akal.. kalo kata kita dah nak masuk bulan ramadhan ke ok gak.. avril seksi?? kerajaan buta ke??

@fabregas pembatalan konsert ni adalah kerana tuntutan GAMIS yang sebenarnya tidak membantah konsert, tetapi membantah artis di’dalamnya.. wth?!!

“Konsert tak salah, tapi orang itu (Avril) kita tak berkenan..” - Gamis: Terima kasih kerajaan…

dgn kata lain, GAMIS halalkan konsert? pendirian apa ni?

strategi untuk jaga hati rakyat atau menyusahkan!? mana satu yg betul ni!?

macam mana nak kekalkan perpaduan antara kaum klu kerajaan bertindak sebegini rupa?

semakin tak faham!

ish3.. kalau la aku peminat avril yg setia, mesti ari jumaat tu aku da cuti. hehe..
tp kalo la konsert dibatalkan.. haha. mesti rugi je cuti2 n tiket lg..
konsert inul pn batal, xkn la avril pn.. ish3

fuh..aku minat gile dia ni tapi aku tak berminat pun nak ke konsert dia..jadi, baguslah klu di batalkan konsertnya tuh..

ahha…gamis cakap,boleh mengundang genjala sosial…ahha..jangan jadikan kelemahan yang memang sedia ada untuk dijadikan alasan..mana ada lagu avril ajak pendengar fuc* fu*k….

aku teringin tengok “goyang gerudi Inul”.

Ada ke tak, aku tak akan pergi.Seumur hidup aku, tak pernah sekali pun aku pergi tengok konsert ( termasuk jomheboh ) :P

Tapi aku suka aril lavigne.Semua album dia aku ada.

Mail, napa kau jarang online sekarang ni.?

*aku suka rambut avril

alasan avril terlalu seksi utk membatalkan konsert dia kt sini buat aku terasa ‘wtf nih?’. bagi la alasan lain kalau ye pun. aku rasa, nabila binti amy search lagi seksi dari avril.heh

em, bullshit la, politik je smua ni.

ni semua politikus yang makin lama makin menikus untuk meraih simpati pengundi. haha

duhh~
are’t we suppose to be very grateful to the mighty god Allah SWT
at least we know at that day it wil lessen the people who go there
who socialize each other with knowing their limit ecpecially those who declare themselve as a muslim
dont blame the politic issue
it is just so hard to say “ALHAMDULILLAH”
people know a days have change their mind set already
they think concert are acceptable unless the one who peformed is like Inul then the concert sould be cancelled
in fact any concert should actually be cancelled including nasyid concert

jus xpressing my opinion
hamba Allah

@hamba Allah yeap… semua konsert sepatutnya di’batalkan & jika ada pun, penyertaan org Melayu/Muslim mesti dikekang..

mereka yg membantah konsert ini iaitu GAMIS menyokong konsert, tetapi tidak artisnya..

GAMIS itu Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia.. ape kes?

*bukan tidak bersyukur, cuma menyatakan kesesalan dgn alasan kerajaan*

Aku dengan rendah hati akur dengan komen dari Melayubuntu. matlamat tidak menghalalkan cara, sebaliknya CARA yang menghalalkan matlamat.

* Tapi pendapat pasing-masing … bukan aku boleh buat apa-apa pun. Aku hanya komen apa yang korang komen. Bukan beromen… :)

reAly bAtal kEw niE???ceH~
reAsoN x mUnasabAh tUl….

“Kita tidak boleh nafikan hak golongan lain (Chinese, Indian, Foreigner) yang mahu berhibur semata-mata kerana kita tidak di’benarkan berhibur dengan cara begitu. Malaysia masih negara berbilang bangsa & akan kekal begitu selamanya.”

pArt niE aq agree bAnget….jgN r selFish…kitE kAn idOp bErbilAnx bAngse….

seperti kata orang melayu, “saya tak boleh tak setuju lagi (daripada ini)”. << ini adalah direct translation. :)

avril seksi ke..?? mane de..??!!
kalau la avril kena ban…
artis malaysia kat yang suka dedah² pun kena di ban gak..
baru diorang sedar sket..
avril tu kalo seksi x kisah la sebab dia non muslim (no offense)..
yang artis malaysia yang tentu² nya dalam kad pengenalam tertulis agama islam.. dedah sana.. dedah sini… esh3.. wat malu je…
kalo gitu… kita ban semua artis..
biar artis nasyid sahaja yang wujud kat malaysia ini..!! wuhuuu..!!!

dulu bkn ke pussycat dolls pnh dtg malaysia?? sapa lagi seksi agak2nya.. PCD atau Avril??
lagipun, kalo dh namanya konsert, konpem la ade gejala sosial mcm jomheboh tu.. x nak plak diorang ni terhegeh2 buat bantahan..

@fabregas haa.. pussycat dolls.. itu lagi la, siap penganjur didenda RM10,000 sbb artis tu berpakaian seksi.. tp konsert still jalan.. ha ha

@luLu sangat lama lew i x baca ayat2 cam u buat ni.. he he.. =)

Erm.. selain dari ban artis dedah dada ni.. dalam masa yang sama kena ada siri membangun artis. Eh, bagus jugak kalau ada kursus untuk artis ni kan? hmm..

Parti Keadilan Rakyat Mahu Reformasi. Reformasi Ke Arah Bagaimana ??

Lebih Islamik Mengikut Acuan Pas Atau Malaysian Malaysia Mengikut Acuan DAP ??

Jeng Jeng Jeng. Tercite Politik Pula.. Apepun Malaysia Perlu Di Tekan Punat ‘RESET’..

adakah aku ketinggalan zaman atau apa?

konsert ini on la kawan

Lorh.. memeng pelik betul negara kita ni.. yg tu boleh, yang ni x boleh, yg tu kena gam, yg ni tak kena gam plak.. *geleng kepala*
avril lavinge terlalu seksi? seksi lagi cik beyonce kita tu…
apa2 pun, klu konsert avril di batalkan.. jgn lah benarkan plak konsert2 artis lain jugak.. habis cerita!

ermmm avril lavinge seksi? ermm walaupon pakcik bukan peminat rasmi minah nie tapi setakat yang pakcik tengok.. ade artis malaysia lagi seksi dari minah nie… ermmm bagi pakcik nie semua isu politik… erkhhh bebaru nie ade artis SEBERANG yang bukak baju nyanyi tuh (artis lalaki).. naper buat bodo je.. cuber faizal tahir bukak baju lagi.. hahaha.. gerenti kena ban 3 tahun plak lepas nie

Sangat kelaka ok. No komen bout this issue sbb memasing semua dah kuar statement memasing, I rest my case.

yes! tak cancel!!!!!!!!!

sudha tak kensel..tapi aku tetap x pergi….ahhaha…

Aku tak pro-avril tapi orang macam aku nih kau tau apa aku akan cakap.. i think it’s so stupid for the govt to even think of avril as a sexy option. you’re indeed right. it’s good to see you writing this mael. laen sket direction dia but you think of a lot of things. goodie.

Penjelasan isu:
PKPIM: Muzik, personaliti Avril OK
http://www.malaysiakini.com/news/88555

Assalamu’alaikum.

Terima kasih atas kepedulian isu ini. Lebih baik saya membuat penjelasan.

Pertamanya, memang ada wartawan Malaysiakini yang menghubungi bertanya mengenai konsert Avril 29 Ogos nanti. Saya katakan kita tidak setuju konsert Avril diadakan, sebab menyumbang kepada banyak faktor kemungkaran. Hujah kita juga tarikh dekat dengan Ramadan dan ambang kemerdekaan.

Namun, jika dibandingkan bantahan kita dengan konsert Gwen Stefani yang lalu, kita memang all out sebab personaliti dan lagu yang melampau. Konsert Avril kita tidak ada kekuatan untuk berdemontrasi kerana kelemahan kita sendiri. Cuma jika dibandingkan antara Stefani vs Avril, yang Avril nampak lebih sopan sikit.

Namun, bukan bermakna saya setuju dengan konset diadakan. Mungkin media salah petik maksud sebenar yang ingin disampaikan. Sdr Hilmi Ramli-Presiden PKPIM

Sekarang dah x cancel..
Pada aku tak de penting nya Avril tu………………………
Dengor lagu dia je dah lah…
Tak payah konsert2 de…………
Dah cukup lah hiburan kat Malaysia ni..
Berlambak2……..

mungkin sokaba tu tersalah tulis tajuk kut… atau dia salah dgr kenyataan dr kerajaan? Mungkin kerajaan batalkan konsert Avril disebabkan kerana Avril tidak cukup seksi berbanding dengan gelek inul yang dihalau dari Johor hingga buat konsert di KL. Atau Avril tidak cukup seksi utk menaikkan syahwat org Malaysia. hehehehe

mael, kita diambang ramadhan. mana yang lebih penting? nak jaga hati penyanyi kanada tu ke nak hormati pencipta kita? apa nama? Allah kan? atau, minah avril ni yang cipta kita? adeh.

*aku juga jahil tapi aku tahu nak bezakan sesuatu itu betul atau salah dari segi masa dan tempat. kalau nak buat, buat lah di lain bulan. kita orang islam, kena hormat agama. aku tak kisah korang nak benci aku ke tak bila baca komen aku ni. janji, aku hepi. adeh. waahahaha.

stuju dgn affuan

avril lagi penting ka dari agama kita?
jangan mengarut pasal orang beragama lain lah mail, kita ni islam tanggungjawab sebagai umah apa?

memang cepat lupa kita ni, aku sebagai komentar nk ingtkan je

*terkejut aku ko dah lama x approve komen aku HAHAH

x aci la..nak kutok artis dari luar negara saje kan,artis kite sendiri nie pun lebih kurang same je…gosip sana sini pasal aurat..dedah sana sini..apa bagus nya artis kita ni???? untung apa,artis dari negara lain mahu buat konsert kat negara kita nie..kan!!! sambil2 tu kita boleh juga promosi negara kita nie…avril tu tak lah seksi mana..tak boleh nak halang sesukahati artis nak buat konsert nanti naik berang semua peminat dia kang haaa..baru tahu..kalau mcm pussycat doll tu dulu memang patut pun tak bloeh buat konsert coz terlalu seksi..saya rasakan..orang yang halang tu tak tahu erti seksi ke tak laaa..

Avril sexy? Macam x logik je… Hahahaa..
Kalau nak batalkan konsert, lebih baik cari alasan yg paling munasabah..yer x?
Tak pun cuma artis lelaki je la (dr luar) yang boleh buat konsert lepas ni sebab artis laki x sexy..hhahaa ;p

Tindakan menghalang konsert ini adalah kerana ia suatu penghinaan kepada pejuang-pejuang kemerdekaan tanahair. Seharusnya bulan kemerdekaan ini dihayati dan pengorbanan nenek moyang kita di ingati pada bentuk yang lebih positif bukannya memanggil waris penjajah untuk mengajar anak-anak muda kita untuk menjadi ‘beruk’ moden yang terkinja-kinja tanpa hala tujuan

tak setuju konsert avril lavigne dibatalkan dengan alasan tidak menghormati hari kebangsaan malaysia & imej seksi. jadi kenapa menggalakkan artis-artis dari seberang membuat persembahan pada hari kebangsaan? atas alasan apakah avril lavigne dianggap seksi sedangkan beliau adalah perwira penyanyi wanita masa kini yang lantang menghormati kaum (wanita) beliau sendiri LEBIH berbanding artis artis malaysia dan artis artis antarabangsa yang seangkatan dengan beliau (eg: britney spears). DAN! tidakkah tindakan membantah konsert avril lavigne pada SAAT SAAT akhir itu mensia siakan tetamu antarabangsa seperti beliau???

p/s: lain kali kalau nak bantah tu bantah la awal awal. macam nak tunjuk hebat memperguna hak sebagai mahasiswa & alasan-alasan yang tak masuk dek akal langsung! aku ni, walaupun tak ikut pun konsert tu, tapi fikirlah rasionalnya. kalau artis artis antarabangsa taknak buat konsert lagi kat malaysia ni lagi lepas ni, tak tahulah.

Avril Sexy? Alasan sexy tu bukan alasan sebenar..aku raser alasan yang sesuai takut avril mengugat kewangan artis tempatan yang lain…hehehehe..ups terlaser plak..

i dont thnk dat avril ni sexy…just look at our country artst..ade jgk kan yg sexy2 tme show..n yg lbh ntah pape n mnykitkan mta bla tme dnce..mana yg dgdut tu mcm2 jnis..grudi lah,screw diver lah..x kan le avril yg nynyi lgu smbil men gtar pun dkatakan sexy..x seswaiiii………….

Leave a Comment