Konsert Beyonce Batal: Ini 5 Pengganti Yang Lebih Awesome

Seluruh media menulis konsert Beyonce yang di’jadualkan berlangsung Ahad ini di’tunda ke satu tarikh baru yang masih belum di’ketahui.

Pada aku, adalah lebih selamat untuk menganggap konsert Beyonce ini telah di’batalkan terus kerana sebab sebenar konsert ini di’tunda masih menjadi tanda tanya.

Bagi polis moral di’Malaysia, ini bagaikan kemenangan buat mereka walaupun wartawan industri hiburan luar negara banyak mengecam tindakan mereka yang keterlaluan.

Aku bukanlah menggalakkan konsert ini supaya di’teruskan, tetapi polis moral di’Malaysia seperti bertalam dua muka berhubung sebarang konsert di’Malaysia.

Oleh kerana kurang bunyi keluar dari mereka jika konsert melibatkan band rock, maka aku letakkan 5 pengganti buat persembahan Beyonce di’Malaysia.

Jika aku letakkan pengganti yang seangkatan atau satu genre dengan Beyonce, maka setiap satu akan menambah satu point kepada Malaysia untuk terus di’label negara konservatif di’mata dunia.

Lagipun band rock semuanya tidak seksi & tidak pakai swimsuit atas pentas. Polis moral tidak boleh bertoleransi dengan itu semua. Ayuh!

Linkin Park (New Divide di Jimmy Kimmel Live 2009)

Aku tidak berada di’sana ketika Linkin Park bertandang ke Malaysia pada 2003. Tapi, dengarnya ada peminat yang tunggu gate buka satu malam sebelum konsert bermula.

Masih ada sedikit kontroversi tentang peraturan yang perlu Linkin Park patuhi, namun nyatanya konsert ini tidak jauh beza dengan mana-mana konsert live mereka.

Muse (Plug In Baby Live di Wembley Stadium 2007)

Kehadiran Muse ke Malaysia dua tahun lalu tidak banyak menimbulkan kontroversi walaupun ketika itu konsert jelajah dunia ini di’taja oleh Tiger Beer. Aku mahu mereka kembali dan kali ini aku akan turut serta.

Ekstra: Baca laporan epik dari Kumprinx ketika menghadiri konsert jelajah Muse di Stadium Negara, Kuala Lumpur.

Paramore (Misery Business Live di The Final Riot!)

Awal tahun lepas, ada ura-ura kedengaran yang Paramore akan mengadakan konsert mereka di’Malaysia. Namun selepas beberapa bulan, semuanya senyap & aku berharap ada rancangan untuk bawa mereka ke’sini. Lihat video untuk sebab.

U2 (Vertigo Live di Milan 2005)

U2 yang berasal dari Ireland mungkin terlalu Eropah untuk selera Asia, terutamanya Malaysia. Namun, aku masih mahu mereka bertandang ke’Malaysia. Jika tidak full size, mini concert pun jadi. Aku mahu salam Bono. Bono beb!

Coldplay (Yellow Live di Sydney 2003)

Dalam 5 senarai pengganti ini, aku paling mahukan Coldplay untuk bermain di’Malaysia. Setiap persembahan Coldplay yang aku jumpa di’Youtube pasti tidak akan mengecewakan.

Showmanship Chris Martin yang begitu energetik & pandai berkomunikasi dengan peminat membuatkan setiap konsert Coldplay seperti hidup. Marctensia, tolong.