
Apabila Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) umumkan yang mas kahwin untuk gadis-gadis & janda-janda meningkat lebih 300%, aku tersenyum.
Apabila dalam berita yang sama, wartawan memetik kata-kata Pengarah JAIS, Datuk Mohammed Khusrin Munawi – “…dan tidak ada lagi istilah wang hantaran kerana ia sudah termasuk dalam perkiraan mas kahwin”. Aku tepuk tangan.
Wang hantaran dalam komuniti orang-orang kita selalu di’jadikan kayu ukur gemilangnya sesebuah perkahwinan.
Dalam terma Bahasa Inggeris, mereka ada marriage & wedding yang kedua-duanya membawa maksud yang berbeza.
Jika di’sebut dalam Bahasa Melayu, masing-masing membawa maksud ikatan perkahwinan & majlis perkahwinan.
Orang kita, orang-orang tua terutamanya, ibu bapa khasnya, jarang sekali kenal garis pemisah antara majlis & ikatan.
Wang hantaran lima angka yang selalu di’idamkan oleh sang gadis & ibunya sebenarnya tiada kena mengena dengan gemilangnya sebuah ikatan.
Di tempat kerja aku sekarang, ada seorang teman yang senior dan baru sahaja berkahwin untuk kali kedua Aidiladha yang lalu. Apabila aku tanyakan tentang kos perkahwinan beliau — RM5,000 jumlahnya.
Aku sukakan falsafah yang di’bawa (bukan falsafah poligami), majlis perkahwinan hanyalah syarat & beliau adakan majlis yang meraikan kedua-dua belah pihak sekaligus dengan kos paling minimum.
Apa yang lebih penting adalah selepas itu, bekerja keras untuk memastikan ikatan lebih gemilang dari majlis.
Sejarah banyak membuktikan yang majlis yang gemilang & hantaran sebesar piramid tidak menjamin ikatan untuk kukuh selama-lamanya.
Aku rasa semua orang yang ada akal waras sedar akan hal ini, namun tuntutan adat & tradisi buat ramai berada dalam keadaan serba salah.
Masyarakat kita perlu berubah.
Comments
31 Comments so far. Leave a comment below.Huhu.. seb bek aku dh kawen, xde pk2 pasal wang hantarn.. tp dok pening pk psl nak sare family lak.. lagi parah
haha
sebenarnya, itu je perkara yg penting utk kita fikir :) sara family & buat family happy..
p/s – best tak kahwin?
tumpang menyampuk. memang best kahwin.:)
Aisey.. Baru Setting Nak Kawen Ngan Janda Dapat Discount Sikit. Tapi Ni Same Plak Mas Kawen Ngan Dara. Baik Kawen Ngan Dara Je Camni. HUahuahua..
Ko Biler Lagi Mael ??
janda skang pun banyak yg letup2 qai.. x rugi kawen :) ha ha
*tgu aku millionaire beb, senang nk angkat lisa surihani ha ha*
pergh..lisa surihani nnt jadi lisa surirumah la jwbnye..huhu
Dalam islam sendiri di’tuntut untuk bersederhana dalam apa jua perkara. biar’lah yang ikatan perkahwinan / ijab dan kabul itu di’utamakan. adat bukan ibadat. jangan jadikan adat itu seolah-olah ibadat. mentaliti manusia dah kena suntik jikalau rendah hantaran, rendah taraf wanita dan vice versa. walhal tiada satu pun ajaran begitu dalam Islam. :)
hahahah tak kawen aa pasni :P
p/s – mail hubungi aku balik bole?penting ni…pasal persetankan.com
RM300 utk ko mana besar sgt beb.. ha ha *noted, akan menghubungi secepat mungkin*
itu lah die… risau gak ade jodoh area selangor ni.. aku kene kuat bekeje lagi sbg blogger… cari income beb… sume bende dah mahal skrg
stay cool bro.. internet malaysia maish muda :) sekarang masa terbaik utk start apa2.. 10 tahun dr sekarang, kita semua legenda internet.. ha ha
oklah tu duit mas kawen tu hadiah paling bernilai buat wanita sebenarnya, so kalau ikutkan better duit tu beli brg kemas ke apa ke so laki tak “terpakai” secara sengaja atau tidak. Harga emas kan dah naik skang ni :)
ko tak tau lagi…
kat tempat aku, wang hantaran untuk seseorang perempuan itu bergantung pada kerja, taraf pendidikan serta aset yang dia ada.
contohnya, seorang guru, mempunyai ijazah serta kereta dan rumah yang belum habis dibayar, kalu takda sekurang-kurangnya 15k, jgn berani nak jumpa parents dia…
pastu parent plak nak laki tu keja government…
kalu swasta, at least shell atau petronas…
alasan dia.?? kos sara hidup serta harga barang semakin meningkat..
dgn kerja aku skang pun, aku belum tentu sanggup bg 15k :) ha ha..
*kalo lisa surihani aku sanggup sbb dia cun like hell & ade degree*
i like this entry!
:-)
eh you, berapa hantaran nanti? ha ha.. Langkawi tax free, mesti hantaran murah sikit..
hahahahahha. don’t say langkawi!!!!!!
betul2 …. bila bincang2 semua kata benda yang sama … sederhana dan sekiannya .. tapi bila tgk applikasinya … dang!!! … contoh senang, tgk majalah Pengantin :D
Kadang2 saya tgk majlis kenduri kahwin ni mcm majlis syok sendiri je … tgk artis kahwin, belanja mcm2, sponsor mcm2 .. last2 cerai jugak …
Duit tak menjamin kebahagian.
Tetapi memberi kegembiraan…
waaaa, bagus2.. jadik takyahlaa pikir lagi pasal wang hantaran… lagi low cost la nie.. hehe x sabar aku nak kahwin..
HP leh bli rm1k…kawin xleh bayo rm300….rokok ari leh bli nk dkat spuloh hengget…smpan r duit..ape da…(tb2 emo lak aku ni~)
Aslkm,hai,nice blogging,erm nak jemput tuan rumah n sesape je ke blog misteri ni http://mysterygraphy.blogspot.com ,ok bye…
So dengan 300 je dah dapat milik anak dara orang? Hurmm.. aku dah membesar dengan dikelilingi perkahwinan dengan wang hantaran yg tinggi.. Betul kata mael, sejarah membuktikan itu bukan sebab untuk hubungan tu kekal selamanya. Apa yang penting selepas ikatan tu disahkan.
Dalam kocek ada 300 ni.. esok gak nak kahwin.. Whoa!!
p/s: yg jadi masalah kat orang2 tua ni, nak eksen kat jiran. Jiran tu tinggi, dia nak wang hantaran lagi tinggi. Itulah manusia asyik melihat wang dan luaran.. sedangkan Allah melihat hanya amal ibadah seseorang..
Harga naik sikit pun dah nak bising.kahwin sajelah.bini engkau juga.
tak rugi pun RM300 tu.duit rokok kalau kira dari mula isap rokok dekat beratus.
PS : pecah je duit tabung masa sekolah dulu.
kahwin? saya muda lagi laa baru umur 18 …. haha
apapun nice artikel…
Mmm, mungkin lepas ni kes anak dara tua makin meningkat. Hihi.
Sekali kau hantam mak cik mata wang dengan janda da.
p/s
mak mertua aku bagus patut baca post kali ni
hehe..aku tak pening sangat nak kawin nih. bayar ajela. Tapi kalau tahap memang nak jual anak..tu aku kena tanya mak aku..haha..
Aku bakal nak kawin hujung bulan nie… Tapikan aku rasa mas kawing dinaikkan harga ada patutnya. So far aku tengok..( jgn Pandang Org Berada) org susah org sedang cost of living bercerai berai. Seolah2 bg diorang kawin nie relek je.. So biler gov dah tetapkan kenaikan cam tue.. nak pikir cerai or kawin lain kene lah pikir 2 3 kali… LOLs
KEBAIKAN PEREMPUAN ADALAH MENGURANGKAN MAHARNYA, MEMUDAHKAN NIKAHNYA & ELOK AKHLAKNYA. DAN KEBURUKANNYA ADALAH MAHAL MAHARNYA, MENYULITKAN NIKAHNYA & BURUK AKHLAKNYA PULA. —-riwayat Hadis Rasullullah S.A.W.