Laman-laman video yang bernilai untuk masa anda
- 17
- Add a Comment
Bila bercakap tentang laman yang menyediakan khidmat perkongsian video secara online, pertama sekali yang terbayang di’fikiran pastinya YouTube. Salah satu sebab kenapa aku mahu’kan talian internet sendiri adalah kerana mudah aku berlibur di’YouTube melayan video-video lawak spastik & musik dari seluruh dunia. Seminggu selepas kebebasan internet ini aku dapat, YouTube bagi aku adalah satu laman yang terlalu general & tepu dengan video-video aneh. Bukan tidak ada video yang berguna, tetapi tidak banyak & tidak mendapat perhatian seperti video lawak & video slideshow gadis Melayu bertudung - ramai gunakan video sebegini untuk market’kan produk. Sangat jijik.
Di’sini hari ini, aku senaraikan 4 laman web perkongsian video yang benar-benar akan memberi nilai kepada masa yang kalian habiskan di’hadapan komputer. Masa itu emas ‘kan? Jangan habiskan masa yang ada mencari hiburan semata. Ayuh!
5min - Life Videopedia
5min dengan konsep Video untuk Kehidupan ini mengetengahkan video-video dari seluruh dunia yang di’bikin khusus untuk memberi ilmu pengetahuan dalam video yang durasi’nya kurang dari 5 minit. Vide0 pendek, tetapi ilmu’nya memberi impak yang besar. Berikut senarai video pilihan aku di 5min - Life Videopedia;
- How to Make Fire with a Condom!
- How Saltwater Can be Turned into Energy
- How to Manage Your Money
- How to Put on a Tie Correctly (mesti tengok!)
TED: Ideas Worth Spreading
TED bukan secara realiti’nya sama seperti laman video yang lain. Ia tidak senang-senang menerima video dari orang kebanyakan seperi YouTube, MetaCafe, etc. Video yang ada di TED adalah rakaman semasa Persidangan TED yang di’adakan saban tahun. Terbaru TED 2009 akan berlangsung di Long Beach, California & sekali lagi ratusan idea hebat akan di’bentangkan & di’dengari oleh seluruh dunia. Sementara itu, video-video yang lama juga boleh di’tonton sebagai bahan ilmiah yang mengujakan;
- Dan Gilbert ask; Why are we happy? Why aren’t we happy?
- Tony Robbins asks; Why we do what we do and how we can do it better?
- Burt Rutan - Entrepreneurs are the future of space flight
VideoJug - Life Explained. On Film
VideoJug tampil dengan konsep yang sama dengan 5min, tetapi ada lebih keseronokan di’sini kerana jika video yang kalian submit terpilih sebagai Video Bulan Ini (Video of the Month), kalian akan terima habuan USD$2000. Jika tidak pun, ilmu-ilmu pengetahuan yang ringkas tapi berguna di’sini sememangnya lebih bernilai dari itu. Pilihan Mohd Ismail dot Net di VideoJug;
- How to Get Your Woman Back?
- Be a Perfect Boyfriend / Girlfriend
- Photography: The Rules of Composition
- How to Change A Tire (Girls, must see & learn!)
Big Think - We Are What You Think
Ini satu lagi laman perkongsian video yang bertumpu kepada idea seperti TED, tetapi dalam skala yang lebih kecil. Walapun kecil, impak idea yang di’kemukakan mungkin boleh mengubah dunia secara perlahan-lahan. Siapa tahu, dengan usaha kecil mereka menyumbang idea, setiap manusia di’atas muka bumi ini bersetuju keamanan adalah satu keperluan sejagat. Pilihan idea kecil tapi besar di Big Think;
- Dan Gilbert - What is Happiness? (again)
- Dr Quinn Mills - What Inspires You?
- The Importance of Preventative Care
Dan, aku tidak faham kenapa selama ini, kampus aku menyekat access ke laman-lama web perkongsian video di’atas. Pelajar universiti sangat perlukan video perkongsian idea & ilmu sebegitu. Aku, dan mereka, dan sesiapa sahaja sekarang mahu melihat idea dari sebanyak mungkin sudut pandangan. Jangan sekat kebebasan untuk dapatkan maklumat.
Kau jangan katakan laman-laman video di’atas membosankan kerana ia’nya berunsur ilmiah — esok lusa kau akan hantar anak-anak ke kem motivasi ratusan ringgit semata-mata kerana mereka hanya suka berhibur tanpa memikir masa hadapan.

17 Comments
WaWa
March 21st, 2008
at 7:10pm
aha! best lah website2 tu. gud gud.
xero
March 21st, 2008
at 7:54pm
aku lebih gemar ke revision3 , veoh dan wonder how to.. huhu.. big think tuh menarik la.. trimas..
mengapalah campus ko block website tuh..isk isk isk..
awqi_zar
March 21st, 2008
at 10:39pm
mari ak tambah senarai video ko mael..
mgkin kau ptut m’jengah laman http://onebigtorrent.org/
video2 yg d’senaraikan mmg menarik..
kebanyakkannya ttg hal2 sebenar..
mcm NationalGeography dsb..
dh nmenye torrent,semua file dlm bentuk torrent..
nie yg lemah nie..
Zik
March 21st, 2008
at 11:07pm
Aku pun hairan bin ajaib. Mungkin kerana line internet yang universiti gunakan adalah khas untuk pendidikkan. Contoh di sekolah aku dahulu, sesetengah website diblock. Sebabnya untuk kegunaan pendidikkan sehinggakan cikgu aku mempersoalkan tindakan itu. Pengetua aku berkata “What the hack you need internet for”, wahhal belajar melalui buku lebih berkesan. Sudahlah wikipedia tidak boleh digunakan tapi tidak kena ban pula?
Satu je, laman web seperti youtube masih boleh merosakkan pelajar kalau digunakan tanpa berfikir. Kalau untuk melihat video bukan-bukan rasa alasan itu terbaik bagi pihak pegurusan universiti halang server untuk ke website sebegini.
Kalau nak juga masuk youtube dari kampus boleh, cara yang digunakan di sekolah aku ialah tukar domain youtube.com kepada subdomain http://uk.youtube.com/ atau http://tw.youtube.com/ atau ikut kategori negara yang ada. Keberkesanan memang tidak diragui. Sebab selalu line internet universiti akan halang ke domain utama. Jadi subdomain tidak, kerna apa? sebab server atau alamat ip berbeza-beza. Kalau tidak berjaya boleh guna kaedah proxy. Tapi proxy bergantung kepada kelajuan server proxy. Aku prefer cara subdomain.
Qaiyum
March 22nd, 2008
at 1:02am
Mungkin Sekatan Dilaksanakan Kerana Anak Muda Sekarang Gagal Memotivasikan Diri Sendiri Untuk Menggunakan Teknologi Ke Arah Kebaikan. Huhu.. Jangan Bazirkan Bandwidth Dengan Benda Bukan². Ilmiahkan Diri Selalu.
Mohd Ismail
March 22nd, 2008
at 2:15am
cool jugak.. dokumentari ni sebenarnya lagi serunuk di’tonton banding dgn drama swasta melayu mlm minggu… ha ha
*thanks awqi_zar*
Mohd Ismail
March 22nd, 2008
at 2:17am
tp mmg kampus aku tu koneksi internet dia sgt slow.. ha ha ha.. apa proxy pun, mcm takde guna.. bukak e-mail pun siap boleh abiskan megi sebungkus.. ha ha
*thanks Zik utk tips tu..berguna utk sesiapa yang masih dlm kampus* =p
Mohd Ismail
March 22nd, 2008
at 2:18am
ya itu dia ulasan dr seorang yg sebati dgn dunia motivasi… =p
awqi_zar
March 22nd, 2008
at 2:20am
hoho..
kampus ak xblock ape2 pun setakat nie tp intenet slow skit..
juz die block torrent dan seangkatan..
pergh,mmg skit ati..
tau camne nk mengatasi masalh nie kawan2?
Khai
March 22nd, 2008
at 5:30am
yeah, bertambah lagi koleksi tempat nak nengok video aku. haha.. tapi ape yg menjadi penghalang, macam biasalah, ngk video dalam keadaan sangkut2.. nak kene pause dulu baru nengok.. ah, x kuasa! tunggu je la bila aku masuk screamyx seperti ko mael (aku tertanya2, adakah ko x mampu nak apply package 4mb tu mael?)
hurm, pasal proxy2 ni, meluat betul.. kat campus khai (limkokwing University, Cyberjaya), youtube alhamdulillah, diorang x block.. friendster pon x block, tapi myspace diorang block.. sbb ape fs x block dan ms kene proxy, nak kene tanya kat IT management ni (bodo)..
tapi jika difikir secara rasional, ada baiknya kalau semua perkara2 yang x melibatkan pembelajaran ni, di block saja dari universiti.. ape tidaknya, time lecturer kat depan, student kat belakang bukak frienster.. dulu time myspace belum kene block, masing2 “cun”kan page myspace sendiri.. bajet “cun”, tapi makin buruk.. default theme jauh lagi lawa bagi aku.. haha.. sedap mata memandang..
Dulu pun web2 aku seperti Scukz.Com tu turut kene proxy.. ape kejadah.. aku sendiri gi “sekeh” kepala management tu, last2 diorang check dan bukak.. suka suki je nak block.. mmg itu hak dia, tapi hak aku lagi besar sebagai student di situ :P
tapi cam biasalah, perkara paling lemah coz x leh nak download upload kat university.. tapi download video dari youtube boleh pulak.. berderet mangkuk hayun download naruto la, bleach la.. sampai effect kita yang nak masuk web lain yg jauh lebih berguna berbanding nengok naruto or bleach..
errr… jadi ke internet free satu kuala lumpur bulan june ni.. agaknye, camana la dia nye laju ek? kompem bukan setakat maggie sebungkus sempat nak abiskan, tapi sempat lagi menyelam kat swimming pool.. haha!!
kalaulah aku di jepun… *sigh
pluginbaby
March 22nd, 2008
at 9:01am
diorg block tu sbb nk save bandwith la tue since byk mkn bandwith if ramai gle bukak utube..
Fahmishah
March 22nd, 2008
at 11:24am
bagus! video 5 minit mmg aku suka
tk2
March 22nd, 2008
at 3:26pm
Aku suka 5 minit. Sebab ade Captain Disillusion!
Dulu time Internet 2mb kongsi 200 org, aku kena tunggu 1 malam nk stream lagu Ryoko Hirosue. Skrg 2mb satu rumah. Haha. trimas penaja.
stupidfox_91
March 22nd, 2008
at 5:54pm
uish..
tak sangka rupanya kondom boleh nyalakan api..
ingat boleh buat benteng jek..
zool
March 22nd, 2008
at 8:19pm
Best ko memang best mael…
megat
March 23rd, 2008
at 2:27pm
Terima kasih Mael. Info berguna!
Ooo camtu pakai tie rupanya wakaka
gie
March 23rd, 2008
at 11:41pm
huhu…aku rase,yg interview lagi ganas aku rase..hehehe…hurm..proxy,pakai je en arip punye proxy server…hehe