Lamaran Maya, Ya atau Tidak?

lamaran-maya-ya-atau-tidak.jpg

Ktak. Ktak. Ktik. Ktak. Tangan aku menghentam papan kekunci menyiapkan baris-baris akhir tugasan yang perlu aku hantar sebelum matahari tegak di’atas kepala esok hari. Hampir siap. Aku buka Firefox untuk menyemak e-mail dan komentar-komentar terbaru dari pembaca Mohd Ismail dot Com. Kerja masih ada, komentar yang ada aku layan’kan lagi. Seronok melihat kawan-kawan di’sini berbicara pengalaman mempunyai sahabat pena dalam & luar negara. Tetapi, komentar dari Khai ini, menimbulkan minat aku untuk menulis entri kali ini. Oh lihat! Komentar dari pembaca adalah salah satu sumber idea untuk menulis lebih-lebih lagi masa kau banyak di’peruntukkan untuk tugasan universiti.

Khai, 19, pelajar Universiti Lim Kok Wing menyatakan yang beliau melamar gadis pujaan hati beliau sekarang dengan menggunakan Yahoo Messenger! menggantikan cara konvensional yang biasa di’amalkan iaitu secara berdepan. Sifat malu apabila berhadapan dengan pasangan yang ada pada diri beliau menjadi antara punca kenapa Yahoo Messenger! menjadi venue paling romantis untuk meluahkan kata-kata penentu hidup atau mati itu.

Dari situasi yang Khai alami & lalui, aku suka untuk bertanyakan soalan kepada kawan-kawan, Khai sendiri & Nieza jika membaca entri ini, berkenaan perihal seorang lelaki melamar gadis kesayangan di’ruangan maya.

  • Dulu, seseorang pernah bicara sama aku yang, jika seorang lelaki melamar seorang gadis melalui telefon, lelaki itu tidak cukup lelaki & jika lamaran itu di’tolak, jangan di’tanyakan mengapa. Kini, kita punya medium yang lebih luas dari telefon bimbit. Paling senang & dekat adalah SMS & Yahoo Messenger!. Apa pandangan kalian terhadap lelaki yang melamar gadis melalui ruangan maya seperti itu & bukan’nya dengan bersemuka?
  • Untuk gadis-gadis, walaupun tidak ramai gadis membaca Mohd Ismail dot Com, adakah medium untuk melamar kalian sangat penting dalam menentukan keputusan penerimaan? Atau, kalian tidak ambil peduli dengan itu semua, asal’kan hati sudah sayang, sebaris SMS pun bisa menjalin hubungan yang kekal.

Tulis’kan pandangan kalian. Ambil telefon bimbit, SMS atau hubungi orang tersayang sekarang juga, tanyakan soal lamaran zaman globalisasi ini. Whoaa! Blog aku sudah menjadi rancangan bual bicara. Late Show with Mohd Ismail, mungkin.

    68 Comments

    Ini bukan Late Show, sedara ismail. Sudah menjadi ‘Sebelum Subuh Show’, hahaha.

    Berkenaan lamaran maya, ini bergantung pada persepsi si penerima lamaran la. ada yang mahukan si pelamar menunjukkan kesungguhannya dgn melamar secara bersemuka. ada yang tidak ambil kisah, kerana hati sudah suka. tiada salah sekelumitpun kalau lamaran itu berlangsung secara maya. mungkin kurang sedikit nilai sentimental la, sebab tak ada memori “ayang teringat la, baby mintak declare di bawah pokok rambutan..” dan seunsur dengannya. jangan pandang enteng nilai sentimental. teknik lamaran maya selalu digunapakai oleh pasangan yang duduk berjauhan. mungkin peluang utk berjumpa empat mata agak sukar, maka lamaran maya lebih praktikal.

    itu beberapa kupang dari aku.

    aku x perlukan lamaran..pelikkan…terus jadi macam tu

    aku semacam setuju dgn kidd…
    lamaran secara semuka masih lagi dianggap ada ke’jantanan’nya…

    tapi oh ya, Wardina kahwin dgn suaminya bermula dari lamaran maya juga kan? betulkan jika aku silap…

    betul… Wardina bekenalan dari maya… uhuhu…

    Bagi aku… soal melamar sekarang merupakan suatu yang phobia untuk ako lalui… waima secara maya atau realiti… hahhaha… sebab kedua-duanya pernah aku lalui… dulu…

    tapi… kedua-dua metod itu sebenarnya suatu yang pragmatis untuk dilakukan. Terkadang untuk kenal seseorang itu perlukan tempoh masa bukan?

    Oleh sebab itu, sekarang polisi ako “Dasar Tunggu Pinangan”…. hahahaha

    Lamaran maya ke atau konvensional..
    yang penting dipersetujui oleh ibu dan bapa ..

    Bagi aku, x kira la ko kenal seseorang @ di lamar secara maya ni penting atau x….Yg penting keikhlasan seseorang dlm menerima seseorang dan berlaku jujur dlm perhubungan.Orang kata, kalau lamaran maya ni selalunye berkaitan cinta jarak jauh.Hahahaha….Cinta Jarak Jauh????Boleh percaya ke zaman skarang ni???X kisahla….Yg penting kena jujur dlm perhubungan…Pedulik apa kalau korang kena lamar dlm sms sekalipun kalau x jujur dlm perhubungan buat apa????

    bagi aku!? alhamdulillah aku dah lepas ujian lamaran eheh. macam mana nak hadapi dunia sebenar selepas perkahwinan jika sesi lamaran pun x tertunai

    Lamaran maya..
    Cinta itu memerlukan pengorbanan,kesetiaan,kejujuran,keikhlasan dan sbgnya.
    Maya atau tidak lamaran itu jika pasangan itu mampu untuk bahagia ke akhir hayat aku tidak kisah.Lagi pun jika lamar secara konvensional pun ada yang “tak jadi”.

    Aku dulu face to face..Time tu kalau dia tolak pun nak buat macamana.Aku ready jelah.Nasib baik dia nak..

    Tapi,sekarang dah globalisasi.Takkan nak cakap orang yang confess pakai alam maya ni takde telur pulak..tak adil.janji diorang dah luahkan,itu pun aku dah cukup respek..
    Tapi sebab budaya kita ni, face to face lebih elokla..

    dulu masa kenal dengan husband pun, dari SMS. 4 bulan SMS dan berjiwang, akhirnya kami jumpa dan dalam 2 bulan dia terus offer ajak kawin. Yang kelakarnya, husband saya ni pemalu sket, masih teringat dan masih segar lagi, masa dia tanya “awak, bila kita nak tunang?” terkejut beruk saya…tak sangka dan tak sangka dan tak sangka…perasaan masa dilamar secara face to face berbeza dengan alam maya ni….masa tu kita boleh tengok muka dan kesungguhan si dia. Cari keikhlasan dari bicara dan matanya…dan kita pun ada memori untuk dikenangkan suatu masa kelak….untuk dikenang bersama, bersama mengimbau masa silam…

    Tapi depend la..kalau ada yang lebih selesa dengan alam maya-terserah

    ya ya… lamaran konvensional akan lebih dlm hal2 berkaitan memori.. tapi, jika melamar melalui YM!, kita boleh simpan lamaran berbetuk teks itu dan tunjukkan pada anak2.. haha.. teknologi!

    ha’ah.. aku dgr juga tu.. tp rasa’nya mereka berkenalan di’internet, tetapi urusan rasmi lain berlangsung secara realiti kan?

    hoih.. ko tu lelaki Rasso.. mana ade Dasar Tunggu Pinangan utk lelaki.. ha ha

    aku rasaaaaaaaaaaaa….

    tak jantan ah. tak jantan dan tak gentle.

    apa salahnya berdepan dan bersemuka. lafaz lamaran dengan kata kata bersuara yang halus, kilauan mata penuh harapan dan cinta. TING TING (bunyi kilauan mata)…

    kan elok…

    dari…

    “Eka, I LUV U. aku mencintaimu. Sudikah kau jadi isteriku :)(emoticon). PLZ…” taip si jejaka…

    “LMAO!” taip si gadis (pasti dia tak rasa lelaki itu serious, hanya dengan teks di skrin PC, mana nampak ikhlasnya, mana nampak cintanya…)

    Sedangkan lelaki itu separuh mati serious!!! Patah hati, terbantut hasrat. Naya…

    kalau aku, aku bawa tunang aku ke kawasan yang bertumbuhan hijau, berlangit biru dan awan putih berkepul kepul. Dengan cahaya matahari menyinari wajah kekasih hati ku, aku melamarnya (bukan style org putih), sebaliknya cara anak jantan. luahkan perasaan, dan nyatakan hasrat untuk mengahwininya seikhlas mungkin… ketika dia cakap dia sudi atau mengiyakan, merpati putih terbang berakan-rakan sambil berkicau…

    OHYEAH…

    LMAO = Laughing My A** Off…

    kalau yg duduk berjauhan, jgn jadikan itu sebagai alasan untuk lamaran online…

    kalau aku, aku travel dari jauh. tanpa memberitahunya. muncul di depan pintu rumah nya…

    TINGTONG… (bunyi loceng rumah, kalau takde , mcm biasa la ketuk pintu, atau kasik salam, terpulang mcm mana korang nak bayangkan)…

    dia membuka pintu. kau berdiri dengan senyum, beri salam. biarkan dia kaget dan menarik nafas dua tigga kali… ko pun amik nafas 3-4 kali…

    “B, i travel thousand miles just to be at this spot at this momment at this time, to see u face to face, to see u eye to eye, to feel ur presensce. Just to ask u to marry me…”

    PERGH… RENTAP JANTUNG beb, cair…

    oh lupa… ada lagu background…

    Keunggulan cinta dari sinar mata
    Yang bergelora
    Hati ditaman berbunga
    Satu impian satu harapan
    Sudah pasti ada sebaliknya
    Satu rahsia

    (BPR - Dari Sinar Mata…”)

    kalau korang tak kenal sapa BPR, korang bukan generasi HIP dan COOL…

    lamar guna YM.. still same je mcm konsep guna phone.. tak jantan.. malah lebih tak jantan kerana.. hanya menggunakan teks.. at least, telefon, leh dengar suare..

    p/s: jangan nanti nak break / divorce pun pakai YM sudah.. wakakaka.. ternyata bachul hendaknya…

    ha ha.. guna nama Eka! kool gila ko Beck…*serius, mmg terasa seperti satu yang aneh membincangkan perkara seserius itu di’YM!, aku ingin tahu bagaimana Khai melakukan’nya… ayat apa eh dia pakai?

    dan ko Beck, tak perlu jadi konsultan.. ko lebih layak menjadi penulis skrip/lakonlayar/pengarah/hero sebuah filem cinta agung Malaya… ha ha..

    tahun lepas atau dua tahun lepas, bukan Metro ada kecoh penceraian guna SMS ke? ha ha ha… teknologi me’mudah’kan segalanya.. segalanya!

    aku rasa, kalau aku buat skrip atau lakon layar, tapi takleh dibuat ke FILEM. sebab budget malaysia nye filem CIPUT sgt. tak mampu nak buat semua yg aku nak…

    Sedara ismail, ini sudah jadi “All Day Show”.Sambutan hangat² mentari 1pm. Hurm, macam mana pulak kalau lamaran via YM, dengan webcam superlaju, dengan bunyian² latar (sedut idea beck)…praktikal kah?aku rasa ini idea bagus.

    test gravatar…

    utk kidd. tak jantan sial. cara camtu. percaya la. kalau ko buat camtu, ko akan regret seumur hidup…

    Kalau nak lamar tu kena berdepan la brother… tak boleh pakai YM walau pun kau bertaraf Geek… mau berani jumpa mak bapak dan keluarga …..ini cerita nak kawin nii….. bukan siri reality mencari cinta ..huuuuu….huuuu…..

    adakah cuma adila saja pompuan yang bagi komen utk entri ni? kalo ya, meh aku nak kongsi gak, pendapat aku. hoho.
    bagi aku lah kan, kalo ko nak melamar ajak awek ko kawin, pastu ko guna YM untuk lamar dia, hurm.. x best dowh! bak kata adila lah, perkara serius ni, kita nak tgk kesungguhan seseorang tu. bagi pompuan, saat dilamar tu kan saat yang paling *erghh* indah, hoho. jadi, kalo taip kat ym je, nak pula melamar guna ym je, rase macam adoii lah, ntah pape. nampak macam tak serius pun ada juga.
    kalo ko kata, boleh simpan teks untuk bacaan anak-anak akan datang, aku cadang masa ko nak melamar tu, baik ko suruh je kawan ko rakam saat-saat hidup dan mati (bak kata ko tu). haaaaaa.. lagi lah best! lagi bermakna, lepas 10 tahun kawin, ko pasang balik rakaman tu, hoho. boleh teringat balik saat-saat dilamar dulu. yang lelakinya nervous, yang pompuannya terkejut gila. ending? kedua-dua happy. haha.
    kesimpulannya, aku setuju kalo ada je pompuan yang tolak lamaran kalo ko guna ym atau call. bukan lah bermakna pompuan tu tak suka ko tapi, ermm.. adoii, romantik sikit, boleh? :D

    erm, aku pompuan la…

    Dulu aku melamar gune maya gak tapi guna myspace..

    hurmmm..aku jarang melamar utk kawin. kalo melamar buat awek ada la tapi asyik kena rejek je.

    tapi aku lebih prefer secara depan2 sebab itu lambang ‘jantan’ dan ikhlas.

    :D

    kalo guna tepon atau YM atau maya ni mcm tak serius kan w/pun sebenarnya serius?

    pergh….mantap siot beck…patutlaa womanizer…sila ke blog beck utk keterangan lanjut..!!

    mm lama aku x ade masa nk melayan karenah ismail nih..ahaha…

    bagi aku laa..aku suka face to face…sbb ni bukan perkara main2, dan ia memerlukan kesungguhan, keberanian, keikhlasan..blabla..mcm yg diorg ckp kat atas tu…barulah kool…takkan semua nk jalan mudah..

    mudah sgt nk tulis kt msg tu.. “Eka, i luv u, kita kapel jom!” …mane nk tau yg die ni serius…ntah2 womanizer…mmg ske main2kan pompuan…ahaha…

    p/s mail..ni lawaj je ek..:P!

    pedas, tetapi penuh berisi kebenaran.

    heloooooo…. keikhlasan itu penting. berapa ramai yang terperangkap dengan sms dan ym? kalo ikhlas takper… sampai akhir hayat bersama selamanya.

    jangan terperangkap sudah laa. kata2 manis memang bleh ditulis di sms sebarapa banyak yang kamu suka.

    saya suka sms dan saya suka ym. tapi memang takleh nak melamar cara sms dan cara biasa sekalipun lantaran tiada awek lagi untuk di smskan atau di ymkan seadanya…

    hahaaaa… jangan menyesal di kemudian hari dah laa. menangis tak berlagu. sesal dahulu pendapatan sesal kemudian dah tak berguna… silap haribulan menjadi mimpi ngeri yang mengerikan yang sungguh dahsyat lagi menyiksakan jiawa raga…

    biasa ah, nak hidup…

    Kenal melalui internet x slah. Tapi nak melamar tu jadi jantan lah. face-to-face.. baru laa nampak syahdu yg kena lamar.. nampak muka malu-malu ayam nya.. haha

    tp… nak ikut rasso gak lah..

    “Dasar Tunggu Pinangan”

    hahha

    nak tunggu pinangan jugak laaa… haa? tunggu pinangan pihak mana???

    betul! nampak mcm tak serius.

    ya ritte. smp ke tua la x kawin kalo lelaki buat dasar tunggu pinangan. haha.

    eekeke..aku pn dlu pakai YM jugak..miahaha..tp lagi best..pakai YM member ex aku..tp..time nk declare tue..ckp dpn2 laa..basically, aku dilamar oleh perempuan itu..pada satu mlm..ketika aku membawa die berjalan2..tetibe die tnyer..

    ‘U, u ingat I kuar ngan u nie saja2 ker..u nie tk paham2 bahasa ker..kalau pompuan nk kuar ngan lelaki, tu maksudnyer die minat laa…’

    and aku tergamam

    lalu aku trus berkata..’yerke?..baiklah farra, sincerely I luv u damn much, tp I takut nk ckp’

    tanpa segan silu..die cam diam..pandang aku dan berkata..’I luv u too..’

    haha..simple as 1,2,3..

    Askum.. thanks mail jadikan kisah aku plek cover story post kali ini.. Hehehe…

    Orait, untuk pengetahun bro ismail dan semua pembaca yang ingin tahu, Khai melamar Nieza di YM bukan untuk menjadi isteri tetapi hanya couple. Kami datang dari jauh. Seorang dari Utara dan seorang dari selatan. Nieza dari Perlis dan aku dari N9/KL. Dan kami diketemukan di Cyberjaya (Limkokwing University). Yeah!

    Kenal pun secara tidak sengaja bila mengambil bidang yang sama dalam course Creative Multimedia (CM) semasa di Semester 2 lepas. So CM ni ada 3 kelas dan kami dalam kelas yang sama. Kalau tak ditempatkan satu kelas, jumpe selisih pon tak pernah perasan sebelum tu. Hehehe….

    Nak dijadikan cerita, suatu hari tu Nieza datang jumpa dengan seorang member sekelas di sebelah Khai. Dia tanye budak tu ade myspace ke tidak. Rupanya sekarang baru tahu masa tu Nieza nak tanye Khai tapi segan.. buat2 la tanye member..hehe.. dalam masa itu, secara tak sengaja, khai pon tulis la sekali myspace khai dalam kertas yang nieza beri tu..

    malam nye, dia Add khai di Myspace dan YM. so bermulalah kisah sepasang “sahabat” sekelas yang berbual-bual biasa di YM. Adakalanya, Khai suke buat lawak melayan kepala si Nieza tu. “Gila-gila gak kepala minah ni”, kata Khai di dalam hati.. Bila ada kerja groups je, sanggup tinggalkan kejap semata-mata nak menarik hati si dia.. member group pon bila dah nampak Nieza on9 kat YM, paham2 je la sambung esok kerja tu.. haha

    Dalam kelas untuk melihat kami berbual seperti di YM amatlah tidak mungkin. Bergurau senda di YM bertukar menjadi kelu seribu bahasa antara kami apabila di dalam kelas. Dan pada suatu hari, Nieza minta tolong pada Khai betulkan antivirus kat notebook dia. Antivirus AVG. sungguh nostalgia AVG ini bagi diri Khai. Dan itulah kali pertama kami bertentang betul2 empat mata dan berbual ala malu-malu kucing tidak seperti di YM di mana masing-masing sering mencuit hati sesama sendiri.

    Sejak kejadian tu, Khai makin berani untuk bercakap dengan wanita ini. Tidak kira di YM atau di kelas. DI kelas juga, kami sering tidak sengaja bertentang mata. Ada sekali tu Khai terasa nak nengok si Nieza ni. Bila Khai toleh je pandang dia, dia pon dalam masa yang sama toleh memandang Khai. Ah, manis sungguh saat itu. Dua-dua tersenyum sendiri..

    Tidak lama selepas itu, Khai beranikan diri. Nieza ni memang ramai peminat. Saja la nak cuba-cuba kot ada rezeki. Khai pon melamar dia di YM. Nieza tidak terus terima sebaliknya menguji khai dengan beberapa syarat yang perlu Khai terima jika ingin bercouple dengannya dan syarat itu khai hadapi dengan penuh keterbukaan. Jika dah suka kepada seseorang, lautan api sanggup diredah. Bukan begitu mael?

    Dan mulai hari itu, kami menjadi pasangan dan kecoh satu kelas kemudian satu faculty. Dan kini semuanya bukan rahsia lagi. Ramai member yang konpius bila masa Khai mengorat si Nieza ni. Itulah, lebih bagus kita tampil dengan kejutan.

    So kini aku menjadi lebih berani. Terima kasih Yahoo Messenger kerana menjadi “orang” tengah antara perhubungan aku dan Nieza. Walaubagaimanapun, tak mungkin untuk aku melamar Nieza sebagai isteri nanti juga menggunakan YM. Mungkin akan menggunakan MSN Messenger pula. Opss, lawak aje.. hehehe..

    Psstt: Ramai bertanya kenapa aku suka bercerita kisah percintaan aku di blog. ada yang cakap aku poyo dan menunjuk2… itu semua silap.. Itu semua kerana aku terlalu menghargai harga cinta yang aku ada. Bukan senang untuk semua orang memilikinya. dan paling penting, hanya aku yang rasa semua itu..

    Jika kalian seorang yang pemalu seperti aku, gunakanlah YM. bukan kejantanan yang dilihat seorang wanita, tetapi sebuah keikhlasan. Itu wanita sebenar!

    Hanya sekadar berkongsi sebuah pengalaman..
    Khairul & Nieza

    ahaks….lamaran maya?? nieza rasa xder ler teruks sgt ngan lamaran maya ni. mmg laa kalo nk diikutkan lamaran maya selalu nyer blaku dr jarak jauh…tp lmaran maya ni selalu jgk blaku bile ader perasaan malu tuh. haha…maybe mcm khai. nieza n khai dah kenal dlm kelas, tp masing2 mmg xbtegur sapa la. nieza pon malas nk tgur dia….sbb malu…just skodeng time dia masuk kelas lmbat selalu nyer. then ntah cam ner nieza leh add dia kt ym, terus borak kt ym. then dri situ ktorang masing2 mule myimpan perasaan yg sukar ntk dlafazkan..dan saat itu jgk la nieza tnanti2kan lamaran dri khai. maybe masa tu khai malu nak luahkan ntk yg ptama kali nya face 2 face ngan nieza sbb tuh dia guna ym.nieza xkisah la lamaran dia dri ym, yg ckup wat nieza happy.. sbb dri ym skurang2 nye nieza tahu perasaan dia pd nieza. akhir nya dri ym cinta kmi berputik smpai ke hari ini….

    dri lamaran maya telah mengerat kan hubungan kami..dan shingga hari ini jgk la, nieza selalu dgr kata cinta dri khai…sma ade kt ym, sms, time dating…dlm kelas…anywhere dmana ader khai, dsitu ader cintanya ntk nieza…insyallah..thanks my dear, khai!!!

    love.. 27 march 07 hingga kini..
    Doakan hubungan kami.. Thanks Ismail.

    yes..my dear khai..hak3..haish..nie yg aku jeles nie…to all ladies..please read here ‘I’m single!!!!!

    nah trackback citer utk khai n ismail..ekekekeke

    Technology in Love, Yes or No?

    oh yeah.. sepasang kekasih yang menjadi subjek entri kali ini telah memberikan respon… he he.. aku seronok membaca komen Khai pasal cara dia approach Nieza.. ;p YM! mmg berperanan penting sejak saat mula.. ceewah!

    hehe.. seronok gak baca komen spasang merpati sejoli tu. moga sampai ke jinjang pelamin dan bahagia ke anak cucu..

    tapi la kan, bagi SIs.. kalau bleh biar la lelaki tu melamar face to face. baru la gentleman.

    tapi dalam kes Khai tu, die brani melamar tu pun kira dah baik. buatnye sampai sudah die malu2. tak ke haru si nieza tu. hehe..

    ya.. sentiasa aku doa’kan hubungan kawan2 aku kekal sampai bila2.. ;p jaga Nieza baik2.. heh

    Nieza, jaga Khai baik2… ha ha

    huhu.. aku berkenalan dengan sorang awek kat yahoo messenger. aku cukup gah di yahoo room ketika itu dan jarang berborak di personal msg. semuanya diroom. nak dikatakan terjadi aku PM sorang awek dan awek itu sekarang berada disisi aku setiap masa dan sah sebagai isteri. muaahah.. lamaran di ym tidak mustahil. kua kua kua..

    whoaa..tahniah untuk ko Bob! dapat isteri dari perkenalan di’YM! :)

    *dan, takdir itu lebih advance dr segala teknologi manusia..

    Personally, i kurang minat kalo melamar online nih. Kalo boleh, baik berdepan. Kalo takut sgt, at least call.

    Sekurang-kurangnya, kalo call, kita dpt dgr emosi dan perasaan melalui suara. Kalo kat YM…mcm very…(camner nak cakap dlm BM?) passive, unemotional and impersonal.

    Kalo u cinta dan sayang sgt pompuan tu, takkan takleh amik risk utk melamarnya secara berdepan?

    but of course, lain org, lain caranya :P

    Yeap…..me too….

    I’m available….Single, cute & no one will ever attack u coz im not anyone boyfriend……Kekekkeke….

    huhuhu..ader lagi tak pompuan mcm nieza nih di luar sana?yoooohoooooo…echo satu tanah semenanjung.

    pompuan baru nak kenal… lagi2 yg jenis susah nak kasi no phone kat orang.. so camne nak propose melalui call….

    terpaksalah guna YM.. hehehe..

    Laa.. Ingat Lamaran Maya Ni Maya Karin Kena Lamar. Huhu.. Aku Tiada Lamaran Maya. Hanya Lamaran Suara Melalui Telefon Selalu Berlaku. Tidak Pernah Selain Itu. Heh

    :D=

    lamaran melalui telefon selalu berlaku? apa maksud ko ni Qai? ko womanizer eh?

    ha ha ha

    aku penah terima lamaran maya via sms.aku x kesah pon sbb lps aku terima lamaran tu smpi saat ni aku masih bahagia je..cumenye dia x nmpk la muke aku merah time bace lamaran dia tu..hehe

    aku belum bersedia. x kecapai impian lagi ahaks.

    romantic kan cara khai citer kesah love die..mesti sambil pejam2 mata..ha ha ha..apa2hal semoga kekal ke anak cucu ler..pasal melamar ni aku rase la..mmmmmmm..nak kene face to face gak la sbb nnt klu dlm ym ke sms ke ape aje la cam x rase lak gelora romantik die tu…ske ati la yg penting xlas…ha ha ha

    aku sebenarnya agak tak kesah la. but of course it’s always better to experience the physical part of it.

    tapi of course la every girls nak this kind of situation happen to them:
    “If I could say what I want to see
    I want to see you go down
    On one knee
    Marry me today”

    on bended knee… that’s what i want… huhuhuhu

    kerana pos ni.. khai dan gf die jadi popular… kalo ko 2 orang ade ura-ura nak break.. aku piat telinga ko berdua nanti mase rumpun 2008

    ha ha ha.. aku harap ape tau, kalo tiba2 mcm diaorg ade suasana tegang, entrii aku yg ini akan menjadi salah satu sebab utk diorg ceria2 balik.. maklum la terkenang saat2 awal perkenalan.. khai pulak cerita abes kat sini…

    :)

    haha..btl kate ko mail.kalo bdk b’dua tu perang mesti entrii ko ni jdk salah satu cara diorg baik kn.apepon hero n heroin mesti la hepi ending kn.jgn aduh2 ye

    Aku rasa benda ni dah jadi macam budaya dalam kehidupan seharian kita, kalau tidak tak tumbuhnya website2 dating seperti friendster myspace adultfriendfinder jadi bagi aku tak kisah la ko propose guna telepon ke sms ke kalau si awek tu dah tangkap cintan lentok baik punya dia tetap akan terima :)

    terkenang aku zaman bercinta ehek ehek :D

    Ekekke.. insyaAllah…. akanku cuba jaga hubungan ni sebaik mungkin.. Mekasih semua especially mohd ismail..

    betul la tu.. entri ni boleh buat aku dan dia ketawa.. serious! thanks kerana menghiburkan lagi hidup aku.. terasa hidup lebih bermakna.. kekekeke…

    terima kasih kepada semua komenter.. satu je nak cakap, x kira la propose guna ym ni nampak cam pondan atau x gentleman ke ape, tapi kalau kene refuse, takde la muka tebal 14 inch.. haha

    bayangkan time propose depan-depan, kawan kawan plak ada.. then pompuan tu buat x layan, kan boleh memalukan juga diri tu..

    ape salahnya elak perkara yang boleh memalukan diri sendiri.. kekekeke.. kita ni bukan macam artis atau david beckham petik jari je leh dapat.. kekekee..

    Mekasih semua.. Salam aidilfitri dari Khai & Nieza!! mael nanti aku kasi ko angpaw!! datang umah.. jemput jemput!!

    Salam,

    Saudara Ismail ni masih bujang lagi kan? Andai kata la… anda belum ada GF, kemudian ada ’secret admire’ nak berkenalan dengan awak secara serius dan nak ajak anda kahwin, apa riak anda? Andai kata si dia seorang sebaya atau setahun tua dari anda dan memegang jawatan kedua tertinggi dalam sesebuah jabatan kerajaan atau syarikat besar, apa jawapan anda?

    Orang lama berkata, ‘Biar mati anak, jangan mati adat.” ND Lala berkata, ‘Kalau anak mati, sapa nak sambung adat’.

    Kalau setakat nak bertunang, boleh la nak buat secara ’simple’ aja. Tapi, kalau bab peminangan, seelok-eloknya buat la mengikut adat. Takut nanti ‘Orang Melayu tak hilang di dunia, tetapi identiti (budaya dan adat) Melayu dah lama hilang dalam jiwa anak muda’. Akhirnya, walaupun 100 tahun merdeka sekalipun, kita masih ‘dijajah’ sebab masih meniru ‘budaya’ Barat.

    p/s - Niat tidak pernah menghalalkan cara… sekadar satu pandangan :)