Laptop Pertama Bawah USD$1000 Dari Apple – Teknik Pemasaran Yang Aku Suka

Gambar di’sebelah adalah gambar yang di’khabarkan sebahagian dari laptop terbaru Apple yang akan berada di’pasaran sedikit masa lagi. Dan, harganya adalah yang terendah pernah Apple hasilkan – bawah USD$1000.

Aku tidak mahu bercerita tentang produk ini yang kini di’beri nama ‘Brick’ oleh mereka yang sangat berminat dengan perkembangan Apple. Aku cuma sukakan cara pemasaran yang di’lakukan Steve Jobs & rakan-rakan’nya di Apple.

Setiap kali Apple akan keluar dengan produk baru, pasti akan ada sekeping dua gambar ‘terlepas’ keluar dari dalam Apple itu sendiri & kita tidak pernah dengar tentang pemecatan sesiapa — malah amaran orang atasan Apple kepada sesiapa.

Apple pada hemat aku sengaja melepaskan sekeping dua gambar atau informasi sahih untuk mengambil perhatian mereka yang berminat dengan produk mereka. Malah mereka tahu kepada siapa mereka boleh bocorkan untuk mendapatkan lebih exposure. Kevin Rose + iPod Nano 4th Gen = BOOM!

Di Malaysia, tiada syarikat yang berani melakukan begini. Proton misal’nya menyimpan MPV mereka begitu ketat. Orang sebenarnya mencari gambar MPV pertama Malaysia yang mungkin terbocor. Jika aku CEO Proton, aku sendiri akan email Paul Tan sekeping gambar sahih Proton MPV.

Kau tahu ‘kan berapa banyak perhatian yang Proton boleh dapat dengan hanya satu entri di PaulTan? Itu belum lagi kesan penulis blog lain yang juga berminat & mencari trafik serpihan. Semuanya akan berlaku secara percuma. Duit yang Proton jimatkan itu boleh di’laburkan untuk keluarkan produk yang lebih baik.

Ini yang orang panggil sebagai hype marketing. Pastikan pelanggan betul-betul teruja sebelum lancarkan produk baru.

Comments

33 Comments so far. Leave a comment below.
  1. PeCo,

    aha
    aku berminat dengan ipod dalam link yg kau beri
    seperti remote tv
    haha

  2. sila’lah beli — iPod Nano (RM599) *aku dah try pakai, mmg kecil comel je natang ni.. skrin clear na’mampus..*

  3. PeCo,

    aku ada satu ipod nano 3rd gen
    tetapi kejadahnya entah rosak ke ape
    tiap kali aku bukan, kuar icon X merah
    juta kali reset tetap sama

  4. ni yang membuatkan aku nak beli ipod 120gb kat singapore sales hujung tahun ni .. hehe
    aku pun suka dengan hype marketing…

  5. iPod Shuffle yang aku menang dari Exabyte sudah rosak, petanda untuk upgrade baru

  6. dauz,

    Macam best aje laptop nie berkenan la nak belinya tapi maklumla student duit tarak cukup maa :)

  7. Proton? standard la tuh, selkagi xder org nak buat.. selagi tu diorang main rahsia2.. kan ke rugi tuh… waktu tgh hot mcm ni la, kuarkan sikit bontot keta ke, interior design ke.. baru bole boom.. cam ipod tu la..

  8. hype marketing technic = konsep pengiklanan percuma. mmg apple boleh save berpuluh juta untuk budget pengiklanan mael.

    ps: proton tiada passion dalam membuat kereta. strategi marketing yang buruk + masalah kualiti yg tahi + karenah birokrasi + korupsi + tiada passion = proton terkulai…

  9. ye la.. banyak keyword proton mpv masuk ke blog aku..
    nampak sangat orang malaysia nak tau..

  10. Apple pandai mencari idea dalam memasarkan produk mereka.. Eh.. Kau ada lihat x advertisement ‘Get a Mac’ di website Apple..?? Iklan yg membuatkan PC kelihatan useless.. Haha..

  11. betul tu.. appl pandai buat fan, before the product release lagi.. cool~

    aduh.. bila la iphone nk masuk malaysia :(

  12. aku hanya ada Ipod 3rd generation sahaja..Tapi berita laptop Apple di bawah USD 1000, cukup mengujakan..Lama aku usya natang nih..

  13. @uzair da setaraf laptop Dell la kalo betul kadi diaorg kuar laptop USD$800..

    @nikillas itu mmg trademark diaorg.. selamba je kutuk pc.. =)

    @menteil byk org cari = trafik = $$$.. ha ha

  14. @dauz nnt ko keje, kumpul duit leh rembat satu =)

    @knizam ipod 120GB? nk sama besar ngan harddisk pc aku da tu.. ha ha

  15. zool,

    Aku tak berapa pandai pasal teknologi ni..
    Otak dah beku,..

  16. bird,

    selalunya product berlaku sbb diorg outsource pembuatan di China. bukan apple saja, byk lagi company lain yg mengalami perkara yg sama. kalo kene fired pun org2 jkt kilang yg diorang outsource kan la.

    mungkin jugak betul tentang teori leaking secara sengaja tu, tp saya rasa sebelum ni Apple mmg sgt bgus menyimpan rahsia development produk mereka. lgpun mereka ni umpama hype machine. kalau mereka nk generate hype pada satu2 produk, selalunya mengikut saluran yang betul (contohnya iPhone, diorang announce dan tunjukkan working iPhone 6 bulan sebelum dipasarkan rasanya).

    lagi, dgr cerita yg ‘Brick’ yang dimaksudkan tu adalah nama teknik yg digunakan Apple untuk membentuk casis laptop dengan ‘3d laser’ dan apa2 ntah, membolehkan prototyping design lebih pantas, dan laptop tu sendiri lebih kuat dan tiada skru (spekulasi)

    lagi satu, design dia resemble kepada ala MacBook Pro, maka kemungkinan besar ia tidak berada di dlm laptop yg berharga dibawah USD1000 di bawah kempen baru apple yg dispekulasikan.

  17. Macbook baru harga start sekitar USD700-800

    Macbook Pro baru (brick) start USD1899

    Macbook Air baru tak sure.

  18. bawah usd1000! itu cukup menarik.. kalo berbaloi tentu aku akan membelinya!!

  19. proton xwat cam2 sbb derang tahu produk derang xhot..
    produk apple mmg hot..smua org nak tahu apa yg derang nk release..
    wahahaha…
    aku rasa apple dah gile2 nak compete with micro$ost.
    ape pun aku mmg mengidam iMac..wahahaha…

  20. cyza,

    mmm memang teknik power tu….kasih sikit2 tapi tak kasih semua… tu yang buat orang jadi penasaran

  21. d2z,

    ada satu laptop toshiba mcm macbook..x ingt lak model apa..t300 kot..ntah laa..hoho

  22. khai,

    xde pic penuh lg clear kew mael… {malas google nye pasal}

    …. neway aku mmg semakin berminat ngan barang2 apply…. dulunye sonyy… mungkin rumah sony impian aku akan bertukar menjadi rumah apple.. insyaAllah..

  23. khai,

    footer ko ade ‘i love u’… u look so gay mael… {bila lelaki membacanya}

    hahahahaha

  24. dah penat lak nak rasa teruja. memuda pantang nampak atau dengar huhu. mungkin dah masuk sempadan usia.

  25. rham,

    Macammana pon review yang aku baca tentang laptop-laptop lain aku tetap minat Sony.Hidup Vaio!minta maaf kepada peminat Epal kalau-kalau aku tersalah post.Haha

    ps:Kau pergi sonystyle.Sony makin mengganas dengan laptop-laptop barunya.

  26. Aku Baru Pegi Tgk Produk Apple Tadi… Nak Servey Beli Laptop Lak.. Hehe..

  27. apple x pnh hbs cara promosi,
    ada je teknik2 nya.. ptut di
    buat buku, “advertising apple style”
    tmbh2 lg us dolar tgh jatuh ni.. rembat trus..hehe

  28. hoho..memang aku rancang nak ambil satu produk apple ni.

  29. ika,

    cara pemasaran yang bagus la..
    xperlu nak kedekut2 setakat 1,2 gambar tu…

  30. taza,

    Setuju ngan ika aku pun tgh plan nak beli pesona tapi bila dengar proton nak kuar MPV terpaksa postpone sampai Mac tahun depan hu hu

  31. hmmm haku kureng sket dgn apple, klau dpt Acer Predator yg baru pun da cukup :D

  32. tak berapa minat.

    tapi kalau orang bagi, kita amek aje..

  33. asx,

    Apple . cara tak pernah nak sama dengan orang lain .

Add Your Comments

Required
Required
Tips

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <ol> <ul> <li> <strong>

Your email is never published nor shared.

Ready?