Lihat pasangan kau sekarang

Tips hari ini : Memahami perempuan adalah suatu subjek yang paling susah untuk kau lulus,percaya’lah.

Di kampus aku, ada semacam satu budaya di mana pelajar perempuan di sini gemar membandingkan wajah sepasang couple yang mereka lihat tidak kira di mana. Mitos yang membawa kepada habit pelik ini berbunyi ;

“Jika sepasang couple itu mempunyai wajah iras-iras ataupun sama,couple itu akan bahagia sepanjang masa.”

Itu adalah mitos paling aneh pernah singgah di telinga aku.Kau fikir’kan ya,jika kau punya pasangan yang berwajah seiras dengan kau, apakah bezanya jika kau menatap wajah sendiri di cermin,setiap hari. Belai’lah lembut wajah sendiri di cermin.Ungkap’kan madah-madah berhelah penuh janji kepada diri sendiri.Lebih serasi & bahagia mungkin. Tidak perlu diadakan sambutan setiap kali tiba tarikh lahir, tarikh lahir ayah, tarikh anniversary, tarikh kucing bersalin, tarikh putus, tarikh sambung-balik dan semua tarikh pelik-yang-akan-dilupakan-selepas-berkahwin yang bermakna bagi setiap pasangan bercinta.

Sekarang, kau beritahu pada aku, mana yang kau suka, hidup dengan bayang-bayang sendiri atau hidup penuh advan-turas bersama dia yang mengerti perbezaan itu membahagiakan?

37 Comments

Jika saya….. Saya tidak kisahkan itu semua… Kalau muka seiras peranagan maca s***itan, baik tak yah… Serupa je…

salam.

ha ha ha. sama tapi tak serupa. berbeza tapi sama. tapi kalau dah lelaki kahwin dengan perempuan itu sudah tanda ada satu keterbezaan di situ. kalau lelaki kahwin lelaki mahupun perempuan kahwin perempuan itu diluar keterbezaan. ha ha ha.

lantaklah fizikal itu, persetankan aja. janji hati mahu baek. lalalalala~

dua point dari Azhar & Akirasuri yang cukup kuat menolak miros aneh itu.. he he..

:)

tapi kan,aku sangat simpati pada mana-mana perempuan yang punya wajah iras aku…harap’nya tiada…

siapa yg seiras ko agak malang kerana, punyer wajar seorang yg lampi lagi melampikan..hahaha..

Apa ada pada wajah seiras, kalau hati tidak serasi.

Wahhh mael, ko seiras akira suri!!! Nguahahahahah

aku pernah dengar jugak mitos ni..tapi lebih dasat dari itu, aku rasa ianya sinambungan dari mitos yang kau dengar mael..iaitu, muka pasangan akan berubah setelah berkahwin..ada yang cakap si isteri, mukanya akan seiras si suami, dan sebaliknya..

Lepas ja aku dengar mitos tu, terus aku tengok muka orang tua aku..hehe..AGAK jugak la..konpius aku dibuatnya..

Mael ko dah jupe ke yg seiras-iras..

aku pon mcm penah dgr mitos ni..
tak betul..
aku pasti!

tak setuju!
pastu satu lagi mitos:
“kalo pompuan tu lawa, pasangan dia mesti kureng. kalo laki tu kacak, si pompuan tu pula mesti kureng cantik”

heh~

patut la nurul & ajai tak bahagia.
lain2 colour.

hidup sorg2 lagi menggembirakan.
:)
muka seiras? ah x bes.

oit so’od,pandai ko je…adui la kalau ikut mitos ni,huru hara…

Azka,aku takmo jumpa seiras aku,tak advan-turas hidup begitu :)

Huh~
Bro azhar & Azreen… apa pula mitos di kampus kita?

erm…
bagi ako… semua itu tak de maknanya. Mereka yang menilai itu terlalu naif bagi aku… tidak terlalu idealis! hahahhaa

woo mael aku ade jumper pompuan rupe mcm ko. malangnyer dia lari bler aku nk snap shot gambo dia menggunakan kamera berkuasa rendah milik motorola ku. klau x leh aku send dan ko poskan ke cni.

mitos ini dh lama aku dgr. sama ada btul atau tidak kita suh Mythbuster tentukan.

sy pernah terdengar satu kata-kata, katanya kalau banyak persamaan, isi rumah akan boring, kalau lain2 tak la boring…

nak ngelak orang mengeluarkan sesuatu tafsiran terhadap couple itu iras ke tak iras, takyah la tunjuk depan orang. pandai2 la makan..

nanti ko tgglkan email address ko kat blog aku ye mail..

yuhyi ~ eh,ade ke?he he..camne la rupanya ya?haha..lain kali kalau jumpa,sampaikan salam & no tipon aku sekali..:)

anasxz ~ ya, similariti itu ibu kepada segala kebosanan..

ah.semua karut.bg aku la.kalau sama ke x sama ke semua nye berbalik kepada diri masing2 yg menguruskan

‘Memahami perempuan adalah suatu subjek yang paling susah untuk kau lulus,percayalah’

haha.
1 akal vs 9 nafsu.
aku sendiri kurang paham dengan diri sendiri secara jujurnya.. apatah lagi lelaki.

Percayalah.. sebagaimana kau rasa macam tu terhadap perempuan.. sebegitu juga mereka terhadap lelaki.

1. ‘Orang tua-tua kata.. selalunya pasangan kita tu mukanya mmg agak seiras ngn kita.’
2. ‘Orang tua-tua kata.. kalau gadisnya cantik.. cek abangnya mesti biase2 aje.. takla hensem gile.. manes cuma.. dan gitulah sebaleknya.’

aku.. takdela pecaya ngn kata2 orang tua sangat.
tapi.. cuba ko buat survey..
ada betulnya jugak kadang2..
kerja Dia.. hanya Dia yang lebih mengetahui bukan.
hehe.

dulu zaman sekolah.. aku selalu tepikir..
aku mesti dapat laki yg ensem.. sbb aku tak cantek jelita. tapi aku tak suka laki yg ensem. sbb kebanyakannya perangai sgt huduh. tapi akhernya dapat gak. dulu-dulu kala lah. zaman jahiliyah. alhamdulillah.. mereka mengajar aku jadi manusia tulin. haha.

sekarang.. aku taknak benci ngn taknak suka.
diam2 aje sudah. serahkan padaNya. hehe..

ye ke orang berwajah tampan kacak ni selalu berperangai tak senonoh?
he he..
nampak’nya gadis-gadis semua boleh meletakkan harap pada aku,aku tidak kacak,secara langsung aku akan tidak berperangai tidak senonoh seperti orang2 kacak…

kan cik famia kan?

x pnah dgr pon mitos pelik camnie?

bOleh tak aku dapat yang tak seiras dengan aku… kerana aku tidak suka yang tembam cam aku jugak.. uwaaaaa

org kata muke aku n ff serupa atau mcm adik beradik.
aku rasa tak langsung
tp xbermakna kalo kt serupa dgn pasangan kite, semuanya serupa.
mesti ade perbezaan tang lain.
aku suke MU, tak suke arsenal
FF benci MU, sayang Arsenal

kan berbeza tu
hehehehhehehehehhe

terlampau byk persamaan dengan pasangan akan membawa kepada kehancuran sebenarnya. pasangan kita sepatutnya menjadi pelengkap kepada kita (baca: menampung kekurangan yang ada pada kita). fenomena mencari pasangan yang ada persamaan dapat dilihat pada artis-artis kita yang kahwin sesama mereka. Apa jadi? Jadi sekali lagi saya tekankan pasangan adalah pelengkap kepada kita. Jika tidak apa motif tuhan jadikan hawa sebagai pasangan adam.

membaca entri kali ini membuat saya hampir tertawa. segera saya menghubungi sayang saya supaya dia membaca entri yang sama. kemudian baru kami tertawa bersama-sama. wajah kami langsung tidak seiras. dia kelihatan matang dan beretika walhal saya masih berterabur. tetapi lihatlah… kami masih setia setelah enam tahun bersama.

haha… petikan kata-kata itu hanya mitos yang tidak ada logika semata-mata. titik… o_O

eh maybe betul gak.. tp utk psgn yg dah kawen la. my lecturer dulu mmg ramai yg lebih kurg same wajah dorg.. n they are great ‘married’ couple.

aku rasa kau salah faham arr mael. bukan mcm tuh sebenarnya yang orag ckp.

dia sebenarnya mcm ni: kau tgk satu pasangan tu, kalau dah lama bersama kau akan nampak persamaan tu. bukan iras la (tak iras langsung pun), tapi akan ada persamaan fizikalnya di situ.

aku mencari advanturas… belum jumpa lagi.

awek2 yang aku cuba usha hampir punya similariti yang serupa…. punya tabiat tidur dan mudah terlelap…

mengapakah begitu? ermmmm…

tah la… wanita atau lelaki,,?
yang mana satu benar?
silap sendiri fikirkan sendiri..
salah siapa jangan di tunjuk jari..
redha dengan apa yang diberi..
bersyukur sementara masih ada yang sayang.
heheheheheheh
melalut lak?

no comment

Kaletra sustiva drug interaction….

Hiv art sustiva zidovudine viread. Sustiva….

Fioricet….

Fioricet….

Acyclovir….

Acyclovir picture. Acyclovir cause seizure. Acyclovir. Acyclovir to stop poison ivy. Acyclovir patient information….

Clomid babies….

Clomid. How long is clomid in system. Clomid success rates….

Zyvox….

Zyvox. Generic drug for zyvox zyvox….