Mahasiswa Baru: Belajar Bercakap & Komunikasi (dengan baik)
- 25
- Add a Comment
Ini adalah artikel kedua dalam siri artikel untuk mahasiswa baru. Jika anda terlepas entri pembukaan & entri pertama, anda di’galakkan untuk membaca terlebih dahulu. Enjoy!

Aku sangat berharap ada orang beritahu aku tentang ini ketika aku mula-mula masuk ke universiti dahulu. Sehingga ke hari ini, aku bukan seorang yang pandai dalam berkomunikasi, tetapi tidak bermaksud aku tidak langsung berkomunikasi.
Kelmarin (atau minggu lepas), aku terdengar temuramah Awal Ashaari dengan wakil dari majikan & Jabatan Buruh berkenaan dilema graduan yang menganggur. Salah satu punca kenapa majikan tidak berkeyakinan untuk mengambil graduan adalah kerana kemahiran komunikasi mereka.
Menurut wakil dari pihak majikan itu, graduan kita bukan’lah tidak berkualiti, tetapi ketika dalam sessi temuramah, mereka tidak mampu menyampaikan idea & pengetahuan mereka dengan berkesan. Paling ketara, gagap.
Gagap ini menurut pandangan aku berpunca dari kurangkan aktiviti melibatkan percakapan dengan orang di’luar lingkungan kenalan kita sendiri. Apabila berada di’hadapan mereka yang tidak kita kenali, air liur habis bertabur, tetapi satu perkataan pun tidak habis.
Universiti adalah satu kawasan yang padat dengan manusia. Kau mempunyai peluang untuk bercakap dengan sesiapa sahaja untuk mengasah skill bercakap dengan orang lain. Cara paling mudah untuk berkomunikasi dengan orang tidak di’kenali adalah senyum.
Aku, bukan orang yang suka tersenyum tetapi aku mula belajar untuk senyum kepada orang asing & hasil’nya positif. Kau harus cuba. Senyum boleh membuka peluang untuk kau kenal dengan lebih ramai orang kerana orang lain akan yakin untuk berkomunikasi dengan orang yang tahu untuk senyum.
Bilakah kali terakhir anda tersenyum kepada orang yang tidak anda kenali?

25 Comments
zen
July 26th, 2008
at 3:54pm
unt berkomunikasi dgn baik jua merupakan masalah aku, bila bedepan dengan penemuduga aku bagaikan dpt penyakit. ini penyakit yg selalu aku dpt - penyakit ini cam demam tak kebah sj
-lidah aku kelu
-aku menjadi gagap tetiba shj
-aku rasa bepeluh & panas telinga
-aku menjadi malu - w’pun aku tidak
-beterabur kata2 & ayat aku bila menjawab soalan yg diajukan dlm bahasa penjajah
Ini penyakit aku…hahaha…org lain aku xtau laaa
apisz
July 26th, 2008
at 5:05pm
Point ni aku suka.Aku seorang yang sangat suka berkomunikasi.(berbual lebih spesifik).
Senyum.Aku memang dah jadi habit suka senyum.Betul, bila aku rajin senyum, aku ada lebih banyak kawan.Plus, orang tak kata kita sombong.
Bilakah kali terakhir anda tersenyum kepada orang yang tidak anda kenali?
Errm, lepas baca posting nih.Kau nampak tak aku senyum mail? hahah
nikillas
July 26th, 2008
at 7:18pm
stage fright..??!! ada x petua nak menangani masalah itu.. aku mesti ada problem bila bercakap depan org ramai.. mesti tergagap²…
p/s : satu hari tadi PPKT USM wat penyelengaraan network.. sekarang internet freaking laju..!!!
shiro
July 26th, 2008
at 7:30pm
org sekarang kalo tgk kita senyum dikatakan tak betul atau gila. kalo senyum kat perempuan nnt dikatakan syok kat dia pulak. kadang2 kita senyum tp org tanya apsal sengih2
Mohd Ismail
July 26th, 2008
at 7:35pm
@zen itu kene praktis lg byk bercakap2.. haha.. aku pun selalu kene serang sindrom gitu kalo berdepan ngan org (lg2 interviewer)..
@apisz ha ha.. tu apisz sudah cakap rajin bercakap leh dapat banyak kawan.. =)
Mohd Ismail
July 26th, 2008
at 7:37pm
@nikillas aku dapat ym naim pg td.. aku bajet mesti hangin je budak2, time ari cuti la nak selenggara bagai.. he he. alhamdulillah kalo da makin laju.. =) nikmati selagi belum slow
megat
July 26th, 2008
at 8:05pm
bukan ke kurang bercakap banyak ilmu hoho
setuju dengan apa yang kau sampaikan. dahulu time belajar memang kurang berkomunikasi (keculai borak kosong) dengan pelajar lain.
tapi bernasib baik kerana ianya didedahkan dalam alam pekerjaan yang memerlukan komunikasi yang tinggi dan ianya adalah satu syarat.
tapi ianya akan lebih bagus jika diasah semenjak di sekolah! aku sarankan cikgu-cikgu untuk mendedahkan perkara ini.
mohdhafifi
July 26th, 2008
at 8:10pm
Dari aspek komunikasi, aku okey. Cuma kadang2 aku blur-lari tajuk mael(kurang fokus).. hehe..
Boleh dikatakan aku senyum pada orang yang tidak di kenali 3 hari sekali-lagi byk aku senyum hari isnin-jumaat. Ari sabtu dan ahad aku kat umah je,jarang kuar. Anak dara la katakan..haha
azraai
July 26th, 2008
at 11:08pm
yo, inche mail.
tolong call aku atau ym, avram.john secepat yang mungkin.
ada perkara melibatkan duit.
azraai.
mrkay
July 27th, 2008
at 12:43am
yeah.. communication skill.. sgt penting.. tp bab interview tuh sbnrnye, aku rasa la kan, mcm aku, bile dgr je interview, rasa mcm kene pikul benda yg beratnya bertan2.. mula menggelabah tak tentu pasal.. padahal bile dah keje, org yg interview ko satu ketika dulu, akan jd kawan2 yg boleh ber”aku-kau”.. akibat gelabah tuh yg jd gagap.. bile aku dah lama tak speaking, tetiba kene speaking, ayat aku menjadi spt pelajar tadika.. tunggang langgang.. haha..
ayat yg last tuh.. ini jawapan aku..
sejak dari sekolah, aku slalu terserempak dgn org yg tidak aku kenali tp tersenyum dan kadang2 bertegur sapa dgn aku seolah2 kenal dah 10 taun.. walhal aku tak kenal die.. mungkin kerana masalah pelupa aku.. tp kalo org senyum atau tegur, aku takkan teragak2 utk membalas walaupun aku tak kenal.. hahaha.. aku jugak selalu tersengih bila aku tak dpt jawab soalan2 masa interview.. haha
oDiN
July 27th, 2008
at 3:25am
saya takut !!! ..
bila ingin usha gadis - gadis , YM / friendster dan sms menjadi perantaraan . Technology membuatkan orang macam saya masih membuatkan saya tiada keyakinan diri .. LOL
Encik su
July 27th, 2008
at 10:50am
betul lah…skill komunikasi penting tue…tapi kene tambah skill tambahan..jgn pegi kelas ajer…pegi blaja bt web site ker, programming, blaja bahasa ker…bla bla bla
Mohd Ismail
July 27th, 2008
at 1:06pm
@Encik Su belajar buat website ke, programming ke.. itu semua masuk dalam teroka minat.. =) kalo x minta, belaja camne pun, mmg x masuk..
@oDiN ko kene bercakap dengan perempuan yg betul.. ym/internet perantara je.. jgn sampai nnt gugup langsung bila berdepan.. =)
Mohd Ismail
July 27th, 2008
at 1:08pm
@mrkay betul tu Kay.. kdg2 kalo org senyum kat aku, aku akan bajet dia kenal aku, tp aku x ingat dia..
heran bila ade perempuan xmo fikir gitu, asyik2 fikir org nak ngorat.. kalo Lisa Surihani, xpe la juga.. ha ha
MK
July 27th, 2008
at 4:35pm
oke. aku tengah tunggu siri ke-4 ni, Mari Bercinta. cepat cepat.
KNizam
July 27th, 2008
at 5:55pm
aku rasa diaorang nervous la masa interview. tu yg susah nak explain idea kot. hehe :)
Extremist Thinker
July 28th, 2008
at 10:18am
kali terakhir saya senyum adalah bila menghadiri iview 2bulan lepas. dan hasilnya adalah gagal. aih. bosan tol tanam anggur nie. awek keliling pinggang dok mengikis. laba plak takde. sakit pale…
avie
July 30th, 2008
at 10:21pm
saya setuju sangat dengan kamu…kerana saya pun
suka sangat senyum…
am
July 30th, 2008
at 11:35pm
kali terakhir am senyum dengan orang yang tak dikenali kurang sejam kot.. masa beli rokok.. pakcik tu senyum waktu nak naik lift sama.. takde bahasa la orang yang kita senyum tapi buat muka toya jer..
paling senang pada am waktu makan.. kat kantin ofis kalau ada pegawai or staf biasa lalu am mesti tak lupa pelawa.. hasilnya kalau diorang ada masalah komputer mostly.. mesti cari am dan adalah habuannya nanti.. kita tak sombong dengan orang.. orang later2 mesti cari kita bila dia tau kita pandai sesuatu..
titan
July 31st, 2008
at 5:39pm
benar. Senyum la selalu. Kalau nak mintak kerja tapi komunikasi out. Memang parah la..
khai
August 1st, 2008
at 3:05pm
kalau kat limkokwing, kau akan lebih seronok berkomunikasi dengan pelajar foreigners berbanding dengan negara sendiri.. sebenarnya ini lebih baik… membuatkan kita lebih berani dan berkeyakinan diri.. itu ape yg aku rasa…
kalau hari2 berkomunikasi dengan orang melayu juga (cakap melayu) tak guna gak since malaysia skang dah x macam negara melayu… interview semua in english.. ape boleh buat?
pstT: Geram aku nengok kucing comel atas tu..
Mohd Ismail
August 1st, 2008
at 8:09pm
@khai aku kat sini x banyak mana foreigners.. ade la dua tiga kerat.. itu pun semua postgrad.. =) teringin gak nk duk di kalangan mereka yang gunakan english sebagai bahasa komunikasi.. =)
psst — gua nak beli kucing.. *syhh*
жби
August 6th, 2008
at 8:33pm
Я вам очень благодарен, мне понравилоÑ?ÑŒ.
firdaws
November 2nd, 2008
at 9:59pm
ohh..aku lehh test tackle pempuan
nur
November 24th, 2008
at 12:59pm
aku bukan kelu lidah…tapi aku menyampah kat orang malaysia yg cakap bahasa penjajah sesama orang malaysia juga..macamlah syarikat itu dari luar negara…kerja McDonald dan Ayam Goreng Kentucky pun tak payah temuduga dalam bahasa Malaysia…kilanng Che Mat pula yang nak mengada-ngada..