Mahasiswa Baru: Mulakan Perniagaan (Real Business)

Ini adalah artikel ketiga dalam siri artikel untuk mahasiswa baru. Jika anda terlepas entri pembukaan, entri pertama, & kedua anda di’galakkan untuk membaca terlebih dahulu. Enjoy!

Aku mahu ambil jalan pendek ke’arah pendekatan mulakan perniagaan yang sebenar ketika kau masih bergelar pelajar pusat pengajian tinggi.

Jika kau tanya aku apa faedahnya, aku akan jawab 1) Kau akan lebih tahu mengurus wang & 2) Duit lebih.

Selalu bila kawan-kawan aku menyuarakan keinginan untuk mulakan perniagaan, satu perkara yang di’risaukan adalah mereka akan rugi atau kehilangan wang. Aku ada satu rahsia, kau PASTI akan kehilangan wang dalam memulakan perniagaan. Perniagaan bukan dunia magis tanpa risiko. Kau perlu berani & perlu bermula.

Kita tidak perlu kuat untuk bermula, tetapi kita perlu bermula untuk kuat

Aku senaraikan tiga jenis perniagaan mudah yang boleh kau jalankan dengan modal yang minimum. Jangan lupa, prospek kau adalah rakan-rakan & juga penghuni kampus sekeliling kau. Matlamat kau hanya satu, ambil duit dari poket mereka secara sah.

Jual Prepaid

Bunyi seperti biasa kan? Walaupun aku tidak pernah menceburkan diri dalam perniagaan prepaid ini, tetapi aku faham akan sistem mereka lebih-lebih lagi yang menawarkan servis topup menerusi sistem SMS. Margin keuntungan dari jual prepaid tidak besar tetapi sistem yang ada mengajar kau untuk mengurus wang dengan baik.

Begini, untuk mula menjual prepaid, kau perlu masukkan sejumlah wang ke’dalam akaun syarikat induk yang kau sertai (contohnya RM1000). Katakan peratus keuntungan selepas kau menjual 100 topup bernilai RM10 setiap satu adalah 5%, maka dalam tangan kau pasti ada RM1050.

Yang selalu menjadi masalah adalah untuk kembalikan RM1000 itu untuk sessi jualan seterusnya. Jika tersilap perhitungan, kau akan terpakai modal pusingan kau. Di’sini kau akan belajar untuk menguruskan wang dengan lebih baik.

Jika kau mahu belajar pengurusan wang melalui pengalaman, pilih business prepaid ini.

Nasi Lemak Bungkus (atau burger)

Aku ada terbaca kisah seorang pelajar yang menjalan perniagaan burger di’kampus secara kecil-kecilan & menjana lebih RM2,000 sebulan sebagai duit poket. Bagaimana dia lakukan?

Cari peniaga tepi jalan yang menjual nasi lemak atau burger & tanya mereka jika mereka berminat untuk sediakan produk mereka dalam jumlah yang banyak. Nyatakan juga kau mahu membeli dalam harga pukal. Katakan kebiasaan’nya nasi lemak yang mereka jual RM1.00, kau katakan yang kau mahu ambil RM0.80 setiap satu — tetapi secara pukal.

Lantik beberapa wakil jualan dalam kampus untuk mengedarkan nasi lemak ini dari bilik ke bilik & benarkan mereka untuk jual pada harga RM1.20. Katakan kampus kau mempunyai 5 blok kediaman & hantar 40 bungkus nasi lemak setiap hari ke setiap blok.

Untung kau adalah RM0.20 X 200 X 30 hari = RM1,200. Pelajar universiti adalah manusia biasa yang perlukan makanan untuk terus hidup. Sifat malas itu biasa & mengapa tidak kita hantarkan makanan ke’bilik mereka untuk RM0.20 ekstra?

Kelas Tambahan (PMR & UPSR)

Jika kau pelajar universiti atau kolej, aku jamin PMR & UPSR adalah mudah untuk kau. Aku hanya terfikir perkara ini bila aku sudah berada di’luar kampus & melihat kelas tambahan untuk pelajar UPSR & PMR sebagai model perniagaan yang mudah.

Sebagai permulaan, pilih satu subjek yang betul-betul kau rasa mampu untuk jawab apa juga soalan yang keluar. Selepas itu kau boleh iklankan yang kau menawarkan private tutoring di’rumah pelajar atau di’mana-mana premis yang di’rasakan sesuai. Kafe kampus kau juga boleh.Luangkan sejam atau dua setiap hujung minggu — jika tidak pun, kau akan tidur, aku tahu.

Aku yakin bahagian paling susah adalah mendapatkan pelajar pertama, tetapi selepas itu, jika perkhidmatan tutor kau lebih baik dari guru sekolah, pelajar akan cari kau.

How to Earn Extra Income Through Private Tutoring - Get Rich Slowly

Kesimpulan

Perniagaan akan mengubah pandangan kau terhadap kehidupan. Makan gaji bukan satu-satunya cara untuk kau hidup selesa & ada sekuriti. Jika kau luangkan masa satu jam setiap hari untuk berfikir bagaimana untuk bermula menarik RM1 setiap hari, dalam masa setahun, RM100 sehari bukan sesuatu yang mustahil. Dan, ketika itu, apa yang kau perolehi lebih dari gaji permulaan purata seorang pemegang ijazah kejuruteraan.

Yang penting kau perlu bermula. Jangan bagi alasan kerana alasan hanya untuk mereka yang hidup dalam pemikiran orang lain.

47 Comments

“Matlamat kau hanya satu, ambil duit dari poket mereka secara sah”

Ha ha ha.Aku suka ayat ni.Cool!

Berniaga.Aku dulu masa form4 ada berniada .Paling kurang aku dapat Rm100 seminggu.Aku mintak tolong mak aku tolong jual kat tempat kerja.

*Sekarang sudah stop.Harga barang dah mahal dah.Tak untung! :P

aku pernah beberapa kali gagal dlm perniagaan masa belajar.. aku gagal dan aku terduduk lama.. itu masalah aku.. aku baru mencuba utk bermula semula sekarang.. urmm.. seperti sedikit terlambat.. tips ko bagus utk para mahasiswa baru itu..

mrkay, gagal itu jalan menuju kejayaan…aku yakin ko boleh bangkit..

3 bisnes yang bagus untuk di mulakan. Aku akan sarankan pada kawan aku yang telah bergelar graduan tapi tidak bekerja.hanya tahu RTM je(Rehat, tido, makan)

masa aku form 4, aku tokan rokok…dan juga tokan nasi lemak tengah malam…parent kasi aku duit makan RM50 awal bulan,akhir bulan aku kembalikan balik RM50 itu..

sambung belajar pulak aku buat servis komputer…buwahhaha…hasil lumayan..ada member siap buat sewa komputer kepada freshie..

wah. artikel menarik. aku akan mula business dalam masa terdekat. :)

modal itu satu risiko. tapi nak dapat balik modal tu kena bersungguh-sungguh. kalau tak rugilah.

artikel yang menarik.. jangan ikut macam pakcik… start belajar meniaga rokok.. jadi tokan rokok kat hostel dulu

aku dah gagal sekali. skang nie aku fobia tuk berniaga yg memerlukan modal besar.aku nak berniaga secara online plak.tapi tatau nak jual ape? huhu..

Aku salah seorang peniaga prepaid.. Walaupun dah tak bergelar mahasiswa.. Betul kata mail.. Ianya bagus untuk perancangan kewangan kita

hafifi, terima kasih atas ayat pembakar semangat itu… tp aku agak terkilan sbb kegagalan itu berpunca dari diri aku sendiri.. kali ni aku akan lakukan sehabis baik.. walaupun aku dah bekerja.. huhu

yet another good article from ko mael. gua respect!

perniagaan mmg saomething yg aku belum terokai.

aku nak simpan duit aku dapat from blogging dan nak tengok sejauh mana aku bolehbuat duit.

then baru aku terfikir nak berniaga. hehe

p/s - teringat dulu kaita rambutan, buangkan daun rambutan, ikat dengan tali, pastu jual tepi jalan kat rumah atuk. modal = 0 plus peluh dan penat. hasil jualan = rm2 seikat. dapatlah rm20 masa tuh. hehe

prepaid kena main volume.
jual nasik lemak, burger, mi goreng ke bilik2 mmg cantik.
tutor, mmg cantik. cari kawasan yang lokasi mahal sikit. hehe.. boleh caj mahal.

teringat dulu2 kat univ. orang jaja nasik bungkus. aku plak jaja seluar jeans ngan dockers siam. haha.

ingin dicadangkn satu lg bisnes…

bg yg rajin sgt2…ape kate kalu buatkn asgnment org..huhu..
untung besar….

aku mmg menuggu entri nih dissbkan aku mmg seorg peniaga masa blajar dulu. buat duit selagi mampu. ini antra senarai peniagaan yg aku buat

-Bilik aku telah didekorasi oleh pebagai makan ringan, maggi, dan nasi kerabu kelate. aku amik upah jer jual kat depan bilik

-produk aku yg paling laris ialah rokok - xda rokok budak semua xble belajar

-time cuti aku amik upah antar moto & simpan komputer kat rumah…lg lumayan sebijik komputer rm60 beb..

lastly ada antara member aku yg suruh aku jual menda terlarang….pepaham laaa…budak U semua boring….huhu…tolong laaa sbb aku tak sggup ditendang oleh universiti…

dulu di UKM aku part-time di Cafe Nescafe…
aku bosan berpersatuan…
skang, aku buka pulak cafe sendiri… huhu!

bagus betul kamu semua..semua berjiwa kental..aku masa study dulu perabihkan duit mak bapak je…kensian diorang dan skrg ler masa utk kita (bg yg dah keja) balas jasa baik mereka..

Dan yg masih belajar tu, belajarlah rajin2, jgn asyik dok berkapel saje..buang karan je nanti selain buang masa, buang duit dan last sekali buang anak..hehehe

yosh..kalo nak buat duit, macam-macam cara.. :D

bagus bagus.. tips yang sangat menarik..! dan suka sangat kata-kata kat atas tu:

Kita tidak perlu kuat untuk bermula, tetapi kita perlu bermula untuk kuat

assalamualaikum diucapkan
selamat kenai
assalamualaikum diucapkan lagi

artikel menarik!

hah apa lagi kpd mahasiswa, sudah diberikan jalan. klu tidak bermula dari sekarang, anda akan susah untuk hadapi kejutan budaya mencari duit apabila anda dlm dunia pekerjaan kelak.

skang ni bukan zaman siswazah kita berusaha cari kerja tapi berusaha cari perniagaan

Assalamualaikum Mail, dan para pengunjung mohdismail.net sekalian. :)

Jual prepaid?

Memang bagus, dapat belajar pengurusan wang, macam kata Mail. Aku pernah buat dulu dan memang terbukti berkesan. Cuma untungnya sikit sangat, aku berhenti. Kalau kau nak buat juga, aku ada nasihat yang amat-amat berharga.

JANGAN BAGI HUTANG. Jangan sesekali.

Sekarang aku JUAL DADIH pula kat kolej. Memang untung. Modal kecil, kerja mudah dan untung berganda-ganda. Aku juga ada partner yang hebat.

Dan satu lagi kelebihan yang ada, budak-budak U memang punyai NAFSU MAKAN YANG MELAMPAU. Memang boleh buat duit.

Kesedaran pasal bisnes..
bagus2.. :D

hehe. jual nasi lemak. Dapat 70 sen. Jual RM1.50. Untung besau lepas tolak upah pekerja..cover 5 blok. Pergh..memang sedap kalau masih takde awek..

namun yg amat mengecewakan sekarang ni, ramai mahasiswi yg mula pandai menjual, tapi menjual tubuh utk lbh cepat kaya..kecewa sungguh.

menarik entry ni.kat ostel aku ada student beli jajan secara pukal,e.g chuppa chups,cekedis yg kecik2,kerepek,etc dan jual secara satu2,of cosla dia dpt untung kat situ.tapi kesian sgt.sebab ada pencuri la plk..iaitu beruk2 yg menyelinap masuk ke ostel.maklumla kolej ktrg kat tepi hutan rimba..habis jajan tu dikeleknye masuk ke utan.misteri betul beruk2 ni.

baca entry ni macam timbul pulak rasa nak berniaga.. walaupun perniaga kecil-kecilan.. hurmm..

wahahahaa… komen gua kena tendang aaaa… takleh jugak nak submit kat sini punya komen…

boleh try laa berniaga secara sambilan dengan modal yang minima… hohohoo…

aku suka berniaga… untung agak lumayan..
tapi duit awek habiskan…
geram

boleh am tambah..

tengah2 malam selalu bebudak ni mesti nak mengunyah..
beli kerepek/keropok 1 bundle dan pek kecik2 jual dari 50 sen dan rm1 sebungkus.. untung dia lebat tue..

takpun waktu bulan puasa jual air.. dulu waktu am student bebudak rumah kongsi n gotong royong jual air macam2 jenis semua dah siap bungkus so tak perlu nak sediakan bekas.. sampai 5-6 jenis.. modal kecik untung besar..

servis internet je dah rm1k setiap bulan , income tetap. =)

kesemua benda kat atas akoo penah buat semasa bergelar mahasiswa. tp bila da dapat degree. merempat cam pengemis. xguna punya big2 company. xbrani amek akoo. gaji 5 angka pun kemut.

saya meniaga skill programming saya .. ada sape2x ingin perkihidmatan saya ?
:P

maaf .. student utem tidak dapat menikmati perkhidmatan saya kerana saya akan dibelasah oleh lecturer saya .. hua hua

salam.

selain daripada jual makanan ringan dan burger, perniagaan internet juga boleh menjana lebih kurang RM100 untuk satu ream kertas (kalkulasi mudah: rm0.20 x 500 helai). Maksudnya, kalau dah sampai musim submit assignment, printing services memanglah teramat menjadi tumpuan.

heh, ada typo pulak di atas. sebenarnya perniagaan percetakan. bukan perniagaan internet seperti yang dinyatakan.

hehe..kat universiti memang best. Teringat aku zaman muda2 dulu..

Aku ngajar tuition dulu. Fizik, malang sekali pelajar2 aku memang besar punye pemalas, aku complain kt parents dorg je.

Dapatlah jugak layan awek2s mude. hahaha.

btw, Aku suke la theme baru ko ni. Bile ko tukar ke theme lain, aku confirm akan cilok yg ni.

bro…thanks..ni la tips2 yang ditunggu2 oleh pelajar2 baru U.haha..akan ku amalkan nasihat ko.

aku pernah lakukan 2 perniagaan di atas..memang banyak perkara yang dapat aku belajar…

ingat lagi..

form 4 n form 5, kat sekolah aku jual movie and mp3. semua cikgu pon order.. aku sediakan satu list lagu yg aku ada (beribu), then aku cari 3, 4 orang wakil jualan aku.. untuk 12 lagu mp3 dalam satu CD, aku jual RM5 sahaja. Oh yeah, keuntungan yang aku dapat sebulan hampir RM800 dan kadangkala lebih.. Itu aku masa di tingkatan 4.. ialah, aku terlalu muda untuk membuat business yang lebih adventure, so apa yg termampu pada aku masa tu, dengan berbekalkan lambakkan vcd kosong yg aku beli di lowyat, CD case dan sebuah komputer, itu yang aku berjaya hasilkan..

di University, bukan untuk merosakkan kawan, tapi aku menjadi penjual rokok.. Winston 50 sen, Dunhill 60 sen.. bukan niat menggalakkan merokok, tapi aku seringkali terfikir yang aku sudah menyelamatkan kawan2 aku dari membeli sekotak rokok RM8.20 setiap hari dari tokey cina. Bila aku jual dengan cara boleh beli sebatang-sebatang, mereka akan belajar berjimat sedikit demi sedikit setiap hari. Rasa aku x pernah lagi mereka beli dalam sehari lebih 20 batang.

Di university juga, dengan kebolehan aku dalam selok belok perkomputeran, aku buat business format computer.. siap dengan driver dan segala jenis software keperluan dan juga software demand.. Jika time aku busy, aku chargekan RM30 (jauh lebih sikit berbanding kedai cina berdekatan, RM70).. dan jika aku senang tiada kerja, aku cukup enjoy untuk membantu sahaja rakan-rakan secara percuma..

Dengan kebolehan aku memanipulasi Dreamweaver juga, membuatkan aku begitu bertuah kerana di semester 4, lecturer limkokwing menggunakan pengajaran web design menggunakan dreamweaver.. itu lah kesempatan aku untuk menawarkan diri bagi mereka yang malas nak megenali apa itu dreamweaver.. aku buatkan mereka, dan mereka bayar..

Dan kini setelah bekerja (praktikal di Limkokwing juga), aku masih buat businesss di waktu malam.. mana-mana student junior yang malas nak siapkan power point untuk presentation, semua aku buatkan.. dan di sini mereka kaya2, dah mereka sanggup bayar aku RM30 (dia yg offer dulu).. begitu juga dengan business tshirt. Student yg baru begitu ketagih untuk memiliki baju Limkokwing yg bewarna hitam.. Tshirt sahaja.. dan di sini aku mengambil kesempatan untuk menjual baju yang designnya sama kepada mereka dengan harga yg jauh lebih murah ditawarkan universiti ini.. mmg itu salah, tapi aku peduli apa, asalkan benda ni menguntungkan aku dan tidak membebankan student2 di sini..

hidup mesti terus.. betul tak mael?

Khai - http://www.justkhai.com

@khai ye Khai.. hidup mesti terus.. tang format komputer tu, RM70 eh kat sana? boleh tahan makan duit gak tokey2 kedai pc ni.. kat sini paling kuat pun RM50.. kalo kawtim, RM30 pun dapat.. =)

bagus ko Khai.. setiap peringkat ade buat mende datangkan duit.. teruskan.. berniaga ni kalo da terjebak, susah nak kuar da.. ketagih pegang duit hari2.. ha ha

@NoktahHitam nk pakai skarang pun xpe aih.. ko pandai mod bg gempak.. mesti jd lain punya.. ha ha

@xflixz ya.. selamat datang juga utk ko.. =)

@adam kalo kat kampus aku ni, wat printing susah sikit sbb masing2 semua bantai beli printer sendiri.. lagipun org yg da buat printing ni, markup harga gila2.. naik takut budak nak print..

@thinker ala thinker.. ko teruskan je meniaga apa2.. skang ni susah kalo nk berharap keje makan gaji semata =)

semasa degree aku tak terlibat dengan sebarang process songlap duit mereka secara halal.maklumlah tinggal di rumah sewa mmg takde prospek yg sesuai..Lebih2 lagi fav aku ialah tido. :P

@katz kalo duk sewa la senang nk wat apa2.. industri makanan komersial lagi la senang.. =) leh dapur umah jadi pusat kuar makanan..

Leave a Comment