Mahasiswa Baru: Teroka Minat & Kecenderungan Diri
- 21
- Add a Comment
Ini adalah entri pertama dari siri artikel untuk mahasiswa baru. Jika anda terlepas entri pembukaan, jangan lupa baca terlebih dahulu. Enjoy!
Untuk berlaku jujur, semasa aku mengisi borang secara online memasuki IPTA dengan memilih Kejuruteraan Kimia, aku ada kurang 25% idea tentang apa itu sebenarnya Kejuruteraan Kimia.
Faktor utama yang mendorong aku memilih kursus ini adalah kerana pensyarah-pensyarah bujang (wanita) di’sana kata aku boleh pergi jauh dalam bidang berkaitan kimia dek kerana prestasi aku di’matrikulasi. Kata-kata perempuan cantik, siapa boleh sangkal, kan? Oh masa muda & mentah.
Aku tidak anggap tindakan aku sebagai satu kesilapan kerana aku tetap graduate on-time & keputusan di’atas purata bersama sekeping sijil dekan.
Aku mula mengesan minat aku adalah ketika tahun kedua pengajian. Aku mula sedar yang aku akan bekerja untuk memberi kekayaan kepada orang lain — bukan’nya diri sendiri. Maka, dari situ aku perlahan-lahan mula mencari alternatif kepada kecenderungan aku yang tidak mahu bekerja untuk orang lain.
Sejak dari hari itu, aku mula melakukan pelbagai perkara sebagai eksperimen tentang apa aku boleh lakukan untuk terus hidup selepas bergraduasi tanpa perlu bekerja untuk orang lain. Aku nekad.
Mencari Alternatif
Oleh kerana bilik aku ketika itu mempunyai sambungan internet 24 jam, aku Google segala macam ilmu bagaimana menjana wang dengan internet. Aku hampir membeli beberapa e-book karut yang bersepah di’pasaran. Nasib menyebelahi aku kerana akal waras aku sering berpesan, bukan senang nak senang.
Selepas beratus sessi trial & error, soal jawab dengan mereka yang lebih superior dalam hal ehwal dunia internet & seisinya, aku berada di’atas satu landasan yang betul tanpa panduan walau dari satu e-book sekalipun. Aku berjaya memiliki barisan blog & laman web yang di’lawati ribuan orang setiap hari.
Belum melayakkan aku duduk sebaris dengan Darren Rowse atau Jeremy Schoemaker, tetapi apa yang aku perolehi mampu meletakkan kerja untuk orang lain sebagai jalan terakhir yang akan aku pilih untuk survive. Jika internet terpadam satu hari nanti, aku masih mempunyai sekeping ijazah untuk aku jaja di 7-Eleven atau Restoran Nasi Kandar Naseer.
Kesimpulan
- Jika tersalah pilih kursus atau terpaksa kerana kehendak ibu bapa, jangan sesali. Jadikan itu sebagai alternatif & kejar apa yang kau mahukan dalam hidup. Jangan korbankan keinginan diri kerana kehendak orang lain - walau ibu bapa kita sendiri.
- Bukan senang untuk senang. Ingat itu sampai mati. Tiada jalan mudah untuk kau dapat apa yang kau hajati. Jika jalan yang kau pilih perlu bermandi darah, teruskan.
- Jika kau mahu menongkah arus, semangat harus kuat. Telinga mesti tebal & hati mesti mahu sekering Gurun Sahara. Cakap orang memang akan menjatuhkan, tetapi kau lebih tahu apa yang kau mahu.
- Jangan terpengaruh dengan kata-kata perempuan cantik. Mereka pandai bermain kata. Tidak relevan? Kau cuba sekali dan kau akan akui kata-kata aku.
- Buat sesuatu yang boleh memberi pulangan dalam bentuk kewangan. Sebagai manusia, kau perlu wang untuk hidup. Kau perlu tahu itu.

21 Comments
penyubiru
July 25th, 2008
at 7:08am
zaman mahasiswa aku, buat duit di internet satu perkara yg asing sekali.huhu..
KNizam
July 25th, 2008
at 7:35am
ko ada “memiliki barisan blog & laman web yang di’lawati ribuan orang setiap hari. ” ?
perghhhh hebat la ko. :)
apa add blog yg lain2 tuh ek ?
mrkay
July 25th, 2008
at 8:39am
“Jangan terpengaruh dengan kata-kata perempuan cantik. Mereka pandai bermain kata. Tidak relevan? Kau cuba sekali dan kau akan akui kata-kata aku.”
yang ni aku setuju sgt.. aku dah melaluinya.. sesia masa aku berlalu begitu saja.. tp aku tak penah sesal.. pengalaman mematangkan!~ pengalaman mengajar erti kehidupan.. ;)
ouh, aku masih terkapai2 untuk buat duit secara online.. bertaun2 aku cuba.. aku tidak membeli ebook.. aku mau blaja sama kau la mael (walaupun spt sedikit terlambat).. brapakah yuran nya? huhuhu
Mohd Ismail
July 25th, 2008
at 10:11am
@KNizam xde la hebat.. kebanyakkan laman web yang aku setup asasnya Wordpress.. Wordpress sgt amazing, boleh buat hampir apa saja yang terfikir dek kita..
hehe.. dulu kan, aku pernah la dedah2 url ni semua.. tp x berapa syok sbb kau faham la org kita.. =)
so skang, kalo ko terserempak dgn laman web yg ade ciri2 aku, ye la tu.. he he
Mohd Ismail
July 25th, 2008
at 10:13am
@mrkay yaa.. seorang lagi setuju dgn ayat aku.. ha ha.. dengan perempuan ni kene hati2..
*kalo nk belaja, aku tatau nk ajar apa.. tp kalau ade soalan, aku akan usaha tuk jawab.. yang penting fokus la & tetap matlamat..*
rasso
July 25th, 2008
at 11:30am
aku setuju….
nikillas
July 25th, 2008
at 11:37am
Jika kau mahu menongkah arus, semangat harus kuat. Telinga mesti tebal & hati mesti mahu sekering Gurun Sahara. Cakap orang memang akan menjatuhkan, tetapi kau lebih tahu apa yang kau mahu.
betullah.. manusia ni x pernah berhenti bercakap.. kalau cakap² yang membina x pe la.. tapi kalau cakap² yang membunuh tu.. susah r sikit.. yang penting kita kena pandai tapis menapis.. cakap² yang positive teruskan sebagai positive.. cakap² yang negative jadikan ia sebagai positive.. (^_^)v
zen
July 25th, 2008
at 12:43pm
aku setuju
aman
July 25th, 2008
at 2:27pm
erm..ada bape mael? aku setakat nie baru jumpe tiga termasuk nie.. :D
senok
July 25th, 2008
at 2:29pm
molek perjalanan ko mail…pakcik google sentiasa di samping mu…
Mohd Ismail
July 25th, 2008
at 2:55pm
@amanz ade lagi 4 selain yg ko tahu.. he he =) 2 forum (1 warez) .. 1 website auto-update.. 1 blog.. ramai webmaster x reveal url website diaorg.. so aku follow (konon2 polisi)..
asx
July 25th, 2008
at 3:11pm
Hahahahaha! Yelah polisi . macam ada syarat la pula kan?. =)
syam
July 25th, 2008
at 3:32pm
aku sgt setuju dgn ko mael. takde minat, sampai mampus pun ko tak kemana.
lebih kool kau ada barisan blog dan website yg dilawati beribu org. dahsyat. jadi pasti kau jana wang yang banyak dari barisan-barisan blog n laman web tersebut kan? boleh jad jutawan internet kau ni mael…
Mohd Ismail
July 25th, 2008
at 3:40pm
@syam aku sebenarnya sudah jutawan.. cuma RM1juta aku tiada pada aku, ada pada korang2 semua.. aku kene kerja lebih keras utk amik semua balik.. ha ha ha..
*barisan website aku kecik je.. xde gempak2 mcm orang lain..*
zool
July 25th, 2008
at 4:39pm
Bagus la ko mail…
Aku pun penah rasa sesal masa dalam keadaan pengangguran tapi semua tu cubaan.. ( aku graduan IT yang cukup2 makan..)
insyaallah setiap orang ada cara untuk berjaya..
walaupun barisan website ko kecik tapi hebat,.
aku pun tak lama lagi akan lancar blog wordpress aku yang kedua dgn kerjasama adik aku ( bdfabregas.blogspot.com )..
megat
July 25th, 2008
at 5:29pm
hoho byk blog rupanya. bagus la camtu.
aku dulu pun belajar atas pilihan keluarga. tapi kemudian hari minat dapat dipupuk dgn jayanya. fikir demi kehidupan akan datang.
tiada sesiapa dpt menentukan sama ada kau akan berjaya atau tidak dikemudian hari kecuali diri kita sendiri.
zaman aku, blom apa-apa lagi jana pendapatan melalui internet, jadi cara tradisional la eheh
mrkay
July 25th, 2008
at 9:29pm
macam mana aku nak tanye ko soalan mael, aku buzz ym tak berjawab, aku isi form hubungi kat blog ni tak berbalas.. hahaha.. almaklumla, org glamer, susah nak contact :p
bantingboy
July 26th, 2008
at 12:24am
layan pempuan jugak ko nih ye..
oDiN
July 26th, 2008
at 1:06am
aku beruntung aku dapat course yang aku minat
sebab aku tahu apa yang aku nak masa aku sekolah menengah dulu .. :)
catzer
July 26th, 2008
at 10:33am
yei..mael..moh kita cari duit byk2..kekeke..even aku dah tukar arah hidup skang..but honestly aku mmg minat chem engine
khai
August 1st, 2008
at 3:00pm
pandai web ko buat perbarisan ek mael? hehehe.. err, aku rasa kalau ko reveal, itu lebih bagus untuk ko dan untuk memudahkan kami semua nak usya… bukan begitu?
kata tadi nak rm1 juta dari kitorang.. ni kitorang nak bantu ni.. so sila revealkan url anda.. time kasih,,