
If the only prayer you said in your whole life was, “thank you,” that would suffice. ~ Meister Eckhart
Buletin Utama sejak akhir-akhir ini secara purata menyiarkan 23 minit kisah politik Malaysia. Selebihnya adalah kisah perang dunia & hampir tiada kisah penuh inspirasi yang menyenangkan hati. Rasa mahu pindah negara.
Astro Ria selepas itu tunjukkan sessi uji bakat Akademi Fantasia baru yang kata’nya satu evolusi dunia hiburan. Iya’lah tu. Rambut peserta makin serupa dengan belang baju badut. Merendahkan lagi target cita-cita rakyat Malaysia.
Kedua-dua situasi di’atas tidak sedikit pun menggambarkan yang Malaysia akan capai status negara maju menjelang 2020. Tiada perkembangan idea baru. Tiada perkongsian pengetahuan. Semuanya akan stagnant sehingga bila-bila.
Aku ada satu impian untuk melihat rakyat Malaysia berlumba-lumba menyuarakan idea untuk taraf kehidupan manusia sejagat yang lebih baik.
Idea untuk sumber tenaga alternatif, teknologi mesra manusia, sistem pendidikan lebih berkesan, sistem kewangan yang lebih teratur, teknologi hubungan manusia yang lebih mudah, penyebaran ilmu dengan pantas, penghasilan seni yang mengagumkan mahu pun kehidupan keluarga yang lebih efektif.
Aku mahu lihat para professor & researcher di’Malaysia buat presentation 5-10 minit tentang apa yang sedang mereka kaji. Perkembangan & matlamat. Lakukan dalam cara yang memberikan inspirasi kepada semua untuk mengembangkan idea yang ada.
Siarkan di stesyen televisyen atau tidak pun, YouTube sudah memadai. Jangan simpan hasil kajian untuk di’jual kepada kepala kapitalis sahaja. Idea perlu di’kongsi. Biar rakyat Malaysia tahu duit cukai mereka di’bayar untuk apa.
Entah bila akan jadi. Seperti sistem pengangkutan Malaysia, mungkin 100 tahun lagi. Mungkin masih ketika itu orang berebut kuasa & bercita-cita menjadi penyanyi berambut belang badut.
Comments
51 Comments so far. Leave a comment below.ekonomi dah le tak menentu sekarang ni…
sibuk bercakaran dan berpolitikus yang tak sudah2….
betul tu.. yang budak2 sekolah skrg abis je skolah dah berangan2 nak af dari beragan2 masuk u.
Yup, kita perlukan pemikir dan pelaksana yg byk berilmu dari hanya hidup berlandaskan materialistik semata-mata… politik digunakan untuk menimbum duit dlm bank… projek masyuk kononnya.. yg bebudak dok suka disogokkan dgn hiburan yg bodo2 yg hanya mengkayakan org len.. x yah sms untuk undi.. korang jgn sms langsung, just lyn je rancangan realiti tuh.. bila dah xder untung diorang stop la buat rancangan2 mcm nih… itupon kalu korang menyokong pembangunan insan yg lebih baik..
Oh! Aku Tak Suka Langsung AF and program realiti tv yang ada kat malaysia nih. Setuju dengan entri mohdismail.net kali ni.
@wizurai kita rakyat ni da sakit kepala tgk kisah mereka yg x sudah2.. bukan nk selamatkan malaysia, masing2 nk selamatkan buntut sendiri..
@maxcom sbb org berilmu kat mesia xmo jadi perangsang.. mende2 kool dlm bidang sains diaorg simpan utk menang anugerah..
@smaelz sumbody kene start kempen jgn sms untuk akademi fantasia.. setiap sms membawa padah kepada struktur masyarakat malaysia.. he he
@AmirMohamad terima kasih.. kalau ada kawan2 yg berangan2 nk join mende (even minat sekali pun), nasihat2 la..
Aku nak mintak banyak takdelah Mail. Dapat ketengahkan rancangan bagaimana rakyat Malaysia boleh menjadi “cemerlang” melalui blog, itu dah kira baik. Blog sebagai satu cara untuk memungkinkan semua impian menjadi kenyataan.
*Contohnya seperti dalam kes masalah pengangkutan seperti yang ko cakapkan. Alangkah baiknya kalau ada satu BLOG khas yang dibuat oleh pihak yang berkaitan untuk men”channel”kan semua perkembangan dan juga progression serta kemajuan pengangkutan di Malaysia.
Info sebegini jangan disimpan macam yang ko katakan. Itu memang betul. Kena war-warkan… dan blog adalah satu platform yang paling mudah untuk tujuan tersebut.
Kalau dari pimpinan atasan dah bercerekau tak tunjukkan etika yang baik, masakan diorang nak kisah ape terjadi dengan anak muda lepas sekolah. Satu yang diorang fikir, sampai masa dah tak boleh nak kerja, duduk rumah banglo besar ada sekuriti tanpa ganguan orang bawahan.
Mmg betul mail,setiap hari dlm buletin utama tu asyik2 politik, xde pun ttg planing utk kemajuan ekonomi negara kita.mcm ko ckp rasanya mcm nak pindah negara lain jer.
pelbagai fahaman sudah menyerang segenap lapisan masyarakat kita.budaya ilmu kurang diterapkan.para professor hanya mengejar kewangan dan didalangi birokrasi.Bagi mereka “makna hidup” sudah tiada..
ehm..setiap orang punye definisi hidup yang berbeza. Sukar utk kita ubah mereka. Jadi, ubahla diri kita dulu. Tak mustahil nanti ada yang menyusul walaupun tidak banyak seperti yang kita inginkan..
Rasa mahu pindah negara.
Aisssshh..anything what will be happen we must stand and face it. Aku akn cube mnjd glongan idealis mnjelang 2020 dan redakan sedikit kbimbangan ramai. Betul ke?..hehe..
@Lin bagus cita2 gitu Lin.. start la dgn generate idea tentang mende2 kecik =) memupuk budaya membina idea nama’nya
@titan sampai masa da, generasi selepas kita (anak2 kita) kita bentuk sebaik mungkin.. jgn da ada af atau politik melampau..
@abrar penyelidik kita semua hebat2 beb.. menang anugerah kalah siti nurhaliza.. tapi hasil kajian simpan, tgu utk komersial.. kalau kongsikan dgn org ramai, mungkin akan keluar idea yg lebih baik.. kan?
@rohaizad gud idea rohaizad.. bajet utk transportation mmg besar kan? tp xde sape tahu apa progress.. masa ni la nak upah blogger2 berpengalaman utk menulis kan?
*boleh tahan org luar baca blog aku.. heheh*
bab menang anugerah hebat kat luar negara tu betul sangat, saya pernah terfikir…selepas bersusah payah sediakan semua tu…di hantar, dinilai oleh org luar..dan menang anugerah emas, perak bagai tu….. apa yang dapat dizahirkan untuk manafaat rakyat?
Segala tesis tu…terperap di makmal/arkeb hanya untuk kajian mendapatkan degree?
betul tu mail..kongsi makin bercambah ilmu tu..
yup, bebalik politik ngan hiburan jer yang menjadi percakapan orang ramai skrang nie… hmmm…agak bosan hidup di malaysia…
yups… aku pun dah lama rasa bagai mahu pindah negara ASAP… memalukan….!!! sangat memalukan..
negara x sebesar dan sehebat mana, tapi berebut sana sini.. sebijik macam katak yang berebutkan tempurung…!!!!
Politik picisan sebuk bergaduh di dewan parlimen. Siap nak tumbuk2 lagi.. Tak malu k sebab tak menunaikan tanggung jawab kepada rakyat?? Adakah kita semua memilih wakil rakyat yang lebih mengutamakan kepentingan diri dan parti daripada rakyat yang diwakili? Ish2.. naik darah tinggi aku..
media hanya berikan apa yang boleh dijual kepada umum.antara AF dan perkembangan idea,pilihan ditangan pengguna media.
antara majalah mangga,maximum rock n roll dan readers digest, apa yang sanggup dibaca ketika berada didalam bas express?
blog?aku rasa media cukup memusuhi bloggers dimana semua bloggers digelar politikal haluan kiri dan musuh aspirasi kerajaan
idea ada banyak, eksperimen banyak yang menjadi cuma hilangnya dana kepada benda-benda yang tak berfaedah..
mana pemikir melayu setelah era za’ba dan pak sako?kalau ada yang nak bercambah dimasukkan kan ke kamunting untuk ujian hidup dan kalau ada yang terlepas keluar hanya bising-bising tentang siapa dan bagaimana hendak mengambil alih kerajaan…
pengangkutan di malaysia?mereka lebih berminat untuk membesarkan lapangan terbang setakat ini.
*kalau Tun Razak dan Onn Jaafar hidup lagi mesti mereka menangis bersama-sama..
Betul apa yang mael tulis.. Asyik2 politik je dlm berita..
aku pun dah boring tgk..
Af, oiam, mystar lg semua! sapa yg untung, org yg sms kot…
Aku cadangkan nnti mail, ko buat party baru..
bawah haluan baru… ramai peminat blog ko yg sokong ko…
aku pun skali, ayat ko mmg power…
tu la…rasa malas je nak amik tau pasal negara sndiri skang ni …. bosan tul..
tau takpe.. aku dah bosan dengan artis mi segera.. dahlah ubah persepsi kanak2 daripada cita-cita yang bgus, bertukar menjadi sekadar seorang artis.. takkan semua nak jadi artis kot.. adoiiiyaiii..
oh jangan la tukar negara pula. kita tak tahu kekalutan di luar sana mungkin lebih teruk dari kita. aku pun bosan dengan permainan politik malaysia tapi aku tidak pernah terfikir pula nak tukar negara. biasanya kita hanya melihat kilauan diseberang sana tetapi pelangi di atas kepala sendiri kita tak nampak…
mcm mat saleh selalu sebut “the grass always green on the other side..” betul ke aku tulis ni? hikhik..
politik malaysia..harap boleh mula pembangunan ekonomi.Drama ’siapa- paling power’ harap boleh ditamatkan..
akademi fantasia…bila nak matang?Jemu dah tengok peserta yg setiap kali nama dipanggil ke pentas akan buat ‘trademark’ masing2 yg nampak seperti membodohkan diri…dah macam rancangan teletubbies pun ada dah..
baik fokus on nyanyian daripada sibuk siapa ada trademark yg lagi cool…last2 keluar af,masuk la iklan maggie kejap,pastu hilang tah kemana.Farhan AF?macam penah dengar..
pengundi malaysia,mengundilah sebab bakat,bukan sebab kesian or sebab di orang negeri mana.jangan jadi mcm raja lawak (patut hentikan je musim yg sedang berlangsung ni,takde sape pun layak menang)
bab bab menangis bila nak tinggalkan af hanyalah nak naikkan rating je…tapi dah jemu tengok.sikit2 dah la.
contohi professionalisme American Idol.Bukan nak agungkan rancangan barat,tapi apa salahnya belajar dari yg da berjaya.
eh mail, ok apa, AF7 tu… menjana pemikiran kreatif lagi penyayang… lagi dapat mengurankan tekanan perasaan… juara AF7 kali ni, aku yakin, beliau boleh jadi role model dan pemimpin negara yang baik kelak… lihat sajalah guru-guru AF7 kali ini, semuanya berkarisma tinggi dan aset penting negara ini. Ya… keamanan dan kemakmuran negara dapat dijana dengan AF7 yang berjaya ‘mencuci minda’ anak muda remaja masa kini…. bak kata pepatah, ‘melentur buluh, biar dari rebung’… tak gitu pak lah dan rakan-rakannya?
syabas lah korang sumer! kami sangat menghargai usaha anda sumer memakmurkan negara…. baguslah kan, kaya kan diri korang ngan walak-walak korang dulu, bila minda senang dan selesa, baru boleh tolong masyarakat kan….? buat projek mega untuk meningkatkan status sosioekonomi rakyat. sebelum waktu tu sampai, rakyat yang tertekan dan terdesak, boleh la membunuh dan meragut sana sini, nak bagi makan anak bini mereka.
Jangan pandang arah AF sahaja. Try kugiran ni… anda kena tengok… pasti mesmerized…
pergi this link and tengok video ni, mungkin juga anda boleh write an entry pasal dorang… worth the effort…
http://www.facebook.com/profile.php?id=568759225&ref=profile#/video/video.php?v=1087992916105&subj=568759225
saya stuju dengan sdr mail . Tiada idea-idea baru yg di ktghkan kepada masyarakt. Asyik2 ko hentam aku , aku hentam ko .
Ada 3 pilihan .
1 ) Bosan dan lari keluar negera .
2) Masuk ke dalam kumpulan yang membosankan itu secara beramai2 dan ubah rentak dan haluan mereka .
3) Berdiam diri .
Malaysia memerlukan kaki ampu, kaki kipas dan pelbagai lagi kaki yang terhegeh2 jadi tempat tadah buntut org demi kuasa yg tak seberapa..Pemikir dan idealis tidak diterima..mereka dilabel sbg kaki kondem atau kaki kritik yang hanya pandai berdengki…Hakikatnya kritikan bukanlah satu ampuan.
saya setuju dengan mohd ismail..
Negara kita terlalu hebat dengan kajian saintifik tetapi amat malang hasil kajian itu hanya dok bertapa dalam arkib negara je..ish ish..
Dalam arkib negara ok lagi..kalau dah jadi recycle paper huh..itu case teruk.
Mari bermula dengan menghumban blog2 sampah ke lubang jamban..
Jom berblog secara ilmiah.. hanya paparkan ilmu yang bermanfaat.
Gossip, hiburan, politik yang keterlaluan patut diboikot!
Oh!Bulan tidak terkecuali.. Ubah diri sendiri sebelum nak ubah orang lain..
Kelajuan internet walaupun agak perlahan, masih tetap berkembang (asbab dari keberkesanan blog juga). Itulah bagusnya blog. Kritikan terbuka menjadikan pengguna lebih bijak.
Aku sedang tunggu sebuah rancangan televisyen yang memaparkan hasil rekacipta anak muda, baik di dalam bandar, ataupun di luar bandar.
Selain itu, aku juga sedang tunggu seorang pensyarah menjawab entri ini. Ke manakah pergi hasil kajian yang makan beratus ribu ringgit melalui geran yang dikurnia.
apa nak jadi dengan malaysia-SYJ
heh..setuju..kalau dah sampai muka depan akhbar cerita utama adalah artis makin kurus akibat kematian ayah,politikus bercakaran,kes sumbang2,kes songsang,kes tahyol,kes itu kes ini…kan bahlol namanya tu.Akhbar yang diharapkan sebagai satu saluran utk sampaikan maklumat pun dah kejar hiburan,nak wat camne..
itu la..camne nak berkembang..tak cukup dgn media massa macam tv dan majalah hiburan asik citer pasal artis…blog pasal artis dan gossip pon tumbuh macam cendawan..macam ohbulan,ohartis,izyandotcom,hafreze yang berlumba2 copy paste citer gossip artis…
So..kalau rakyat malaysia dihidangkan dgn media massa & blog2 sampah macam ni..sampai bila pon otak rakyat malaysia x berkembang..
blog sampah katernyerrr.. uhuhu
tu la pasal kan mael
aku pun dah muak la dengan suasana politik dengan hiburan
aku mahukan rancangan2 berkualiti pasal cuti2 malaysia dengan jalan2 cari makan. at least boleh lah menjana ekonomi negara bila orang mcm aku pergi melancong. yang aku pelik bila tengok asian food channel or travel n living asia, punya sket pasal promote malaysia. segan aku !
belum ada program sponsorship untuk bloggers cuti2 malaysia agaknya..ia boleh menarik minat untuk menulis lebih banyak penulisan tentang makanan, tempat menarik di malaysia…
Orang masih memburu dunia keseronokan.. itu je sebab kenapa kita masih tidak nampak menghala kemajuan.
@en_me..
Kenapa?…salahkah kalau aku katakan blog2 tu blog sampah yang meracuni pemikiran masyarakat kita?..
Kalau nakkan seperti apa yang ditulis oleh entri ni..kenapa asik nak salahkan orang lain seperti saluran tv dan sebagainya sedangkan blog macam tu pun kita buat..
Ini macam cakap tak serupa bikin lah namanya…
TV3,astro..biasalah nak untung..macam penulis2 blog tu jugak..
harap maaf,mungkin ada yang tersinggung dengan tulisan aku,tapi aku harap komen aku ni diberi perhatian tak kiralah dari pihak TV,majalah atau blog.
Apa pun aku suka entri ni,tapi aku kecewa dengan trend yang berlaku skrg.Tapi aku sedar,dunia dah menuju akhir zaman.So..no wonder artis diagungkan daripada ahli agama..
Nak buat camne.. Cuba ko tengok Mr ZUlkifli Haron yang banyak sumbangan dalam bidang pembikinan bahan-bahan mekanikal.. Siapa kenal dia??
Sedangkan dia dah beratus bahan rekaannya digunapakai…
Tapi siapa dia?? Aku rasa takde sapa nak pandang dia .. ALmaklumlah dia takde kuasa.. Tak bergelar jutawan.. tapi sumbangan dia.. Itu yang selalu orang tak nampak.. Termasuk aku dan kita semua…
Rasanya ramai lagi penyumbang senyap yang tak berapa nampak di mata kita…
Tapi itulah lumrah dunia… Politician, artis lebih disanjung berbanding ulama, para akademik, perekacipta..
Ntahlah,,
pemikir itu perlu. tukang buat kerja lagi perlu.
sebab kalau semua jadi pemikir pun akan bergaduh jugak. haha.
pendapat aku sahaja betul. pendapat kau semua salah.
setahu aku, ramai orang bijak pandai Malaysia cari makan di luar. barangkali mereka lebih dihargai di sana.
apa mau buat.
everyone has a mortgage to pay.
Aku suka cara you menulis. Pendapat you pun aku support. Memang TV Malaysia (especially RTM,TV3, Astroria) tiada program yang boleh pecah kepala untuk berfikir. Yang ada tu cuma kisah-kisah PHD (pingay hasad dengki), kekecohan politik dll
Semua pemimpin terdahulu merupakan ahli falsafah.
sebab itu negara barat lagi bertamadun dari kita
sepatutnya Zulkifly Harun tu dapat TAN SRI kerana usaha membangunkan minda elektronik rakyat malaysia.
jangan tunggu dia mati baru nak bagi anugerah
AF- akademi fantasi (semuanya agenda untuk melekakan manusia melayu)
Kalaulah rtm boleh banyakan rancangan teknologi dan pertanian, alangkah bertuahnya rakyat malaysia
Kenapa semua pekara jadi cmne ni?Sebab dah tak guna Al-Quran sebagai sumber rujukan.Ni satu contoh dalam Al-Quran.(Surah Al-Maa’idah,ayat 80:Kamu melihat kebanyakan dari mereka tolong-menolong dengan orang-orang yang kafir (musyrik). Sesungguhnya amat buruklah apa yang mereka sediakan untuk diri mereka, yaitu kemurkaan Allah kepada mereka; dan mereka akan kekal dalam siksaan.)
Bagi aku kita tanya diri kita dulu,ada tak kita gunakan nya sebagai sumber rujukan atau simpan sebagai perhiasan………
Ni lah jawapan yg sebenarnya yg berlaku hari ni pada dunia dan diri kita (Surah Al baqarah ayat 213:Manusia itu adalah umat yang satu. (setelah timbul perselisihan), maka Allah mengutus para nabi, sebagai pemberi peringatan, dan Allah menurunkan bersama mereka Kitab yang benar, untuk memberi keputusan di antara manusia tentang perkara yang mereka perselisihkan. Tidaklah berselisih tentang Kitab itu melainkan orang yang telah didatangkan kepada mereka Kitab, yaitu setelah datang kepada mereka keterangan-keterangan yang nyata, karena dengki antara mereka sendiri. Maka Allah memberi petunjuk orang-orang yang beriman kepada kebenaran tentang hal yang mereka perselisihkann itu dengan kehendak-Nya. Dan Allah selalu memberi petunjuk orang yang dikehendaki-Nya kepada jalan yang lurus)
Nabi dah xde tapi kitab masih tapi kenapa tak guna ke nak buat taranum je confirm xtau maknenya…..
mmm…rasa macam tv kita ni semakin nak menjadikan rakyat kita semakin bodoh. mungkin sebab mereka semua dah rasa rakyat malaysia ni dah terlebih pandai (tambahan pula dengan bertambah ramai yang berkesedaran untuk berkongsi dan berblog) maka pemilik media / pemimpin pun berkata “well, jom kita bagi bodoh sikit penonton2 ni. kalau terlalu pandai susah pulak nak kawal diorang ni”.
lepas tu bagi internet cam bodo sikit (dan la payah nak register telefon rumah, wireless berodben selow cm haram), susah sikit orang nk berblog (kepada yang kene masuk q list talian tetap, “jgn marah, nanti kene jual”)
drama tv lak, langsung takde yang mencabar minda. tengok gazet je dah boleh tau cmne citer dari mula sampai ending *yawn*. then buat cerita komedi tak bermanfaat ntahape2 (terutamanya lawak2 yang kurang bijak) bg orang gelak banyak2, tu yang susah nak masuk ilmu dalam pale otak.
rancangan realiti tv? mmm…patut kene rehatkanlah kejap menatang ni. malaysia ni pun bukan besar sangat nak cari bakat baru tiap2 tahun. rasa2nya kalau dia buat sekali setiap satu generasi (buat sekali setiap berapa ploh tahun) pun bagus gak. rasa mcm makin merapek je. dah la bagi budak2 kita membazir buat undi SMS, ye lah budak2 remaja kan, apa yang diorang tau sangat. kesian mak bapak diorang berabis buat bayar topup. tapi kalau mak bapak dan nenek2nya pun sama naik tu x dapek den nak nolong.
mmm…sekarang kalau berita je confirm tutup tv, tak pun tgk movie. rasa2nya movie pun lagi berilmiah dari berita skrg. lg rela baca paper walaupun lambat sehari, at least bebas nk skip page yang berita2 merapek. tambahan pula dapat membantu sales paper berbahasa malaysia yang rasa2nya tak begitu memberangsangkan. ye lah dalam paper pun penuh politik tu politik ni, tp siapa lagi nak beli paper berbahasa malaysia kan. kalau berita tv tu lantaklah, petronas dsb dah bayar iklan banyak2 dalam buletin utama (dah la iklan dah macam bukan iklan petronas, macam iklan kete je).
saya takut betapa media tv sekarang ni sedang menjalankan rencana pembodohan kepada para penonton secara sistematik. nanti lambat laun yang pandai cumalah golongan yang mempunyai eksklusiviti, sebab golongan kebanyakan semuanya dah dibengapkan.
“…Aku mahu lihat para professor & researcher di Malaysia buat presentation…” – rasa2 dah ada dah tu. profesor madya a razak mohaideen. pergh, research dia memang juta2 bro, lengkap dengan presentation di panggung2 dan kaca tv berhampiran anda. subjek dia, well, berkenaan sosial (lawak2 utara) ngan paranormal (cerita hantu yang heroinnya suka menjerit2). wow penuh berilmiah! /sarcasm
*sori ek encik mael sebab post panjang2, bukan selalu pos kat sini lagipun ngeh ngeh ngeh*
sy sgt tertarik dengan tulisan ni. media especially TV sgt berperanan mendidik n memberi inspirasi kpd public, at least kalau yg jadi suri rumah kat ceruk kmpung tu boleh add value n knowledge juge pd mereka..tak la lalai dgn lagu n drama sajer kat tv tu..masuk ikut tinger kuar ikut idung..bg budak2 mude,bdk skolah boleh bg mereka idea or path utk matlamat hidup mereka yg lebih jelas..kbykan kita pd usia 18thn slps SPM masih blur dgn matlamat dan jalan hidup nk dipilih..ini yg mnyebabkan lps keluar U ramai mnganggur atau masih mmbuang masa mncari2 arah..(saye adalah kategori ni juge)..wlupun ramai antaranya yg kategori orang cerdik..tapi kesudahannya..?sungguh membuang masa dan tenaga muda.. bukankah merugikan diri bangsa dan tanah air? jadi bilakah kita kan jadi negara maju jka asik leka lalai dan lambarpt (lembap dan lambat).
aku sgt2 menyokong entri ko kali neh mael..semuanya benar…baik di tv or paper..semuanya mengarut….aku xbenci malaysia,tapi aku benci orang yang menjadikan malaysia seperti hari ini..btw,aku skunk neh tgk movie di Astro channel HBO,MAX,CINEMAX,AXN.Even fiksyen,mesti ade sumthing or mesej yg kita boleh pelajari..
mael..pekata semua bloggers2 yg ada di malaysia neh,yg menyokong ttg entri ini,bekerjasama menerbitkan senaskah akhbar baru,tanpa sebarang berita politik,hiburan..tapi aku xpasti jika ia boleh diluluskan penerbitannya.
Aku pernah turut serta dlm satu kursus anjuran MDEC.Idea yg aku bawak,E-QMS.Pada aku,E_QMS neh tersangat lah kuat dan stabil.Bayangkan,orang pergi JPN/Imigresen/ beratur panjang satu hari nak tunggu diberi perkhidmatan..Sungguh membazir dan mengarut!!!
E-QMS-E Queue Management System akan menggantikan sistem nombor giliran sedia ada dengan penggunaan internet dan sms.Yang pertama di Malaysia..Last phase kursus aku,aku dapat tahu yg MDEC menggagalkan permohonan aku kerana mereka tidak percaya yg rakyat malaysia boleh melakukannya.Damn…dan sekarang neh,aku dpt info dr source2 tertentu,mereka kata MDEC sedang menjalankan kajian mengenai sistem aku.Bermakna idea aku telah dicuri pakai…Dan aku xleh buat apa2 pun.wtf??adakah orang begini yang diperlukan untuk memajukan negara??
jika idea sumber tenaga alternatif ni jadi kenyataan, tlg panggil saya untuk menyumbang idea atau apa2 je sebab ini pun salah satu fenomena baru yg ingin saya lihat.