Mari aku ajar bagaimana uruskan RM60,000 dengan lebih berhemah & bijak
- 35
- Add a Comment
Rakyat Malaysia, aku persembahkan kepada anda semua contoh depan mata tentang pelaburan tanpa pulangan & beliau bangga.
Saifudin Marzuki, 37 yang memenangi kategori ekstrim di sebuah pameran modifikasi kereta di Johor berkata, beliau menghabiskan RM60,000 untuk modifikasi Honda Stream adalah semata-mata untuk kepuasan diri sendiri.
Kalau aku katakan orang ini tidak waras, umur’nya sudah mencecah 37 tahun. Lebih matang dari sepatutnya. Melaburkan RM60,000 ke’atas perkara yang TIDAK akan membawa apa-apa pulangan secara nyata adalah sesuatu yang karut.
Beliau memandu Honda Stream. Aku periksa harga pada tahun 2006, sebuah Honda Stream berharga lingkungan RM150,000. Dengan downpayment >10%, bayaran bulanan adalah dalam lingkungan RM1,300+ selama 10 tahun.
Aku mahu buat sedikit kira-kira biar ada orang sedar yang membeli kereta & melaburkan wang untuk modifikasi adalah jalan bodoh (even kau seorang millionaire.. eh kejap.. millionaire tidak modify kereta mereka, mereka beli yang terbaik). Mari aku tunjukkan bagaimana.
“Compounding,� Albert Einstein said, “is mankind’s greatest invention because it allows for the reliable, systematic accumulation of wealth.�
Katakan kau ada 10% dari RM150,000 sebagai downpayment. Simpan. Total: RM 15,000
Kau spend RM 60,000 untuk modifikasi kereta. Simpan. Total: RM75,000
Jangan lebur RM1,300 sebulan. Katakan kau simpan RM1,000 sebulan untuk kereta terbaik kau nanti.
Sekarang kau ada total dalam bank sebanyak RM75,000 dengan pertambahan RM1,000 setiap bulan. Simpan RM75,000 itu ke’dalam ASB atau apa-apa skim simpanan yang menawarkan interest+bonus apa semua dengan kadar 10% setahun.
Tunggu 5 tahun. Kau akan ada RM 201,375.57. Boleh beli Honda Stream secara cash dengan baki beberapa puluh ribu untuk modifikasi. Tanpa hutang! Tidak perlu tunggu 10 tahun.
Jika masih ada sabar, tunggu 10 tahun. Kau akan ada RM 404,904.69. Beritahu aku jika jumlah ini tidak cukup banyak untuk membeli kereta yang super-terbaik tanpa perlu modifikasi. Tanpa hutang!
Einstein calls compounding the “8th wonder of the world.�
Penafian: Saya bukan seorang jururunding kewangan yang hebat. Saya cuma seorang anak muda yang fikir ada cara lain boleh di’gunakan untuk mengurus RM60,000 selain di’habiskan ke aksesori kereta tanpa nilai masa hadapan itu. Sekian.

35 Comments
menteil
June 24th, 2008
at 4:31am
dia terlalu kaya kot.. sampai tak tau nak buat apa dah dengan duit dia..
cuba dia derma kat aku yang kesempitan wang nie.. kan dapat pahala.. hehe..
boleh aku upgrade hosting aku nie..
Fahmishah
June 24th, 2008
at 7:28am
Dah pergi haji belum?
Kalau infak’kan duit tersebut aku pasti naik saham akhirat
lagi untung.dunia dunia
Fahmishah
June 24th, 2008
at 7:29am
Heh, orang yang lagi kaya seperti dia aku rasa lebih bijak menguruskan wang.
Uncle G
June 24th, 2008
at 8:39am
pakcik dulu pon leka gak mekap kete2 nie. tapi tuh zaman muda2 dulu. zaman belum kawin. zaman baru pakai kete.. skarang nie pakai kete stendet kilang je.. tapi memang betui.. kalau kita start mekap/ubahsuai kete, kita akan leka dan tak perasan sangat duit kita keluar… nasihat pakcik… jangan lerlalu dengar RACUN kengkawan.. :p
KNizam
June 24th, 2008
at 9:27am
tapi mael tu dengan syarat harga honda stream tuh masih sama untuk 5 tahun kan. tu belum masuk semua inflation etc kan. hehe
Wizurai
June 24th, 2008
at 9:45am
kadang² manusia ni nak puaskan hati w/pun berhabis beribu ringgit… puas dan tersenyum, mungkin mati pun jiwa aman tenteram je…
duit banyak yu baik beli rumah… dan langkah seterusnya jadi Tuan Rumah Jutawan… ayuh baca buku Azizi Ali…
mrkay
June 24th, 2008
at 10:51am
aku pernah terpkk ape yg ko katakan itu.. tp apakan daya, aku memerlukan sebuah kereta utk ke tempat kerja dan tempat client.. huhu.. kalo tidak, akan ku laburkan duit2 itu ke ASB dan selepas 5 tahun aku mampu memiliki kereta aku sekarang secara tunai dan boleh membyr downpayment sebuah rumah yg selesa.. aih.. duit.. duit..
mrkay
June 24th, 2008
at 10:56am
oh ye, aku tidak “make up” kereta aku.. mmg teringin.. tp aku terpikir, apa faedahnye kan? baik aku tambah accessories yg boleh mengurangkan perbelanjaan petrol utk kereta tu.. (NGV tidak mungkin kerana kereta aku comel lote..)
azrn
June 24th, 2008
at 10:56am
uish! x minat la nk mekap2 kereta. bikin serabut jek.
hohohoho…
megat
June 24th, 2008
at 11:16am
interface penasihat kewangan. bagus!
selalunya mereka tidak akan sedar dan semata-mata ingin mengejar erti kepuasan. mereka tak nampak apa yang bakal berlaku kelak.
apakah pengurusan kewangan mereka lemah!?
xmindfreakx
June 24th, 2008
at 12:08pm
ahaha….itu la mereka…membazirkan duit atas nama nafsu dan kepuasan..bila dah lama,kepuasan dah hilang,baru terpikir,sape nak beli accessori aku nie?
azraai
June 24th, 2008
at 2:54pm
org bodoh jer melabur pada perkara takde nilai.
400k bleh hantar aku pergi stanford utk 3 tahun belajar computer science.
zool
June 24th, 2008
at 3:58pm
Dia nak membazir camtu lah mail..
Kalau dia bagi kat aku duit tu kurang2 pun aku boleh beli kambing siap ngan kandang..
Campur sekali ngan sewa tanah..
Tu lagi best. Kalau tak untung pun bosan2 boleh makan kambing tu…
Hairul
June 24th, 2008
at 6:38pm
Bagus2, aku setuju je dengan ko Mail.
Tapi, nak buat macam mana, itu dah memang minat dan kegilaan mereka. Susah nak ubah, dan aku rasa memang susah tapi tak mustahil untuk diubah.
“Realiti Kita Memang Berbeza.” :)
bajet
June 24th, 2008
at 8:38pm
Agaknnya kereta tu nak bawak masuk dalam kubur tak…sampai ekstrem sgt macamtu…apa2 hal, tepuk dada tanya bajet masing2…he he
Noorizam Shah
June 24th, 2008
at 11:26pm
dari aku buat kereta.. balik aku bayar duit muka beli rumah.. ohoho
zen
June 24th, 2008
at 11:37pm
kalau dah minat “kereta sorong” pon aku mekap - biar cantik…huhu..
Mohd Ismail
June 25th, 2008
at 1:50am
atau carik tanah.. he he =) teringin woo nk ada tanah sendiri..
Truckster
June 25th, 2008
at 9:19am
hebat idea ko mail…..tp 5tahun tu, berjanggut
kooreen79
June 25th, 2008
at 10:56am
60k untuk mekup kereta? nak beli mekup bini rm600 rasa sayang pulak..Namun itu dah hobi beliau nak buat mcmn, kita hanya mampu mengeleng kepala sajalah, itu untuk kereta, ada juga yg gila bela kucing tu sampai 100k pun beli lagi dasyat..baik bagi orang miskin jika ada duit lebih dari membazir tak tentu hala kerana membazir itu amalan syaitan..takkan nak jadi mcm syaitan..pegi umrah atau buat haji lagi la byk paedahnya..macam2 hobi orang ni..apa lagi nak dikata..
Affuan
June 25th, 2008
at 2:02pm
Aku habiskan 20k untuk ubah suai Kancil aku dulu. Walaupun aku tak jatuh miskin dengan duit yang dibuang tu, aku tetap rasa menyesal. Bila aku beli kereta orang kaya, baru aku tahu modifikasi yang aku buat untuk kereta kecik tu memang tak berbaloi langsung. Siot jek. Haha.
Saharman
June 25th, 2008
at 2:13pm
Laa patut laa BMW M Sport aku tu aku tak modify…rupanya aku ni millionaire !!!…tq laa Mail kerna menyedarkan aku heee…heee….
BAGAK
June 25th, 2008
at 7:24pm
mari kita doakan supaya pemuda itu cepat sedar daripada lamunan yang menipu mindanya
hobi yang membunuh perasaan tanpa ingat akan kehidupan sebenar
asx
June 25th, 2008
at 8:07pm
Semua orang tak sama .
Ada orang suka warna merah , ada orang suka warna biru . Kalau semuanya sama saja , tiada variasi lah .
Si brother kita yang modified kereta mungkin persepsinya berlainan .
zool
June 25th, 2008
at 9:53pm
Aku pun nak beli tanah .. Nak beli tanah kat kampung aku ni.. Banyak kosong takde penghuni.. Nak buat ternakan sikit sebanyak..
hafreze
June 25th, 2008
at 10:55pm
aler..60,000 jer..bukan byk sgt pn…
gunx
June 25th, 2008
at 10:58pm
biarlah , duit derang, yg penting camne nak isi minyak esok ni??
macam haram mahal. hehhee….anyway good article,mael.
Mohd Ismail
June 26th, 2008
at 2:51am
ko pakai domain SyedKhalil.com.. kool gila! he he =)
Mohd Ismail
June 26th, 2008
at 2:53am
dgr tu kawan2.. si Affuan ni baru labur 20k.. bayangkan la mamat tu lebur 60k.. harap2 cepat la dapat kesedaran =)
*ayah aku kata, modified kancil la paling x berbaloi..*
Mohd Ismail
June 26th, 2008
at 2:56am
kdg2, ini bukan soal minat, tp kewarasan untuk memilih minat itu.. 60k itu boleh dilaburkan kepada minat yg lebih baik.. =) contohnya, pi hiking ke.. layan mountain bike ke.. kumpul setem pun ok..
Mohd Ismail
June 26th, 2008
at 2:57am
tatau la kalo utk ko sikit.. tp aku da consider diri aku kaya tahap Warren Buffet kalo boleh laburkan 60k utk modified kereta..
Mohd Ismail
June 26th, 2008
at 2:58am
60k boleh isi minyak sebanyak 22,222.222222.. liter petrol =) lebih dr cukup tu..
*aksesori kereta menambahkan berat = consume lebih banyak minyak = duit =)*
gunx
June 26th, 2008
at 11:49am
bila cinta, hati jadi buta.
titan
June 27th, 2008
at 12:27pm
duit banyak tu. Aku beli kancil. Buat business sewa keta. tiap2 bulan beribu masuk. Separuh masuk ASB. Separuh rolling..
Haha. 10 tahun. Jutawan. Kompem..
BAGAK
July 21st, 2008
at 6:22pm
60k boleh isi minyak sebanyak 22,222.222222
berapa kilometer boleh pergi ni kalau guna kereta WAJA?