Mari tonton Anak Halal!

Malam tadi, aku berpeluang menonton Anak Halal di’skrin monitor lantaran kebosanan. Sejujur’nya, Anak Halal adalah option terakhir filem yang aku mahu tonton kerana ia sebuah filem Melayu & beberapa orang rakan mengatakan filem ini poyo jalan cerita’nya. Sudah tonton Anak Halal? Selepas menghabiskan 2 jam menonton filem arahan Osman Ali ini, banyak aksi & babak dalam Anak Halal menimbulkan rasa ‘wow!’ dalam hati aku. Tinggalkan sejenak tanggapan negatif orang tentang adegan peluk cium dalam filem ini, jika aku sentuh, banyak yang akan di’persoalkan.

Anak Halal bagi aku adalah filem kedua yang berani memberi perubahan selepas filem Cinta. Gerak kerja kamera dalam Anak Halal juga sangat cantik. Penggunaan sudut pandangan yang pelbagai berjaya memainkan emosi penonton bersama jalan cerita filem ini. Walaupun filem ini sebenarnya tidak sempurna dari segi susunan cerita & pemilihan muzik latar, konsep filem sebegini berjaya menutup semua itu dari pandangan aku. Lakonan Farid Kamil, Maya Karin & watak-watak jahat patut di’beri pujian. Aku makin membenci pelakon bernama Zul Huzaimy Marzuki yang berlakon sebagai Tajul dalam filem ini. Jahat’nya bukan alang-alang.

Aku seronok apabila Anak Halal di’akhiri dengan sebegitu rupa. Penerbit filem ini aku rasa seorang yang realistik & tidak pernah terfikir akan membuat Anak Halal 2 yang pastinya akan menjadi filem tahi. Anak Halal muncul sebagai filem Melayu paling banyak menumpahkan darah setakat ini. Adegan Raja Farah menikam dada seorang jahat sangat mengerikan untuk sebuah filem Melayu. Selepas ini, aku harap’kan Osman Ali dan krew yang sama, boleh muncul dengan filem remaja nakal versi sekolah ataupun kolej. Aku mahu tengok guru yang memilih kasih dalam mendidik anak bangsa makan selipar. Atau sekurang-kurang’nya terbakar kereta. Ha ha.

Fakta Menarik - Anak Halal kini mengungguli Carta Top 10 filem kegemaran di Sinema Malaysia meninggalkan filem Puteri Gunung Ledang & Cinta di’belakang. Kool!

37 Comments

argh! aku tiada peluang untuk menonton wayang..lebih2 lagi mahu tonton anak halal

beli vcd je Fahmishah oi.. sgt berbaloi utk di’tonton.. xpun ko torrent je dr mana2.. he he

*beli’lah yang original, sokong industri seni Malaysia.. peace!*

aku setuju!! cite anak halal mmg best…bkn sbb ade maya karin jer…tp jalan cite mmg menarik dan shoot2 yg menarik..

aku tak sempat tgk wayang..tpksa ar download jer..hehehe

heheh.. sebab ada maya karin ye jugak.. kot.. walaupun slang dia ade jugak lekat2 sikit.. ha ha

*maya, dr sudut mana pun cantik ah!*

“aku berpeluang menonton Anak Halal di’skrin monitor lantaran kebosanan”

terdapat unsur2 torrent tak pada ayat tersebut? ekekeke.

typical filem melayu kah ini mail?

Zul Huzaimy Memang Best. Fizz Pun Berjaya Membawa Watak Jahat Dengan Cemerlang Dalam Filem Ni. Pada Aku Banyak Jugakla Pengajaran Dalam Filem Ni. Tapi Unsur Negatif Tetap Ada. Huhu..

hehe.. syhh.. jgn bgtau Maya Karin yang aku tgk filem dia via Torrent.. ha ha

filem ni tak tipikal.. adegan peluk2 cium gitu tak selalu jadi dlm filem Melayu.. tp dalam dunia realiti, ia tipikal.. :)

unsur negatif dalam filem ini di’sapu habis pada ending.. xde unsur negatif yang memberi kesan positif di’tunjukkan dalam filem ini.. :)

*kalo ade award utk org jahat, aku bagi kat zul huzaimy.. he he*

aku dah tgk…direct download je…hahaha…suke citer ni,tapi,cam ade yg tak kena je…tetiba je,terjun bangunan,pastu ilang watak…kasi la sampai kawin ke,barula hepy ending…wah…aku jarang tgk filem melayu..haha

Zul Huzaimy Marzuki? Mamat nih memang suka wat aku panas. Aku puji lakonan dia. Biar dia jadi watak jahat atau baik. memang best gila. Semua watak yg dia bawak, memang tak mengecewakan. Boleh jadi rosyam nor no.2 aku rasa..

pekate ko yg berlakon jadi cikgu mael yg makan selipar. setakat kene baling batu umah, xheran la mael.

-anak cikgu disiplin-

Malaysia banyak sangat filem baru lah. Tak terkejar aku. Dan oh ye, ini ke filem yang ada Maya Karin peluk Nasha ke Fasha? Haha. Aku pernah tengok trailer. Sungguh berani.

aiyok torrent lembab :( lepastu kalau beli ori sekarang mahal lagi kan? tunggu lagi 3 minggu hehe

wei..korang korang ish ish.. kalau ada pompuan cantik je.. wayang tu jadi besh eh ish..ish

tak jugak Syia.. I am Legend xde awek cantik pun, boleh je hits.. he he ;p *awek cantik ni satu bonus je*

Maya Karin peluk Fasha xpe lagi Wawa.. aku geram tengok Farid Kamil peluk dua2.. ha ha ha

heh.. tanya Gie, dia kata ade direct download.. he he

*sokong industri seni negara, belilah yang original*

ko patut menonton di layar lebar bukannya di layar monitor saje untu Anak Halal ni… sebab kalo ko tonton di layar lebar, aku rasa ‘WOW’ ko mesti lebih besar… banyak adegan terkejut dan tak tersangka…

betul tu.. tp itu’lah, mentaliti menjaga status tidak menonton filem melayu di’panggung.. sgt tebal.. sgt ;p

Ada lagi ke kat wayang cite Anak Halal ni bro? Kau download atau kau gi beli CD? Nak yang Original atau Spicy? Hua3.

aku tak mcm tu… tgk sape director jugak, lebih² lagi dari indie ni… filem luar pun banyak sampah jugak… lebih baik beli CD atau DVD saja…

hehhhe,anak halal..tajuk mmg masyuk tp aku masih belum ada hati utk menonton cite ni..sap mau teman?

tp Malaysia pandai tapis filem2 luar yg berkualiti tuk masuk panggung.. filem sendiri jd pelik2.. ha ha

iskk.. mesti la aku download.. aku kan penyokong kuat industri filem Malaysia ;p

*sokong industri seni negara, belilah yang original*

panggung da xde kot Catz.. beli tgk kat umah la.. xpun ajak Abg OmarBahrin tgk kat Summit.. ha ha ha

Aku kena cari CD atau DVD nie dan tgk masa cuti raya cina….Maklumlah, kalau dah mael rekemen…kena try tgk…

Tapi hits ke I am Legend tu?

psstt.. carik Torrent je Zaki oi.. jimat!

*sokong industri seni negara, belilah yang original*

Aku x dpt nk tgk citer anak halal. Walau hebat pun bak kata mael, criter ini tetap tidak ditayangkan di mana2 pawagam seluruh UK. Membaca komen mael mmebuat aku teruja utk menyaksikan wayang ni. Dan seperti biasa aku bukanla BIG FAN filem2 melayu. Korg pun fhm kenape filem melayu kekurangan kipas yg susah nk mati ni.

Aku mungkin bole menyaksikan criter ini di paparan lebar komputer dengan keselesaan bilik sendri. tp itu telah menjadi tidak halal. dan nyatanya aku mau melihat sesuatu yg halal. hehehe

ooo… best rupernye.. ok lah nak tengok gak lah (kat dvd haram)…

Sejak aku tengok trailer dia. Sejak itu aku ingin menonton nya. Tapi masa mencemburui aku uhuhu.

Tengok trailernya pun dah tertawan. Dapat rasakan pembaruan dalam filem melayu.

muahahahaha,beria aku nak tgk…kalau kat vcd aku beli cetak rompak jerk..takpun omar pasti telah sedia ada men”torrent”

entah la mael …aku tak reti la nak komen pasal filem2 nih… tapi dulu aku baca dalam harakahdaily.net ..
dahsyat jugak faisal tehrani hentam filem ni… macam dia marah giler..

opss….thanks for the tips bro….