Mat Rempit & perspektif songsang

Kau baca’kan sedutan artikel tulisan Hishamuddin Rais berkenaan gejala Mat Rempit, petikan artikel di’bawah memetik punca-punca terjadi’nya gejala Mat Rempit menurut persepsi beliau ;

Di ruang ini saya berharap kepada pembaca sebelum mengambil keputuasn untuk ‘mengutuk’ Mat Rempit, sila luangkan masa untuk datang bersantai ke Dataran Merdeka di waktu malam. Sila tanyakan kepada si Mat Rempit yang berkumpul di sana - dari kawasan mana mereka tinggal. Jangan terperanjat kerana mereka ini tinggal dalam kawasan-kawasan padat seperti di Kerinchi, Pantai Dalam, Gombak dan sebagainya. Sila tanyakan ada berapa buah bilik dalam rumah mereka. Jangan terperanjat jika mereka menerangkan flet mereka hanya memiliki dua bilik. Dan jangan terperanjat apabila mereka menerangkan bahawa ahli keluarga mereka ada 5 atau 6 orang.

Sila tanya apakah ada pandang bola, padang permainan, kelab sukan atau kawasan riadah dalam kawasan perumahan mereka. Jika mereka mengatakan dulu ada padang bola tetapi telah diambil alih oleh pemaju – jika ini jawapan mereka maka saya berharap para pembaca akan memahami bahawa merempit dengan motosikal itu adalah salah satu aktiviti riadah untuk Mat Rempit yang kebanyakannya memburuh sebagai mata pencarian.

Salah kerajaan’kah bila kau duduk di rumah yang sempit? Hishamudin Rais, kau jawab ini, adakah membeli motosikal itu semudah membeli rokok di kedai mamak? Duit yang di’gunakan untuk membeli motosikal itu boleh dijadikan modal untuk mencari rumah sewa yang jauh lebih besar. Jangan berikan alasan tidak mampu. Kau mampu overhaul enjin motorsikal beratus-ratus sebulan + ansuran bulanan, jangan kau kata kau tak punya wang untuk mencari rumah yang lebih baik berbanding flat 2 bilik. Ini semua bergantung pada hati.

Adakah padang bola & taman permainan satu-satu’nya jalan penyelesaian untuk mengelakkan remaja dari terjebak dengan gejala Mat Rempit? Jangan bergurau di’sini. Kampung halaman aku mempunyai stadium mini yang sangat lengkap. Setiap zon di kampung aku punya Gerakan Belia sendiri & kemudahan padang bola yang baik. Tapi, untuk pengetahuan kau, Mat Rempit di kampung aku masih berleluasa. Masih berleluasa. Sekarang kau mahu salahkan siapa?

Baca pula petikan ini ;

Untuk saya Mat Rempit ini adalah satu expresi anak muda yang wajib dirayakan. Mereka ini cukup kreatif dalam hal mengubah suai motosikal mereka. Untuk saya mereka adalah jurutera motosikal yang tidak terdidik secara formal. Mereka memiliki keberanian yang luar biasa ketika menunggang motosikal. Cara mereka mencelok ke kiri dan ke kanan telah menjadi satu seni.

Oh ya? Apa yang boleh kita raya’kan wahai Hishamuddin Rais? Patut’lah kau menjadi pemimpin pelajar yang di’sanjungi ketika zaman kau dahulu, rupa’nya kau suka meraya’kan rakan-rakan kau yang begini. Mungkin, kita boleh meraya’kan kematian Mat Rempit di jalan raya & nobat’kan mereka sebagai wira bangsa. Kan?

Kau, kalau beminat mahu menyertai Mat Rempit, apakata kau jenguk-jenguk ke Komuniti Rempit Malaysia, ada gambar lucah kata’nya, menarik bukan menjadi seorang Mat Rempit?

Popularity: 24% [?]

There Are 25 Responses So Far. »

  1. ha ha ha. orang itu merepek menggunakan kepala lutut bukan menggunakan mata akal. gila!

  2. artikel yang dia tulis tu tak lain nak kutuk kerajaan.. meraih sokongan mat rempit la konon.. ptuih!

  3. wow, panas artikel ni..berbau politik..huhu

    apa yang dia tulis ada betul dan ada yang salah.

    jika ada sahaja apa yang dianggap masaalah maka langkah yang pertama ialah menghukum

    herm..

  4. kelakar gila artikel tu. sabar saja lah.

  5. aku pun tak tahu kenapa komentar ko yang ini di’layan sebagai spam.. adeh.. tak betul da ke Wordpress ni?

    :)

    tak semua dia tulis salah, tapi apa yang aku hi-lite kat sini terlalu ketara sifat terdesak meraih sokongan.. membuta tuli menyokong pergerakan mat rempit..

    susah tu..

  6. Kalau tgk dari segi gaya memang macam tu pun.

  7. bagi aku tak kiralah budak tu duduk di tempat yang padat, rumah 2 bilik ke. Itu semua sebab2 yang terpencil. Dulu adalah juga rakan2 mat motor nie, salah satu mereka merempit sebab duit dan perempuan. Dan juga disebabkan keseronokan. Mereka rasa bangga dengan apa yang mereka dapat tunjukkan.

    Tak ada pun mereka hidup susah. Duit nak buat motor mak bapak yang bagi. Semua dapat.

  8. Haiyo, rempit pun ada website ker? Wah.. advance.. tapi tak la advance sgt hehe. Camtu gak le perangai diorg.

  9. Apa kata kalau semua kawasan perumahan ada padang bola.
    Takder ker nanti budak merempit.

    Apa kata kalau mereka ada rumah yang lebih selesa dengan bilik sorang satu?
    Takder ker nanti budak merempit.

    Nak salahkan sejarah BoonSiew yang bawak masuk motor honda kat Mesia. Tak leh.
    Nak salahkan sistem pendidikan yang mengajar kejuruteraan automotif. Bukan kot.

    Atau mungkin kita dah ketinggalan zaman sehingga sukar untuk menerima yang merempit tu dah jadi satu budaya semasa, sama macam orang tua kita marah kita bila kita layan ROCK dulu dulu.

  10. itu’lah aku kata, kalau nak di’katakan punca hidup susah… kos untuk merempit bukan’nya murah..

  11. ha ha..advance la tu Syaf.. :)

    komuniti rempit konon… skang da penuh dengan spam..

  12. ROCK dulu-dulu tak memudarat’kan seperti Mat Rempit ni.. at least ROCK ada sesuatu untuk diperjuang’kan walaupun tak semua dari kita setuju.. Mat Rempit, mereka hanya merempit, mencelok dengan penuh seni*konon’nya.. dan paling sadis, mati tanpa sebab.. aku rasa belum lagi ada orang mati kerana melayan ROCK… :)

  13. Ako sealiran dengan ko…

  14. Dengan adanya komuniti mat rempit ni, banyak la rasanya generasi mat rempit akan datang.
    Sesuaidengan cogankata ” Mat Rempit Terus Maju”

  15. xsangka mat rempit pun ada komuniti di internet..siap ada website lagi…

  16. ade ke mat rempit nk main kt padang permainan?
    iskh ape la die pikir mase tulis bnda ni.
    semua nya ikut hati dan niat la kan.
    banyak lagi benda lain nk buat selain merempit.
    ade ke gejala rempit di negara2 lain? hurm.
    memalukan bangsa, agama dan negara. daripada rempit, masuk gejala dadah, seks bebas, dan macam2 lagi.

  17. budaya sosial yg salah ini dikatakan seni, aduh..salah tempat memberi sokongan ni.

  18. anyway mael… do u really know hishamuddin rais?

    dia might be someone yg sgt liberal compared to most of us… ada byk pendapat dia even pompuan se-open minded and semodern aku pun tak boleh terima. tapi, it’s his viewpoint anyways. i couldnt agree more on those facts about diorg tedidik upgrade all the stuff yg dorg buat tu… and at the same time I HATE MAT REMPIT with ALL MY HEART.

    ni freedom of expression weyh… biarla.

    one way or another, hishamuddin rais is still a good example of an outstanding extrovert, the most outspoken person ive seen… despite his viewpoint yg aku tak bley terima.

    p/s: tahun 2006, zine fest shah alam. hishamudin rais was there, giving talk. and later on dia pergi every booth tgk zine and dia tgk zine aku and said, “this is pretty good stuff!” =)

  19. Maaf saya tak tahu…. Saya seorang mat rempit juga… Rempit mengejar dan membaca blog kegemaran!

  20. Lamictal….

    Lamictal side effects. Lamictal alcohol….

  21. Viagra….

    Viagra. Viagra sales uk. Viagra for order lamisil viagra. Viagra attorneys….

  22. Adipexdrug addiction order phentermine online….

    Phentermine for sale….

  23. Femara follistim….

    Aromasin versus femara. What are the side effects of femara. Eficacy of femara to visceral metastasis. Efficacy of femara with visceral metastasis. Femara. Femara and infertility and risk….

  24. Compare brand name and generic percocet….

    Percocet….

  25. Video clips of hot sex….

    Hot sex underground video clips rollyo. Hot free sex video s….