Melihat industri media Malaysia dengan lebih dekat
Salam hari Isnin semua! Selepas aku kongsikan apa yang aku baca melalui RSS Feed beberapa hari yang lepas, hari ini aku kongsikan apa sebenarnya yang aku lakukan di’hadapan komputer super-laju aku ini bilamana aku tidak melayari internet, tidak menulis blog, tidak melawat blog orang lain, tidak membaca RSS Feed dan tidak bermain kerusi beroda di ofis HappyPeople Media.
Ini kerja aku yang sebenar, di’dunia nyata. Aku seorang pelajar kejuruteraan kimia di sebuah universiti milik kerajaan Malaysia, maka ini’lah yang akan hadapi untuk setahun lagi. Harap’nya. Di’atas ini, screenshot ketika aku sedang menyiapkan fasa terakhir tugasan pertama untuk kursus rekabentuk. Kompleks? Tunggu aku serta’kan projek akhir tahun aku nanti. Aku tidak akan ada beza’nya dengan komputer selepas ini, berbahasa bahasa yang hanya komputer yang akan faham.
Berkenaan tajuk entri kali ini, malam tadi aku terjumpa laman ini, Media on Demand. Aku tak tahu la samada aku tidak sedar akan kewujudan laman ini atau Media on Demand hanya berlegar di’sekitar orang-orang media sahaja. Tetapi yang pasti, penemuan aku terhadap Media on Demand membuka mata aku tentang bagaimana pengiklanan di’Malaysia di’jalankan. Hampir semua media arus perdana seperti Utusan Malaysia, KOSMO!, TV3, 8TV, Era FM, HOT FM, Mix FM dan apa sahaja yang terlintas dalam fikiran kau sekarang, ada di’dalam Media on Demand.
Tetapi, untuk melihat peluang pengiklanan dengan media-media besar ini, kau perlu mendaftar & aku telah mendaftar sebagai wakil dari HappyPeople Media. Pagi ini aku menerima e-mail pengesahan bahawa pendaftaran aku di’terima & tanpa segan silu aku meninjau masuk ke’sana melihat senario pengiklanan Malaysia. Kau tahu, untuk mengiklan di KL Sentral untuk satu video 30 saat di’salah satu skrin di pintu masuk Level 2, kau perlu membayar lebih RM25,000 untuk jangkamasa sebulan. Woot!
Ini adalah satu pendedahan yang bagus untuk mereka yang berminat dengan media Malaysia lebih-lebih lagi yang mengarah kepada pengiklanan-pengiklanan besar. Aku mahu lihat video HappyPeople Media di’KL Sentral satu hari nanti. Cita-cita biar tinggi, dapat tak dapat itu belakang kira. Ayuh!
Notapendek: Aku tidak dapat access ke blog SZAB, kerana kampus aku block, e-mail’kan aku apa yang Alang tulis’kan tentang aku kerana aku ingin tahu. Anyway, terima kasih Alang, kau seperti tahu yang aku manusia gila’kan populariti. Nanti bila-bila kalau TV jemput kau, ajak aku sekali ye?Ha ha. Thanks untuk Wizurai kerna memaklumkan kepada aku.
Popularity: 10% [?]
Comment by edt83 on 30 July 2007:
mail aku rase better ko bagi org klik schema kerja ko tu, aku tak nampk weh/..yang aku tau…tu microsoft visio..huhuhu…
pasal pengiklanan tuh…huhu…mahal seh..tu sbb 3d+2d animation skrg utk pengiklanan mmg maken mantap..sbb wangnya juga mantap..mari jadi 3d designer…ahaha
Comment by abdfatah on 30 July 2007:
haha… mahal giler punya iklan dalam tv. kalo satu saat sehari dah berapa ribu mereka dapat yer? banyak untung woooo iklan tv…
Comment by Mohd Ismail on 30 July 2007:
dalam text.. ade perkataan ’screenshot’, itu aku link ke view yang lebih besar.. he he :)
mari jadi orang yang kutip duit untuk pengiklanan.. hehe:) ko keje apa skang omar?
Comment by edt83 on 30 July 2007:
aku keje programmer… aku wat software..website..appliaction.. juga buat trouble shoot….mengapa? aku juga mau kaya ngan advertisment..huhu…tp lom kesampaian..
Comment by alang on 30 July 2007:
Apsal pulak blog saya kena blok ni? Mungkin sebab beberapa bulan lepas saya ada buat posting yg ada perkataan seks walaupun tulisan tersebut tak lucah langsung.
Try baca melalui RSS reader sebab saya publish full feed http://feeds.feedburner.com/BlogWebmasterMalaysia
Comment by leLabu on 30 July 2007:
saya dgr cerita kat tv3, iklan yang keluar 2-3 keping gambar statik tu (kopi radix, slim tea ntahapaapa lg)pun dah RM600++ sekali keluar..
perrghh.. terasa nak jgk tgk iklan mohdismail.com kuar kat tv3.. prime time.. amacam? ada berani?.. hehe
Comment by saharman on 30 July 2007:
Wah tak sangka la blog kau ni tersenarai dalam 6 blog yang di baca oleh Alang. Nampaknya selepas ni kau semakin popular laa..
Comment by Mohd Ismail on 30 July 2007:
yaaa.. terima kasih Alng untuk RSS Feed tu, bertambah satu lagi feed untuk aku baca.. tra la la la..
aku suka review yang Alang tuliskan berkenaan blog aku, lebih2 lagi di’baris2 akhir.. ;p
Comment by mixterr on 30 July 2007:
MOD!! aku pon baru tahu, sebab aritu die dtg company aku..kalo nak murah skit. HappyPeople Media boleh iklan kat company aku la http://www.6thmedia.tv uhuh.. aku dah bosan ngn media nie. mcm xleh bawak diri aku je.. aku mahu advertising company plak..
Comment by Mohd Ismail on 30 July 2007:
bayangkan begini, pembaca berita Buletin Utama berkata,”meluncur lebih laju bersama Mohd Ismail dot Com, selepas ini..” dan keluar la muka penuh poyo aku sebagai penaja utama siaran berita terulung Malaysia itu..
*tampar kepala sendiri*
ha ha ha
Comment by Mohd Ismail on 30 July 2007:
eh..ko keje 6thmedia ke mixterr? alahai.. ko duk bahagian mana ni? boleh riki2 harga untuk advertise.. ha ha.. sorang lagi kawan aku orang media rupanya.. :)
Comment by mixterr on 30 July 2007:
org media!! yeke.. erm boleh la..aku bahagian multimedia designer. hehe harga pasti boleh dirunding tp ingt jika kau telefon disini sebut nama sebenar aku.. haha . boleh juga aku kamcing ngn sales marketer disini..
Comment by Fahmishah on 30 July 2007:
haha…itu sebabnya TV3 sanggup potong movie mendapat untung lebih dari kepuasan penonton..
Comment by Fahmishah on 30 July 2007:
hahaha…dah tuah menyebelahi mael..kita kena usaha lar untuk capai macam dia..
Comment by flisterz on 30 July 2007:
walaupun aku still x paham ape bnda MOD tu, aku sangat2 setuju kalau ko nk iklankan product HPM kt media2 cam tv ni. Malaysia byk service online yg best jugak tp kurang publisiti kt media besar. kt forum2 n biase2 je ade. and tggu review. tv pun penting jugak, as well as surat khabar. bukn semua org lepak dpan PC 24jam kan? heh
Comment by flisterz on 30 July 2007:
haha aku sangat menyampah dengan iklan2 gambar statik tu. dah la berturutan. kopi ni lah, krim ni la, ubat tu lah. adeh. tension.
Comment by aad_lfcfn on 30 July 2007:
makin b’jaya ko mael..
dapat recognition alang..
ada hati mesti jadi.. ;)
koh koh koh..pepatah tu masih ku ingat..
Comment by aad_lfcfn on 30 July 2007:
a’a bro..aku paling benci iklan tv3..
macam pop-up.. :(
Comment by Wizurai on 30 July 2007:
nak iklan free kat Buletin Utama TV3?
buatlah isu kontroversi berkaitan negara…
pasti pak-pak Menteri tolong jawab sama…
huhuhu… tu kalo nak jalan mudah tapi berisiko la…
*blog yg goblok?
*Mail, aku ingat ko Alang punya blog dah ada dlm list google reader ko sebelum ni…
Comment by mijie on 30 July 2007:
hari ni lah baru nak masuk ruangan komen, anyway blog yang cantik dan padat..dan tertarik ngan design pakai visio kat atas, cuma tak jelas jer…tp kalau jelas pun konfirm tak paham..hehehehh
Comment by musnazdotnet on 31 July 2007:
ada satu kes nih, orang majalah nak interview sorang mamat yang berjaya dalam MLM nih (income 20k sebulan), die nak letakkan mamat ni jadi cover story untuk bulan 8. mamat tu punye la exited! esoknye orang majalah tu datang rumah dan bagi intro dulu…. *kalau nak diinterview, kena bayar RM12,000 pastu mamat tu kena pulak edarkan/ jual 1000 copy majalah tersebut nanti…. HANGIN JEK MAMAT TUH! reject terus! - ada kena mengena dengan media on demand ke? hu hu
Comment by adila on 31 July 2007:
woo..dah la nak interview orang…orang tu plak yang kena bayar dan siap kena jadi pengedar la pulak…apa kes ni?
atau memang dah gitu caranya????
mael…sedar tak dikau yang blog mael.com ni telah di tag oleh bloh shahdila.com…jangan marah yer…anggaplah ssebagai bahan posting untuk hari seterusnya :)
Comment by edt83 on 31 July 2007:
ni spe yg nk interview siapa…ahaha kalo aku laa…baik aku yg demand…aku minta bayaran kalo nk interview aku…ahahah…
p/s siapalah aku!!!
Comment by musnazdotnet on 31 July 2007:
aiseh…. masih tak paham lah apa konsep di ‘tag’ tuh… kenapa pulak ia melibatkan emosi (suka ke tak suka)? (sori mael, lari tajuk sket) :D
Comment by affuan on 31 July 2007:
Iklan TV Malaysia murahan je tapi bayar gedabak mahal.. Kalah iklan Siam. Lawak seh! Muaahaha..
Comment by Nazirah Ashari on 31 July 2007:
dah lama tak dtg sini.
baca entri ko. teringat susah payah aku last sem siapkan projek advertising aku. walaupun aku creative director, aku buat semua bahagian, account mgmt, planner, and of course media planning. media planning ni bender yg kalau ko buat pitching, akan kene ‘baek’ punya. dan bible aku time tu Media Guide. sanggup weyh beli.
normal la harga advertisement mahal. berbaloi juga dgn hasilnya, kalau ad kau berkesan, untung berkali ganda. tapi ini sumer bergantung samada pandai ke tak ko nak letak ad ko, kat media mana, kenapa, apa, sumer tu kena berjawab.
advertising ni memang field buat duit. start blaja advert dulu aku minat dah, ni aku tgh berkira2 degree nak sambung apa.
ko tak nak wat advertising ke?
Comment by Mohd Ismail on 31 July 2007:
ko tanya aku nak wat advertising, maksudnya aku nak iklankan apa2? he he.. ada2.. jangkamasa panjang.. lama lagi mungkin.. lain jika ada company yang mahu melabur kepada apa yang kami sedang usahakan, advertising akan menjadi part yang paling penting.. he he.. mahu jadi promotion manager utk kami? ha ha..
ko ada berapa tahun lg ni Nazz?
Comment by Fahmishah on 31 July 2007:
hahaha..paling benci bila ada pop-up bila tgk movie..bengang btol..nak baca subtitles pon susah..
Comment by aad_lfcfn on 31 July 2007:
iklan malaysia juga kurang yang bermakna cam iklan2 petronas..hampir semua ditumpu pada nilai komersial semata-mata.., espcially slot-slot iklan kt tv swasta cam tv 3..
p.s: kene lagi.. :P