Memadam Memori (bukan komputer)

Malam kelmarin, aku sempat tonton filem bertajuk ‘Eternal Sunshine of the Spotless Mind‘ yang hero’nya adalah Jim Carrey & heroin’nya adalah Kate Winslet (Titanic!).

Filem ini lahir pada tahun 2004 dan aku hanya menontonnya 4 tahun kemudian dengan tambahan beberapa hari selepas aku selesai muat turun kerana filem ini sangat slow & komplikated. Tajuknya sendiri aku susah mahu faham pada mulanya.

Aku bukan mahu review filem (tunggu aku tonton The Dark Knight untuk itu), cuma aku tertarik dengan idea atau teknologi pemetaan memori yang menjadi tulang belakang filem ini — kemampuan Dr. Howard Mierzwiak & pasukan perubatan khas beliau untuk memadam memori seseorang jika di’minta.

Bukan semua’nya. Pemadaman memori dalam filem ini akan berlaku ke atas memori terhadap satu-satu individu yang kita kehendaki. Katakan Saiful Bukhari mahu melupakan Anwar Ibrahim, beliau boleh berjumpa dengan Dr. Howard Mierzwiak dan meminta semua memori bersama Anwar Ibrahim di’padamkan. Bagi aku itu kool!

Dalam hidup semua orang, aku pasti akan ada seorang (at least) yang kau mahu lupakan terus dari hidup kau & kau sentiasa berdoa supaya dahulu kau tidak berjumpa dengan orang itu. Jika benar wujud teknologi ini & di’beri peluang untuk aku cuba, aku akan cuba.

Siapa sudah tonton The Dark Knight? Aku baru sahaja habiskan Batman Begins. Merancang ke panggung seminggu lagi untuk Heath Ledger.

Popularity: 9% [?]

There Are 28 Responses So Far. »

  1. dark knight - simply put, the best action hero movie. Plus Ledger’s acting so so so good. Sampai buat aku selongkar balik movie-movie die yang lame2.

  2. dan sekarang merupakan filem No.1 di IMdB..

    *sayang Heath Ledger dah xde.. xdapat tgk filem dia dapat sambutan gila babi punya pecah box-office..*

  3. wow.. memadam memori? sangat kool.. aku jugak mahu cuba kalo teknologi tuh benar2 wujud dan diberikan peluang.. tp takut tersalah padam plak nnt..

    haha.. ko juga seperti kool sbb menggunakan contoh saiful itu.. plan utk SEO ke bro? :p

  4. erm… menarik! seperti pernah ku tonton cerita ini!?

    mengharungi hidup yang lebih lama, semakin byk perkara yang tidak ‘kool’ masuk dalam memori. dan sgt ‘kool’ jika dapat memadam memori luka dan tidak dikehendaki eheh.

  5. @mrkay kebetulan je nama2 tu, xde kene mengena dgn sapa2.. ha ha =) *keyword No.1 ke blog aku skang ‘anwar ibrahim’.. tp bila aku Google, ntah page ke brapa blog aku baru kuar.. he he..

    @megat tahun 2004, pernah kot ko tgk.. tp ingat2 lupa.. maklum la, cerita slow.. he he

  6. idea leh padam memori tu cam menarik je…kalau boleh ramai yg nak buat tu hehe

  7. aku taknak padam tp nak “format”kan balik sj…..dakpon defrag sikit…cool

  8. @zen saintis kata kita guna 10% je kapasiti otak kita.. so kalo x defrag pun, banyak space ade lagi.. he he..

    *apa ingat otak ni harddisk ke?*

  9. rajin ko wat kajian nih ek..ko memang kaki filem ni mael..

  10. Heath Ledger, Joker terhebat dalam sejarah filem Batman, psiko, genius, ganas dan berfalsafah,

    Why So Serious? ha ha ha, kalau tukar awek dia aku bagi 5 Bintang filem nih, ko nonton lah dulu nanti ko paham hehe

  11. erm. erm. erm. simply put, itu bukan heath ledger dlm batman : dark knight, tapi mmg THE JOKER. tapi, gotham city dalam movie batman yg latest ni, dan juga batman begins tak mencerminkan GOTHAM CITY yang sebenar mcm siri batman terdahulu. plus, tak byk binaan usang, dark dan berpenunggu gargoyles.

    dalam movie batman baru ni, batman berdiri atas bangunan tinggi je, as in originalitynya, batman selalu berdiri atas bangunan ada gargoyles. huhu….

    itu saja yang aku kecewa.

    tapi mungkin, penulis cerita mahukan sesuatu yang close to reality. mungkin. tapi aku lebih suka kalau adaptasi komik dibuat secara keseluruhannya. sebab itu ada sedikit kekecewaan dalam siri komik crossover movie ini.

    batman: hero psikopath paling aku minat. :)

  12. ha..citer tahun 2004,kena selongkar HDD nie…aku sedut je mael,tgk pun kadang2 jer semua filem yang disedut…

    padam memori?owh,aku mahu padam memori tatkala di sunat…skang kalau aku ingat peristiwa itu,ngilu itu masih ada…
    ha,aku dengan ngilu sekarang…

  13. akhbar hari ni, ade kasitahu pasal siapa ntah aku tak ingat, tapi berlakon cerita batman..kene tangkap sebab pukul mak sendiri… aiyak!! terbawak2 sampai kerumah la tu..

  14. @khai Christian Bale tu.. hero dia =) *pelik gak org Hollywood ni, ramai yg ade kes dengan mak ayah adik bradik sendiri.. pukul2 la.. saman malu la..*

  15. Filem Batman Ni Ada Ciri2 Tersendiri Daripada Filem Yang Menggunakan Bantuan Teknologi Lain..

  16. saya pun tengah berkira² nak layan the dark knight jugak.

    diorang nie dalam filem je hero, tapi diluar filem, lebih teruk dari the joker. huhu..

  17. Ooo.. citer pasal jim carey tu eh.. Cerita tu kalau x silap aku pernah tercalon dalam academy awards.. Memory eraser cam filem paycheck yang ben affleck kena eraser dia nyer memory tu.. Kalau x silap aku ada lagi satu cerita pasal memory eraser neh.. Aku lupa la.. Haha..

    Heath Ledger pernah dapat awards the best kisses dalam MTV Movie Award 2007 bagi cerita The Brokeback Mountain..

    p/s : usm internet connection mmg makin slow.. katanya sekarang guna jaring dan sekarang jaring ada problem ngan diorang nye server apekebenda entah.. adoh.. nak post komen pun asyik server error jer..

  18. baru sekarang aku dapat masuk blog ko mael.. kool la

  19. mindmapping yg powerful eh :)

  20. kalau minggu depan bleh la aku join.jng lupa bwk sama gadis hot utk aku.hehe

  21. Memag citer ni besh…tapi sempat gak tertido mula2 tgk tapi time belakang tu yang best..tak sabar nak tgk filem X-files..

  22. sebenarnya aku sdang pk sapekah yg nak aku lupakan…hahahaha

  23. huhu..lebih kurang cam citer Paycheck gak ler yerk.. :P

  24. muahahahahah..aku juga mahu padam segala memori skang dan rewrite balik..

  25. new entri please.. :D

  26. @khai entri baru? aku berminat nak tulis pasal Perdana V6 Terengganu.. TAPI, aku bosan la citer politik ni.. ha ha ha.. so, aku abeskan masa aku godek2 blog lain..

  27. @melayubuntu selalunya, org mesti nak lupakan awek/balak yg maha kejam.. haha.. kalo xde sape2 yg ko nak lupakan, good!

  28. @razif kalo aku bawak gadis hot, itu untuk aku.. utk ko, hot dog boleh.. ha ha ha *gurau je ni oi*

Post a Response